Pelakon dan bapa kepada empat cahaya mata perempuan, Datuk Fizz Fairuz memaklumkan isterinya, Datin Almy Nadia terpaksa menjalani pembedahan selepas disahkan memiliki ketumbuhan cyst dan juga mengandung di luar rahim.
Perlu pembedahan segera
Memetik portal mStar, Fizz memberitahu ketumbuhan itu dikesan selepas Almy dimasukkan ke hospital bagi menjalani menjalani pemeriksaan doktor pada petang Jumaat.
“Almy masuk bilik pembedahan pada pukul 6.30 petang (Sabtu). Doktor kata ada cyst berdekatan dengan rahim dia,” ujar aktor berusia 43 tahun.
Fizz berkata, cyst tersebut perlu dibuang cepat kerana takut pecah. Jadinya, doktor mencadangkan kepada mereka untuk menjalani pembedahan dengan segera.
Dalam pada itu, aktor kelahiran Raub, Pahang itu memberitahu keputusan untuk membuat pembedahan itu dibuat pada pagi Sabtu selepas mengetahui keputusan laporan ujian darah.
“Sekarang ini, dia kena buat pembedahan secepat mungkin sebab nanti akan menganggu kandungan jika hamil kemudian hari. Dia mengandung sebenarnya tapi di luar rahim.
“Bila doktor periksa dekat rahim kosong. Ada setitik ketulan dalam rahim tapi doktor kata bukan. Ujian air kencing kata positif (hamil). Bila buat pemeriksaan lain baru nampak ketulan dekat luar rahim.
“Ada cyst yang menganggu, kena buang dengan cepat dan kandungan luar rahim itu pun kena buang juga sebab takut pecah,” jelas Fizz.
Selain itu, Fizz juga memaklumkan kesihatan isterinya itu kurang baik serta mengalami lemah tubuh badan sejak kebelakangan ini.
“Dia tunjuk simptom seperti cirit-birit, demam, sakit perut dan lemah. itu yang kami pergi buat pemeriksaan,” tambahnya.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 26 April 2014 dan dikurniakan empat orang cahaya mata perempuan.
Kredit: mStar & IG Fizz Fairuz
Anak dah boleh merangkak laju? Ayuh mama papa yang ada baby comel-comel tu, inilah masanya untuk sertai Baby Merangkak Race! Daftar sekarang di link ini: https://toko.ideaktiv.com/product/simpan-sspnxpama-baby-merangkak-race/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Korek Hidung, Keluar Cecair Hitam. Rupanya Ada Bateri Jam Dalam Tu!
Gelagat anak-anak melakukan perbuatan yang lucu seperti mengorek hidung sememangnya mencuit hati. Tapi harus juga diperhatikan gerak-geri mereka supaya tidak mendatangkan mudarat.
Atirah Alias berkongsi pengalaman yang tidak mungkin dia lupakan. Pada awalnya dia menegur anaknya kerana kelihatan mengoreng hidung terlalu dalam. Kemudian si kecil itu mengadu sakit pada bahagian dalam hidung dan badannya mulai panas.
Ikuti cerita ini untuk pedoman kita semua.
KEJADIAN 31/5/20
Tak dapat mama n papa nak lupakan…bagaikan mimpi ngeri sahaja..Tetapi apakan daya..Allah telah tetapkn takdir begitu buat kakak Aura …Hanya Allah sahaja tahu bagai mane persan mama ketika itu………sedikit cerita untuk mak2,Dan ayah dekt luar Sana….berhti2 Dan sila ambik berat…jika sesuatu begini terjadi dekt anak2 kecil uolls.
Artikel Lain: [Memang Cantik, Tapi Beracun! Hati-Hati Kalau Letak Dalam Rumah Terutama Ada Anak Kecil]
30/5/20
Petang pukul 3 lebih mama tengak kakak TENGAH ASYIK corek hidung dengan jari telunjuk…mama tegur ” kakak jangn corek hidung dengan jari telunjuk nanti besar lubng hidung kakak “
Kakak teruskan corek tnpa hiraukan mama bagitahu
Selepas beberapa jam
petang pukul 4 lebih…kakak ngadu sakit hidung…mama minta nak tengak dia.. Tak Kasi..malah dia teruskn corek Dan menangis cakap skit….hingus Mula keluar belah hidung Kiri…
Mama paksa tengak dgn lampu tlfn…Tak Ada benda ape2 melainkn hingus dia yang keluar…mama minta dia buang hingus. dlam bilik air…lpas buang hingus…mama tengk dia ok Dan bermain seperti biasa…mama Tak sak ape2 …mungkn sebb dia korek terlalu dalam..Hanya FIKIR begitu sahaja….
Malam dalam pukul 7 lebh…dia nampk lain..bdan pans…Dan dia cakap sejuk..lepas tu hidung dia Mula bercmpur dengan cecair wrna hitam..mama ingat darah beku …mungkn sebb dia corek tadi terlalu dalam……
pukul 11 lebih..SEMAKIN banyk sikit cecair wrna hitam..mama cium..x bau apa2…Hanya ingt darah beku lagi
Kakak x dapat nak tido tubuh SEMAKIN pans…mama paksa papa bagi kakak ubat…setelah itu..kakak dapat tido kejap… Tetapi tdak Lena seperti biasa…Hanya tidur2 ayam sahaja …. smpai la pukul 4 pagi baru dia tidur Lena smpai ke pagi…
31/5/20
Pukul 7 pagi…mama x sedak Hati sebab tengak cecair hitam masih keluar…mama sapu dengan Kain lapin..Dan cium …tapi x bau ape2…
Minta adik lelaki cium…dia cakap bau mcam asap rokok…tapi mama masih x puas Hati Dan rsa Tak sedak duduk..terus ajak papa g klink swasta…bila DAFTAR…klink swasta tu x terima sebb suhu badan kakak dah panas sangat…mungkin sebb dia tahan sakit hidung tu…
Dalam pukul 9 terus mama n papa bawa kakak g hospital serdang…sampai sahaja hospital serdang…papa TRS bawa kakak PERGI dekt kecemasan..DAFTAR semua..terus PERGI jumpa doktr….dktor pun x pasti benda ape cecair hitam tu …lepas tu doktr minta nak x-ray…bila smpai ke bilik x -ray…DOKtr bagi tahu..Ada benda bulat dalam hidung kakak…benda bulat tu kecil..dah duduk dekt dlam dah sebab tu Tak nampak …bila tengak betul2…DOktr bagi tahu benda bulat tu ADALAH ” BATERI JAM YG KECIL TU “
Time ni HANYA Allah Saya tahu mcm mane kami berdua…TANPA sedar air Mata mengalir dengan laju.
Mama Tak tahu kakak ambik dekat mane bateri jam tu Dan sempat sumbat dalam hidung …padahal mama SENTIASA perhatikan kakak…HANYA sekelip mata ALLAH NAK UJI mama…tnpa melihat……
DOKTR MINta nak corek dengan besi Dan wayar..time tu mama xdapat nak masuk sebb Aril mama bawa..mama TERPKSA tunggu dalam kerta… Kakak HANYA bertemankan papa sahaja Dan 3 ore dktr…yang pksa pegang kakak untuk corek batri jam tu…kakak menangis tanpa Henti…BAYANGKAN KITA kena cek covid pun dah skit..dia kena corek dgn wayar dn besi …..mama HANYA MAMPU berdoa shaja ketika itu…
Artikel Lain: [Normalkah Jika Anak Berimaginasi Ada Teman Bermain? Ini Pandangan Pakar!]
SETELAH BEBERAPA MINIT mama call papa.. Papa bgi tahu dah siap…batri pun dah keluar.. Alhamdulillah syukur sangt rsa time tu… Hnya ALLAH sahaja tahu mcm mane rsa….. Papa bagi tahu doktr cakap… Bateri jam ni bahya sikit sebab dia boleh menghakis sebab tu dia keluar cecair wrna hitam …dan dktr pesn suruh cuci sehri bnyk kali pun xpe… Antibiotik semnggu kakak kena habiskan..
4/6/20
Kakak kena apoinment dgn dktr lagi sebb nk tengk ok ke x…
Bila pergi… Dktr tengk ada lagi kesan hitam tu… Walaupun mama n papa cuci dia ada lagi.. Mungkn ubat cuci x kuat sangt.. So doktr minta dgn papa nk cuci lagi… Kakak dh mula menngs sebb takut… Dia dah trauma.. Memalm tido pun mimpi x nak2 …papa pegng kakak kuat2…pksa lagi.. kakak nngis x hnti.. …smpai la dia tersa ok mase dktr cuci.. Dia berhnti menngis dengan sendri ….dktr ni bagi ubat lain lagi… Minta cuci setiap hri lagi…. 11/6 ni minta dtng lagi…
11/6/20
Hari ni… Bila sampai je hospital tadi dktr cek dengan camera.. Dia cakap dalm hidung kakak ada lagi bekas kesn bateri… So kena cuci lagi.. kakak dah nngis lagi…mama x dapat nak bayngkn mcm mne.. Setiap mnggu kakak hnya bertemankan papa… Ujian buat kkk …kakk kena kuat ye… Insyallh mnggu depn kita pergi….kakak dh ok dn dah sembuh… Sahbat tirah doakn semga kakak aura cepat sembuh ye…
Jika sesuatu terjadi dekt anak2 shbt tirah mcm tu tolong cpt bwa g hospital ..jika terlambat bhya… Boleh menghakis nnti
Masuk manik xpe lagi..
Semoga perkongsian dari Atirah ini memberi pengajaran kepada kita semua. Anak-anak kecil suka belajar dan mencuba perkara baharu, mereka tidak tahu apa yang bahaya atau tidak. Sentiasa perhatikan aktiviti anak-anak dan pantau apa yang mereka main.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Alhamdullilah Syukur,” Penantian 5 Tahun Berakhir, Ameer Sofazr & Isteri Selamat Timang Cahaya Mata Sulung!
Tiada yang lebih menggembirakan buat pasangan yang berkahwin selain rumah tangga yang bahagia dan juga kurniaan rezeki cahaya mata.
Selepas lima tahun menunggu kehadiran cahaya mata sendiri, isteri kepada bintang Gegar Vaganza musim keenam (GV6), Ameer Sofazr, Saidatul Nazriah Abdul Latif telah selamat melahirkan bayi sulung mereka pada selasa yang lalu.
Berkongsi berita gembira tersebut di Instagram, menurut Ameer, isterinya telah selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.1 kilogram di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang pada pukul 7.40 malam.
“Alhamdulillah syukur, isteri saya dah selamat melahirkan puteri sulung kami.
“Terima kasih kepada seluruh keluarga, saudara, sahabat, peminat dan semua yang mengenali kami kerana mendoakan buat isteri dan anak kami.
Baca: Tahniah Ameer Sofazr & Isteri, Umum Berita Gembira, Isteri Kini Hamil Setelah 5 Tahun Menanti!
“Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan dan rahmat-Nya. Amin…”Insya-Allah dengan rezeki dan amanah yang diberikan akan ku jaga sepenuh hayat. Terima kasih semua,” tulisnya.
Menjenguk pada ruangan komen, rata-rata pengikut AMeer Sofazr mengucapkan tahniah atas kelahiran sulung pasangan ini.
Ameer turut menyertakan tanda pagar #penantian5tahun, #callmedaddy dan #newjurney dalam posting sama.
Ameer dan isteri telah mendirikan rumah tangga pada Januari 2015.
Sumber: Gempak & IG Ameer Sofazr
Baca: Setiap Anak Perkembangan Mereka Berbeza. Lambat Tak Semestinya Lewat, Awal Tak Semestinya Hebat!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Lepas Bersalin, Kaki Kebas & Tak Boleh Jalan” Saraf Terhimpit Tulang Belakang, Ibu Ini Kongsi Detik Cemas
Bukan mudah nak lahirkan anak, pelbagai risiko yang perlu dihadapi oleh ibu dan juga kandungan. Ibarat pergi berperang, balik belum tentu selamat begitulah gambaran keadaan para ibu yang berjuang untuk zuriat tercinta.
Sama seperti perkongsian Puan Jue di mana dia sendiri mengalami beberapa komplikasi semasa melahirkan bayi perempuanya. Malah kejadian yang paling mencemaskan apabila kakinya mula kebas dan doktor mengesahkan saraf terhimpit dengan tulang belakang ketika proses bersalin. Ikuti perkongsian ini.
Assalamu’alaikum….
Awal ceritanya begini, kalau rasa kurang gerakan baby atau contraction datang kerap boleh trus pergi ke Hospital. Masa kandungan saya 37mggu 2hari contraction 3 in 10 dan gerakan baby hanya selepas solat subuh sahaja dan start jam 9am saya cuba kejutkan dengan cara tolak-tolak perut saya supaya baby gerak tapi still tak gerak.
9.30am saya sampi hospital, doktor dan nurse terus pantau. Memang baby kurang gerak tapi nurse cuba gerakkan dengan kaedah yang sama. Alhamdulillah 10X gerakan selesai jam 4.30pm. Normal jam 1.30pm-2.30pm. Doktor check bukaan jalan, dah buka 2cm tapi dinding rahim masih tebal dan saya di masukkan ke wad.
16/10/21
Kontraksi makin kuat. Wad terus call LR sebab takut bukaan dah besar. Sampai LR, check jalan baru 3cm tapi dinding rahim dah nipis.
