Anak jarang makan. Kadang-kadang anak nak besar ni memacam ragam dia. Dah tu asyik nak main ja. Makan tak pun.
Mama jangan marah dia pulak ya. Biasa lah tu. Nama pun sel otak berhubung kan. Hehe. Risau dah berat anak makin susut?
Cuba buat macam Fatin. Entah la nak namakan apa cucur ni. Bahan dia senang ja.
Bahan-bahan
Tepung gandum
Nasi (blend)
Sayur (any sayur pun boleh)
Isi ayam*
Isi udang*
Bawang merah
Daun sup*
Lobak merah
Air
Cara-cara
Gaul semua bahan tadi dalam satu bekas. Jangan terlalu cair sebab nanti nak jemput dalam kuali susah.
Yang tanda (*) tu pilihan. Nak letak pun boleh tak letak pun boleh. Nak ganti bahan lain? Boleh. Asal ada ja kita campak hehe.
Confirm anak suka. Dari tak nak makan terus habis uiii. Elok dah makan banyak. Masalah settle.
Cucur anak saya is done.
Sumber: Fatin Nabilah.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bihun Tomyam Piawww, Kuah Pekat Menyelerakan. Rupanya Tambahkan Bahan Rahsia Ni Je!
Kadang-kadang, ada juga rasa muak dan tak berselera nak makan nasi. Tekak teringinkan sesuatu yang masam, pedas dan panas-panas.Selain sup, salah satu resipi kegemaran rakyat Malaysia adalah tomyam. selain boleh dimakan dengan nasi dibuat lauk, ia juga boleh dinikmati dengan pelbagai jenis mi.
Seperti yang dikongsikan oleh Afy AL Habibi, resipi bihun tomyam ini pekat dan sedap dibuat hirup. Untuk membuatnya juga tidak sukar, tapi ada bahan rahsia yang menjadikannya kesedapan luar biasa.
Ikuti perkongsiannya ini.
Resepi Bihun Tomyam Piawww
Peminat tomyam ramai tak?
Selepas dapat buat resepi tomyam ala Siam yang pekat sedap ni, cikgu tak tukar lain dah. Masa taip ni pun telan air liur banyak kali. Ahaa sedap sangatttt. Kegemaran suami juga. Dia hirup kuah sampai berpeluh-peluh dahi. Habis licin semangkuk.
Tengok gambar pun terliur kan. Aha.
Macam biasa, resepi cikgu ada tambah satu dua bahan untuk memberi kesedapan yang luar biasa.
Silakan resepi istimewa cikgu.
1. Sediakan bahan-bahan di bawah:
– 3 helai daun limau purut
– 4 tangkai cili padi
– 1 biji bawang besar Holland
– 4 ulas bawang putih
– 1 keratan batang daun ketumbar
– 3 hiris nipis lengkuas
– i inci halia (diketuk)
– 2 batang serai dihiris pendek (diketuk hujungnya)
– 1 biji tomato
2. Panaskan satu sudu besar minyak. Masukkan terlebih dahulu bawang putih. Selepas naik bau, barulah masukkan semua bahan di atas tadi kecuali tomato.
Tomato ditumbuk sehingga hancur. Barulah masukkan sekali.
*Rahsia memekatkan kuah*
3. Sediakan pes seperti dalam gambar. Cikgu campur sekali perencah asam pedas. Selain warna tomyam cantik, rasanya juga sedap.
– 1 pek asam pedas Adabi
– 1 pek tomyam Adabi
– 1 sudu besar Thai Tom-Yum
Resipi Lain: [Belanja Anak Minum Petang Dengan Apam Milo 4 Bahan, Mudah Sangat!]
4. Masukkan kesemua pes tadi. Kacau dan biarkan seketika.
5. Kemudian, masukkan terlebih dahulu ayam yang telah dipotong. Tutup periuk seketika.
6. Biarkan ayam separuh masak.
Seterusnya masukkan 3 gelas air.
Terus masukkan sayur pilihan. Cikgu suka kobis bunga je.
7. Rahsia seterusnya, masukkan satu senduk sos cili Life untuk kelainan rasa.
Sebelum tu tambahkan perahan asam limau nipis sebiji. Tak suka masam, kurangkan.
8. Untuk perasakan tomyam secukup rasa, cikgu masukkan garam dan gula.
Siapa tak suka rasa manis dalam tomyam tak payah letak ye.
9. Selepas kuah mendidih, masukkan sotong.
2 minit sebelum tutup api, barulah masukkan udang dan fishball.
10. Untuk menaikkan rasa tomyam seperti makan kat kedai Siam, taburkan setangkai daun ketumbar.
11. Boleh juga masukkan lagi sekali daun limau purut dan cili padi untuk mendapatkan warna yang cantik.
12. Sedia dihidangkan bersama bihun yang telah dicelur.
Resipi Lain: [Anak Pencinta Tegar Ayam Goreng, Resipi Ayam Rangup Ala KFC Ni Terbaik, Mudah Sangat!]
Makan Tomyam, Elak Kanser?
Menurut sebuah artikel di portal Mingguan Wanita, “Beruntung siapa yang rajin makan tom yam. Sebab bahan-bahan yang terkandung dalam masakan tom yam ini didapati mempunyai banyak khasiat antaranya boleh menghalang pertumbuhan tumor dan pertumbuhan kanser. Namun, ada cara makan yang betul untuk dapatkan tom yam yang benar-benar berkhasiat.”
Ini dinyatakan oleh Dr Suri Roowi, Saintis merangkap Timbalan Pengarah Program Perekaan Makanan dari Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dalam temubualnya bersama radio IKIMfm.
Dr Suri Roowi memfokuskan kajian mengenai makanan yang kaya dengan antioksidan. Yang mana usahanya ini untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kebaikan makanan yang kaya antioksidan.
“Ada satu kajian yang dibuat di Universiti Kasetsart, Thailand dan Universiti Kyoto, Jepun tentang tom yam mendapati bahan-bahan dalam tom yam boleh menghalang pertumbuhan tumor dan kanser berbanding makanan lain.
Tambah beliau lagi, “Siapa rajin makan tom yam sebenarnya dia lebih rendah risiko alami kanser usus besar. Syaratnya bahan-bahan tom yam yang digunakan mestilah menggunakan sumber-sumber asli seperti daun limau purut, serai dan sebagainya. Dan semasa nak memasak, kenalah kurang kurangkan penggunaan MSG.”
Antara Bahan Masakan Dalam Tom Yam Yang Anti Kanser:
Daun Ketumbar
Menurut Dr Suri, antara bahan-bahan dalam tom yam sangat memberi peranan dalam aktiviti anti kanser adalah daun ketumbar. Yang mana, daun ketumbar ini sangat bagus kerana ada sifat antioksidan. Tumbuhan ini bagus untuk orang yang mengalami masalah diabetes (kencing manis) terutama untuk mengawal gula dalam darah. Daun ketumbar juga bermanfaat untuk mereka yang ada masalah saraf.
Serai
Dari kajian menunjukkan bahan citral dalam serai ini bertindak sebagai anti kanser terutama kanser usus besar, kanser ovari dan kanser payu dara.
Kajian ke atas serai ini banyak melibatkan sel. Yang mana semasa kajian dibuat, saintis akan tanam sel dalam satu bekas dan menggoncangkan bekas tersebut. Kemudian, dikaji dengan memasukkan satu minyak dalam sel. Dan hasilnya kelihatan sel-sel kanser itu mati.
Daun Limau Purut
Dalam masakan tom yam juga terdapat daun limau purut. Daun ini kaya antioksidan. Kajian terkini menunjukkan bahawa daun limau purut boleh bertindak sebagai anti kanser. Yang mana, kajian itu telah dilakukan ke atas tikus.
Temu Kunci
Bagi sesetengah pengguna, selain penggunaan lengkuas, mereka juga memasukkan temu kunci dalam masakan tom yam. Ini banyak dilakukan oleh masyarakat Vietnam. Sebenarnya temu kunci ini ada banyak manfaat kesihatan iaitu anti kanser dalam kanser pankreas. Yang mana, khasiat ini banyak ditemui dalam rizom temu kunci.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sedapnya Vanilla Cupcake. Crunchy Di Luar, Gebu Di Dalam. Buat Sekali, Confirm Jadi!
Kebanyakan ibu lebih memilih untuk sediakan makanan yang cepat dan menepati citarasa anak-anak. Lagi satu bahan asasnya juga tidak mahal dan mudah nak dapatkan di mana-mana kedai.
Ibaratnya jika terlintas nak makan, tak perlu nak tunggu cari barang ke sana ke sini dan keluarkan modal besar. Ok kali ini untuk memenuhi waktu lapang ibu dan juga mengenyangkan anak-anak, dikongsikan resipi Vanilla Cupcake yang tersangat mudah nak buat.
Resipi Menarik [Kuey Teow Goreng Chinese Style. Manis Udang Tu Yang Nikmat!]
Nak terus makan tanpa letak apa-apa hiasan pun boleh, atau kalau rajin nak deko bagi cantik terpulang. Yang penting bahan asas dan cara nak buatnya dikongsikan untuk anda semua.
Resepi Vanilla Cupcake
Bahan-bahan:
200gm gula pasir
4 biji telur gred A
1 sudu besar baking powder
180gm tepung gandum
35gm minyak masak/minyak jagung
Secubit garam
1 sudu kecil esen vanila
(atau secubit serbuk vanila)
Penyediaan:
1) Ayak tepung gandum bersama baking powder. Ketepikan.
2) Pukul gula, telur, esen vanilla dan garam dalam satu bekas besar hingga gebu, putih dan sebati (saya guna hand mixer anggaran 15 minit)
3) Kemudian masukkan bahan-bahan yang diayak tadi sedikit2 hingga habis, ke dalam adunan yang dipukul tadi sambil di kaup balik mengunakan spatula.
4) Akhir sekali masukkan minyak dan gaul sebati menggunakan kaedah kaup balik.
LAGI RESIPI MENARIK [Nasi Ayam Thai Viral. Aroma Bau Nasinya Bangkitkan Selera. Cara Buatnya Pun Mudah!]
5) Masukkan adunan ke dalam cawan kertas.
6) Bakar selama 20 minit dalam oven bersuhu 180°C yang telah dipanaskan terlebih dulu. Ikut oven masing-masing yer. Bakar dengan suhu 170°C selama 25 minit.
Kredit: Suriea Noor & Naazira Parveen
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Coklat Almond Nibs Sedap & Tak Manis Pun. Resipi 2 Bahan Senang Sungguh!
Teringin nak buat biskut raya tapi tak mahu guna banyak bahan. Ini antara salah satu pilihan untuk anda. Tanpa perlu guna tepung, telur dan bahan-bahan lain, hanya guna dua bahan saja, boleh siap!
Paling penting, sedapnya tu tak boleh bawa bincang sungguh. Sedap sungguhlah. Nak cuba buat almond nibs, boleh ikut langkah penyediaan yang dikongsikan oleh Nor Suhaida Zamri.
2 bahan je..senang yaamat..
Chocolate Almond Nibs..
Bahan-bahan:
1/2 kilo almond nibs
1/2 kilo coklat beryls
Cara-cara membuat:
- Bakar almond nibs dalam 20 minit. Suhu 150.
2. Coklat boleh siap sedia untuk double boil.
ARTIKEL MENARIK [Resepi Biskut Makmur Susu Sukatan Cawan Sedap & Cair Di Mulut!]
3. Tunggu almonds nibs sejuk kemudian campur dengan coklat.
BACA JUGA [Tip Simpan Sayur Boleh Tahan Lebih 3 Bulan! Paling Penting Jimat Ruang Peti Sejuk]
4. Gaul-gaul bagi mesra kedua-dua bahan. Lepas tu masukkan dalam cup. Letak dalam peti ais. Dalam 2 atau pun 3 minit. Ready to ngappp.
**Bagi yang risau manis, sebenarnya rasa almond nibs ini tidak terlalu manis sangat sebab boleh guna dark chocolate dicampurkan dengan milk chocolate. Kombinasi kedua-duanya itu buatkan rasa coklat lagi umph!
Kredit: Nor Suhaida Zamri
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI