Setiap ibu bapa pasti impikan anak yang lahir boleh membesar dengan sihat dan normal seperti kanak-kanak yang lain. Namun jika Allah berkehendak sesuatu perkara, tiada siapa boleh menafikannya.
Seperti perkongsian ibu ini di FB Eida Ilham II, anak lelakinya, Megat Iman Zikry disahkan Speech Delayed with Mild Autisme ketika berusia 3 tahun setelah mendapat pengesahan pakar. Apa yang boleh dipuji, ibu ini tidak berputus asa, sebaliknya berusaha untuk membantu anak lelakinya itu dengan menggilap potensi yang ada.
Ternyata, setelah 7 tahun melalui fasa yang dianggap struggle, kini Iman membesar seperti kanak-kanak sebaya dengannya dan diberi pula kelebihan daya ingatan yang kuat.
7 tahun lepas, dia cuma seorang budak lelaki yang tak pandai bercakap, suka buat bunyi bising dengan menjerit-jerit tapi tak tahu apa tutur katanya, boleh sebut ABC, 123, tapi tiada komunikasi 2 hala.
Bila nak apa-apa, dia sebut dengan bahasa yang sukar difahami. Kadang-kadang dia tunjuk dengan jari. Bila keinginannya tidak difahami, terus tantrum mengamuk, pukul dan sakitkan diri sendiri.
Ads
Di panggil tak berpaling, tak boleh duduk diam setempat, tak ada eye contact, tak fokus, picky eater, masalah sensory yang lemah dan banyak lagi. Akhirnya, selepas berbulan ulang alik berjumpa doktor pakar, abam disahkan Speech Delayed with Mild Autisme.
Dan bermulalah fasa terapi di hospital kerajaan dan pusat terapi swasta. Itu 7 tahun lepas.
@eidailham Replying to @Bungaamaniss Tahniah buat ibuayah yg dapatkan rawatan/terapi awal utk anak. Tak dinafikan, mmg letih dan lelah berkorban masa dan tenaga. Tapi percayalah, Allah sentiasa akan mempermudahkan urusan kita. Bantulah anak kita, kerana mereka cuma ada kita untuk membantu mereka. #autismawareness#speechdelay#autismeducation#autismetheraphy♬ Buah Hati – Armada
Hari ini, abam lah paling banyak cakap. Paling banyak mulut. Sangat mudah ingat dan hafal, lagi-lagi kalau berkaitan tempat, jalan raya, highway, negeri atau negara.
Tanyalah dia, bagaimana mahu ke Airport KB. Selamba je dia bagitahu sambil suruh ke kiri atau ke kanan.
Ads
Tanyalah dia, ibu negara atau ibu negeri. Terus dia jawab dengan yakin. Kadang-kadang kita sendiri pun tak tahu jawapan. Tanyalah dia, nak ke Penang kena ikut jalan mana?
Dia akan suggest jalan paling dekat, kadang-kadang siap bagitahu ikut jalan mana yang lebih cepat sampai.
Alhamdulillah, lama dah abam discharge dari Speech Therapy. Perkembangan abam dah seiring dengan kanak-kanak sebayanya. Abam pun dah 10 tahun, dah sunat pun. Kejap lagi nak masuk fasa remaja dah.
Saya share video abam sebab nak bagi semangat kat ibu ayah yang punya anak autisme seperti abam. Ramai yang komen kat video ni, meletak harapan agar anak mereka juga boleh bertutur seperti abam. Sebak hati, sebab kita faham. Keinginan dan harapan ibu ayah pada anak. Ingin sekali mendengar anak memanggil “mama, papa”. 🥺
Buat ibu ayah yang baca tulisan ni, bertabahlah dan jangan berhenti berusaha merawat anak. Fasa ni memang meletihkan dan perlukan kesabaran yang tinggi. Even saya sendiri banyak kali burn out. Kita manusia biasa, adakalanya kesabaran senipis kulit bawang.
Ads
Tapi percayalah, semua ini pasti mendatangkan hasil satu hari nanti. Ibu ayah kena kuat, jangan putus asa. Kerana, siapa lagi nak bantu anak kita kalau bukan kita sendiri. Mereka cuma ada kita. ❤️
Angkara pemandu mabuk, Dua kanak-kanak terpaksa ditidurkan akibat pendarahan otak. Begitulah luahan bapa mangsa yang terlibat dalam nahas jalan raya.
“Kedua-dua anak saya ditidurkan ada pendarahan teruk pada otak, angkara pemandu mabuk” – bapa mangsa.
“Saya cukup terkilan kerana kemalangan begini (akibat pemandu mabuk) sudah kerap berlaku, pesalah sepatutnya dihukum setimpal dengan perbuatan mereka.”
Insiden langgar dan lari serta mengakibatkan kemalangan beberapa kenderaan, berlaku di Mersing kelmarin. Suspek memandu sebuah 4X4 jenis Nissan Navara.
Berkongsi khabar duka, pelakon dan selebriti serba boleh, Zulin Aziz mendedahkan dirinya baharu sahaja mengalami keguguran pada Ogos lalu.
Zulin dan suaminya, Farhan Norzini yang melangsungkan perkahwinan pada 20 Februari lalu akur bukan rezeki mereka untuk memiliki cahaya mata.
Hal itu dikongsikan oleh Zulin menerusi video siaran langsung di Tik Tok miliknya.
Melalui sesi Live itu, Zulin turun menjawab pelbagai pertanyaan termasuklah mengenai kehamilan yang membuatkan dia dan suami mudah terguris.
“Saya baru lepas gugur, orang tanya saya bila nak ada baby.
“Sabar la… Saya baru gugur bulan lepas,” katanya.
Terguris hati dengan pertanyaan itu, Zulin turut membuat teguran secara terbuka agar tidak bertanya soal sensitif kepada dirinya.
Malah kata Zulin lagi, masyarakat sepatutnya lebih peka sebelum bertanyakan soalan sedemikian terutamanya yang melibatkan soal rezeki, hubungan, perkahwinan dan cahaya mata.
“Kalau nak tanya soalan walaupun kita tidak tahu, elak tanya soalan sensitif. Kau tidak ada common sense kalau tanya soalan.
“Macam dulu, waktu single, orang tanya bila nak kahwin,” kata Zulin menerusi salah satu petikan di Live nya.
Semoga Zulin cepat-cepat kembali sihat dan terus bersemangat untuk memperoleh rezeki cahaya mata mata kelak.
Terdahulu, Zulin dan suaminya, Farhan Norzini melangsungkan perkahwinan pada 20 Februari lalu.
Kehadiran anak dalam rumah tangga dianggap penyeri. Ia ibarat pelengkap dalam hubungan suami isteri. Mungkin ada orang beberapa bulan kahwin terus dapat berita gembira namun bagi sesetengah pasangan pula terpaksa menunggu dari setahun ke setahun.
Begitu juga dengan perkongsian wanita ini, apabila suaminya mendapat kejutan yang mereka bakal menimang cahaya mata sulung selepas suami menanti 10 tahun untuk mendapat zuriat.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @babycayang giftbox di laman TikToknya, wanita itu memaklumkan suami orang yang paling teruja saat dapat tahu dirinya hamil.
“Ramai salah faham sebelum ini. Sebenarnya bukan saya yang tunggu 10 tahun, tapi suami. Dan bukan juga perkahwinan kami yang dah 10 tahun.
“Before this suami pernah kahwin, dalam 10 ke 11 tahun dan tak ada zuriat. Dan jodoh mereka pun tak panjang.
“Jadi rezeki yang dapat kali ini seolah-olah sesuatu yang tak dijangka sama sekali sehingga raut wajah suami sungguh terkejut,” kongsinya.
Dalaam video itu, sebaik sahaja suaminya itu membuka kotak tersebut, dia begitu terkejut melihat isi kotak yang mengandungi kit ujian kehamilan berwarna putih serta sekeping gambar ultrasound bayi.
“Seriuslah?! betul ke ni sayang?!” soal lelaki itu.
Sehingga kini, video tersebut telah meraih lebih 2.1 juta tontonan dan mendapat lebih 250,000 tanda suka daripada warganet sejak dimuat naik di aplikasi itu.
Bagi mengesahkan kehamilan tersebut, lelaki itu telah membawa isterinya ke kilinik dan hasil pemeriksaan dari pihak klinik mendapati, wanita itu telah disahkan hamil anak lelaki, tiga bulan.
Terharu dengan keputusan kehamilan itu, dia telah menangis kegembiraan dan menghubungi ahli keluarga yang lain bagi memaklumkan khabar gembira tersebut.
Bukan itu sahaja, video tersebut turut mendapat reaksi pelakon terkenal, Aeril Zafrel dan rata-rata netizen menitipkan ucapan tahniah buat pasangan suami isteri itu yang sangat sabar serta tabah sepanjang 10 tahun menantikan cahaya mata sulung.
Dalam pada itu, wanita tersebut turut mendoakan pasangan yang sedang menunggu kehadiran zuriat dalam keluarga akan dikurniakan anak soleh dan solehah.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.