1 jam dalam LR, sakit makin kuat. Saya minta ubat tahan sakit yang boleh tahan 6 jam. Tapi tak boleh dapat immediately sebab bacaan jantung baby tak cantik.
Suami dah ada dekat sebelah, saya minta suami urut sambil banyak berdoa dan zikir agar bacaan jantung baby ok dan gerakkan baby pun ok supaya saya dapat ubat tahan sakit secepat mungkin.
Hampir 1 jam setengah saya cuba bertahan akhirnya baby bagikejersama. Lepas setengah jam ambil ubat tahan sakit, check bukaan dah 5cm itu pun dengan bantuan nurse. Tepat jam 7pm ubat tahan sakit dah mula tak rasa dan saya dah mula rasa sakit nak meneran. Tapi bila check bukaan baru 7cm tapi sebab tak tahan sangat nurse dan doktor bantu dan saya cuba teran sikit-sikit.
24 minit kemudian lahirlah penghuni rahim PEREMPUAN seberat 3.45kg
TAPI…..
Komplikasi yang saya dapat ketika saya sedang meneran, kaki sebelah kanan saya tiba-tiba tegang (Kejang) dan kebas tiba-tiba.. Dengan bantuan suami, doktor dan nurse saya kuatkan semangat saya untuk lahirkan baby secara normal.
1 jam setengah lepas selesai proses melahirkan, tiba-tiba saya rasa basah. Saya baru sedar saya dah buang air kecil. Tapi saya tak ada deria untuk menahan (kemut). Nurse suruh mandi terus di bilik air dalam LR sebelum hantar ke wad. Masa nak turun katil tiba-tiba kaki kanan saya tak dapat bergerak dan kebas. Saya bagitahu nurse saya tak boleh angkat kaki dan nurse terus inform doktor. Alhamdulillah, nurse bantu bersihkan saya dri LR sampai ke wad.
17/10/21
Doktor Pakar O&G datang dan tanya tentang keadaan kaki saya dan kemudian saya di refer ke bahagian ORTHO. X-tray dah buat tapi tak nampak apa-apa masalah. Kemudian doktor cadangkan untuk buat pemeriksaan MRI.
Selepas keputusan MRI keluar, doktor explain yang saraf saya terhimpit dengan tulang belakang (SPINAL CANAL STENOSIS AND RADICULOPATHY) – boleh search di google. Memang menakutkan sebab tak boleh angkat berat, tak boleh buat banyak pergerakkan sebab kalau tak jaga akan menyebabkan lumpuh. So jangan ambil remeh kalau ada komplikasi atau sakit mana-mana lepas bersalin. Segera inform dekat nurse atau doktor.
Boleh Discharge Tapi Bayi Pula Ada Masalah
Baby saya lepas keluar wad kena kuning tinggi. Sekali lagi ujian dari Allah S.W.T. Lepas keluar wad suami lapor kelahiran di KK Ibu dan Anak… Bila doktor check kuning anak, terus Doktor refer ke Hospital dengan menaiki Ambulance. Sampi dekat hospital suami bagitahu yang doktor nak ambil sample darah saya atas tujuan untuk penukaran darah bayi.
Jantung saya terus berdegup laju dan air mata jangan kata la, berjurai macam air terjun. Usia baby baru 5 hari dah kena buat penukaran darah sebab bacaan kuning 21. Lepas doktor dah ambil darah saya dan suami dah sign segala borang terus pihak hospital ambil darah di bank darah. Magrib baru mula proses tukar darah.
Alhamdulillah proses tukar darah berjaya…. Syukur Alhamdulillah….. Hati meronta nak jaga baby dkt wad tapi keadaan saya tak mengizinkan… Hanya doa je mampu sy kirimkan semoga Allah S.W.T makbulkan doa saya..
4 hari dekat NICU tiba-tiba Nurse call suruh ambil anak, katanya anak dah boleh discharge…. Alhamdulillah…. Dengan keadaan kaki saya macam ni, saya berkeras hati nak ikut suami ambil anak… Suami turutkan je…
*macam risiko yang ada.. Kalau bukan pada baby, mungkin pada ibu. Saya doakan semua ibu-ibu yang bakal melahirkan dan yang sedang berpantang dipermudahkan segala urusan, sihat seperti sediakala.
Harini pantang hari ke 27, On Physiotherapist. Doakan saya sihat secepatnya ya!
*Anak Prolonger Jaundice….
*Mak On Physiotherapist
Kredit: Jue Manja (Nor Juairiah Muhmad Nek)
*Artikel ini disiarkan atas kebenaran pemilik asal
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI