Ziha Salleh Selamat Bersalin Anak Kedua, Ucap Terima Kasih Untuk Doa Dari Semua

Share

Tahniah diucapkan kepada pelakon dan juga Bintang Akademi Fantasia 2014 (AF 2014), Ziha Salleh yang telah selamat melahirkan anak keduanya pada Khamis lalu.

Melahirkan cahaya mata lelaki, Ziha Salleh yang mula dikenali ramai sejak muncul menerusi Drama Dia Semanis Honey dan Tundukkan Playboy Itu, menzahirkan rasa syukur kerana urusan bersalin berjalan lancar.

Dalam perkongsian aktress ini di Instagram miliknya, Ziha turut menyatakan ucapan terima kasihnya kepada semua yang menitipkan kata-kata dan doa yang baik untuk dirinya. Dalam postingnya itu juga, Ziha turut memaklumkan anak yang baru dilahirkan ituadalah anak lelaki dengan tanda pagar ‘itsaboy’.

Alhamdulillah, everything went well. My Baby was safely delivered pukul 3.42pm semalam (9/4/20) Thank you everyone for all the kind wishes dan semua yang mendoakan. You know who you are ❤️ xoxo
#itsaboy

Rakan-rakan artis dan peminat turut mengucapkan tahniah dan mendoakan kesihatan ibu dan bayi.

Ziha mendirikan rumah tangga dengan Zarul Hafis Zarak Kamal pada Oktober 2016 dan turut mempunyai seorang lagi anak, Hizqeel yang kini mencecah usia tiga tahun.

Tahniah diucapkan kepada Ziha dan pasangan dengan kehadiran cahaya mata lelaki yang baru. Semoga kehadiran si kecil ini akan menyerikan lagi kehidupan keluarga Ziha Salleh.

Sumber: Media Hiburan dan Ziha Salleh

 

 

Published by
SAHR