Anak kalau tak mahu makan nasi, mama pasti rasa susah hati. Bimbang perut anak sentiasa kelaparan kerana tidak dibekalkan dengan karbohidrat tinggi. Sebenarnya bukan nasi sahaja pembekal karbo, mama boleh kreatifkan diri dengan mencuba bebola kentang atau keledek yang rasanya lebih manis tetapi menyihatkan.
Resipi Bebola Keledek Keju yang dikongsikan oleh Puan Mariatun Bibi ini boleh anda cuba sediakan buat anak. Insyaallah kenyang dan anak pun suka.
Saya buat Bebola Keledek Keju ni untuk anak-anak. Anak-anak pun suka.
Resepi Bebola Keledek Keju
Bahan-bahan:
Ubi keledek
Ads
Tepung gandum
keju dan serbuk roti
minyak untuk mengoreng
Caranya:
Ads
Rebus ibu keledek sampai empuk. Biarkan sejuk dan masukkan tepung gandum. Saya agak-agak je letak tepung. Uli sampai tak melekat kat tangan. Ala macam kita nak buat Kuih Keria tu.
2. Buat bulat-bulat keju macam dalam gambar. Kalu tak mahu letak keju pun tak apa, ikut la nak letak inti apa.
Ads
3. Ambil ubi yang dah di uli dengan tepung tadi,tekan dan letakkan keju di tengahnya. Bulat-bulatkan semula.
4. Dah habis buat bulat, bolehlah salutkan dengan serbuk roti. Dah habis boleh la goreng.
Kredit: Mariatun Bibi
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Teringin nak makan mashed potato atau kentang putar seperti yang beli di restoran makanan segera? Haa ni resipinya yang boleh buat sendiri. Sangat-sangat mudah. Modal pun tak mahal tapi boleh dapat banyak bekas.
Puas anak-anak makan. Tak mahu makan nasi pun tak apa, sebab kentang pun dah boleh mengenyangkan. Cara nak buat dan masak pun tak sukar. Mesti cuba kalau nak tahu kesedapannya.
Ini resipi yang dikongsikan oleh Cik Lyns Kitchen.
MASHED POTATO GRAVY PADU
8 biji kentang (Russet Potato – cari kat pasaraya)
1 kotak kecil susu segar
Sedikit butter (anggaran 2-3 sudu besar)
Secukup rasa serbuk lada hitam dan lada sulah
1. Kentang dikupas kulitnya dan dipotong. Masukkan kentang ke dalam periuk dan rebus dengan air yang secukupnya sehingga kentang tenggelam. Rebus dalam masa lebih kurang 10 hingga 15 minit dengan api sederhana.
2. Bila kentang sudah empuk, toskan air.
3. Masukkan sedikit butter dalam kentang dan lenyek.
4. Masukkan lada sulah dan lada hitam mengikut citarasa. Kalau nak pedas boleh letak lebih.
5. Tuangkan susu sikit demi sedikit (ikut citarasa sebab fungsi susu ini untuk buat mashed potato rasa berlemak dan gebu) dan lenyek lagi sehingga rata. Saya guna hand blender nak senang, dapat tekstur halus.
SOS (GRAVY) :
1 labu bawag besar (potong dadu)
2 ulas bawang putih (potong dadu)
4 sudu butter
2 sudu tepung gandum @ jagung
2 kiub ayam
Lada hitam dan sulah
2 1/2 cawan air
1. Cairkan butter dlm kuali dan tumiskan bawang (api sederhana). Biarkan dia bertukar warna sedikit perang (warna caramel).
2. Masukkan tepung gandum / jagung kacau terus ye sehingga tepung jadi warna coklat atau sehingga warna sos yang disukai.
3. Masukkan air (sikit-sikit sambil kacau) dan kacau sehingga sebati. Tutup api masuk dalam blender. Blend sampai semua hancur. Masak semula atas api sederhana.
4. Masukkan kiub ayam dan juga masukkan sekali lada hitam dan lada sulah secukup rasa mengikut citarasa.
5. Kalau kuah terlalu pekat, tambahkan lagi sedikit air.
6. Kacau sehingga rata dan tutup api. Jika sos kentang putar berketul, masukkan sos ke dalam blender dan blend sampai tak berketul.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Makanan ringkas tetapi mengenyangkan sememangnya menjadi pilihan ibu untuk menyiapkan bekalan anak ke sekolah. Selain nasi, roti pastinya menjadi pilihan paling tepat.
Berkreatif dengan masakan sambil menarik perhatian anak, apa kata kita cuba Dorayaki Roti Gardenia ini. Resipi super pantas, sedap dan mengenyangkan. Paling menarik, nak buatkan cukup mudah. Bahan pula hanya dua bahan sahaja diperlukan. Jom cuba resipi perkongsian Pn Razmin Abdullah ini.
Balik-balik kerja terus buat dorayaki roti gardenia. 5 minit ja guna AF. Bakar guna Af 150°c/5minit ja. Garing di luar, cair di dalam.
Bahan-bahan:
Roti gardenia
Coklat Cadbury
Patah-patahkan kepingan coklat dan letakkan di atas roti.
Lapiskan dengan sekeping lagi roti.
Tekan dengan penutup bekas berbentuk bulat (macam dalam gambar). Tekan rapat.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tidak semua ibu memerlukan milkbooster. Sekiranya diperlukan sekali pun, pastikan ianya diperbuat daripada bahan yang semula jadi atau real food. Resepi milkbooster yang dikongsikan ibu ini boleh anda cuba.
Penurunan produksi susu mencemaskan sesetengah ibu. Namun setelah mencuba pelbagai cara seperti memerah kerap untuk mengosongkan payu dara, memastikan pelekapan betul, penyusuan terus yang kerap, mengurangkan tekanan/ stres, mengamalkan pemakanan seimbang dan sebagainya, opsyen terakhir yang boleh dilakukan ialah mengambil makanan atau minuman sebagai milk booster.
Puan Nad Masrom telah berkongsi tentang tentang 1 resepi milk booster yang boleh dikongsi. Ia juga boleh dijadikan dalam bentuk uncang agar proses penyediaan/ membancuh mudah. Berikut ialah perkongsian beliau;
Mak teringin nak minum air yang orang selalu cakap boleh jadi milkbooster tu.
Tapi mak saya bukan menyusu. Dia cuma suka minum air tu bila saya pernah bawa pergi hospital masa mak kena warded.
Bila saya balik kampung, saya rebuskan semua (kurma merah, kurma hitam, buah longan, gula madu, goji dan rose bud). Saya hidang panas-panas. Bukan mak je suka, ayah dengan adik ipar pun suka.
Cuma mak suka bila minum yang panas-panas. Mak tak suka yang dah sejuk. Bila rebus banyak, yang lebih tu nanti sejuk. Bila panaskan balik, rasanya dah kurang ‘segar’.
Mak request nak set ni yang dah siap packet (macam 3 in 1 tu). Tinggal tuang air panas je.
Sebab nak tunaikan permintaan mak, kami anak-beranak ni belilah semua set ni kat kedai ubat berhampiran. Mak memang dah kenal rapat dengan tuan kedai tu, Lim.
Kami pun cakap nak buat macam ni sekian-sekian. Jadi Lim pun bantu sediakan bahan-bahan.
POTONG KECIL BAHAN
Balik tu kami berjemaahlah buat. Potong kecil-kecil (kurma merah, kurma hitam, longan). Lepas tu rose bud tu kami letak dalam bekas uncang teh dan lipat je.
Gula madu kami potong guna pisau sambil diketuk dengan tukul. Gigih betul nak siapkan set 3 in 1 untuk mak. Tukul besi semua keluar (boleh je nak guna gula batu tapi kami nak buat special untuk mak).
Lepas tu kami cuba lah minum. Fuhhhhh… Sedap dan menyegarkan. Ayah pun suka. Tengah tidur siap terjaga nak minum juga.
TINGGAL TUANG AIR PANAS JE!
So bolehlah saya balik Kulai dengan tenang. Mak tinggal tuang air panas je bila-bila nak minum. Nak bawa pergi mana-mana pun dah senang.
Dengar kata mak-mak menyusu suka minum juga ya?
KOS HANYA RM30
Yang bertanya tentang uncang teh beli di mana, saya beli di kedai ubat juga. Kos pula? Semua ni RM30, saya beli setiap jenis RM5 sebungkus (boleh request nak berapa ringgit nanti mereka timbangkan).
Dan dengan kos RM30 tu saya dapat buat 40 packets 3 in 1 ni. Setiap pack tu anggaran 5g. Mungkin ada yang lebih murah, boleh survey dahulu.
Nota kaki: Mak dan ayah ialah mak mertua dan ayah mertua saya. Mak dan ayah sendiri dah lebih 10 tahun meninggal dunia. Saya tak menjual produk ni dan buat ni sebab nak gembirakan mak dan ayah mertua je. Sekian.
Cara bancuh:
1.Letak dulu potongan kurma merah, kurma hitam, longan dan goji dalam cawan. Kemudian tuang air panas.
2.Tambahkan gula madu. Kalau tak nak gula pun tak apa. Gula madu ni rasa manis-manis buah je.
3.Dah larut semua, letaklah uncang rose tadi. Siap!