Sebagai ibu bapa anda bertanggungjawab tegur setiap anak yang buat salah sebagai satu cara memberi pengajaran kepada mereka.

Memang lumrah kanak-kanak banyak melakukan kesilapan kerana mereka masih dalam proses pembelajaran.

Tetapi kalau orang tua jenis yang selamba dan tak membetulkan kesalahan yang anak buat, maka anak akan berfikiran perkara tersebut tak salah dan boleh diulang buat lagi.

Tanpa sedar ibu bapa telah mendidik anak menjadi individu yang ‘tak makan saman’ dan tidak tahu menghormati hak orang lain.

Perkongsian dari Dr.Taufiq Razif berkenaan isu ini patut dijadikan panduan kepada semua ibu bapa. Jangan sekali-kali beranggapan semua perbuatan anak itu tak salah kerana mereka masih kecil.

Bahaya Kalau Tak Pernah Tegur Anak Langsung

Teguran itulah yang dapat mendidik mereka menjadi manusia yang tahu menghormati orang lain dan bersopan satu hari nanti. Jika dibiarkan maka jadilah seperti Sazali dalam filem “Anakku Sazali lakonan dan arahan P.Ramlee.

IKLAN

Saya pernah jumpa dua orang adik beradik yang sangat ‘biadap’. Umur lebih kurang 6 tahun. Orang lain tengah solat, diorang selamber je pergi keluarkan ikan daripada akuarium kat tepi surau tu dan bunuh ikan-ikan tu semua!

Saya okey lagi kalau memang ayah dia dah tegur dan nasihat tapi masalahnya ayah dia buat benda tu macam tak ada apa-apa! Kononnya macam ” alaaa..biasa la budak-budak

tak pernah tegur anak

IKLAN

“Aduh! Parah!

Lebih parah lagi kalau salah belajar Ilmu Parenting. Katanya tak boleh sebut langsung perkataan JANGAN pada anak-anak. Bukan tak boleh langsung sebenarnya tapi kena tahu caranya.

Bila nak larang anak dengan perkataan JANGAN kita kena letak SEBAB dan PILIHAN/SOLUSI selepas teguran kita tu. Contohnya :

IKLAN

“Adik JANGAN bawa makanan masuk bilik SEBAB semut suka benda manis ( ni SEBAB ) Nanti semut ikut adik masuk bilik. Sakit kan kalau semut gigit. Kalau adik nak makan, adik makan la dekat meja ni ( ni PILIHAN/SOLUSI ) ”

Dalam surah Luqman Ayat 13 pun Luqman guna perkataan JANGAN untuk larang anaknya. Luqman pun siap bagi sebab ( reason ) sekali bila dah larang anaknya.

Ingat, anak yang tak pernah ditegur seperti pemandu yang memecut kereta Ferrari tanpa pakai seatbelt. Mereka bebas memecut tapi sekali dah berlanggar, habislah patah riuk dan rosak masa depannya.

Tolong sebarkan benda ni pada pasangan dan keluarga kita ye. Tolong sangat

p/s : Jom belajar ilmu cara nak didik anak di Telegram saya. Klik je link ni kalau nak belajar cara nak didik anak ? t.me/NotaTaufiqRazif