Zizie Izette Kembali Langsing Selepas 2 Bulan Bersalin. Ramai Netizen Puji Dan Minta Kongsi Tip

Share

Pelakon Zizie Izette baru sahaja melahirkan bayi kembarnya 2 bulan lepas tapi penampilannya ketika menghadiri majlis resepsi perkahwinan pelakon popular Fazura dan Fattah yang berlangsung kelmarin memang mengagumkan ramai peminatnya.

Pelakon putih gebu ini sempat berkongsikan OOTD nya sebelum ke majlis tersebut yang lengkap berbusana hijau di dalam laman Instagram peribadinya. Walaupun sekadar berkongsi sekeping gambar, namun mendapat puluhan ribu ‘like’ daripada pengikutnya yang rata-rata kagum dengan bentuk badan ibu anak kembar ini.

Ramai netizen memuji penampilan Zizie yang begitu langsing dan ramping selepas melahirkan anak ditambah pula dengan seri ibu yang jelas terpancar di wajah bahagianya. Bukan itu sahaja, mereka juga meminta beliau berkongsikan tip dan rahsia mendapatkan kembali bentuk badan normal bahkan lebih langsing daripada sebelum ini.

 

Macam mana ramai yang tidak kagum dengan bentuk badan Zizie Izette sekarang kerana berat badannya ketika hampir hendak bersalin mencecah sehingga 90kg seperti yang dikongsi dalam Instagramnya sebelum ini.

Mungkin kesibukan menjaga sepasang anak kembar juga menjadi salah satu penyumbang Zizie Izette kembali langsing selepas bersalin walaupun isteri kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin ini mempunyai ramai pembantu yang menguruskan si kembar.

Melihat kepada kebahagiaan dan kegembiraan menimang cahaya mata kembar dan rezekinya untuk kembali langsing nyata pelakon senior ini juga bertuah kerana tengok sahaja di mana dia menjalani tempoh berpantangnya selama sebulan.

Kalau dah mampu apa salahnya kan, suami memberikan penjagaan terbaik dan selesa untuk isteri yang sudah susah payah melahirkan anak kembar. Mungkin juga di tempat ini, Zizie Izette menerima penjagaan rapi bab pemakanan ibu berpantang sehingga mampu mendapat kembali bentuk badan asal dalam tempoh sebulan selepas bersalin!

Sumber: Zizie Izette 

Published by
Hasnita Sawal