Aktres cantik, Datin Sri Zizie Ezette akhirnya mendedahkan wajah dan nama anak kembarnya.
Beliau melahirkan bayi kembar pada 29 Disember 2017 pada jam 5.48 pagi dan 5.50 pagi. Berat si kembar ini masing-masing ialah 2.74kg dan 2.78kg ketik dilahirkan.
Zizie yang bakal menyambut ulangtahun kelahiran pada 30 Disember iaitu sehari sebelum anak kembarnya dilahirkan menyifatkan kehadiran kembar ini ialah hadiah hari jadi yang awal dan cukup istimewa buat dirinya.
Semalam, setelah sebulan dan satu hari berpantang akhirnya wajah dan nama kedua-dua bayi kembar lelaki tersebut didedahkan.
Ads
Salam & hello everyone
Temui dua hero saya, AADAM ZAC IZETTE (atas) dan adiknya AALEPH ZEKE IZETTE (bawah). (Sebutan Alif tidak Alip eh?)
Mereka berusia 20 hari ketika gambar ini diambil.
Alhamdulillah, hari ni dah sebulan 1 hari.
Ads
Terima kasih diatas doa2 anda dlm comment2 sebelumnya.
Semoga Allah memberkati anda semua. Amen
Zizie turut menjelaskan gambar yang dimuatnaik tersebut diambil semasa si kembar berusia 20 hari.
Para peminat yang sudah lama berteka-teki tentang bayi kembar Zizie rata-rata gembira dan tidak putus-putus memuji kecomelan Aadam Dan Aaleph. Tidak kurang yang mendoakan kesejahteraan Zizie dan anak-anaknya.
Ads
Zizie sebelum ini mempunyai anak angkat perempuan yang bernama Naila Nurjenna yang berusia tiga tahun.
Seronoknya dia bermain dengan cermin. Melihat wajah dan imejnya dalam cermin pun boleh buat dia ketawa. Tapi jangan risau, ini perkembangan yang baik.
Tiap kali dia melintas di sebelah cermin, suka sangat dia memerhati. Kadang-kadang lama duduk di depan cermin sambil bersembang ikut gaya ‘bahasa’ dia dan ketawa.
BAYI TERTARIK KEPADA CERMIN KERANA TERTARIK DENGAN WAJAH
Bayi sukakan cermin kerana mereka tertarik kepada muka/ wajah. Sejak lahir, mereka suka untuk melihat dan merenung wajah ibu bapa dan pengasuh mereka.
Bayi juga suka melihat wajah yang terpampang di dalam gambar serta orang yang selesa bersama-samanya. Wajah yang dilihat dalam cermin juga tidak terkecuali!
6 KESAN POSTIF BERMAIN DENGAN CERMIN KEPADA BAYI
1-Bermain dengan cermin adalah salah satu eksplorasi atau penerokaan. Cuba dukung bayi anda di depan cermin. Bayi yang normal selalunya akan cuba menyentuh imejnya yang wujud di dalam cermin tersebut. Mereka akan belajar untuk mengenal refleksi imej di dalam cermin.
2-Apabila anda berada di depan cermin bersama bayi, bolehlah ajarnya tentang nama anggota pada wajah. Sebutkan tentang hidung, mata, mulut, pipi, dagu, telinga, kepala, rambut dan sebagainya. Bayi akan belajar tentangnya dengan cermin dan bantuan anda.
3- Visual tracking atau latihan mata untuk melihat objek yang bergerak di sekitarnya. Misalnya wajah abang atau kakaknya yang sedang bermain dan bergerak di depan cermin sambil membuat pelbagai mimik muka. Percayalah, tentu bayi anda akan suka aktiviti ini, satu latihan kognitif yang baik.
4- Dia akan cuba mencapai imej pada cermin tersebut dengan cara menyentuh. Ia adalah salah satu latihan motor yang baik untuknya. Dia juga tahu tentang kewujudan objek hanya pada depan cermin dan bukan di dalam cermin.
5-Bermain di depan cermin ialah bonding yang baik untuk mama, papa, bayi dan anak-anak yang lain. Ia juga membina kemahiran bersosial.
6-Si kecil belajar untuk fokus apabila bermain dengan cermin.
6 TIP PERKENALKAN PERMAINAN CERMIN KEPADA BAYI
*PASTIKAN ANDA HANYA MENGGUNAKAN CERMIN KHAS UNTUK BAYI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Isu train anak-anak berpakaian banyak diperkatakan sejak akhir-akhir ini. Fynn Jamal juga tidak terlepas daripada menerima komentar netizen berkenaan dengan tindakannya yang sering memakaikan anak angkatnya, Sakti Kencana dengan pakaian yang dikatakan hambar, serba bertutup dan tidak dihias seperti seorang puteri.
Berikut ialah posting Instagram Fynn;
Kelmarin aku baca komen-komen di IG seorang kawan; debat yang bermula dengan soalan kenapa anak tak diajar berpakaian syariah dari kecil.
Anaknya belum 5 tahun pun.
SELAGI ADA MULUT. TAKKAN HABIS.
Sejenis kebetulan— pada hari yang sama, wujud komentar yang menjemput debat; tentang kenapa sakti dipakaikan hambar, serba bertutup dan tidak dihias-hias selayaknya seorang puteri.
Pulak.
I think some people there should trade places with some here. Hahaha.
This will never end. Selagi ada mulut. Takkan habis.
Debat susu apa lagi bagus. OOTD siapa lagi cantik. Teknik mana lagi betul. Stroller apa lagi power. Gile.
Isu anak kecil perlu dipakai syariat itu aku rasa jelas hukumnya. Tidak ada tuntutan utk anak yang belum baligh menutup auratnya.
JANGAN MEMPERSULITKAN
Jangan mempersulit agama Allah.Benda yang memang dibagi kelonggaran— jangan pandai-pandai disempitkan.
Tak salah kalau anak mau diajar sedari kecil— dgn harapan ia jadi kebiasaan. tapi jujurlah jawab bersaksi Allah. Apakah benar itu formula paling menjadi?
Berapa ramai little ustazah membesar jadi minah masalah?
Aku lah antaranya.haha. Na’uzubillah.
Tak salah nak train anak2 dari kecil. tak ada masalah. Yang jadi silap adalah bila anak-anak yang dibagi kelonggaran oleh Allah dipaksa-paksa bagai yang dewasa.
Pada zaman rasulullah dahulu ada seseorang yang luka parah di kepala ketika perang. Pada satu malam, dia bermimpi basah lalu ditanyakan pada sahabat-sahabat perlu atau tidak dia mandi wajib membasahkan kepalanya.
Sepakat menjawab ya. sebab untuk agama— KENA betul2.
Maka dituruti nasihat sahabat-sahabat. Dibasahkan sekali kepala ketika junub. Natijahnya; lelaki tadi ajal.
Read on that story. Read on how Rasulullah SAW betul-betul marah dengan manusia yang memberi nasihat salah. Jelas hadith tersebut dalam kitab adab al-mufrad.
TAK TAU LEBIH BAIK DIAM
We should NOT give wrong advice. Kalau tak tau, diam. Lebih-lebih lagi jenis “kalau tak silap”.
Betapa kerasnya marah Rasulullah SAW, baginda ingatkan kalau nasihat-nasihat yg dikaitkan dengan baginda sedangkan tidak ada kebenaran 100%— dibagikan untuk dia tempat khas di dalam neraka.
Fear Allah. Dengar cakap Rasulullah.
Berhati-hati dalam menasihat. Berjaga-jaga dlm pilihan perkataan. Benda betul sekali pun, kalau tidak disampaikan dengan akhlak— tetap tidak betul.
Okay?:)
Berikut ialah beberapa reaksi, komen dan pendapat yang di ruangan komen berkenaan dengan posting tersebut. Ada yang bersetuju dan ada juga yang mengaitkan dengan isu lain.
Bolehkah saya mengajar dari awal bayi yang masih kecil? Tidakkah terlalu awal untuk saya mengajarnya?
Jawapan:
Bayi kecil tidak semestinya tidak boleh diajar. Jika mahu bayi menjadi pintar, anda perlu bersedia untuk melakukan apa sahaja bagi membantunya mencapai sepenuhnya potensi diri. Ada beberapa cara yang boleh dilakukan untuk mencapai potensi diri itu. Antaranya ialah melalui perkara-perkara berikut.
1. Lakukan pengulangan secara konsisten
Bayi cepat belajar jika anda sentiasa melakukan pengulangan secara konsisten. Jika anda mahu mengajar bayi tentang warna, sebutkan warna itu berulang kali. Begitu juga halnya dengan abjad atau nombor. Sebut dan ulang banyak kali. Biarkan bayi mendengar apa yang anda sebut. Apabila dilakukan dengan kerap, bayi akan cepat belajar.
2. Jangan berbahasa bayi
Apabila berkomunikasi dengan bayi, jangan gunakan bahasa bayi. Bercakap dengannya sama seperti anda bercakap dengan orang dewasa. Gunakan bahasa yang betul. Yakinilah yang bayi dapat belajar dengan pantas apabila anda kerap menggunakan bahasa yang betul.
3. Puji, peluk, cium & beri ganjaran
Sama seperti kanak-kanak yang lebih berusia, bayi juga suka apabila diberi ganjaran. Dia suka dipuji, dipeluk dan dicium. Setiap kali dia berjaya melakukan sesuatu, puji dia. Contohnya apabila dia berjaya memasukkan blok mainannya ke dalam bekas simpanan alat mainan.
Pasti bayi menunjukkan riak wajah gembira. Jangan lupa peluk dan beri ciuman sayang kepadanya. Selain itu, anda boleh berikan dia ganjaran seperti memberikan biskut kegemarannya jika dia berjaya melakukan sesuatu.
4. Bacakan buku
Ini adalah salah satu cara untuk membolehkan anak anda menjadi pintar. Daripada awal, ajar dia mengenal buku dan latih dirinya untuk suka membaca buku. Bacakan kepadanya walaupun dia belum faham apa yang dibaca. Sambil bayi duduk di atas riba anda, pegang tangannya untuk dia merasai sendiri tekstur buku itu.
Adalah sesuatu yang normal jika bayi mengiggit buku. Biarkan, tetapi ada baiknya jika anda gunakan buku yang diperbuat daripada fabrik.Dalam pada itu, teruskan membaca buku kepadanya. Bayi akan cuba meniru anda membaca buku dan suatu hari nanti akan membaca dengan sendirinya.
5. Belajar dengan gembira
Mengajar anak perlu dilakukan dalam keadaan yang tidak membosankan. Nyanyikan lagu dan lakukan aktiviti yang menyeronokkan untuk membantu dia belajar dengan gembira.
Jangan biarkan dia duduk sehingga satu jam untuk belajar mengenal objek.Lakukan aktiviti yang ringkas dan mudah dalam tempoh masa yang pendek antara 5 hingga 10 minit untuk mengelaknya mudah berasa bosan.
6. Lakukan secara konsisten
Bayi tidak akan pintar jika anda tidak menggunakan kaedah-kaedah yang dinyatakan seperti di atas secara konsisten. Walau bagaimanapun, anda perlu bersabar dalam melakukannya. Jangan putus asa, jika tidak mendapat melihat perubahan bayi dalam masa yang singkat. Teruskan berusaha.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!