
Burger yang dijual di tepi memang sedap tetapi sekali sekala di rumah, tak salah kita nak tunjukkan kemahiran pada anak sediakan burger sendiri. Lagi sedap dan jimat sebenarnya.
Nak sediakan burger yang berjus dan sedap, isi padu dan kental, resipi perkongsian Nanie Sulong ini wajib dicuba. Padu sungguh!

Jom belajar buat burger sendiri! Burger ni contoh makanan yang versatil boleh kita ubah ikut citarasa kita tersendiri. Recipe Patty saya akan kongsikan ni Patty basic je, combination yang lain saya sertakan dalam gambar.
*kalau guna Ramly punya minced meat ok je, kalau minced dekat local butcher sila pilih 70:30 meat to fat ratio*
Daging cincang
Telur
Oat /biskut ( kalau tak nak letak telur letak dua ni lebih sikit sebagai binding agent)
Serbuk paprika
Lada hitam
Bawang cincang
Garam
Gula

Gaulkan semua bahan dan bentukkan guna bekas tuna kalau nak rupa daging yang uniform.

Patty dah siap tinggal cari roti dan lettuce sahaja.
Lettuce yang sesuai untuk burger
*Butterhead
*Romaine
*Iceberg
Roti pulak kalau boleh guna lah brioche. Baru lah dia tak soggy sebab sos yang banyak.

Burger sos pun saya sertakan sekali dalam gambar. Caramelise onion ni guna bawang Holland,Maggi seasoning,brown sugar dan daun bay. masak je atas kuali macam biasa.


Ok selamat mencuba!
Menarik: Llebih 18K Share, Ini Cara Buat Sotong Celup Tepung Rangup Luar Lembut Dalamnya
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sup Rebusan Tulang Ayam Istimewa. Bagus Untuk Si Kecil Demam, Tiada Selera Makan

Rasanya ramai yang dah tahu tentang kebaikan bone broth yang berkhasiat & boleh tingkatkan sistem imun anak.
Ramai yang kata bagi suplemen je lagi mudah tapi jika ibu ada masa apa salahnya buat sendiri resipi Sup Rebusan Tulang Ayam Istimewa (aka Special Chicken Bone Broth) ini untuk anak seperti yang dikongsikan oleh Puan Yatie Eimra.

Dulu hampir setiap 2 minggu saya akan buatkan stok bone broth (frozen) untuk Fydh – sejak dari bayi (lepas pass ayam) sampailah umur 3 tahun.
Mulanya saya buat bone broth sebab dak Fydh ni susah sangat makan. Lama² baru perasan dia dah jarang demam. Fydh ada masalah Congenital Hypothyroidism sejak lahir, kelenjar thyroid dia tak boleh nak hasilkan hormon thyroid yang cukup. Antibodi dia lemah & memang mudah sangat sakit. Sejak buatkan bone broth, mula nampak perubahan. Kalau awal² dulu setiap bulan mesti kena demam, kadang² sampai 2-3 kali dalam sebulan.. Tapi sejak tambahkan bone broth dalam masakan, kena demam pun, tak lama sangat.
Masa tu, biasanya saya buat bone broth 2 in 1 (plain & perisa sup). Kelebihan buat bone broth plain ni, boleh ditambah dalam hampir dalam semua jenis masakan anak & juga dalam hidangan pencuci mulut (jenis savoury, dll). Tapi sekarang ni saya dah jarang sangat buat bone broth sebab Fydh dah tak nak makan, boring agaknya.. Ekeke.. ?
Baru² ni, saya buat bone broth sebab kami seisi keluarga demam & batuk/selesema. 2 minggu lepas, encik suami batuk & demam. Baru jer kebah, Rabu & Khamis demam panas berulang & disertai sakit² sendi. Mulanya doc suspect denggi tapi result darah, -ve.
Petang Jumaat, saya sendiri & Fydh lak dah start demam & batuk².. Pagi Sabtu, dalam keadaan demam & badan menggigil², saya terpaksa gagahkan diri jugak buat bone broth (mujurlah badan masih larat lagi sebab amalkan doa Sayyidatina Fatimah?). Sebabkan kali ni saya buat bone broth untuk terus dimakan, saya tambahkan pelbagai herba & bahan² untuk upkan imun.
Alhamdulillah, malam tu jugak demam saya beransur kebah. Bila badan sendiri dah larat sikit ni, mudahlah sikit nak uruskan anak/suami yang sakit & sediakan menu² upkan imun.. Sempat 2 kali gak la buatkan bone broth ni, buatkan air lemon & madu, nabees kismis, menu sayur² & hidangan² untuk immune booster. Semalam Fydh & encik suami dah kebah demam, batuk pun dah makin kurang.. ?
Resipi Sup Rebusan Tulang Ayam Istimewa

Bahan² (A):
Tulang untuk seekor ayam (lebihkan tulang sendi/kepak/kaki jika suka)
Isi ayam (saya hanya gunakan ½ ekor)
4 cawan air (1 L)
1 sudu besar cuka apple*/jus lemon
1 helai daun salam
3 biji kurma/kurma cina
21 biji kismis
1 batang serai – diketuk
Sedikit halia – diketuk
Kunyit hidup – diketuk
3 ulas bawang putih – diketuk
1 biji bawang besar – dipotong
1 bungkus sup bunjut
½ sudu kecil biji sawi
Sedikit daun kucai (optional)

Bahan² Tambahan (B):
Sayur²an pilihan (brokoli, tomato, etc)
Garam bukit
Hirisan lemon
Cara²:
1. Masukkan semua bahan (A), tutup tudung periuk & renih selama 1jam – 1½ jam dengan api perlahan.
2. Setelah sejam, masukkan sayur² pilihan & perasakan dengan garam. Renihkan seketika hingga sayur lembut sedikit.

3. Sebelum hidang, perahkan sikit jus lemon. Sedia dinikmati.
?Sebaik²nya gunakan tulang/ kaki/ ayam organik atau ayam tanpa suntikan antibiotik. Kandungan kimianya boleh mengganggu sistem badan & melambatkan proses penyembuhan.
?Kalau nak guna isi untuk ½ ekor ayam, lagi mudah debone isi ayam siap² (bahagian dada). Isi bahagian dada tu boleh digunakan untuk masakan lain.
?Potong kecil tulang² halus & kelarkan/tetak sikit bahagian tulang besar untuk mempercepatkan air dari sum² tulang melarut ke dalam sup (sebab kita hanya renihkan sekejap jer berbanding cara biasa sehingga 4 jam).
?Gunakan periuk tanah/ seramik/ kaca ataupun stainless steel sahaja untuk elak weak acid bertindak balas
?Periuk tanah lambat panas & sup lebih lama untuk mendidih. Jika gunakan periuk tanah, boleh tunggu sup mendidih dahulu (api sederhana jer) sebelum perlahankan api & tutup tudung periuk.

?Cuka/lemon tu berfungsi untuk larutkan zat & kolagen dari tulang. Gunakan 1 sudu besar cuka/ lemon untuk setiap 4 cawan air. Kalau korang tak letak weak asid (cuka/ lemon/ asam jawa/ dll) ni, korang hanya buat sup biasa jer, bukannye bone broth.. Bone broth ni lebih berkhasiat sebab zat² dari tulang dah melarut dalam sup.. Isi ayam pun jadi lembut je..
?Saya lebih suka gunakan cuka epal sebab ia berfungsi mencairkan mukus/kahak gak. Jus lemon diperah last sekali (sebelum hidang) untuk kekalkan kandungan vit C yang diperlukan badan untuk cepat sembuh.
?Bone broth tak semestinya bergel bila dibekukan. Memang tak dinafikan bone broth yang bergel lebih bagus sebab banyak kolagen larut jadi gelatin & kandungan air tak terlalu banyak. Tapi bone broth yang tak bergel pun tetap berkhasiat. Jika bone broth direnih tak cukup lama ataupun kandungan air terlalu banyak serta kurang guna tulang sendi/kaki/sayap, ia tetap tak bergel atau jadi separa gel je. So JANGAN PERCAYA kalau orang cakap BONE BROTH TAK BERGEL TU TAK JADI.. ?
?Buat bone broth tak perlu tambah minyak zaitun
?Anak yang ada masalah eczema, bone broth tak boleh renih lebih dari 2 jam sebab lebih lama direnih, lebih tinggi kandungan histamin (kalau buat stok frozen pun, tak boleh makan cbb frozen yang dah lebih dari 3 minggu, sebaik²nya habiskan dalam masa 2 minggu).
?Biji sawi & daun kucai mengandungi bahan untuk meningkatkan selera makan.
?Serai & kunyit hidup antara makanan untuk upkan imun serta kurangkan radang (inflammation)
?Kurma/ kurma cina selain up imun turut bantu tambah tenaga lebih² lagi bagi yang ada masalah kurang darah/ anemia
?Kismis sangat elok untuk demam?

?Lebihan sup bone broth ni boleh ditapis (dari tulang² kecil & hancur) & boleh gak digunakan untuk masak nasi ayam bone broth ?
Sumber: Yatie Eimra
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baked Chicken Meatballs Dengan Bayam & Pasta Sos Tomato, Anak Kenyang, Khasiat Pun Dapat!

