“Hari-hari saya menangis. Padahal semua okay. Anak sihat, suami tolong jaga, tapi hati ni kosong. Saya rasa macam ibu yang gagal…”
Luahan ini mungkin biasa didengar dari mulut ibu yang baru melahirkan cahaya mata. Malangnya, ia sering dianggap sebagai perkara remeh. “Biasalah tu, hormon tak stabil…” “Kau kena kuat, semua ibu lalui benda yang sama…”
Hakikatnya, emosi yang tidak stabil selepas bersalin bukan sekadar soal ‘tak cukup tidur’ atau ‘terlalu penat’. Ia mungkin petanda kemurungan selepas bersalin, atau lebih dikenali sebagai Postpartum Depression (PPD).
Menerusi perkongsian Pakar Motivasi Diri, Keluarga & Organisasi, Dr Hajah Azuraida Shahadan membincangkan kesihatan ibu berpantang dan emosi ibu bersalin yang seharusnya diberikan lebih perhatian.
Baby Blues
Baby blues adalah gangguan emosi ringan yang biasanya dialami dalam tempoh beberapa hari hingga dua minggu pertama selepas bersalin. Ia berlaku akibat perubahan hormon secara drastik selepas melahirkan anak. Antara simptom biasa:
* Mudah menangis tanpa sebab
* Rasa cemas atau panik
* Cepat marah atau tertekan
Ads
* Rasa tak cukup bagus jadi ibu
* Susah tidur walaupun bayi tidur
Kebanyakan ibu akan pulih dengan sokongan keluarga dan masa rehat yang cukup. Tetapi bila perasaan itu berlarutan lebih dari dua minggu, ia mungkin bukan lagi baby blues.
Postpartum Depression
Postpartum Depression (PPD) adalah kemurungan serius yang boleh berlaku dalam tempoh minggu ke-2 hingga beberapa bulan selepas bersalin. Ia bukan sesuatu yang boleh “dikuatkan hati” atau “dibiarkan reda sendiri”.
Antara simptom PPD:
Ads
* Rasa putus asa, kosong, tak berdaya
* Sukar berhubung dengan bayi sendiri
* Tiada selera makan atau makan berlebihan
* Tak mampu tidur langsung atau terlalu banyak tidur
* Fikiran gelap: “Kalau aku tak ada, semua orang lebih bahagia…”
PPD boleh menyerang sesiapa, termasuk ibu yang kelihatan ‘kuat’. Ia bukan soal iman lemah atau tak bersyukur. Ia adalah keadaan perubatan yang perlu dirawat.
Ads
Ramai ibu yang memilih untuk mendiamkan diri dan menahan segala emosi yang ada kerana bimbang dikatakan manja. Ibu seharusnya belajar untuk berkongsi masalah, kepenatan atau apa jua perasaan kepada orang-orang terdekat bagi mengelakkan adalah emosi dalaman yang bercelaru.
Emosi yang bercelaru ini jika dibiarkan akhirnya ramai ibu yang terpaksa bertarung sendiri dalam senyap. Dan itu sangat membahaya.
Buat Ibu:
* Cakap dan luah dengan seseorang. Suami, kawan, atau kaunselor. Jangan pendam.
* Jangan paksa diri untuk jadi ‘perfect’. Jadi ibu adalah satu proses, bukan perlumbaan.
* Dapatkan rawatan. Jangan takut jumpa doktor atau pakar psikiatri. Rawatan seperti terapi dan ubat-ubatan selamat dan membantu.
* Cari keseronokkan diri dan terapi dengan cara selamat. Jadikan momen bersalin, berpantang dan mengenal anak dalam tempoh berpantang ini sesuatu yang membahagiakan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bagi ibu yang pernah melahirkan anak melalui pembedahan, pastinya punya impian besar untuk bersalin normal. Namun ia bukan mudah.
Banyak faktor yang mempengaruhi proses kelahiran seseorang ibu. Selain mental dan fizikal ibu yang bersedia, tahap kesihatannya juga mesti berada di tahap terbaik bagi membolehkan kelahiran normal. Bukan itu saja, keadaan bayi dalam kandungan juga mempengaruhi sesebuah proses bersalin.
Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi, Dr. Maiza Tusimin berkongsi tentang faktor yang menentukan kejayaan kelahiran normal;
Fakta Femina : Faktor penentu kejayaan bersalin normal = 3P
1. POWER
Power = kekuatan kontraksi rahim yg stabil & konsisten penting untuk :
• menolak bayi turun & masuk ke dalam rongga pelvis, vagina & keluar dari faraj
• membuka serviks sehingga 10cm
• menolak bayi dalam posisi yang betul – occipito-anterior (OA) di mana kepala bayi menyentuh dagunya & memberikan diameter yg muat untuk melepas rongga vagina & faraj
2. PASSAGE
Passage = Laluan i.e rongga pelvis, vagina & faraj boleh dihalang atau jadi tidak sesuai untuk melahirkan secara normal bila :
• ketinggian ibu < 150cm dengan pelvis yg sempit atau bentuk yang tidak normal, CPD
• tumor yang menghalang bayi untuk masuk ke dalam rongga pelvik seperti cyst atau fibroid
Sumber foto: www.freepik.com
3. PASSENGER
Passenger = Penumpang i.e bayi dengan keadaan berikut berisiko tinggi jika bersalin normal :
• posisi bayi tidak dalam posisi OA seperti muka menghadap vagina (face presentation), mendongak (brow presentation)
• kepala bayi besar e.g hydrocephalus
• bayi yang besar 》4kg
• CTG atau jantung bayi yang tidak stable / distres
Sekiranya kelahiran normal selamat dan kedua-dua ibu dan bayi sihat, itu adalah satu detik yang menggembirakan bukan saja untuk keluarga bahkan pegawai perubatan serta jururawat yang bertugas.
Biar apa jua teknik kelahiran seseorang ibu, pengorbanannya tak boleh dipandang remeh kerana dia tetap bertarung nyawa demi bayinya. Terima kasih, ibu!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Semakin hampir dengan tarikh jangkaan bersalin, mungkin kebanyakan ibu bapa rasa panik, tambahan pula jika ia bayi pertama. Cara ibu ini membuat persediaan barangan keperluan diri dan bayi ke hospital.
Nadyia Yaya berkongsi caranya menyimpan keperluan bayi dan diri untuk dibawa ke hospital. Cara praktikal menggunakan plastik berzip sangat menarik untuk diaplikasikan. Lebih mudah dan tersusun!
#1: KEPERLUAN WAJIB
Ibu ini menyenaraikan beberapa dokumen dan alatan keperluan penting yang wajib dibawa. Antaranya buku rekod kehamilan atau buku pink dan kad pengenalan.
#2: KELENGKAPAN BAYI
Menarik sekali pakaian bayi siap dipekkan dalam plastik berzip untuk memudahkan ia diambil. Lebih tersusun dan sistematik. Bagi setiap pek plastik ialah lampin pakai buang, set baju dan seluar. Setiap pek siap dilabelkan untuk keperluan di labour room, hari pertama, kedua dan ketiga.
Bagi ibu-ibu yang sibuk bekerja atau sibuk dengan pengurusan kehidupan harian, beli saja pakaian bayi secara online. Nak lebih jimat, DPAMkini sedang mengadakan promo ‘free shipping’. Tawaran ini hanya bermula dari 25-31 Julai 2019 dengan menggunakan kod DPAMFS.
Tidak ketinggalan beberapa set pakaian dan barut ekstra. Dia juga meletakkan selimut, bedung selimut dan sapu tangan dalam plastik berzip yang lain. Manakala dalam bakul pula barang keperluan penjagaan diri bayi.
#3: KELENGKAPAN IBU
Untuk ibu jangan pula tertinggal. Ibu ini turut menyenaraikan beberapa keperluan mesti dibawa iaitu pakaian, breast pad, pad materniti, barang penjagaan diri dan pam susu.
#4: PERSEDIAAN MAKANAN & MINUMAN
Proses bersalin perlukan tenaga. Maka makanan dan minuman perlu disediakan dan dibawa ketika di hospital. Idea meletakkan ia dalam satu bakul lebih kemas.
PAKAIAN BAYI SEMASA BERPANTANG DI RUMAH IBU BAPA/ MERTUA
Selain itu, ibu ini juga turut memberikan idea untuk menyimpan pakaian bayinya ketika berpantang selain daripada di rumah sendiri.
Beberapa hari yang lalu, pempengaruh media sosial, Aisyah Hijanah telah selamat melahirkan anak keempatnya. Namun situasi bertukar cemas selepas dia bersalin apabila doktor memaklumkan bahawa urinya melekat pada rahim dan tidak keluar sendiri seperti biasa.
“Lepas dah bersalin, baby pun dah keluar, Aisyah ingatkan semua dah smooth & boleh tenang-tenang. Aisyah tengok Doktor pun macam stay still, tak mcm biasa.”
Menurut Aisyah dia tertanya-tanya mengapa doktor tidak meneruskan prosedur selepas menyambut kelahiran seperti biasa. Apa yang dia nampak, doktor hanya duduk diam seolah-olah menunggu sesuatu. Pada ketika itu, Aisyah beranggapan yang doktor menunggu bayinya dibersihkan.
“Kalau biasa, lepas bersalin mesti doktor akan macam jahit ke apa, tapi kalini Dr duduk diam. Ingatkan nak tunggu baby cuci dulu ke.”
Dua Pilihan “Azab” Doktor
Doktor berikan dua pilihan sama ada rahimnya akan ditolak dari atas dan uri ditarik keluar atau doktor akan seluk tangan ke dalam. Proses yang mengambil masa selama lebih 30 minit itu dipenuhi tekanan dan sakit yang luar biasa bagi Aisyah.
“Rupanya, uri Aisyah melekat dekat rahim. Ini first time Aisyah experience sendiri. Sebelum ni dengar cerita orang saja, tak sangka kalini jadi dekat diri sendiri.
So dalam lebih kurang 30 minit juga complication, then ada 2 choices waktu tu. Sama ada Doktor try push rahim dari atas dan tarik keluar ataupun kena seluk tangan ke dalam.”
Ibu Beranak Empat Yang Cekal
Untuk pengetahuan, Aisyah Hijanah telah bernikah bersama pilihan hatinya, Alif Teega pada tahun 2018. Pasangan ini kemudiannya mengadakan majlis persandingan selepas empat tahun mendirikan rumah tangga.
Hasil perkahwinan mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Khadeejah Hijanah, Muhammad Hassan Syarif, Safiyyah Hijanah serta bayi yang baru dilahirkan (namanya masih belum dikongsikan pasangan ini).
Jarak Kehamilan: Rehat Bukan Rehat Biasa
Menurut ibu hebat ini, jarak kehamilan antara anak-anaknya adalah setahun seorang. Doktor menasihatkan untuk membuat perancangan dan jarakkan kehamilan sekiranya mahu hamil selepas ini.
“Doktor advise untuk jarakkan pregnancy lama sedikit sebab hal-hal macam ni ada kala terjadi kepada ibu yang jarak anak dekat-dekat. Aisyah punya anak memang jarak dekat setahun-setahun, so thats why lepaskan ni kena jarakkan lama sikit sbb takut hal sama terjadi lagi.”
Menurut kajian, penjarakan kehamilan paling baik ialah sekurang‑kurangnya 24 bulan kerana ia membenarkan tubuh pulih dari trauma fizikal dan nutrisi. Selain itu, dalam tempoh dua tahun biasanya mental ibu juga telah bersedia untuk mengandung dan bersalin sekali lagi.
Kenapa 24 Bulan?
Tempoh ini memberi masa kepada badan untuk pulih sepenuhnya dari kehamilan dan bersalin serta mengembalikan nutrien yang terbuang.
Jarak kehamilan yang terlalu rapat dikaitkan dengan peningkatan risiko komplikasi seperti kelahiran pramatang, bayi berat lahir rendah, dan preeklampsia.
Tonton video perkongsian Aisyah;
@aisyahhijanah“MACAM MANA URI BOLEH MELEKAT?” Lepas dah bersalin, baby pun dah keluar, Aisyah ingatkan semua dah smooth & boleh tenang-tenang. Aisyah tgk Dr pun mcm stay still, tak mcm biasa. Kalau biasa, lepas bersalin mesti Dr akan macam jahit ke apa, tapi kalini Dr duduk diam. Ingatkan nak tunggu baby cuci dulu ke… Rupanya, uri Aisyah melekat dekat rahim. Ini first time Aisyah experience sendiri. Sebelum ni dgr cerita orang shj, tak sangka kalini jadi dekat diri sendiri. So dlm lebih kurg 30 min juga complication, then ada 2 choices waktu tu. Sama ada Dr try push rahim drpd atas & tarik keluar ataupun kena seluk tangan ke dalam. Waktu ni, nurse dah tekan-tekan rahim Aisyah, sambil Dr cuba tarik slowly uri keluar. Serious sakit! Few minutes juga process ni sampailah uri betul-betul keluar. Memang azab ya rasa dia. Kalau seluk tangan tak tahu lah macam mana Otherwise, kalau tak keluar juga mungkin tangan Dr akan kena seluk ke dalam utk tarik uri keluar. Rupanya bahaya bila Uri tertinggal dekat dalam sbb boleh risikokan nyawa. Ada juga yg cerita dlm live Aisyah tadi yg dah sampai rumah baru tahu uri tertinggal. Memang azab betul proses tu tapi nak tak nak kena keluarkan juga uri Dr advise utk jarakkan pregnancy lama sedikit sbb hal-hal mcm ni ada kala terjadi kpd ibu yang jarak anak dekat-dekat. Aisyah punya anak memang jarak dekat setahun-setahun, so thats why lepaskan ni kena jarakkan lama sikit sbb takut hal sama terjadi lagi Siapa ada experience mcm ni, cuba share cerita korang dekat bawah okay!♬ Tak Kan Terganti – Shabrina Leanor & Yovie Widianto
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cara kenalkan telur kepada bayi dengan selamat, langkah demi langkah dari minggu ke minggu. Ketahui bila boleh mula, tanda alergi dan tip penting untuk elak risiko pada si manja.