Sama Macam Ibu Lain, Zizie Izette Mengaku Sukar Nak Dapatkan Gambar Perfect Dengan Anak-Anak

Share

Sama macam ibu-ibu lain, Zizie Izette mengaku sukar sebenarnya hendak mendapatkan gambar perfect dengan anak-anaknya.

Walaupun kerap berkongsi gambar pasangan kembar Aadam dan Aaleph serta Jena dan Aaric yang kelihatan bijak bergaya namun di sebalik tabir ia tak semudah yang disangkakan.

Ibu berkulit putih gebu ini berkongsi di laman instagram mengenai ragam anak-anaknya ketika hendak diambil gambar. Memang lucu tetapi mereka tetap comel dan innocent.

Sebenarnya memang semua ibu pun rasa macam tu. Bila dah ada anak kecil impian nak dapat gambar sekeluarga yang perfect kadangkala hanya mimpi sahaja. Ia memerlukan kesabaran yang tinggi dan ketabahan.

Ramai netizen yang bersetuju dengan Zizie kerana mereka yang juga seorang ibu turut melalui pengalaman tersebut.

Bagaimanapun ibu ini tetap gigih mengambil gambar anak-anaknya dan tambah mengagumkan ramai peminatnya apabila Zizie suka memakai pakaian yang matching dengan anak-anaknya.

Walaupun meriah dengan situasi kelam kabut menguruskan empat orang anak, namun peminat mengakui kesemuanya comel dan sentiasa ceria.

Walaubagaimanapun mereka semua adalah penghibur hati Zizie dan menjadi kebahagiaannya kini.

Tips Ambil Gambar Dengan Si Kecil

  1. Pastikan semuanya sudah cukup tidur.
  2. Bagi anak-anak makan, minum dan menyusu sebelum sesi ambil gambar.
  3. Pastikan jurugambar ambil gambar dengan pantas sewaktu mood anak sedang ok.
  4. Jangan expect si kecil memberikan pose yang perfect. Sebaliknya orang yang ambil gambar kena jadi kreatif.
  5. Jurugambar kena ambil seberapa banyak angle supaya ada banyak pilihan.
  6. Jangan paksa anak untuk senyum, ia hanya akan rosakkan mood ceria mereka nanti.

Sumber: Instagram Zizie Izette

Published by
Hasnita Sawal