Zayne Paling Happy Dapat Adik! Isteri Selamat Bersalin Anak Kedua, Mat Dan Timang Baby Boy

Share

Tahniah buat Mat Dan dan isteri yang baru sahaja menimang cahaya mata kedua pada 7 November yang lalu.

Pengacara dan pelakon kelahiran England ini berkongsi berita gembira tersebut dalam satu entri di Instagram miliknya semalam.

“Pada tanggal 7 November, 10.55 pagi, lahirlah anak kedua kami. Kedua-duanya, bayi dan ibu sihat dan sudah kembali berada di rumah.

“Zayne sangat teruja dan gembira dengan kehadiran adik lelakinya,” kongsinya.

Dalam entri tersebut Mat Dan memuat naik sekeping foto yang memaparkan sebahagian wajah dan tangan anaknya sahaja

“Terima kasih kepada semua doktor dan jururawat dna kakitangan hospital yang menjaga kami dan menyambut kelahiran bayi kami dengan selamat.

“Nantikan lebih banyak lagi gambar selepas ini,” tulisnya.

 

Di ruangan komen, rata-rata mengucapakan tahniah atas kelahiran anak keduanya itu.

Mat Dan atau nama sebenarnya, Mohammad Kareef Daniel Abdullah, 31 mendirikan rumah tangga dengan wanita kelahiran Terengganu, Nadifa Adnan pada Mac 2017.

Hasil perkongsian hidup, Mat Dan dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Zayne Tyler yang kini berusia dua tahun.

Mat Dan yang berasal dari Bristol, United Kingdom itu mula menetap di Malaysia sejak 2009.

Pengacara Haramain Backpackers itu mula mencuri perhatian masyarakat Malaysia dengan kebolehannya menguasai dialek Terengganu dengan baik.

Tahniah sekali lagi untuk Mat Dan dan isteri. Semoga dengan kehadiran si kecil ini akan menambahkan lagi kebahagiaan keluarga mereka!

Sumber: Gempak & IG Mat Dan

Baca: Waktu PKPB Ni Mak Ayah Kena Luang Banyak Masa Dengan Anak, Barulah Perkembangan Sosial Mereka Boleh Berkembang! – Dr. Izzar

Baca: Panik Tiba-tiba Anak Melecur, Jangan Guna Ubat Gigi Redakan Luka. Ini Cara Betul Nak Urus Sebelum Bawa Ke Hospital!

Nak beli barangan rumah dengan harga menarik, klik di sini

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Jangan lupa untuk saksikan power talk istimewa #Nifightagainstcancer yang akan berbincang tentang topik kanser pada 18 November 2020 ini!

Published by
SAHR