Sejak anak masih kecil, harus diterapkan dengan nilai murni seperti mementingkan kebersihan dan sebagainya. Sangat pentig untuk memberi ruang privasi kepada anak-anak (bilik mereka sendiri) dan mengajar mereka untuk menjaganya.
Ibu anak 4 yang juga seorang blogger, Irine Nadia berkongsi beberapa tip bagaimana dia sebagai ibu memastikan kebersihan bilik anak-anaknya.
Petang ni, duduk santai-santai dalam bilik anak sambil kemas-kemas. Ibu kalau anak pergi sekolah, time tu la ibu pulun business, time tu la ibu pulun nak kemas rumah.
Ibu suka tinjau bilik anak. Kadang anak pergi sekolah tak sempat dia nak kemas bilik cuma sempat rapikan selimut je.
Jadi tugas ibu lah nak bagi bilik depa kemas & paling penting bila anak-anak balik, diorang sendiri excited nak menuju ke bilik tidur.
Artikel Menarik: [Anak Banyak Buat Perangai, Kadang-Kadang Buat Hilang Sabar. Tanda Dia Dah Besar!]
Tips yang ibu sendiri apply untuk bagi anak tertarik untuk tido dalam bilik sendiri & jadikan bilik tidur diorang as “privacy” ,
🌿make sure bilik dalam keadaan wangi. Elakkan dari ampai towel-towel basah dalam bilik sampai boleh naik bau-bau kepam tak selesa untuk anak.
🌿Baju-baju kotor angkat, jangan bersepah tak tentu hala. Senang kata, jangan “longgok”. Sakit mata tengok.
🌿Sampah-sampah sila lah buang. Tunjuk contoh yang baik depan anak, nanti lama-lama anak tu sendiri akan follow apa parents buat. Dekat sinilah bermulanya sifat jaga kebersihan.
🌿Tukar cadar. Cuci cadar.
🌿Always remind anak, jaga bilik elok-elok. Awak tu pompuannn😂Kena senonoh sikit.hehe.Create awareness dari kecik. Sebenarnya anak lelaki pun kena didik jugak, cuma anak lelaki ni diorang ada sifat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Lelaki ni kena remind banyak kali baru dia dengar.
Bila wangi, automatic anak nak tidur pun selesa sampaikan esok tu tak nak bangun pi sekolah!🤣
Personally bilik tidur budak-budak ni tak besar pun takpe. Janji berkemas. Dan yes bilik bersepah tu standard la. Nama pun budak-budak tapi janganlah sampai bersepah.
Artikel Menarik: [Nampak Lasak, Tapi Jiwa Anak Ni Lembut. Janganlah Kata Nak Ambil Mak Dia!]
P/s : Harini tukar tema bilik. Tukar tema
My Little Pony. Tu pun balik nanti mesti masing-masing terperanjat Kak Nina & Hasya. Silap-silap hero sorang tu pun, Umar dia lagi over terperanjat walaupun dia tau ni bilik gegirl😆
Love,
Ibu anak 4❤️
Diharapkan dengan perkongsian dari Irine ini dapat memberi inspirasi kepada para ibu yang masih merancang untuk mengadakan bilik untuk anak-anak. Jika sudah terbiasa dari kecil, sampai besar pun mereka akan tahu cara menjaga kebersihan bilik.