
Dadih susu mungkin sudah biasa. Namun dadih susu dengan topping mangga dan suncquick ini memang lain dari yang lain. Sedapnya lain macam.
Macam mana nak buat? Jom ikuti perkongsian resipi dari Pn Yang Ku Rodzmah. Senang!
Hari tu ada orang share resepi dadih susu. So saya dah cuba tapi atas tu saya letak toping mangga dan sunquick mangga. Sedap makan sejuk-sejuk. Rasa ala-ala puding manggo KFC.
Bahan-bahan:
1 liter air
Agar-agar 20g dibahagi 3 (letak 1 bahagian je)
Gula
Garam
Mangga -didadu
Sunquick perisa mangga
Masak sampai agar-agar hancur.
Dah hancur agar-agar barulah letak susu full cream 1 liter. Tunggu dia meruap padamkan api.
Tak perlu sampai gelegak nanti susu tu tak cantik.
Isi dalam bekas dan bekukan lepas tu boleh lah letak topiing atas tu.
Topping tu saya just campurkan je mangga yang dipotong dadu dan sunquick perisa mangga. Takde masak-masak pun.
Menarik: Nasi Penuh Tak Cukup Minta Lagi, Anak Berselera Makan, Ayda Jebat Risau Anak Overload!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Creamy Tomyam Pasta, Rasa Sangat Kick Dan Sangat Sedap!

Bosan juga asyik berbuka makan nasi saja kan? Jom cuba Resipi Creamy Tomyam Spaghetti perkongsian resepi dari Khairul Aming ini pula.

Jarang dibuat orang tapi rasa memang sedap dan tak muak, memang lain dari lain. Rasa creamy dan kick dari tomyam tu memang beri rasa yang extra. Bolehlah cuba masak ini nanti ya. Selamat mencuba!
Bahan-bahan:
– Spaghetti
– 1 biji bwg merah
– 5 ulas bawang putih
– udang
– 1 sudu pes tomyam
– 1/2 cawan fresh milk
– 1/2 cawan cooking cream
– 3 helai daun limau purut
– 2 biji cili padi
– sedikit kiub pati ayam
– 1/2 sudu kecil gula
– Chilli flakes
– Tomato
Cara penyediaan:
- Didihkan air, letakkan sedikit garam dan rebus spaghetti macam biasa. Bila dah lembut, angkat dan toskan. Ketepikan dahulu.
- Panaskan minyak dalam kuali, tumis 1 bawang merah, 5 ulas bawang putih dan masukkan udang Tumis sehingga kekuningan.
- Kemudian masukkan 1 sudu pes tomyam, 1/2 cawan cooking cream, 1/2 cawan fresh milk, diikuti dengan daun limau purut, 2 biji cili padi yang dipotong dan sedikit kiub pati ayam.
- Masukkan sedikit gula untuk seimbangkan rasa.
- Kemudian masukkan spaghetti dan kacau sebati. Akhir sekali masukkan chilik flakes dan tomato kecil yang dibelah dua dan siap untuk dihidang.
Rasa yang lengkap, creamy dari susu dan cooking cream, masin dan masam dari pes tomyam, lengkap! Pesanan dari Khairul Aming: jangan ubah apa apa, tiru sebiji macam resepi ni.
Kredit: Khairul Aming
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Kuih Cornflakes Lebih Rangup & Tak Melekit. Makan Pun Laju Je!

Sudah hampir dua minggu kita berpuasa. Kebanyakan para ibu berpusu-pusu mencari resipi kuih raya yang boleh dibuat. Kalau boleh biarlah yang tidak menggunakan terlalu banyak bahan dan mudah untuk dibuat. Antara kuih raya yang menjadi kegemaran ramai ketika Aidilfitri adalah cornflakes madu.
Resipi Lain: [Mudahnya Masak Kek Sarang Semut Guna Periuk Nasi. Blender & Tekan Button Saja, Awesome!]
Nina Diana berkongsi resipikuih raya ini tetapi versinya berbeza sedikit dari yang biasa kita buat. Caranya mudah dan ibu boleh ajak anak-anak untuk membuatnya bersama.
Ikuti perkongsian resipi ini.
Honey Butter Cornflakes 🐝
Lain sikit dari cornflakes madu yg biasa tu.
Anak2 lebih suka yang ini.
Tak melekit, lebih rangup dan tak muak.
Bahan2:
250g butter (saya pakai buttercup je)
3 sb madu
1 biji kuning telur
3 sb susu pekat manis
1 cawan gula halus
500g cornflakes
Resipi Lain: [Resipi Bingka Ubi, Lemak & Berkrim. Kalau Buat, Enjoy Makan Satu Family!]
Cara Membuat:
1. Pukul gula dan mentega sehingga kembang. Masukkan telur, susu dan madu. Pukul lagi.
2. Gaulkan bersama 500gm cornflakes.
3. Gaul sebati. Gunakan bekas yang besar sebab adunan banyak.
4. Masukkan ke dalam cup. Tabur hiasan warna-warni. Bakar pada suhu 180 darjah selsius selama 15 minit atau sehingga garing.
INI HASILNYA SELEPAS DIBAKAR!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Menu Sup Untuk Bayi & Kanak-Kanak Kurang Sihat. Pembuka Selera Anak Makan

Biasanya bila demam dan tak sihat, kebanyakan anak-anak tiada selera nak makan. Kadang bila dipaksa pun tetap tak membantu. Jika terus berlarutan dengan suhu anak lebih 37 darjah celcius maknanya anak kena dapat rehat cukup.
Antara tanda anak tak sihat seperti sakit tekak, hidung berair, selesema, pening kepala dan badan panas. Sebagai ibu pastinya tak sampai hati membiarkan tubuh anak panas berpanjangan. Apa kata cuba buat menu sup istimewa untuk bantu tambah tenaga dalam keadaan anak tak lalu makan.
Perkongsian resepi dari Puan Sha Za Nasir ini cukup mudah dan pastinya membantu anak untuk kembali sihat dengan cepat.
5 Menu Sup Untuk Bayi & Kanak-Kanak Yang Kurang Sihat
Mommy add Chicken Bone Broth untuk boost semula imune dia, tambah extra garlic dlm sup, & bahan-bahan lain yang bagus untuk eliminate kahak. Sesuai untuk baby yang tak sihat, demam selsema & batuk.
Antara bahan-bahan lain yang mommy guna Singo Pear, Goji Berry, Garlic, Cauliflower, Celery & Sayuran Hijau.
Protein seperti ayam & udang yg saya gunakan boleh diganti dengan protein kegemaran anak-anak seperti ikan atau daging, telur pon boleh.
1) Goji Berry White Healing Soup
1) Tumis bawang putih & merah ( mommy use garlic & onion paste @kaka_tanggo ) , rempah 3-4 sekawan dengan coconut cooking oil.
2) masukkan potongan ayam, goreng bersama-sama 3-5 minit.
3) masukkan air dan cbb @bytqahnasir
4) biarkan mendidih
5) masukkan goji berry, cauliflower, reneh seketika.
6) masukkan potongan singo pear.
7) reneh sehingga semua bahan masak.
8) optional: boleh masukkan a pinch of himalayan salt (prefered 2 years and above)
9) siap sedia dihidang.
Note: Cauliflower, Garlic & Singo Pear antara food yang boleh eliminate mucus.
2) Shrimp Pink Tom Yum
1) tumis garlic paste, onion paste, ginger paste @kaka_tanggo (kalau takde pakai yang biasa je), serai, daun limau purut dgn coconut cooking oil.
2) masukkan cbb @bytqahnasir & Air.
3) Masukkan beetroot yang dipotong dadu.
4) masukkan celery, reneh sehingga mendidih.
5) masukkan shrimp, follow by cauliflower.
6) masukkan tomato.
7) reneh sehingga semua bahan masak
8) off flame.
Nota: Chicken Bone Broth helps to boost imune baby, Celery, Garlic, Cauliflower helps to eliminate mucus.
3) Shrimp & Vegetable Soup
1) Tumis bawang putih & merah ( mommy use garlic & onion paste @kaka_tanggo ) dengan coconut cooking oil.
2) masukkan air dan cbb @bytqahnasir
3)biarkan mendidih
4) masukkan udang.
5) masukkan cauliflower & batang sawi, reneh seketika.
6) masukkan sayur sawi & potongan tomato
7) reneh sehingga semua bahan masak.
8) optional: boleh masukkan a pinch of himalayan salt (prefered 2 years and above)
9) siap sedia dihidang.
Note: Cauliflower, Garlic & Sayuran Hijau antara food yang boleh eliminate mucus.
4) CHICKEN & BEETS SOUP
1) Tumis bawang putih & merah ( mommy use garlic & onion paste @kaka_tanggo ) , rempah 3-4 sekawan dengan coconut cooking oil.
2) masukkan air dan cbb @bytqahnasir
3) masukkan beetroots.
4) biarkan mendidih
5) masukkan ayam & reneh seketika
6) masak sehingga beetroots empuk & ayam hampir masak
7) masukkan tomato& reneh sehingga semua bahan masak.
8) optional: boleh masukkan a pinch of himalayan salt (prefered 2 years and above)
9) siap sedia dihidang.
Note: CBB antara superfood yang boleh boost imune. Add extra garlic untuk eliminate mucus.
5) GREEN ANTIBIOTIC SOUP
Bahan-bahan:
buah pelaga
bunga cengkih
bawang putih
bawang besar
lada hitam
Air
CBB @bytqahnasir
Sayur hijau – sawi
Isi Ayam
Cara-cara memasak:
1. Tumiskan bawang putih, bawang merah (mommy pakai paste @kaka_tanggo )dan semua rempah dengan olive oil.
2. Apabila sudah naik bau, masukkan cbb & air.
3. Masukkan isi ayam, celery dan biarkan mendidih.
4. masukkan batang sayur sawi.
5. Masukkan daun sayur sawi.
6. Off flame bila semua bahan fully cooked
Nota:
Mommy lebihkan bawang putih.
Bawang putih, celery , & sayuran hijau boleh bantu kurangkan mucus.
CBB untuk boost imune baby.
Sumber: Sha Za Nasir
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI