Kenapa orang lain boleh je menyimpan, boleh pergi bercuti, pendek kata rezeki mereka tak pernah putus. Pernah tak kalau kita ada lebih pun mesti ada saja perkara yang berlaku yang memerlukan untuk mengeluarkan duit. Nak menyimpan setiap bulan mesti tak berkesempatan.
Orang lain tu dah ada anak bini tapi rezeki tak pernah putus..”Pernah tak anda terfikir kenapa duit anda sentiasa tak cukup?
Rezeki bukanlah sekadar wang ringgit semata-mata, namun kesihatan yang baik, kelapangan fikiran, ketenangan hati, bebas hutang juga turut dianggap rezeki.
Bagi yang beragama Islam, kita seharusnya sentiasa bersyukur dengan setiap pemberian rezeki oleh-Nya.
Selain rasa syukur, kita juga perlu mengamalkan amalan-amalan zikir yang diamalkan oleh Rasulullah. Sebenarnya, terdapat beberapa jenis zikir yang mujarab untuk membuka pintu rezeki kita seluasnya.
ZIKIR PEMBUKA PINTU REZEKI YANG PERLU DIAMALKAN SETIAP HARI
1. ZIKIR: LA HAWLA WALA QUWWATA ILLA BILLAH
Maksud: Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata. Barangsiapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan – La hawla Wala Quwwata Illa billah. (HR. At-Tabrani)
Jadi, sentiasalah ‘ringan bibir’ melafazkan zikir ini setiap hari sebanyaknya. Sambil bekerja, sambil berzikir. Sambil melayan media sosial anda juga boleh berzikir!
Maksud: Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya, Maha Suci yang Maha Agung. Dari setiap kalimat itu seorang malaikat yang bertasbih kepada Allah Ta’ala sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu. (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)
3. ZIKIR: LA ILAHA ILALLAH AL MALIKUL HAQQUL MUBIN
Maksud: Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Allah yang Maha Benar lagi Maha Nyata.
Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illalla al malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa takut dalam kubur. (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami)
4. MEMBACA SURAH AL-IKHLAS
Ads
Bacalah surah Al-Ikhlas ini setiap kali anda ingin masuk ke dalam rumah. Menurut riwayat (HR. At-Tabrani),
Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas ketika masuk rumah maka berkat bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya.
5. SELAWAT KE ATAS NABI
Dari Umar bin Khattab dari Nabi Muhammad SAW bersabda: Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali selawat maka Allah akan membalas sepuluh kali selawat dan mengangkatnya sepuluh darjat. Jadi, banyakkanlah berselawat ke atas Nabi dengan jadikannya sebagai rutin setiap hari.
6. SENTIASA BERISTIGHFAR
Barangsiapa melazimkan beristighfar nescaya Allah akan mengeluarkan dia dari segala kesusahan dan memberikan rezeki dari arah yang tidak pernah diduga. (HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah)
Ads
7. SETIAP HARI BACA DOA MURAH REZEKI
Ya Allah, Berikanlah kepada kami rezeki yang luas, Kurniakanlah kepada kami rezeki yang Halal lagi baik tanpa memberatkan kami.
Ya Allah, Jika rezeki kami ada di langit maka turunkanlah, Jika ada di bumi maka keluarkanlah, Jika jauh maka dekatkanlah, Jika dekat maka mudahkanlah, Jika, sedikit maka banyakkanlah, Jika banyak maka berkatilah, Agar kami dapat menolong anak-anak yatim, fakir miskin, dan mereka yang dalam kesusahan dan kedaifan.
Ya Allah, Kabulkanlah doa kami, Amin Ya Robbal ‘Alamin.
Seorang isteri dia mengharapkan suaminya selalu mengungkapkan I Love You. Nak suami selalu belai dan beri perhatian selalu sedangkan sikap orang lelaki dan perempuan tak sama.
Apabila si isteri rasa suami tak buat seperti apa yang diharapkan, terus anggap suami tak sayangkannya sedangkan orang lelaki ni cara dia luah kasih sayang bukan secara terus. Macam mana nak tahu yang suami benar-benar sayangkan isteri, ini tip yang Imam Muda Hassan kongsikan.
Isteri perlu faham, sikap orang lelaki dan perempuan ni tak sama. Jangan mudah terpengaruh dalam drama yang selalu menunjukkan layanan romantik sedangkan isteri tahu suaminya dari awal bukanlah jenis romantik.
Bagaimanapun, anda sepatutnya berbangga jika dalam diri suami kita ada 3 P ini. Antaranya adalah:
Profess
Suami iktiraf kita sebagai isterinya. Dia memang tak cakap I Love You tapi sebenarnya bila jumpa kenalan atau orang ramai dia dengan bangganya akan kata “Ni Isteri Saya’. Bila dia cakap depan orang macam ni, maksudnya si isteri dah tak perlu nak ragu-ragu lagi.
Itu tandanya dia sangat saya dan bangga ada kita sebagai penemannya. Tak perlu dah nak berprasangka dengan suami sendiri.
Protect
P yang kedua adalah protect. Maksudnya dalam hal ni, suami kita tak akan membiarkan hati isterinya disakiti atau hidup susah. Ni namanya suami kita benar-benar ikhlas mencintai.
Apa-apa yang isteri perlukan bantuan dia akan bantu. Contohnya kereta rosak, pergi ambil ataupun isteri sakit tak akan biarkan sakit seorang-seorang tetapi bawa ke klinik. Semua yang suami buat ni adalah kerana dia sangat mencintai isteri.
Ini yang perlu isteri faham dan hargai. Ingat tak romantik bukan bermakna tak sayang tetapi suami ada caranya.
Provide
Seorang suami yang mencintai isteri akan sentiasa sediakan keselesaan buat isteri dan anak. Apa maksudnya sediakan keselesaan itu. Antaranya dalam bab menyediakan nafkah suami tak pernah berkira dan sentiasa usahakan yang terbaik.
Contoh beli rumah dan kereta untuk keselesaan isteri, selalu bawa isteri makan sedap, sesekali bawa pergi bercuti dan tidur hotel. Apa yang suami buat ni untuk orang tersayang.
Ingatlah walaupun suami kita bukanlah jenis yang selalu cakap manis, tak tak romantik tapi semua keperluan ini dia tak abaikan, itu sebenarnya suami yang hebat.
Apa-apa pun ada 3 P ni tandanya suami kita mencintai kita sepenuh hatinya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berbuat baik kepada orang yang terdekat adalah perbuatan yang terpuji. Anak dan isteri ialah insan yang paling dekat bagi seorang lelaki bergelar seorang suami dan ayah.
Suami yang tidak berkira wang ringgit dan perhatian dengan anak dan isteri, urusannya dipermudahkan dengan izin Allah, mudah-mudahan. Asalkan ia dilakukan dengan ikhlas dengan penuh rasa tanggungjawab.
Perkongsian daripada bapa ini boleh dijadikan inspirasi. Memberikan kejutan sajian makanan yang disukai cukup menggembirakan si kecil. Melihat anak isteri menikmatinya pun hati suami sudah cukup membuatkan diri terharu.
“Ayang, bgtau anak2 yg abg dah beli pizza ni…ptg ni kita makan pizza…”
Hari ni hari gaji…
Check tadi, tgok2 gaji dah masuk…Allah, seronoknya hati…trus wassup wife, bgtau kat wife…sblum blk keje, order pizza siap2 then terus p ambik…xsabar ni nak bwk blk pizza bg kat isteri, bg kat anak2…
Apa la reaksi diorang nanti…
Sampai je kat umah, isteri buka pintu, anak2 terus serbu…”Yeay yeaay, makan pizza, makan pizza…” Allah, seronok plak abah tgok anak2 abah gembira mcm ni…
Saya tengok je diorang mkn, gembira anak2 dan isteri dpt mkn pizza…bukan hari2 dpt mkn pizza…setiap bulan, hari gaji ja beli…klu bukan pizza, kfc…klu bukan kfc, bwk mkn luar…
Tapi semua tu tak selalu…
Hari gaji ja buat mcm tu…hari2 biasa, back to normal life, makan apa yg ada…nasi putih, ikan goreng…nasi putih, ayam kicap…nasi putih, telur masak merah…nasi putih, sup sayur…
Hari biasa, makan xbleh mewah2 sbb duit x lebih byk pun, bajet ngam2 ja…maka kita bersederhana masa hari biasa, dan kita mkn sedap2 masa hari gaji…ini yg selalu saya buat utk keluarga setiap bulan…
SUAMI JANGAN BERKIRA
Kita yang jadi suami ni, jangan berkira untuk membelanjakan apa-apa saja untuk isteri dan ank2 bila kita ada duit…sebab mereka, urusan kita dipermudahkan…sebab mereka, rezeki kita dimurahkan…sebab mereka, kita diberikan kesihatan yang baik untuk terus mencari rezeki…gembirakanlah mereka dengan kemampuan yang ada, selebihnya Allah jua lah yg akan mencukupkan kita..
Jangan risau bab cukup tak cukup tu…
Akhir kalam, manusia tidak akan mengetahui akan sesuatu nikmat kecuali bilamana nikmat itu hilang drpdnya…melihat isteri dan ank2 gembira adalah satu nikmat utk seorang suami yg sentiasa berusaha memikirkan yg terbaik utk keluarganya…
Nota kaki : Sebaik2 sedekah disisi Allah itu adalah pd ahli keluargamu…dah bersedekah kpd ahli keluarga ke belum tu?
Biasa masalah sukar hamil kita dengar masalah dari wanita sahaja. Namun sejak kebelakangan ini masalah ini juga banyak dari lelaki. Bila isteri buat pemeriksaan semua normal.
Bila suami pula yang buat pemeriksaan dengan doktor keputusan sperma kurang aktif, sperma sikit, sperma tak sempurna dan paling teruk sperma kosong. Jika masalah sperma kosong nak buat IUI dan IVF pun tak boleh sukar nak berjaya. Itu pun kena jalankan operation.
Masalah dari lelaki ada juga ubatan yang doktor bekalkan. Ini antara pandangan dari Ustaz Mujahin Al-Banjari buat pasangan suami isteri. Tak salah ikhtiar selagi Allah nak bagi rezeki.
Jadi nasihat saya jika wanita sudah buat pemeriksaan dengan doktor sarankan juga suami dapatkan rawatan juga.
Banyak yang lepas pandang dalam hal ini. Kebanyakan bila lambat dapat zuriat hanya wanita dapatkan rawatan, lelaki kurang dapatkan rawatan.
Banyak juga kes begini bila saya rawat, si suami ada masalah gangguan. Bila di ruqyah ternyata sakit di bahagian tertentu bila di pegang. Ramai yang tak perasan. Bila dah di rawat ada gangguan baru la percaya diri ada gangguan. Ada seorang pesakit lelaki itu doktor sahkan beliau sperma kosong. Doktor kata tiada ubat lagi. Doktor sarankan ambil anak angkat sahaja. Tiada harapan untuk hamil bagi seorang yang mengalami sperma kosong.
Siapa yang tak sedih bila doktor cakap macam tu. Tak mampu bagi zuriat pada insan tersayang. Beliau datang buat rawatan dengan saya. Bila di ruqyah ternyata ada gangguan sihir. Bila di buang gangguan tersebut Izin Allah selang 3 bulan isteri beliau di sahkan hamil.
Masih saya ingat bila dapat tahu isteri beliau hamil terus dia call saya. Beliau kata Ustaz ….Ustaz….Saya tak mandul, isteri saya hamil, isteri saya hamil. Mendengar suara beliau yang gembira saya sendiri menangis kegembiraan. Beliau tidak menyangka isteri beliau boleh hamil….Semua atas izin Allah.
Kebiasaannya bagi lelaki yang mengalami masalah jika doktor sahkan ada masalah sperma jika ada gangguan pada diri tanda-tanda biasa adalah seperti di bawah:
👉Kerap sakit belakang tengkuk bahu dan belikat..
👉Kerap sakit kepala migrain..
👉Sukar tidur malam gelisah tanpa sebab..
👉Emosi kerap cepat sedih, cepat takut berdebar-debar, cepat stress dan marah.
👉Badan kerap banyak angin sedawa, nafas jadi pendek, kerap sakit dada kiri
👉Kerap terperanjat ketika tidur.
👉Kerap mimpi jatuh, mimpi ular, mimpi bersetubuh, mimpi orang kejar, mimpi binatang buas, mimpi tempat kotor, mimpi pasangan curang, mimpi rumah lama.
👉 Kerap nampak kelibat di dalam rumah
👉Berdebar resah masuk waktu asar, maghrib jadi mengantuk nak demam.
👉Siang kerap mengantuk.
👉Kurang ada nafsu bersama dengan isteri.
Apa yang saya cerita di atas adalah pengalaman yang kerap berlaku pada pesakit saya sendiri..Tak semesti juga masalah sperma di sebabkan gangguan. Ada juga dari faktor pemakanan kita yang tak stabil, merokok kuat, kurang rehat dan macam-macam lagi. Sebaiknya dapatkan rawatan doktor dan rawatan Islam sekali ya.
Moga semuanya yang belum dikurniakan cahaya mata agar di permudahkan Allah untuk mendapat cahaya mata pertama dalam masa terdekat ini. InshaAllah.
Aamiin3x Ya Rabbal Allamiin…
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.