Tahniah diucapkan kepada pelakon dan juga Bintang Akademi Fantasia 2014 (AF 2014), Ziha Salleh yang telah selamat melahirkan anak keduanya pada Khamis lalu.
Melahirkan cahaya mata lelaki, Ziha Salleh yang mula dikenali ramai sejak muncul menerusi Drama Dia Semanis Honey dan Tundukkan Playboy Itu, menzahirkan rasa syukur kerana urusan bersalin berjalan lancar.
Dalam perkongsian aktress ini di Instagram miliknya, Ziha turut menyatakan ucapan terima kasihnya kepada semua yang menitipkan kata-kata dan doa yang baik untuk dirinya. Dalam postingnya itu juga, Ziha turut memaklumkan anak yang baru dilahirkan ituadalah anak lelaki dengan tanda pagar ‘itsaboy’.
Alhamdulillah, everything went well. My Baby was safely delivered pukul 3.42pm semalam (9/4/20) Thank you everyone for all the kind wishes dan semua yang mendoakan. You know who you are ❤️ xoxo #itsaboy
Rakan-rakan artis dan peminat turut mengucapkan tahniah dan mendoakan kesihatan ibu dan bayi.
Ads
Ziha mendirikan rumah tangga dengan Zarul Hafis Zarak Kamal pada Oktober 2016 dan turut mempunyai seorang lagi anak, Hizqeel yang kini mencecah usia tiga tahun.
Ads
Tahniah diucapkan kepada Ziha dan pasangan dengan kehadiran cahaya mata lelaki yang baru. Semoga kehadiran si kecil ini akan menyerikan lagi kehidupan keluarga Ziha Salleh.
Seorang bayi perempuan selamat dibedah keluar dari rahim ibunya yang terbunuh bersama suami dan anak yang lain akibat serangan Israel di bandar Rafah di Gaza yang turut mengorban 19 lagi nyawa orang awam, kata pegawai kesihatan Palestin.
Sumber foto: REUTERS
Menurut pegawai berkenaan, ibu bayi itu maut akibat serangan oleh tentera Israel di dua buah rumah termasuk 13 kanak-kanak daripada sebuah keluarga yang terbunuh di salah sebuah rumah berkenaan.
Doktor yang merawat bayi berkenaan, Mohammed Salama berkata, bayi perempuan seberat 1.4 kilogram itu dilahirkan melalui proses pembedahan C-section dan berada dalam keadaan stabil serta beransur pulih.
Ibu bayi perempuan itu, Sabreen Al-Sakani, telah hamil selama 30 minggu.
Bayi berkenaan kemudiannya diletakkan di dalam inkubator di sebuah hospital di Rafah bersama bayi lain, dengan perkataan ‘Bayi syahid Sabreen Al-Sakani’ ditulis pada pita di dadanya.
Anak perempuan kepada wanita yang terkorban dalam serangan berkenaan, Malak, mahu menamakan adiknya itu sebagai Rouh, yang bermaksud roh dalam bahasa Arab, kata bapa saudaranya, Rami Al-Sheikh.
Sumber foto: ASTRO AWANI
“Gadis kecil bernama Malak gembira kerana adik perempuannya lahir ke dunia, namun dia turut terkorban dalam serangan Israel,” katanya.
Menurut Muhammed Salama, bayi perempuan itu juga dijangka tinggal selama tiga hingga empat minggu di hospital berkenaan.
“Selepas itu, kita akan mempertimbangkan siapa ahli keluarga yang akan menjaganya, sama ada ibu saudara, bapa saudara atau datuk serta neneknya.
“Ini adalah tragedi yang amat mengerikan di Rafah, yang bukan lagi asing kepada kekejaman. Walaupun anak ini terselamat, dia dilahirkan sebagai anak yatim,” katanya.
Menurut pegawai kesihatan Palestin, 13 kanak-kanak daripada satu keluarga yang terbunuh itu berada di rumah kedua yang musnah dalam serangan Israel iaitu rumah milik keluarga Abdel Aal.
Saqr Abdel Aal menyuarakan kesedihannya kerana semua ahli keluarganya meninggal dunia akibat serangan berkenaan.
“Semuanya adalah wanita dan kanak-kanak. Seluruh identiti saya telah dihapuskan, bersama isteri, anak-anak dan semua orang,” katanya.
Sementara itu, Mohammad al-Behairi berkata, anak perempuan dan cucunya masih tertimbus di bawah runtuhan.
“Saya berasa sedih dan tertekan. Saya tidak mempunyai apa-apa lagi dalam hidup ini untuk ditangisi.
“Apakah perasaan yang akan kita miliki? Apabila anda kehilangan anak, orang tersayang, bagaimana perasaan anda?” soalnya. – Awani
Sama-sama kita doakan agar semua rakyat Palestin terus kuat dan sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT. Sesungguhnya serangan kejam ini bukan saja meruntun hati rakyat Malaysia tetapi seluruh dunia yang sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk mereka semua.
Siapa yang mengalami alahan teruk di awal kehamilan pasti tahu berapa seksanya hendak makan. Lagi-lagi bila tak lalu makan nasi sedangkan perut rasa lapar yang amat. Boleh menitis airmata. Betul tak?
Kalau tak lalu makan nasi atau tak sukakan baunya, ada caranya. Menurut Dr Zubaidi Haji Ahmad, menggantikan minuman tambahan untuk wanita hamil adalah sebaiknya daripada tidak mengambil sebarang jenis makanan.
MINUMAN TAMBAHAN UNTUK WANITA HAMIL
Ramai yang keliru tentang pemakanan yang perlu diambil ketika hamil sebab kita sudah biasa dengan sistem pemakanan yang salah.
Contohnya ada wanita hamil yang tidak berselera untuk makan, lalu mengunyah makanan yang tiada khasiat seperti jeruk atau jajan.
Sesekali mengambil makanan seperti itu mungkin tidak menjejaskan kesihatan ibu dan anak dalam rahim, tetapi jika diamalkan secara berterusan sudah tentu akan menjejaskan kesihatan anak yang sedang membesar dalam rahim.
Jika tidak berselera, saya cadangkan ambil susu. Sekarang pun sudah ada di pasaran, susu yang dijual dalam pelbagai rasa. Sekurang-kurangnya susu membekalkan kalsium yang tinggi. Selain itu, susu juga meningkatkan tumbesaran otak bayi.
Susu untuk ibu hamil yang paling popular ialah susu lembu segar. Kecuali mereka ada masalah diabetis, boleh memilih susu kurang lemak.
Seperti yang kita ketahui, wanita hamil memerlukan kalori yang banyak bersama nutrien yang lain seperti vitamin dan mineral yang lain.
Saya mencadangkan seorang ibu hamil meminum sekurang-kurang secawan susu setiap hari. Jangan tinggalkan pemakanan yang seimbang. Susu segar dapat menampung kekurangan nutrien yang diperlukan oleh ibu dan anak.
Bagi wanita hamil yang sibuk bekerja, tidak makan dengan teratur dan tidak mendapat cukup rehat, susu adalah minuman tambahan yang terbaik.
Jadi jangan lupakan susu setiap hari dalam menu harian kita. Tak suka susu putih boleh gantikan dengan susu coklat yang ternyata lebih sedap. Tepuk dada tanyalah selera anda. Pastikan anda sihat sepanjang kehamilan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perkara yang paling menakutkan ibu-ibu ketika bersalin adalah koyakan. Ngeri betul bila dengar nak melahirkan anak sehingga terkoyak. Setiap kelahiran kebanyakan akan melibatkan pada perineum akibat regangan kulit, episiotomi dan penggunaan alat bantuan semasa proses kelahiran berlaku.
Namun ada juga yang tidak mengalami sebarang koyakan ketika proses bersalin. Banyak tip yang boleh dilakukan atau dicuba untuk mengelak berlakunya koyakan ketika bersalin. Puan Nur Mudzalifah Chacha sudi berkongsi pengalamannya dan beberapa tip untuk memudahkan proses bersalin.
