Penyanyi Hafiz Suip dan isterinya, Nureffy Jasreel Abdullah memilih nama Alkaf Zayne untuk cahaya mata kedua mereka yang dilahirkan 1 Mac lalu.
Nama tersebut didedahkan menerusi ruangan Instagram (IG) anak pertama mereka, Muhammad Riyadh Zafri. Menerusi foto terbaru di akaun Instagram Nureffy atau lebih mesra dengan panggilan Effy itu juga sudah mula menggunakan hashtag #mybabyAZ.
Bagaimanapun buat masa ini, Effy dan Hafiz masih belum mendedahkan wajah anak kedua mereka.
“Rambut dah sama… Ni nangis mesti ikut suara bapak die, vokal terbaik tu,” komen @miszleina
Ads
“Tahniah Hafiz dan isteri, comel baby walaupun nampak kakinya,” tulis @jamalroha
Hafiz yang juga juara Akademi Fantasia musim ketujuh bernikah dengan Nureffy pada 14 Mei 2016, dan pada akhir Disember 2017 mereka menimang cahaya mata pertama yang diberi nama Muhammad Riyadh Zafri.
“Susu tak ada” biasa kita dengari dari ibu lepas bersalin. Kebimbangan bayi lapar sering menghantui. Ibu sebenarnya perlu fahami realiti dan cabaran penyusuan sebenar.
Susu tiada selepas bersalin adalah persoalan yang selalu bermain di fikiran mama selepas bersalin. Soalnya benarkah susu benar-benar tiada? Jangan cepat mengalah sehingga memberikan bayi susu formula.
Semua wanita bergelar ibu pasti mempunyai impian untuk menyusukan sendiri bayi mereka. Kerana ia merupakan hadiah pertama paling berharga dan terbaik buat yang tersayang.
Menurut Kaunselor Laktasi, Noorfazila Abdul Rahman, susu ibu dicipta oleh Allah swt sebagai rezeki yang perlu disalurkan kepada anak melalui si ibu. Kebiasaannya ramai ibu terutama yang pertama kali melahirkan anak seakan hilang arah dan tiada panduan bagaimana dan apa yang perlu dilakukan sejurus selepas melahirkan bayi.
KURANG SOKONGAN & ILMU
Biasanya mereka memang bersungguh-sungguh untuk menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu tetapi dek kerana kurang sokongan dan ilmu berkenaan ini membuatkan mereka keliru apa yang sepatutnya mereka lakukan.
Saya sungguh-sungguh tidak mahu perkara begini berlaku dan akhirnya membuatkan ibu dengan mudah percaya yang mereka TIADA SUSU dan tak mampu menyusukan anak sedangkan apa yang sepatutnya mereka lakukan tidak mereka lakukan.
SOKONGAN PADU DARI SUAMI DAN PERSEKITARAN
Ramai ibu beranggapan penyusuan merupakan suatu perkara yang mudah dan susu akan keluar dengan banyak sejurus selepas melahirkan sedangkan realitinya bukan lah seperti itu. Bukan mudah untuk menjayakannya jika tiada sokongan padu dari suami dan persekitaran. Kerana penyusuan bukan sahaja tanggungjawab seorang ibu malah tanggungjawab seorang ayah.
Saya terpanggil untuk menulis artikel ini, bila berdepan dengan situasi konflik seperti ini terutama bila melibatkan suatu tragedi sehingga meragut nyawa. Sebagai seorang ibu yang bersungguh-sungguh mahu menjayakan penyusuan susu ibu, ibu bapa seharusnya mula membuat persediaan awal sebelum kelahiran anak lagi.
MENCARI ILMU PENYUSUAN
Apa yang dimaksudkan dengan persediaan awal ini ialah mencari maklumat dan memenuhkan dada dengan ilmu penyusuan sebanyak yang boleh. Perkara utama yang perlu diketahui adalah bagaimana dan bila sebenarnya susu telah mula terhasil dan tersedia di dalam payudara ibu?
IA TERBENTUK SEJAK AWAL
Ramai ibu tidak menyedari dan tidak tahu yang sebenarnya badan ibu telah bersedia menghasilkan susu sejak dari peringkat awal kehamilan. Ianya dikenali sebagai Fasa Memogenesis yang berlaku sekitar minggu ke 7 atau ke 8 kehamilan. Seterusnya apabila kandungan masuk ke trimester kedua sekitar 16 – 24 minggu proses penghasilan susu (Laktogenesis 1) untuk menghasilkan kolostrum telah pun bermula.
Ini bermakna sejak dari kandungan lagi payudara ibu telah pun menghasilkan susu! Hebatnya ciptaan Allah swt ini kerana Dia sediakan susu seawal usia kandungan 24 minggu kerana pada waktu ini ada bayi yang dilahirkan pramatang. Jadi walaupun ibu bersalin pramatang, ibu tetap mampu menyusukan anak dan tetap ada rezeki susu ibu buat si bayi.
Kolostrum merupakan susu pertama yang sangat berharga dan perlu diperolehi oleh bayi sebanyak yang boleh kerana di dalamnya terkandung banyak manfaat di antaranya zat antibodi yang disebut immunoglobulin. Selain terdapat antibodi, di dalam kolostrum terdapat faktor-faktor pertumbuhan yang berfungsi untuk menyempurnakan pertumbuhan dan perkembangan manusia dari bayi hingga dewasa.
SUSU TIDAK ADA SELEPAS BERSALIN?
Benarkah susu tiada langsung selepas bersalin? Jawapannya tidak benar! Setiap ibu yang melahirkan anak sudah mempunyai susu di dalam payudaranya kerana penghasilan kolostrum sudah bermula sejak 16 minggu usia kandungan cuma paras hormon ibu yang berbeza membuatkan ada ibu yang sudah mula keluar susu sejak sebelum melahirkan dan ada ibu yang hanya keluar pada hari ke 2-3 anak dilahirkan.
Jadi, untuk meningkatkan paras hormon prolaktin ini, rangsangan dari hisapan bayi sangat diperlukan terutama pada jam-jam pertama kelahiran. Sebab itulah ibu perlu mendapatkan anak secepat yang boleh untuk disusukan supaya proses pengeluaran susu akan lebih cepat berlaku.
Jadi setiap ibu perlu bersedia dan susukanlah anak anda dengan yakin tanpa ragu-ragu sama ada anak mendapat susu yang cukup atau tidak. Sememangnya bila puting payudara dipicit ia seakan tiada susu, kerana fizikal kolostrum yang pekat dan sangat sedikit sesuai dengan keperluan dan saiz perut bayi yang tersangat kecil.
Selain itu, warna kolostrum yang jernih pada awalnya dan kekuningan menyebabkan ia tidak kelihatan dan ibu tidak sedar kehadirannya. Hanya rangsangan kerap pada payudara saja yang dapat membantu kolostrum tersebut diterima oleh bayi anda. Jadi ibu tak perlu panic jika anda melalui situasi seperti ini kerana ianya sesuatu yang normal dan apa yang perlu anda lakukan hanyalah menyusukan anak sekerapnya termasuk disebelah malam.
Lebih kerap payudara ibu mendapat rangsangan lebih cepat kolostrum akan mula keluar, lebih banyak kolostrum akan diterima oleh bayi dan lebih banyak susu bakal terhasil. Jangan risau kerana bayi mampu bertahan selama 6 jam walaupun tanpa makanan kerana bekalan makanan yang diterima dari plasenta mampu menampung keperluan jam-jam pertama kehidupannya. Bila bayi menangis bukan lah semata-mata kerana dia kelaparan tapi banyak lagi factor lain yang menyebabkan bayi menangis. Jadi susukan lah anak anda kerana hanya penyusuan saja yang dapat menenangkan anak dan memberi keselesaan kepadanya.
Selain itu, ibu perlu memastikan pelekapan (latch on) yang betul dan posisi penyusuan yang tepat untuk memudahkan proses kelahiran.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menjadi kebiasaan terdapat tompokan kelabu atau biru kehijauan pada bayi. Ia biasanya terjadi pada bahagian punggung, paha, bahu atau belakang bayi.
Ramai yang menyangka ia adalah tanda lahir, tak kurang juga menganggap ia menyakitkan bayi dan menyamakan ia sebagai lebam. Malah turut wujud pelbagai mitos mengenai tompok ini dengan mengatakan ia adalah disebabkan kenan atau ludah jin!
Pemikiran ini perlu diperbetulkan. Perkongsian daripada Dr Khairul Faizie ini memberikan info sebenar tompok yang dinamakan mongolian spot ini.
MONGOLIAN SPOTS
Pernah nampak kulit baby baru lahir ada tompokan / tanda lahir ( birthmark) warna biru kehijauan?
Tompokan ini banyak menimbulkan mitos dalam masyarakat kita, hingga ke hari ini. Ada yang kata:
-kulit baby kotor sebab baby dah berak kat dalam rahim sebelum lahir – tompok kena ludah dengan jin ! – kenan / mak baby tu minat sangat kat Incredible Hulk masa ngandung – baby kena dera / terjatuh masa dilahirkan, so ada kesan lebam !
Well….kita rungkai kan mitos ni.
SELALU TERJADI PADA BAYI BERKULIT GELAP
Kesan tompokan biru / kehijauan yang biasa terjadi pada kulit baby baru lahir tu nama nya MONGOLIAN SPOTS.
Mongolian spots ni paling biasa ditemui pada baby yang kulitnya agak gelap.( dark skinned babies).
Tompokan ini wujud kerana wujudnya sel sel Melanocytes di lapisan Dermis kulit ( Lihat gambar). Anatomi: — Kulit manusia lapisan paling atas ialah Epidermis. Dalam keadaan biasa, sel Melanocytes ini terletak di lapisan epidermis. Fungsi sel ini ialah hasilkan pigment melanin, yang mana melanin akan beri warna kulit.
Semasa proses tumbesaran baby dalam rahim, ada antara sel Melanocytes ini yang tak sampai bergerak ke lapisan Epidermis. Ia terperangkap di lapisan dermis. Sel ini hasilkan melanin di lapisan dermis ( proses dipanggil Dermal Melanocytosis), yang akan menghasilkan tompokan Mongolian spots ini.
TIDAK SAKIT & BUKAN KESAN DERA
Mongolian spots boleh bersaiz kecil, atau ada yang tompokan besar. Warnanya biru kehijauan, ianya rata / flat ( tidak timbul).
Ianya tak sakit bila ditekan ( ada yang salah anggap ianya kesan lebam sebab jatuh / kena dera ).
Mongolian spots selalu ditemui di kawasan belakang badan baby baru lahir, dan juga di kawasan sekitar punggung.
IA TIDAK BERBAHAYA
Ianya tak berbahaya, tak menjangkit, tak ada kaitan dengan sebarang penyakit lain. Ianya tak perlu rawatan, tak payah di sapu apa apa krim. Biarkan aja.
Mongolian spots akan hilang sendiri apabila baby membesar masuk umur 4- 6 tahun. Tompokan yang besar mungkin ambil masa lebih lama untuk hilang.
Muntah & cirit-birit tanpa henti, nurse cucuk ambil darah & masukkan air pun tak sedar. Rupa-rupanya Heidy, anak Haziq Hussni dijangkiti rotavirus.
Kanak-kanak yang mengalami rotavirus selalunya cirit birit, muntah-muntah dan demam suhu tinggi. Haziq melalui Instagram & Instastory berkongsi mengenai keadaan anak sulungnya, Muhammad Heidy Nufael, 2 tahun yang mengalami cirit-birit dan muntah berterusan sehingga lemah. Heidy terus dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Ambil darah pun tertidur
Isteri Haziq, Ayunda Putri memberitahu yang Heidy mungkin “kering teruk” (mengalami dehidrasi) kerana muntah & cirit-birit berterusan.
Deejay radio & hos TV ini mengakui dia cukup fobia apabila anak sakit kerana dahulu anak keduanya Chayra pernah mengalami batuk kokol (batuk 100 hari).
Si kecil Heidy alami cirit birit & muntah kerap hingga menyebabkan dia sangat lemah. Setiap kali makan akan buang air besar & setiap kali minum akan muntah. Tindakan membawa Heidy ke hospital tepat kerana doktor mengatakan tubuh Heidy sememangnya sudah kering.
Manakala isteri Haziq, Putri turut berkongsi tentang keadaan Heidy yang telah berada di hospital selama 6 hari 5 malam (ketika itu). Menerusi Instastory, Putri berkongsi info tentang rotavirus.
Sekarang tengah musim Rotavirus, mommy daddy hati-hati.
Putri juga berkongsi info mengenai bahaya rotavirus. Ia sangat mudah berjangkit. Anak berusia 1 tahun ke bawah boleh mendapatkan vaksin rotavirus sebagai vaksin tambahan.
Putri sebagai ibu berasa terkilan kerana terlepas memberikan vaksin tambahan itu kepada Heidy kerana ketika itu Heidy sudah pun berusia lebih satu tahun.