Bekas pemain bola sepak terkenal, Zaquan Adha Abdul Radzak luah rasa rindu terhadap anak bongsunya, Muhammad Aisy Al Rees yang meninggal dunia ketika tidur, dua hari lalu.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Zaquan di Insta-Storynya, dia berkongsi foto tilam dan bantal milik Rees selain akui kehidupannya menjadi sunyi sejak pemergian Allahyarham.
“Ya Allah, dua hari yang sangat sunyi tanpa anak syurga daddy. Berbahagialah adik Raees di sana,” ujarnya.
Ads
Terdahulu Zakuan memuat naik di Insta Storynya mengenai anak ketujuhnya yang meninggal dunia menerusi sebuah hantaran di laman Instagramnya.
Difahamkan, Muhammad Aisy Al Rees tidak mengalami sebarang sakit dan menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 1 petang pada Selasa di Seremban.
Ads
Jasad bayi yang berusia 6 bulan itu selamat dikebumikan di Makam Tuan Haji Said, Sikamat, Negeri Sembilan pada jam 9.22 pagi pada Rabu.
Ads
Terdahulu Allahyarham Muhammad Aisy Al Rees selamat dilahirkan pada 2 Ogos tahun lalu jam 12.57 tengah hari.
Untuk rekod, Ayu dan dikurniakan dengan tujuh cahaya mata termasuk Muhammad Aisy Qaiser, 12, Muhammad Aisy Aryann,11, Laura Zuleykha, 8, Muhammad Aisy Khaliq, 6, Muhammad Aisy Al Jibreel, 3, dan anak keenam yang berusia setahun.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
KWSP rekod pendapatan pelaburan RM57.57 bilion, ada potensi dividen tahun depan dapat lebih. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM57.57 bilion bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 September 2024, 20 peratus lebih tinggi berbanding RM47.86 bilion yang dicatatkan dalam tempoh sama tahun lalu.
KWSP Rekod Pendapatan Pelaburan RM57.57 Bilion
Daripada jumlah tersebut, RM48.02 bilion dijana untuk Simpanan Konvensional, manakala RM9.55 bilion lagi untuk Simpanan Shariah.
Setakat September 2024, jumlah aset pelaburan KWSP adalah RM1,222.34 bilion, dengan 62.2 peratus dan 37.8 peratus diperuntukkan kepada pelaburan dalam dan luar negara.
Pada suku tahun ketiga berakhir 30 September 2024 (S3 2024), jumlah pendapatan pelaburan adalah RM19.67 bilion, meningkat sebanyak RM5 bilion daripada RM14.67 bilion yang direkodkan pada suku tahun sama pada 2023.
Pelaburan luar negara menyumbang sebanyak RM10.50 bilion, merangkumi 53 peratus daripada jumlah pendapatan pelaburan.
Ada Potensi Dividen Tahun Depan Dapat Lebih
Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad Zulqarnain Onn berkata, prestasi kukuh KWSP adalah bukti kepada strategi pelaburannya yang merangkumi portfolio yang pelbagai merentasi kelas aset utama.
“Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia meningkat dengan kukuh sebanyak 5.9 peratus tahun-ke-tahun pada suku tahun kedua, dan petunjuk utama Bursa Malaysia, FBM KLCI ditutup pada 1,648 mata pada akhir suku tahun ketiga.
“Dengan pulangan sebanyak 13 peratus setakat tahun ini, para pelabur terus optimis terhadap prestasi asas syarikat-syarikat Malaysia, dasar ekonomi Malaysia, dan pembaharuan fiskal.
“Pasaran global secara amnya menunjukkan prestasi positif sepanjang suku tahun ini, didorong oleh permulaan kitaran pelonggaran kadar faedah apabila Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) menurunkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas pada bulan September,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambah beliau, pengurangan kadar faedah di AS yang dinantikan telah mendorong sentimen pasaran dan keuntungan merentasi pelbagai sektor, termasuk Amanah Pelaburan Hartanah (REIT), utiliti dan kewangan, yang semuanya memberi kesan positif kepada portfolio pelaburan KWSP.
“Pertumbuhan KDNK sebenar China dicatatkan pada 4.6 peratus tahun ke tahun, menurun sedikit daripada 4.7 peratus pada suku sebelumnya.
“Walau bagaimanapun, risiko kekal dalam prospek global seperti trajektori dan kadar pengurangan kadar faedah, ketegangan geopolitik yang berterusan dan semakin meningkat terutama di Asia Barat, serta potensi tarif import yang lebih tinggi ke AS dengan pemilihan Donald Trump selaku Presiden minggu lalu,” katanya.
Para ibu lebih suka menyediakan semua bahan masakan lebih awal bagi memudahkan mereka untuk memasak kemudian. Cara ini dapat menjimatkan masa dan memudahkan kerja-kerja di dapur. Salah satu bahan masakan yang akan dibuat sendiri adalah cili kering kisar.
Masalahnya bila buat cili kering kisar ni bijinya masih ada dan susah untuk hancur. Jadi bila buat sambal misalnya, masih kelihatan biji-biji kasar ini. Untuk para ibu yang masih tercari-cari teknik untuk membuang biji cili kering boleh cuba tip yang dikongsikan oleh Noor Fatehah Osman ini.
Caranya begini:
Tips nak asingkan biji cili kering.
Tak payah gunting, Tak payah pegang cili, tangan pun tak pijar.
Sekiranya para ibu mahu membuat cili boh sendiri, bolehlah guna resipi yang Pa&Ma cadangkan ini. Gunakan cili kering yang tidak pedas, sesuai untuk anak-anak makan.
Contoh cili kering yang tak pedas. Sumber foto: Internet
Bahan yang diperlukan:
Cili kering pilihan
Bawang putih
Air
Cara membuat:
1. Rebuskan cili kering dengan bawang putih. Kemudian ditoskan.
2. Bila cili kering dah agak sejuk, bolehlah dikisar bersama air tapis. Jangan gunakan air paip kerana cili boh akan cepat rosak.
3. Selesai dikisar, simpan dalam bekas kedap udara dengan kemas. Letakkan di dalam peti sejuk. Cili boh akan tahan lama dan tidak berkulat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seorang pempengaruh media sosial dipuji ramai kerana membuat aktiviti amal dengan membersihkan sebanyak 30 surau selama 30 hari bulan Ramadan ini.
Menerusi perkongsiannya di TikTok @rusydi.official, antara surau yang akan dibersihkan oleh beliau seperti di stesen minyak atau mana-mana surau awam.
Bermula pada hari pertama puasa iaitu pada 2 Mac lalu, Rusydi dilihat telah memulakan misi terpujinya dengan begitu bersungguh-sungguh. Malah surau di sebuah stesen minyak di Nilai, Negeri Sembilan menjadi pilihannya diketika itu.
Menerusi video yang dikongsikan, Rusydi terlebih dahulu menunjukkan keadaan surau yang kurang memuaskan kemudiannya mencuci surau berkenaan dengan rela hati.
Bukan itu sahaja, dia tidak lokek berkongsi kesemua alatan pembersihan malah menggunakan wangnya sendiri untuk membeli sabun mencuci.
“Kecuali air, saya telah minta izin terlebih dahulu untuk gunakan. Alhamdulillah, supervisor sini sambut usaha saya dengan sangat baik.
“Harapan saya agar usaha kecil saya dapat beri manfaat kepada semua,” katanya berkongsi.
Bukan hanya membersihkan ruangan solat serta kawasan wuduk, bahkan Rusydi turut membersih peralatan surau lain seperti karpet dan mengemas susun sejadah dengan baik.
Amalan mulia ini seharusnya diberikan pujian. Tidak hairanlah Rusydi dipuji wargamaya yang rata-rata menyukai niat ikhlas pempengaruh itu untuk membersihkan tempat awam orang ramai.
Sayu luahan hati isteri kepada Elmi Nu Zamani Aizat Azim, 25, pemuda yang ditemukan lemas selepas terjatuh dari Kilometer 2.8, Jambatan Pulau Pinang di...