Hi ibu-ibu. saya selamat melahirkan baby boy seberat 3.3kg secara normal tanpa koyak dan jahitan. anak pertama, lahir cukup bulan 40weeks 1 day, syukur sangat. lahir pada 14/4/2020. harap mommy-mommy yang lahirkan anak bulan ni dengan bulan depan dipermudahkan.
Saya kongsi sedikit pengalaman bersalin yang saya lalui. Pukul 11 malam mula rasa sakit kontraksi (kontraksi palsu) so boleh tahan lagi tapi dah tak boleh stop sampailah ke subuh jam 4pagi.
Saya mula tak tahan, perut memulas, sakit pinggang dari belakang tak boleh bawa bincang. Mak dan kakak pun suruh encik suami bawa hospital.
Sampai di hospital, check bukaaan dah 3cm. Terus admit wad, dalam wad tu tahan sakit kontraksi ja. Hanya Allah sahaja tauu sakitnya macam mana. Jam 7 pagi dah tak boleh tahan dah. Terlalu sakit! Minta nurse check bukaan, bukaan da 7cm pagi tu. Nurse suruh masuk labor room dan rest kat dalam. Dalam labor room tu tahan sakit kontraksi lagi tunggu bukaan sampai 10cm, tapi saya dah start meneran bukaan 9cm.
Maka bermulalah perjuangan seorang ibu melahirkan, sakit tu memang sakit. Tapi saya bersyukur dalam labor room tu tak lama bila dah mula meneran, nurse puji juga lah pandai meneran, curi nafas.
Masa dalam wad saya tak putus-putus berdoa semoga dimudahkan, zikir tak putus-putus saya baca.
Saya tetap berjalan walaupun sakit, tapi berjalan masa kontraksi berhenti. kontraksi saya sakit dalam 45-50saat dan makin lama naik sampai 1minit.
Saya shared apa saya amalkan sepanjang mengandung
Masa kandungan 5 bulan sampai 9 bulan saya amalkan minum air kelapa muda(tanpa gula/ice) , air kelapa bukan hari2 ya sis, saya minum seminggu tu dalam 2/3kali mcm tu… Saya banyak buat exercise seperti Squat/Ketuk ketampi/berjalan kaki. Saya tak ambil langsung minyak kelapa dara semua tu.
Masa kontraksi sakit jangan putus-putus baca zikir yunus dan tarik nafas melalui hidung keluar dari mulut supaya tak ada rasa meneran. Kalau dapat, masa kontraksi tak sakit, berjalan kalau boleh jangan duduk mencangkung sebab nurse kata tu lagi buat kepala baby lambat turun. masa kontraski sakit stop!!
Yang paling saya sarankan sis buat, try belajar bernafas! Banyak kat youtube, belajar cara teknik bernafas masa kontraksi dan teknik masa melahirkan. Curi nafas. Jangan sekali angkat punggung masa meneran/please praktis mommy-mommy! Dan kena pandai meneran yaa.. bukan setakat nafas ja tapi kena meneran tauu mommy-mommy. Mommy-mommy kena kuat semangat pastikan ada makan sebelum masuk labor room, sebab kita perlukan tenaga 200%. Saya sebelum masuk labor room saya makan kurma ja.
Tak ada yang mustahil boleh cuba, kita iktiar! Saya boleh apa lagi mommy-mommy semua. Yang penting kena kuat semangatt okayy!!! Pastikan tenaga banyakk masa tu!! Mana-mana pon tak ada masalah bersalin normal/czer/ normal vacuum/induced tu rezeki masing-masing, dah takdir kita mcm tu. kita cuma berdoa untuk dimudahkan bersalin.
Terima kasih juga kepada nurse-nurse Di Hospital Kota Belud,Sabah kerana banyak memberi semangat juga.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tindakan yang boleh kita buat apabila dipukul, dikasari dan dicederakan. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.