Bingka Pandan Lemak Manis. Wangi Daun Pandan Menambahkan Kesedapannya

Share

Kuih tradisi kebanyakannya ramai yang masih suka. Bagi anda yang teringin nak makan kuih bingka pandan atau kuih bakar, boleh buat sendiri. Tak susah pun untuk sediakan kerana semua bahan asasnya pun senang nak dapat.

Mungkin kalau beli tak semestinya menepati citarasa. Kalau jumpa yang cukup lemak manisnya, lembut, wangi bau daun pandan, memang puas hati. Namun, agak susah nak jumpa yang betul-betul sedap.

Jadi untuk memudahkan anda, cuba resipi Zura Zul ini yang ringkas dan hasilnya buat anda seisi keluarga puas hati makan.

RESIPI MENARIK [Modal Bawah RM10 Dapat 40 Biji Dumpling. Buat Sup Pun Sedap, Nak Goreng Pun Boleh!]

Bingka paling peberet.. Bingka Pandan.. Harum bau pandan.. menambahkan lagi rasa kesedapannya.

BINGKA PANDAN

Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum
2 cawan santan
1 cawan air pandan – blend 5 helai daun pandan + 1 cawan air – tapiskan
3/4 cawan gula – nak manis lagi tambah
1 sudu besar minyak masak
1 sudu besar marjerin
3 biji telur
Secubit garam
Pewarna hijau
Bijan

LAGI RESIPI MENARIK [Biskut Red Pearl Coklat Chip! Gaul & Bakar, Tak Perlu Tunggu Raya Boleh Makan]

Cara-cara:

👉🏻Bahan-bahan di atas kecuali bijan campur semua.. blender sebati
👉🏻Sapu minyak.. panaskan loyang muffin 10 minit.. keluarkan tuang adunan sampai penuh.. Tabur bijan
👉🏻Suhu 200’C bakar selama 40 minit oven akak atau ikut oven masing-masing.

Kredit Resipi: Zura Zul via BIKMM

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy