Kehadiran anak dalam rumah tangga dianggap penyeri. Ia ibarat pelengkap dalam hubungan suami isteri. Mungkin ada orang beberapa bulan kahwin terus dapat berita gembira namun bagi sesetengah pasangan pula terpaksa menunggu dari setahun ke setahun.
Begitu juga dengan perkongsian wanita ini, apabila suaminya mendapat kejutan yang mereka bakal menimang cahaya mata sulung selepas suami menanti 10 tahun untuk mendapat zuriat.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @babycayang giftbox di laman TikToknya, wanita itu memaklumkan suami orang yang paling teruja saat dapat tahu dirinya hamil.
“Ramai salah faham sebelum ini. Sebenarnya bukan saya yang tunggu 10 tahun, tapi suami. Dan bukan juga perkahwinan kami yang dah 10 tahun.
“Before this suami pernah kahwin, dalam 10 ke 11 tahun dan tak ada zuriat. Dan jodoh mereka pun tak panjang.
“Jadi rezeki yang dapat kali ini seolah-olah sesuatu yang tak dijangka sama sekali sehingga raut wajah suami sungguh terkejut,” kongsinya.
Dalaam video itu, sebaik sahaja suaminya itu membuka kotak tersebut, dia begitu terkejut melihat isi kotak yang mengandungi kit ujian kehamilan berwarna putih serta sekeping gambar ultrasound bayi.
@giftboxbabycayang Alhamdulillah.. menghitung hari dari 10 tahun😇 Semoga Allah menjaga kita. Semoga kehadiran malaikat kecil membesar menjadi anak yang soleh ❤️ *baru nak share harini. #fyp #baby #babyboy #menghitunghari ♬ Menghitung Hari (Piano Version) – Gaius Yeong
“Seriuslah?! betul ke ni sayang?!” soal lelaki itu.
Sehingga kini, video tersebut telah meraih lebih 2.1 juta tontonan dan mendapat lebih 250,000 tanda suka daripada warganet sejak dimuat naik di aplikasi itu.
Bagi mengesahkan kehamilan tersebut, lelaki itu telah membawa isterinya ke kilinik dan hasil pemeriksaan dari pihak klinik mendapati, wanita itu telah disahkan hamil anak lelaki, tiga bulan.
Terharu dengan keputusan kehamilan itu, dia telah menangis kegembiraan dan menghubungi ahli keluarga yang lain bagi memaklumkan khabar gembira tersebut.
Bukan itu sahaja, video tersebut turut mendapat reaksi pelakon terkenal, Aeril Zafrel dan rata-rata netizen menitipkan ucapan tahniah buat pasangan suami isteri itu yang sangat sabar serta tabah sepanjang 10 tahun menantikan cahaya mata sulung.
Dalam pada itu, wanita tersebut turut mendoakan pasangan yang sedang menunggu kehadiran zuriat dalam keluarga akan dikurniakan anak soleh dan solehah.
Sumber: TikTok (BabyCayang GiftBox) & Borak Daily
Ayuh, kembalikan kesegaran dan tenaga anda bersama pasangan tersayang melalui Bengkel Refresh & Recharge: Jom Kembali Semangat! Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/jom-kembali-semangat/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!