Selera anak kita berbeza-beza. Ada anak yang suka makan nasi dan ada juga yang lebih gemar makan aneka mi atau makanan barat seperti pasta dan sebagainya. Begitu juga dengan roti. Elakkan anak makan makanan yang sama sahaja bagi mengelakkan mereka merasa cepat bosan. Inilah penyebab mengapa makan ikut mood dan sesekali memilih jenis makanan tertentu. Alasannya mula bosan dengan makanan yang sama.
Sesekali cuba variasikan menu, rupa dan rasa pada anak. Barulah anak makin seronok untuk mencuba semua jenis makanan. Biar dia merasa semua makanan. Barulah anak enjoy. Resipi Baked Meetball dengan bayam ini boleh juga dicuba oleh mama. Malah gabungkan pula bersama pasta dan sos tomato yang buat anak makin sihat. Jom ikuti perkongsian resipi oleh Puan Farah Ain A Darwish ini.

Baked meatballs
300-400g isi ayam
1 biji telur
Beberapa helai bayam (or sayur pilihan)
1 keping roti wholemeal / 1/2 cawan breadcrumbs
2 sdb minyak masak

Cara-cara:
Preheat oven; 160deg C. Blend kesemua bahan. (tambah kan air sedikit demi sedikit kalau blender tak boleh pusing).
Bentukkan bulat menggunakan sudu atau tangan (saya guna sudu. Bentuk tak bulat sangat)
Susun atas baking paper atau foil atas loyang. Kalau tak guna baking paper, sapukan minyak atau sedikit butter supaya tak melekat. bakar sehingga garing. (15-18minutes).

*Untuk bekukan, bakar dalam 8 minit, sejuk kan dan simpan dalam freezer.
*resepi meatballs ni boleh goreng jugak. Steam dulu dalam 5-8minit. Agak-agak dah masak sikit and dah firm, boleh goreng dalam kuali.
*boleh jugak guna resepi ni untuk buat nugget. Bahan kisar tu di steam dalam loyang, potong mengikut bentuk pilihan, salut dengan tepung jagung atau telur & serbuk roti dan goreng / beku kan.
Resepi tomato sauce untuk pasta
Homemade tomato paste
Bawang putih dan bayam
Chicken feet stock
Mixed herbs

Cara-cara:
Tumiskan bawang putih dan tambahkan tomato paste dan cfs.
Tambahkan sedikit air dan masukkan bayam yang dihiris. Renehkan sampai pekat.
Selamat mencuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buatkan Sup Singo Pear Pengganti Ubat Batuk & Demam Untuk Anak Bawah 2 Tahun, Resepinya Sangat Mudah & Sedap!

Dengan cuaca tak menentu sekarang ni, batuk selsema dan demam selalu terjadi terutama pada bayi dan kanak-kanak.

Semua sedia maklum, kanak kanak bawah 2 tahun tidak boleh diberi ubat batuk kecuali atas saranan doktor. Jadi, mak mak boleh cuba buat resepi ni.
Ibu ini turut kongsikan sedikit antara khasiat singo pear:
Baca Juga:
Di Mana Mereka Sekarang? Kanak-Kanak Hilang Masih Belum Di Temui Sehingga Kini
Puding Dadih Susu & Buah Naga, Resepi Simple Untuk Bayi Yang Dalam Fasa ‘Teething’
Resepi Rendang Ayam & Kuah Kacang Versi Bayi, Memang Sedap! Baby Pun Boleh Makan Makanan Raya
1) Antara buah yang mudah didapati di pasaraya besar seperti Aeon, Jusco, Lotus, Giant dan sebagainya
2) Mempunyai kandungan vitamin C, k dan copper yang bagus untuk sistem pertahanan badan anak
3) Kaya dengan serat ( membantu mengtasi sembelit)
4) Mempunyai risiko alergi yang minima. Mami boleh perkenalkan pada bayi seawal 6 bulan
Sup Ayam Singo Pear

Bahan bahan:
- Singo Pear
- Bawang merah
- Bawang putih
- Kayu manis
- Bunga cengkih
- Brokoli
- Air
- Minyak masak
- Isi ayam/kaki ayam
- Serbuk ayam
- Serbuk bilis
*Boleh juga nak add on sayuran lain seperti carrot/tomato
Cara penyediaan:
Tumis bebawang dan rempah sehingga garing dan wangi. Masukkan ayam dan singo pear yang dipotong kecil. Masukkan serbuk ayam & serbuk bilis. Letak air dan reneh sampai masak. Letak daun sup/sayur hijau kalau ada. Boleh hidang bersama nasi, mee atau pasta mengikut selera anak.
Kredit: Saleha Mahful
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


