Istilah resdung mungkin biasa kita dengar pada orang dewasa. Tanpa kita sedar masalah ini sebenarnya turut sama berlaku kepada anak-anak kecil kita. Tidur malamnya terganggu dek hidung yang tersumbat teruk.
Ditambah pula dengan dengkuran yang berlarutan. Begitu juga dengan batuk dan gatal-gatal. Semua ini adalah petanda anak kecil kita turut mengalami resdung.
Menurut perkongsian Pakar Perunding Kanak-Kanak, Hospital Pakar KPJ Perdana, Kota Bharu, Dr Shahiniz Tasneem Mustafa Kamal, selesema berpanjangan yang dialami oleh anak kecil kita adalah petanda anak mengalami masalah itu. Ini yang dikongsikan oleh beliau.
Resdung Dalam Kalangan Kanak-Kanak?
Ada ibu kepada pesakit yang bertanya, “Kenapa anak saya muntah pada waktu malam? Rasa kesian sebab anak tidak dapat tidur malam sejak 3 bulan lalu disebabkan hidung tersumbat.”
Selesema berpanjangan antara tanda anak anda mengalami RESDUNG. Boleh ke anak mengalami resdung macam orang dewasa?
YA resdung pada kanak-kanak boleh berlaku seawal 18 bulan lagi, terutamanya pada keluarga yang mempunyai sejarah asma dan resdung (Atopy).
Ini kerana badan menghasilkan histamin untuk menghalang alergen yang masuk ke badan. Ia menyebabkan badan kita menghasilkan lebih bendalir, maka terjadi batuk dan selsema.
Lubang hidung akan tersumbat disebabkan oleh bengkak pada liang saluran hidung (hypertrophic turbinates).
Apakah simptom resdung?
1. Hidung sentiasa berhingus
2. Terjaga malam disebabkan hidung tersumbat
3. Batuk dan muntah lendir pada waktu malam
4. Gatal pada bahagian lelangit (di dalam mulut)
5. Berdengkur ketika tidur
Rawatan resdung sangat penting untuk menjaga kualiti tidur anak, disamping mengelakkan komplikasi lain pada rongga hidung (sinus) dan paru-paru.
Antara rawatan yang boleh diberikan adalah antihistamine, spray hidung dan ubat mengawal keterukan resdung.
Ada beberapa faktor yang terjadi atau dipanggil alergen:
1. Debu dan habuk samada di persekitaran, langsir, anak patung berbulu atau karpet
2. Kutu rumah (house dust mite)
3. Bulu haiwan ternakan seperti kucing, arnab
4. Makanan contohnya telur
5. Persekitaran sejuk
Nasihat kepada ibu bapa adalah peka dengan beberapa perkara ini untuk memastikan anak lebih selesa.
Elakkan allergen setakat yang boleh. Sebagai contoh, simpan karpet dan mainan berbulu. Gunakan play mat lagi bagus.
Jaga kebersihan pakaian dan tempat / bilik tidur anak. Elakkan juga haiwan ternakan berbulu seperti kucing dan arnab.
Sekiranya menggunakan penghawa dingin, tetapkan suhu kepada 24 darjah Celsius dan ke atas sahaja supaya anak lebih selesa bila tidur.
Menarik: Wow Luar Kotak, Terbaik Parents, Idea Bapa Ni Pilih Sut Angkawan Terapung Memang Kreatif!
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Daftar segera di SINI (https://toko.ideaktiv.com/product/pama-gala-2022-reunion-x-tyt/)
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI