Terasa nak makan biskut, tak perlu tunggu hari raya dah sekarang. Asal rajin, semua boleh buat. Lagi-lagi ibu suri rumah, bila ada anak yang asyik nak mengunyah kadang buntu juga nak buat apa lagit.

Kali ni boleh cuba buat biskut viral iaitu Red Pearl Cookies yang menggunakan cornflakes dan coklat chip. Pasti anak-anak suka sangat. Rasa manis coklat chip, dan kenyal-kenyal ceri tu yang sedap.

Biskut Red Pearl Coklat Chip! Gaul & Bakar, Tak Perlu Tunggu Raya Boleh Makan

Paling mudah nak buat biskut ni sebab semuanya gaul-gaul je. Tak perlu nak guna mixer pun. Bolehlah panggil anak-anak buat sama-sama untuk cipta momen yang best dengan mereka.

ARTIKEL RESIPI MUDAH [Nasi Ayam Thai Viral. Aroma Bau Nasinya Bangkitkan Selera, Cara Buat Pun Mudah!]

Resipi yang dikongsikan oleh Nor Azliza Mohamed ini boleh mama cuba buat. Sekali makan anak minta lagi nak buat.

Biskut Red Pearl Coklat Chip! Gaul & Bakar, Tak Perlu Tunggu Raya Boleh Makan❤ RED PEARL COOKIES ❤

IKLAN

Bahan-bahan:

250gram butter
190g gula castor
1 bj kuning telur
1 sk esen vanilla
250g tpg gandum } ayak
150g cornflakes } ramas2 sedikit
100g almond nibs } sangai skjp
100g choc chips
Ceri merah secukupnya!

Biskut Red Pearl Coklat Chip! Gaul & Bakar, Tak Perlu Tunggu Raya Boleh Makan

Cara-caranya:

– Mix butter + gula guna senduk. Bila sebati, masukkan kuning telur + esen vanilla, kacau lagi.

IKLAN

– Masuk tepung yang diayak tadi, gaul sebati..Masukkan cornflakes, almond nibs + choc chips.

– Gaul-gaul sebati saja semua bahan, texture agak lembik. Perap sekejap dalam fridge (saya perap 30 minit sahaja).

Biskut Red Pearl Coklat Chip! Gaul & Bakar, Tak Perlu Tunggu Raya Boleh Makan

– Alas baking paper dalam loyang. Ambik sedikit doh ikut size yg disukai & susun atas loyang td. Letak hirisan ceri atas doh..

IKLAN

RESIPI MENARIK [Apam Milo 4 Bahan. Tersangat Mudah, Terlajak Gebu!]

– Bakar 170°c 20- 25 minit @ sehingga masak. (saya tambahkan sedikit masa untuk lebih ranggup)

Biskut Red Pearl Coklat Chip! Gaul & Bakar, Tak Perlu Tunggu Raya Boleh Makan

Selamat mencuba dan Happy baking lovelies!

Kredit: Nor Azliza Mohamed

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI