Ada dikalangan anak-anak kita yang tidak suka mengambil sarapan pagi. Mengajar anak untuk mengambil sarapan setiap pagi sebenarnya bermula daripada mama dan papa sendiri. Pastikan anak-anak wajib diberikan sarapan, namun jangan pula diberikan daripada jenis yang mengandungi tinggi gula!
Ada sebabnya mengapa jenis pemakanan bergula dilarang untuk diambil oleh anak-anak kecil kita yang sedang membesar.
Menurut Puan Ruqayyah Muhammad, Pegawai Diatetik daripada Universiti Sains Malaysia (USM), sarapan amatlah penting buat anak-anak yang sedang membesar. Namun elakkan sama sekali pengambilan gula dipagi hari. Mengapa?
Bangunkan anak lebih awal untuk bersarapan pagi. Jadikan sarapan pagi sebagai rutin harian agar apabila anak memasuki alam sekolah rendah, ia telah menjadi kebiasaan untuk anak.
Memberikan sarapan pagi itu penting, tetapi jenis hidangan yang diberi juga akan memberi kesan kembali pada anak.
Sarapan pagi yang tinggi dengan gula seperti bijirin sarapan segera atau biskut manis boleh menyebabkan anak hiperaktif di dalam kelas disebabkan paras gula darah yang tinggi sekaligus menyebabkan tumpuan untuknya belajar semakin berkurangan.
Anak akan menjadi letih selepas itu kerana telah banyak menggunakan tenaga sebelumnya. Gula yang berlebihan di dalam diet harian juga dikaitkan dengan masalah kesihatan seperti obesiti, tekanan darah tinggi dan karies gigi.
Memberikan makanan yang terlampau tinggi lemak dan minyak pula boleh menyebabkan anak mengantuk dan lambat menyelesaikan tugasan di sekolah. Makanan berlemak lebih lambat dihadam dan memerlukan proses yang lebih panjang berbanding makanan rendah lemak.
Ads
Maka, memilih makanan yang kaya dengan bijirin, serat dan protein tetapi rendah lemak dan gula akan memastikan paras gula darah yang lebih stabil pada anak-anak, selain melambatkan pengosongan perut. Ia membantu anak fokus dengan lebih baik pada waktu pagi.
Pilih Menu Terbaik
Mengikut Garis Panduan Pemakanan Malaysia, anak berusia 4 hingga 6 tahun memerlukan 1300kcal setiap hari yang merangkumi pelbagai jenis makanan seperti bijirin, protein daripada ikan, ayam dan legum, susu, buah dan sayur-sayuran .
2. Rancang menu untuk seminggu setiap hari agar mudah untuk dilaksanakan di pagi hari. Sediakan pilihan makanan yang berkhasiat dan mengenyangkan di pagi hari.
3. Pastikan pemilihan makanan memenuhi konsep Pinggan Sihat Malaysia. Ada karbohidrat yang berfungsi untuk memberikan tenaga, protein seperti ayam dan telur untuk pertambahan otot dan sel tubuh, serat untuk melawaskan penghadaman dan memberikan rasa kenyang yang lebih lama pada anak.
Ads
4. Semangkuk bubur nasi bersama sayuran dan isi ayam juga cukup untuk mengenyangkan anak sehingga waktu rehat nantinya.
5. Sekeping sandwic bersama telur rebus dan keju, bersama sayuran yang dipotong kiub atau sandwic roti pita boleh juga dijadikan hidangan ‘on the go’ di dalam kereta jika tidak punya masa yang lama untuk makan.
Ads
6. Jika tidak sempat memasak di pagi hari, semangkuk bubur oats yang bersama buah kering seperti kismis dan kurma, dan campuran susu boleh dijadikan hidangan sarapan yang baik. Lengkap tetapi ringkas.
7. Lempeng yang diadun bersama susu dan telur, berserta parutan lobak merah atau buah kering juga tidak mengambil masa yang lama untuk disediakan.
8. Sediakan pek ‘on the go’ yang boleh diambil di atas kereta atau van sekolah sekiranya anak tidak mahu bersarapan. Bijirin sarapan yang rendah kandungan gula, sandwic atau kuih muih seperti pau berinti daging atau ayam boleh dijadikan pek makanan di waktu pagi. Snek seperti potongan buah, kacang seperti badam yang kaya dengan protein dan lemak politaktepu boleh dibekalkan untuk anak ambil di atas kereta atau di tadika sekiranya lapar.
9. Pastikan anak tidak lupa mengambil segelas susu untuk membantu tumbesaran tulangnya setiap pagi dan malam. Hidangan ringkas tetapi padat dengan nutrisi pada waktu pagi akan membantu anak lebih selesa dan sihat sepanjang hari.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Kena kuarantin dua hari.” Itu yang dikongsikan oleh pelakon, Shakilla Khoriri yang baru-baru ini menjalani ujian saringan wabak Coranavirus atau COVID-19 selepas mengalami demam panas dan batuk-batuk.
Terdahulu Shakilla bersama suami, penyampai radio Fizi Ali dan anak mereka, Ameena Sofia bercuti di Eropah lebih dua bulan lalu.
“Sekembali dari bercuti di Eropah, saya dan anak bergilir-gilir demam. Sekejap demam dan sekejap baik.
“Kemudian saya ada juga penuhi beberapa komitmen lain selepas itu. Awalnya saya sangka ia berlaku disebabkan perubahan cuaca dan sebagainya.
“Kemudian suhu badan naik ditambah dengan batuk. Terfikir, simptom-simptom (wabak Coronavirus) seperti ada.
“Saya ambil inisitif ke hospital dan doktor menasihatkan saya untuk jalinan ujian saringan.
“Saya ada beritahu tekak seperti ada luka gara-gara batuk.
“Ketika ujian, doktor ada bertanya sama ada saya ada ke luar negara dan sebagainya. Saya beritahu kami sekeluarga ke Eropah Januari lalu dan saya ada ke Pahang juga selepas itu.
“Ketika itu badan saya panas dan ada ketikanya mengigil.
“Darah saya juga turut diambil bagi mengesan punca, termasuk melakukan pemeriksaan di bahagian tekak, hidung dan telinga,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran produk Mayya Baby di Ruang, Shah Alam.
Bagaimanapun sejurus ujian dilakukan, Shakilla menarik nafas lega apabila dia disahkan bebas dari wabak berkenaan.
“Alhamdulillah saya disahkan negatif coranavirus. Akan tetapi saya perlu menjalani kuarantin di rumah selama dua hari.
“Ketika itu pun saya elakkan dari bersentuhan dengan anak untuk keselamatannya,” jelasnya yang kini kian mengutamakan soal kebersihan serta penjagaan diri sekeluarga.
Terdahulu menerusi instagram, Shakilla berkongsi mengenai hal yang sama beberapa hari lalu.
Sambil memanjat rasa syukur dia turut menyatakan mengenai nikmat kesihatan yang dikurniakan Yang Maha Esa.
Betullah duit tak boleh beli SIHAT. Nikmat waktu sihat ini sangat-sangat berharga cuma kita tak sedar. Alhamdulillah untuk kehidupan hari ini. Kesihatan yang baik, perjalanan yang baik dan pertemuan yang baik.
Tiada yang lebih menggembirakan buat pasangan yang berkahwin selain rumah tangga yang bahagia dan juga kurniaan rezeki cahaya mata.
Selepas lima tahun menunggu kehadiran cahaya mata sendiri, isteri kepada bintang Gegar Vaganza musim keenam (GV6), Ameer Sofazr, Saidatul Nazriah Abdul Latif telah selamat melahirkan bayi sulung mereka pada selasa yang lalu.
Berkongsi berita gembira tersebut di Instagram, menurut Ameer, isterinya telah selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.1 kilogram di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang pada pukul 7.40 malam.
“Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan dan rahmat-Nya. Amin…”Insya-Allah dengan rezeki dan amanah yang diberikan akan ku jaga sepenuh hayat. Terima kasih semua,” tulisnya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon Ezzaty Abdullah, isteri kepada Azwan Kombos pernah merana selama 3 minggu menahan sakit Breast Abscess (Nanah payudara). Ezzaty terpaksa melakukan pembedahan di Pusat Puswari, Kuala Lumpur pada awal Januari tahun ini.
Ketika ditemui di Pelancaran Egg Launch Party di Damasara baru-baru ini, Ezzaty memberitahu bahawa dia sudah tak percaya pada petua-petua yang dikongsi.
Saya tak percayakan petua lagi sebab hampir 3 minggu saya merana kerana pernah mengamalkan petua dan keadaan makin teruk. Lepas teruk baru saya pergi ke hospital untuk mendapatkan nasihat doktor. Doktor beritahu saya, kalau pergi ke hospital lebih awal saya tak perlu di operate, tapi bila dah merebak saya terpaksa operate.
Jadi saya dah tak percaya pada petua-petua, dan kalau anak saya sakit pun saya akan dapatkan nasihat doktor jugak. Cukupla saya merana hampir 3 minggu menahan sakit. Saya tak nak amalkan petua kalau HARUM DALIA sakit, kesian dia masih kecil.
Perkembangan Terbaru Ezzaty
“Saya akan ke Korea selama 10 hari untuk sesi shooting drama terbaru Oppa I love You. Selama 10 hari juga saya akan tinggalkan Harum Dalia di Malaysia. Azwan yang akan menjaga Harum sebab sebelum ni pun dia dah biasa jaga anak. Sejujurnya saya belum bersedia untuk berpisah jauh selama 10 hari tinggalkan anak, tapi kerana tuntutan kerja saya terpaksa akur,” ujar ibu cantik ini lagi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.