Kalau tak betul cara bancuh susu anak ditakuti hilang khasiatnya. Semua tahu memberi anak minum susu ibu adalah makanan yang terbaik kepada mereka. Bagaimanapun tidak semua ibu berpeluang melakukannya atas sebab-sebab tertentu.

Tak mengapa kerana anda tetap dapat memberikan si manja minum susu iaitu menggantikannya dengan susu formula. Bagaimanapun sudah tentu khasiatnya tidak setanding dengan susu ibu. Lebih malang apabila ramai ibu bapa rupanya sudah tersilap membancuh susu formula untuk anak hingga menyebabkan zat dan nutrisi dalam susu tersebut hilang.

Cara biasa yang dilakukan oleh ramai ibu bapa ada seperti berikut;

a. Masukkan susu formula mengikut sukatan.

b. Tuang air panas.

c. Tambah dengan air sejuk hingga menjadi suam.

d. Goncang hingga sebati.

e. Rasa sedikit untuk memastikan ia suam dan selamat diminum bayi.

IKLAN

Sebenarnya langkah-langkah tersebut adalah salah! Ini kerana air panas dengan suhu lebih 70 darjah celsius jika dicampur dengan susu formula akan mematikan segala khasiat yang ada dalam susu.

Malahan air yang terlampau panas akan betindak balas dengan botol susu jika botol tersebut bukan jenis bebas BPA. Ia akan menyebabkan berlaku pengewapan dan mungkin membebaskan bahan kimia (material botol susu) itu.

Bancuh Susu Anak Jangan Sampai Khasiatnya Hilang. 5 Langkah Ini Baru Betul

Kalau selama ini anda melakukan cara tersebut semasa membancuh susu anak, maka rugilah kerana anak anda tidak mendapat apa-apa khasiat daripada susu yang diminum. Maka sebaiknya baca dahulu langkah-langkah penyediaan susu formula seperti yang tertera pada label supaya segala khasiat dapat diserap oleh anak.

Ini adalah langkah yang betul menyediakan susu untuk anak;

IKLAN

1. Tuangkan dahulu air masak yang telah disejukkan ke dalam botol susu anak.

2. Tuangkan sedikit demi sedikit air panas sehingga air dalam keadaan suhu suam. Contoh sukatan : 4 oz air masak, 1 oz air panas untuk susu 5 oz.

3. Masukkan susu formula mengikut sukatan yang telah diberikan pada tin dengan menggunakan sudu yang dibekalkan.

4. Tutup botol dan goncangkan sehingga larut dan sebati.

5. Uji suhu dengan menuang botol dan biarkan sedikit susu jatuh ke atas pergelangan tangan anda di sebelah dalam. Ia seharusnya rasa suam dan bukan panas.

IKLAN

Bancuh Susu Anak Jangan Sampai Khasiatnya Hilang. 5 Langkah Ini Baru Betul

Berikut juga adalah langkah membancuh susu seperti dipetik dari laman web kementerian terbabit.

Bancuh Susu Anak Jangan Sampai Khasiatnya Hilang. 5 Langkah Ini Baru Betul

Bancuh Susu Anak Jangan Sampai Khasiatnya Hilang. 5 Langkah Ini Baru BetulJangan sekali-kali menggunakan ketuhar gelombang mikro (micorwave) untuk menyediakan atau memanas semula susu bayi. Pemanasan ketuhar gelombang mikro yang sekata boleh menyebabkan ‘titik panas’ (hot spots) di dalam susu. Keadaan ini akan menyebabkan mulut bayi melecur.

Tonton video cara bancuh susu anak ini.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI