Cabaran mendidik anak-anak bukan mudah, kerana pelbagai faktor sekeliling boleh mempengaruhinya. Tidak ada ibu bapa yang mahukan anak-anak mereka membesar menjadi orang gagal dan bermasalah.
Sebagai ibu bapa, kita perlu ingat, anak-anak adalah amanah Allah kepada kita untuk dijaga dan dibentuk sebaik-baiknya. Dalam mendidik, anak-anak perlu diingatkan, didikan bukan melalui paksaan tetapi teladan. Anak-anak lebih mudah percaya dengan apa yang mereka lihat dan dengar sehingga menjadi ikutan.
Lagi satu, ibu bapa tak boleh meletakkan 100 peratus kepercayaan pada anak. Sekurang-kurangnya mesti ada juga sedikit rasa ‘sangsi’ sebagai langkah berhati-hati. Mungkin kita rasa di rumah anak sangat baik, tetapi dengan orang lain kita tak tahu kan?
Seperti perkongsian bekas guru tadika, Norainsyah Abdul Halim, situasi anak-anak seperti ini ramai ibu bapa tak percaya walaupun hakikatnya betul.
Ramai lagi ke orang percaya yang budak-budak tak pandai menipu? Sebagai seorang bekas cikgu tadika, saya boleh katakan budak-budak sebenarnya lagi banyak akal dari kita.
Ikut pengalaman saya dulu, ada kes budak umur 5 tahun bagitau mak ayah dia, cikgu sekian-sekian cubit dia sampai berdarah. Mak ayah datang sekolah, mengadu kat principal.
Bila saya siasat, rupanya dia main cubit-cubit dengan kawan.
Ada tu, memang bijak budaknya. Umur 6 tahun, good looking, sangat petah dan famous di sekolah. Buat perangai banyak, suka buli kawan. Bila cikgu tegur, dia balik mengadu kata cikgu marah dia.
Ads
Mak dia? Mak dia pun marah-marah dan salahkan cikgu. Yang dia pukul kawan, ejek kawan, lawan cakap cikgu tu, dia tak cerita.
Ada mak yang datang serang budak 4 tahun di sekolah sebab percaya cerita anak. Konon kawan pukul dia. Sebenarnya dedua sama naik bila bermain.
Gitulah kisah budak-budak. Dari kecil lagi, ada yang dah pandai reka cerita, tokok tambah. Kadang belajar dari rumah, kadang belajar dari kawan.
Dengar tu boleh, tapi siasat dulu. Kalau tak, buruk padahnya. Kesan perbuatan kita terlalu menangkan anak-anak ni, mungkin tak nampak sekarang. Tapi tengoklah bila dah besar sikit.
Better safe than sorry. Sungguh.
Ads
Semoga ibu bapa diberi kesabaran dalam mendidik anak terutama dengan keadaan hari ini yang sungguh mencabar. Ingatlah didikan melalui teladan yang baik, akan melahirkan anak-anak yang hebat dan berakhlak!
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam sehari, berapa jam masa yang kita luangkan untuk anak-anak kita? Keluar pagi buta, bila balik dah malam. Anak-anak seronok sambut kita balik. Kita mandi, solat dan makan, kita tengok tv, anak-anak bising, anak-anak datang tanya, nak bersembang, kita marah-marah…”Bising je la, pergi duduk sana”
Baru jumpa je, dah kena marah
Perkongsian dari Firdaus Shakirin yang sangat terkesan di hati kita sebagai ibu bapa ini boleh dijadikan peringatan bersama sepanjang membesarkan anak-anak.
Anak-anak nak cerita apa yang dia buat kat sekolah, mata kita tengok handphone…Tengok fb, tegok whatsapp, taip balas komen sambal tersenyum. Anak tengok je kelakuan kita, kalau dia tanya atau cakap lebih-lebih, kita marah dia lagi, maka dia senyap, dia tak kata apa-apa.
Bila anak-anak tidur, cuba kita tengok wajah anak-anak kita. Tenung muka anak-anak kita. Itu anak-anak kita dan kita orang tuanya. Semakin lama tengok, semakin rasa bersalah. Teringat kita marah dia tadi. Teringat yang kita tak layan dia, Buat tak tahu kat dia.
Seharian anak-anak kita tunggu kepulangan kita, lama kan…then macam tu sepatutnya kita layan dia?
Hari ni kita buat macam tu dekat anak-anak kita. Tunggu lagi 10-20 tahun, agak-agaknya anak-anak kita akan buat benda yang sama tak kat kita? Masa tu kita nak kata dia derhaka sebab tak layan kita, tak sembang dengan kita, buat tak tahu kat kita?
Kita yang didik dia macam tu…
Kita tak luang masa dengan anak-anak. Kita pentingkan handphone lagi daripada anak-anak. Cubalah letak tepi handphone kita tu bila kita dirumah. Luangkan masa dengar apa yang anak-anak cakap, nak cerita, main dengan dia orang, ajar dia orang kerja-kerja sekolah. Itu tugas kita sebagai ibu bapa.
Kalau kita terlepas saat-saat ini, kita tak kan boleh kembalikan lagi dah masa bersama mereka. Mereka akan terus membesar dan akan meninggalkan kita. Masa tu kita akan rasa sunyi dengan ketiadaan mereka.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ya benar, pasangan kita baik suami atau isteri bukan milik kita selamanya. Mereka pinjaman Allah untuk kita jaga dan semai dengan penuh kasih bagi melengkapkan lagi hidup kita. Hidup penuh berkasih sayang, bukan mengawal setiap pergerakan pasangan sehingga masing-masing rasa sudah tidak selesa. Sudahnya pasangan mula rasa tak bahagia.
Kesan ketidakbahagiaan ini sudahnya akan mula memberi kesan kepada perkembangan anak-anak. Walaupun kita anggap anak-anak masih kecil namun hakikatnya mereka tahu pergolakan yang mengelilingi mereka. Jangan biarkan anak-anak merasa semua ini.
Perkongsian Dr Redha Zainol yang mendedahkan mengenai hubungan suami isteri ini ternyata amat dekat dengan kita. Jadi elakkan kita terus menerus membiarkan toksik terus meracuni hubungan rumah tangga kita.
4 Sifat Toksik Ni Sangat Beracun Dalam Hubungan Suami Isteri
1) Pasangan yang sengaja jauhkan kita dari kawan dan keluarga sendiri.
Kita tak boleh balik jenguk mak ayah sendiri. Tak bagi kita telefon keluarga sendiri. Tak bagi adik beradik datang melawat kita. Pasangan begini, dia cuba nak kuasai semua aspek kehidupan kita. Pada mereka, “Pasanganku hanya milik aku seorang.”
2) Pasangan yang akan sentiasa mengkritik setiap tindakan kita.
Dia tak pernah rasa gembira dengan diri atau kejayaan kita. Dia akan memanipulasi setiap keadaan dan buatkan pasangan rasa hilang semua keyakinan diri.
3) Dia mengugut pasangan.
“Aku akan tinggalkan kau kalau kau tak ikut setiap suruhan aku.”
“Aku akan tinggalkan kau kalau badan jadi gemuk.”
Cara ni antara cara paling lama digunakan lelaki supaya isteri tak tinggalkan mereka. Pasangan begini hidup dalam situasi “Pemangsa dan mangsa” (Predator and Prey). Setiap kali berkomunikasi, ia bukan atas sebab cinta. Tapi atas sebab ketakutan yang amat.
Si isteri bertanya pada suami nak minum air atau tak bukan sebab nak berikan keselesaan pada suami, tapi sebab tak mahu suami jadi berang dan jadi agresif secara tiba-tiba.
4) Dia buat pasangan jadi terperangkap.
Telefon, kad bank, duit, kereta, pasport semuanya dikawal. Mereka ini akan kawal setiap pergerakan pasangan. Mereka akan sentiasa berkata yang pasangannya tak mampu hidup seorang diri dan perlukan dirinya.
Si isteri/suami akan rasa seperti sesak nafas kerana seluruh hidupnya dikawal dan rasa dunia mereka dah tak ada harapan.
Tolong saya #sebarkan ilmu ni sebab ada suami isteri yang tak tahu pun yang mereka sebenarnya hidup dalam hubungan bertoksik.
Sebak.
Ucapkan terima kasih pada pasangan masing-masing jika hubungan anda tiada sifat toksik begini. Moga lagi ramai suami isteri yang bahagia.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila anak buat salah, ibu ayah akan soal semula pada anak kenapa buat macam ni? Kenapa tak dengar cakap? Kenapa dan kenapa sehinggalah anak terdiam tak ada jawapan. Bukan itu saja, siap pakej sekali dengan pukul atau cubit sebab geram sangat.
Ini adalah situasi biasa. Perkataan ‘kenapa’ ni dah automatik terkeluar namun ia tak bagus untuk perkembangan anak yang sedang membesar. Berikut adalah perkongsian Perunding Parent Connect, Puan Noor Afidah Abu Bakar.
*Selalunya tindakan anak kecil hanya mengikut gerak hati (impulse).
*Kadang-kadang kerana sesuatu pergerakan itu adalah salah 1 dari 9 ‘schema’ yang pernah saya kongsikan sebelum ini.
*Kadang-kadang tindakan anak kecil adalah bersesuaian dengan usia dan perkembangannya.
*Kadang-kadang ia dilakukan kerana ingin melihat kesan dan akibat sesuatu perbuatan (eksperimentasi).
*Kadang-kadang ia lahir dari emosi yang tidak tahu untuk diluahkan.
*Kadang-kadang dilakukan kerana ingin mempertahankan haknya.
*Kadang-kadang dilakukan kerana dia letih, lapar, tidak sihat, atau tidak cukup tidur.
*Kadang-kadang ia dilakukan kerana inginkan perhatian daripada individu yang dirasakan tidak peduli dan tidak memberikan perhatian positif.
Semua sebab ini sukar untuk diterjemahkan oleh anak kecil dalam perkataan. Oleh itu sekiranya kita bertanya anak kecil,
“Kenapa buat macam tu?”
“Why did you do that?”, anak kecil tidak ada jawapan.
Jika dia jawab “Tak tahu”, “I don’t know”, maka jawapannya itu tepat dan betul. Dia tidak menipu.
Sekiranya ditekan dan dipaksa untuk memberikan jawapan kepada “Why” kita, maka anak kecil akan mula belajar untuk bercakap tidak benar kerana ingin memberikan jawapan yang kita ingin dengar.
“Kenapa” atau “Why” bersifat interogatif yang menakutkan anak-anak kecil. Dalam situasi yang begini, sebaiknya jangan ditanya “Kenapa” tetapi minta anak terangkan “Apa” yang berlaku atau “Bagaimana” ia berlaku. Anak boleh menceritakan proses. Dari situ kita dapat membimbing anak apa yang sepatutnya dilakukan sekiranya dia berada dalam situasi yang sama lagi nanti.
Kadang-kadang anak kecil tidak tahu apa yang patut dilakukan sekiranya bosan, sekiranya marah, sekiranya kecewa, sekiranya sedih kerana kita tidak pernah membimbing emosinya.
Kita tidak boleh mengandaikan anak kecil ada ‘common sense’. Ibu bapa perlu meluangkan masa dengan anak agar kita tahu “Why” dia melakukan sesuatu perkara yang tidak wajar.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.