Zalif Sidek bukan suka-suka marah, kecam, cuma mahu KKM nilai semula sistem perkhidmatan di klinik kesihatan. Pelakon, Zalif Sidek, menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap perkhidmatan semasa klinik kesihatan kerajaan di Malaysia.

Zalif Sidek Bukan Suka-suka Marah, Kecam, Cuma Mahu KKM Nilai Semula Sistem Perkhidmatan Di Klinik Kesihatan

Melalui satu hantaran di akaun Instagramnya (Instagram Story), Zalif meminta agar pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menilai semula dan menaik taraf kemudahan sistem yang digunakan di klinik-klinik kesihatan di seluruh negara.

Manakala dalam satu hantaran lain, Zalif menyatakan bahawa sistem yang digunakan di klinik kesihatan masih mengguna pakai kaedah lama, yang menurutnya sudah ketinggalan zaman. Pelakon itu meminta KKM untuk melakukan perubahan yang signifikan agar perkhidmatan yang disediakan lebih moden dan efisien.

Zalif Sidek Bukan Suka-suka Marah, Kecam, Cuma Mahu KKM Nilai Semula Sistem Perkhidmatan Di Klinik Kesihatan Zalif Sidek Bukan Suka-suka Marah, Kecam, Cuma Mahu KKM Nilai Semula Sistem Perkhidmatan Di Klinik Kesihatan Zalif Sidek Bukan Suka-suka Marah, Kecam, Cuma Mahu KKM Nilai Semula Sistem Perkhidmatan Di Klinik Kesihatan

Saya bukan sesuka hati nak marah atau kecam mana mana pihak cuma ini dah Tahun 2024 tak kan tak ada satu perubahan utk Khidmat Rakyat ke Klinik Kesihatan Malaysia.

Dari tahun lepas lagi anak pertama saya ulang alik untuk check updated kesihatan anak dan isteri saya.. sampailah tahun ini anak kedua dah.. tapi sistem diaorang pakai kat klinik kesihatan sangat kuno lagi… tak tahu apa yang doktor-doktor kat sana sibuk sangat ke hulu ke hilir sampai kena tunggu setengah hari untuk anak sorang ni… itu belum lagi staf lain yang kekwat masam je muka ada masalah peribadi bawa ke tempat kerja..

Bangunan masih lama, sistem masih lama, tempat menunggu tak ada upgread langsung, paling rare panas tambah kipas saja penuh kipas kalau pegi KK… bilik doktor dan rawatan ala zaman PRamlee semeja share 2 doktor.. pesakit kau tahu aku sakit apa, aku tahu kau sakit apa… sedihh pastu sorang pesakit tunggu 4 5 jamm nak habis.. kalau ada contact ke member-member ke masuk dulu sembang sembang dilu citer nk masak ape balik nanti…

Untuk nurse-nurse di KLINIK KESIHATAN JAYA GADING KUANTAN
terima kasih sayang semua macam kakak kakak kite baik sangat & peramah bila kite bersamanya… LOVE NURSE DI SANA

Cume nak sikit perubahan tempat selesa atleast sejuk sikit nak pegi sana…. hmm entahlah…

Mohon diberi perhatian (2024).

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zalif Sidek (@zalifsidek)

Luahan Zalif telah menarik perhatian ramai warga maya. Ramai yang berkongsi pengalaman dan pandangan mereka tentang perkhidmatan di klinik kesihatan kerajaan.

Berikut antara komen-komen warga maya:

Isu ni dah lama berlarutan.. cuma kita ni rakyat biasa siapa nak dengar..

Setuju, dari sistem smpailah kepada kebersihan tandas…pastu makmal ujikaji yang nak hantar sampel pun nun lihat jauh di sana..kan bila mengomel kata “nak selesa pergilah swasta…”

Setuju sangat..satu step pun nak menunggu ambik masa Lama..nak daftar, pastu bila nak pergi saringan pun Lama juga, pastu tunggu doktor lagi laa berejam, last sekali tunggu nak ambik ubat adoi Lama juga..kadang klinik xramai pun diorg ambik masa Lama jugak..

Ya betul …ada lak kerusi menunggu dekat luar..dah rosak-rosak…tak kan nak bawa tikar pula.

Moga KKM dapat memperuntukkan bajet untuk menaik taraf klinik-klinik ini supaya perkhidmatan kesihatan menjadi lebih baik dan moden dapat disediakan kepada rakyat.

Sumber: Instagram Zalif Sidek

Baca artikel lain juga: Zalif Sidek Timang Anak Kedua, Isteri Selamat Bersalin Bayi Lelaki, Dah Dapat Sepasang

Pelakon Zalif Sidek Bakal Timang Anak Kedua, Bertambah Seorang Lagi Cahaya Mata Bulan Ogos Ni

Buah Hati Mummy Daddy Zalif Sidek Dah Jadi Ayah, Rezeki Dapat Baby Girl

 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

 

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI