Penjagaan diri selepas bersalin amat kritikal untuk memastikan badan pulih dan luka sembuh dan kembali sihat. Pa&Ma Moms-to-be All About Confinement yang berlangsung Casabonda Confinement & Wellness Retreat, Shah Alam semalam amat membantu.
Dalam debaran menyambut kelahiran si manja, ibu perlu membuat persediaan dengan mendapatkan ilmu. Perkongsian kepakaran daripada para staf dari Casabonda Confinement & Wellness Retreat memberi peluang ibu-ibu Pa&Ma Moms-to-be mengetahui apa yang perlu dititikberatkan semasa bersalin dan berpantang.
GABUNGAN MODEN & TRADISIONAL MELAYU
Menurut Angie Chong, Penasihat Kanan Casabonda Confinement & Wellness Retreat, adalag amat penting bagi ibu-ibu mengetahui amalan pantang gabungan tradisional dan perubatan moden bagi membantu penyembuhan diri dan menyokong emosi selepas bersalin.
Tidak seperti pusat rawatan spa yang biasa, tenaga kerja di pusat rawatan pantang ini terdiri daripada mereka yang berpengalaman dalam bidang kesihatan.
“Di sini kami tidak semata-mata menumpukan cara tradisional Melayu tapi mengabaikan aspek perubatan moden. Kami memilih apa yang baik dari pantang tradisional dan menggabungkannya dengan rawatan perubatan yang dipantau oleh pakar perbidanan dan sakit puan agar ibu mendapat memulihkan diri secara total. Setiap ibu bakal diberikan pendekatan rawatan yang berbeza bergantung kepada tahap kesihatan diri masing-masing,” kata Angie.
IBU DIPANTAU OLEH DOKTOR
Aspek kesihatan ibu dan bayi menjadi keutamaan di Casabonda Confinement & Wellness Retreat.
“Selepas bersalin ibu pihak kami akan merujuk rekod perubatan ibu terlebih dahulu. Kemudian barulah perawatan secara terapi akan dilakukan berdasarkan keadaan ibu dan bayi. Pemakanan seimbang juga amat kami titik beratkan dan tidak hanya rigid seperti cara berpantang lama. Paling penting ibu akan melalui proses berpantang dengan sihat dan minda yang tenang,” kata Angie.
SUASANA & AMBIENS TENANG
Para ibu bapa Pa&Ma Moms-to-be turut dibawa melawat sekitar Casabonda Confinement & Wellness bagi merasai ambiens ketenangan dan perkhidmatan yang menyediakan. Bilik penginapan dengan dekorasi yang menarik bakal menyuntik mood tenang buat ibu yang bakal berpantang.
KEMUDAHAN LENGKAP UNTUK IBU & ANAK
Turut memudahkan ialah ruang spa yang menyediakan rawatan terapi seperti urutan, lulur, tangas dan sebagainya. Selain bilik penginapan, terdapat nurseri bagi menyediakan penjagaan bayi buat ibu yang mendapatkan rawatan di sini.
Acara yang berlangsung selama setengah hari ini turut memberikan peluang kepada para ibu bapa Pa&Ma Moms-to-be mendapatkan ilmu berkaitan kelahiran dan penjagaan diri selepas bersalin daripada Dr Salini Suhaila Nasir, Pakar Kesuburan & Sakit Puan dari Metro IVF yang turut meluangkan masa menjawab persoalan asas berkaitan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI