Bila anak dah masuk usia 8 bulan ke atas, si kecil dah mula pandai makan makanan jejari. Mama boleh sediakan pelbagai makanan jejari yang menarik antaranya kek. Siapa cakap kek hanya untuk orang dewasa?
Bayi pun boleh makan kek asalkan bahan yang digunakan selamat untuk bayi. Selamat mencuba!
Burnt cheesecake with carrot and dates for my 9 months baby. Excited sebab selalu buat cake tak pernah nak jadi. Tiba-tiba kali ni jadi pula.
Ads
Resepi:
1 sb unbleached flour
4 biji kurma dilenyek
Grated carrot 4 sb
Telur sebiji
Cream cheese 100g
Full cream milk 50ml
Cara penyediaan:
Blend semua dan bakar pada suhu 200°c api atas bawah selama 30 minit, dan 10 minit api atas saja. Siap
Sebut sahaja brownies terbayang kesedapan rasanya ditambah pula dengan kedutan cantik di atasnya. Brownies Bite Mini ini lain dari biasa kerana saiz comelnya yang menyenangkan anak makan.
Resipi mudah perkongsian Azura Zuera ini memang senang. Paling menarik siap tip untuk nampak berkedut cantik. Jom cuba!
Saja try buat, biasa orang guna loyang, kita buat mini bite bagi anak-anak makan. Buat tak banyak pun, satu adunan je. Alhamdulillah anak-anak suka, kecik senang makan.
Bahan-bahan:
Minyak 50g
Coklat beryls 200g
Butter 50g
Gula perang 100g
Tepung 100g
Telur 2 bj
Serbuk coco 30g
Serbuk penaik 1g
** Sy tak letak essen vanilla, kalau nak letak pon boleh 1sk **
Kacau gula & telur sampai gula larut (kena larut baru jadi kedut).
Double boil coklat, minyak & butter sampai sebati. Campur bahan di atas kacau lagi sampai sebati.
Kemudian masukkan tepung, serbuk coco & serbuk penaik yang dah di ayak ke dalam bahan di atas.
Kacau lagi hingga likat dan sebati
Bakar 15 ke 20 minit, suhu 150°c ikut oven masing-masing.
Resipi puding laici yang mudah dan sedap, pasti jadi kesukaan anak-anak. Sajian puding memang sedap dimakan sejuk-sejuk. Rasanya yang manis tentu mengundang selera anak-anak untuk menikmatinya.
Bagi yang ibu-ibu yang masih tercari-cari manisan untuk anak-anak, boleh cuba resipi puding laici seperti yang dikongsikan oleh Aida Sarina ini. Resipi tersebut dipelajari daripada ibunya dan digemari oleh rakan dan ahli keluarga.
Turut dikongsikan beberapa tip berguna agar ‘penampilan’ puding bukan saja sedap tapi halus mulus.
Resipi Puding Laici Yang Mudah & Sedap
Bahan A
1 tin susu cair
1 cawan air laici
2 sudu makan tepung kastard
1 sudu kecil esen vanilla
2 biji kuning telur
Bahan B
25g agar-agar tali
10 cawan air
250g gula pasir
1 sudu kecil garam
1 ketul kecil gula batu
3 helai daun pandan – carik dan ikat simpul.
Ini cawan yang digunakan untuk menyukat.
Pasti Jadi Kesukaan Anak-anak
Cara membuat:
1. Campur semua bahan A, sebatikan dan ketepikan
2. Didih semua bahan B atas api sehingga semua larut.
3. Bila bahan B sudah larut, kecilkan api, masukkan bahan A ke dalam bahan B, kacau sebati dalam 4-5 minit sahaja. Jangan biar sampai mendidih nanti berketul, kemudian tutup api.
4. Kemudian, boleh tapis dan masukkan dalam bekas pilihan. Sama ada nak buat dalam loyang besar terus atau bekas kecil kecil.
5. Selepas itu boleh carik carikkan laici dan masukkan dalam puding. Kalau nak buat surprise laici tenggelam, boleh terus bubuh laici masa puding masih cair.
Kalau nak biar nampak laici kat atas permukaan sikit, boleh bubuh laici masa dah sedikit mengeras. Bila tak panas sangat, boleh masukkan dalam peti ais. Makan sejuk-sejuk baru sedap.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Bila anak makan nasi, secara automatik mama akan merasa lega. Bila anak kenyang perut barulah anak senang nak tidur dan dapat khasiatnya. Begitu tanggapan semua. Namun hakikatnya, karbohidrat boleh digantikan dengan roti serta aneka mi dan pasta. Begitu juga dengan kentang yang mempunyai khasiat tinggi.
Jadi usah paksa bila anak tidak mahu makan nasi sebaliknya cuba berkreatif dengan menyorokkan nasi di dalam makanan lain. Salah satu menu yang boleh diusahakan adalah meletakkan nasi di dalam lempeng, seperti yang dikongsikan oleh Resipi Rarra Sakura ni. Nampak sedap!
Al kisahnya si Lempeng Nasi untuk si manja. Dah dekat seminggu anak reject nasi. Makan tapi dia main luah, tenyeh-tenyeh pulak.
Ye faham tu bagus untuk proses perkembangan psikomotor dia. Mommy tak marah tapi stress jugak. Mommy tetap kata nasi tu lagi kenyang.. so kita main sorok-sorok nasi. Nak try buat lempeng nasi pulak.
2 cawan nasi
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan ikan bilis
2 cawan air
Semua ni blend sampai hancur.
Letak sikit air, ikut sukatan dua cawan.
Dah hancur dan sebati.
Ratakan kuali non stick dengan sedikit minyak. Ambil sesenduk adunan ratakan buat macam lempeng. Bagi garing sikit takpe. Siap!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Punya gaya yang tersendiri, lantang bersuara dengan isi yang bernas, dan penuh semangat bila bercakap tentang seni itulah Mimi Fly.Di sebalik personalitinya yang nampak...