Bagaimana seorang lelaki mahu menjadi suami dan ayah yang terbaik buat keluarganya? Seorang suami yang bagus sentiasa menuntut ilmu supaya dapat diturunkan kepada si isteri. Kemudian si isteri boleh ajarkan pada anak-anak pula. Menurut Ustaz Wan Asrul Al-Kalantani melalui laman Facebooknya, seorang suami yang baik perlu tahu membezakan antara kewajiban dan tanggung jawab.

Kasih sayang dan cinta tidak akan pernah subur seumpama sekebun bunga mawar kecuali setelah disirami dan dibajai dengan tanah keilmuan, cahaya kepercayaan, air keikhlasan serta udara kesungguhan.

Bagi Makan Pakai Pada Isteri & Anak-Anak, Belum Cukup Untuk Jadi Ketua Keluarga Terbaik

“Ustaz, nak tanya sikit, apa ciri-ciri suami yang baik ye?” Tanya seorang pengantin baharu kepada sang faqir, sambil sudah siap dengan pen dan buku notanya.

Artikel Menarik: [Tiba-Tiba Isteri Diam, Tandanya Dia Penat. Dah Habis Kata-Kata Cuma Harap Suami Faham]

Jawab sang faqir, “Ciri-ciri suami yang baik nie banyak. Nak cerita sepenuhnya panjang senarainya. Yang saya boleh share adalah KUNCI kepada ciri-ciri tersebut. Nak tahu tak?”

Pengantin baharu tadi bersemangat, ” nak-nak. ” ( sambil bersedia untuk mencatat).

IKLAN

” Ok, kunci yang Pertama adalah AQIDAH. Kena ajar anak isteri Aqidah yang sohih. Kenalkan ALLAH dan Rasul kepada mereka. Ini kunci paling utama dan tiada lagi lebih utama dari ini. Yang kedua, perlu ajar anak isteri dengan SOLAT dan yang terkait dengannya, Apa yang terkait dengannya? Bab thoharah Iaitu bersuci. Yang ketiga kena ajar anak isteri dengan Al Quran, Itu juga amat penting sebelum mereka diajar dengan pembelajaran lain terutamanya akademik.

Bagi Makan Pakai Pada Isteri & Anak-Anak, Belum Cukup Untuk Jadi Ketua Keluarga Terbaik

Artikel Menarik: [Bila Suami Isteri Bekerjasama Jaga Anak, Proses Nak Membesarkan Anak Jadi Mudah]

Paling utama, pakaian bagi sekalian ilmu itu adalah ADAB atau AKHLAK, itu kita akan dapati dengan memahami dan mendalami tasawuf yang haq. Inilah KUNCI dalam menjana ciri-ciri seorang Suami dan juga ayah yang baik. WAJIB. Tidak boleh tidak. Jangan anggap beri makan, beri minum, beri pakai, beri rumah, Itu sudah cukup sebagai menjadi seorang suami dan ayah yang baik, itu Semua tanggungjawab, Mesti kena tunai. Yang kunci tadi tu adalah kewajipan. Ada bezanya tu. Faham tak?” Sang faqir meminta kepastian.

IKLAN

Pengantin baharu tadi mengangguk perlahan, ” Faham ustaz. Cuma, terfikir, boleh ke saya buat semua tu? Saya tak pandai, tak alim, macam mana nak ajar anak isteri. Rasa takut pula.”

“Kenapa perlu takut? Jangan takut. Sebab takut atau bimbang bukan dah lagi perkara yang perlu awak hadap, yang perlu awak hadap adalah belajar. Nak ajar anak isteri, tidak perlu jadi alim, yang penting belajar, tahu dan faham. Boleh kongsi dan cerita semula pada mereka. Jika alim adalah syarat untuk tarbiyyah anak dan isteri, Maksudnya hanya Alim Ulama sajalah yang boleh bernikah. Faham? Jika rasa diri tidak tahu, maka, belajar dan terus belajar.

Bagi Makan Pakai Pada Isteri & Anak-Anak, Belum Cukup Untuk Jadi Ketua Keluarga Terbaik

Kerana hakikat kita, mula tak tahu, Akhir pun tak tahu. Jadi tiada orang yang memang sedia tahu, melainkan hanya ALLAH sahaja, Sedia Tahu. Belajar ye. InsyaALLAH. Saya doakan awak dan sekalian keluarga Hidup dalam Tauhid, Beramal dalam Tauhid, Dan Mati dalam Tauhid. Aamiin.” Sang faqir menenangkan pengantin baharu tadi.

Perbualan kami selesai beberapa ketika selepas itu.

IKLAN

Bagi Makan Pakai Pada Isteri & Anak-Anak, Belum Cukup Untuk Jadi Ketua Keluarga Terbaik

Semoga ALLAH memandu sekalian kita menuju ke arah Hidayat Dan Taufiq NYA.

Para suami, para ayah. Bezakanlah tanggungjawab dan kewajipan supaya jelas perlakuan dan perakuan.

Wassalam.

-AFIWAAK-

Sumber: Wan Asrul Al-Kalantani 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI