Anak perempuan Elisya Sandha yang juga merupakan cucu pertama Sheila Rusly, Bunga Elhaq sering mendapat perhatian warganet dek kerana kecomelannya. Setiap video Bunga yang dikongsikan oleh Elisya mahupun Sheila selalu mendapat tanda suka dan komen positif yang memuji si kecil itu.
Sumber foto: Instagram Bunga Elhaq
Meninjau entry terbaru Sheila Ruslydi akaun Instagram, dia telah memuatnaik sebuah video yang menunjukkan cucunya itu sedang mengantuk dan mahu tidur. Bunga yang ketika itu dilihat sedang didodoi oleh Sheila sedikit merengek kerana mungkin merasa kurang selesa.
Tertera pada video yang tersebut tertulis “Sssshhhh Bunga nak sleep..” dan yang menarik perhatian adalah melihat gelagat Bunga yang ‘bercakap’ sendiri seolah-olah memujuk dirinya untuk tidur.
Setelah beberapa ketika, Bunga akhirnya terlelap. Nampak begitu lena sampai mulut pun terganga! Memang comel bila tengok Bunga memujuk dirinya sendiri untuk tidur.
Ads
Adalah normal untuk bayi seperti usia Bunga akan ‘bersembang’ sendiri bila mahu tidur. Ketika ini mereka dalam proses untuk menenangkan diri dan mencari keselesaan untuk tidur.
Pupuk Nilai Positif Ketika Tidur
Tahukah mama papa, sagat bagus untuk bercakap dengan anak apabila mereka sedang tidur. Perbuatan ini dipanggil sebagai affirmative sleep talking. Ia adalah perbuatan di mana anda membisikkan kata-kata positif kepada anak anda pada saat melelapkan mata.
Bisikan kata-kata positif yang diberikan kepada anak adalah umpama terapi ketika tidur yang sesuai diaplikasikan kepada anak dari usia bayi sehingga mereka 12 tahun. Ia dipercayai dapat membentuk keyakinan diri pada anak dan membantu mereka membesar sebagai individu yang lebih berdikari.
Sepasang suami isteri dari Sabah terpaksa hidup dalam keadaan daif bersama sembilan orang anaknya di sebuah pondok usang tanpa dinding sejak 18 tahun lalu.
Tular di laman media sosial baru-baru ini malah orang ramai terkejut melihat keadaan pasangan ini bersama anak-anaknya yang hidup serba daif.
Kesusahan yang dialami oleh pasangan yang dikenali sebagai Aidil dan Vernnah didedahkan oleh aktivis kebajikan, Adrian Edy yang menziarahi mereka pada 31 Oktober lalu.
Menurut Adrian di laman Instagramnya, tambah menyedihkan pondok yang dihuni 11 isi sekeluarga itu tidak mempunyai bekalan elektrik serta air di mana mereka akan pergi ke sungai berhampiran rumah untuk membersihkan badan.
Pendapatan bulanan pasangan ini tidak menentu memandangkan Aidil bekerja sendiri dengan membantu membersihkan kebun penduduk setempat.
“Sudah 18 tahun mereka tinggal di situ, sejak kak Vernnah kahwin dan melahirkan anak pertama mereka, mereka sudah pun tinggal di situ, rumah mereka tiada elektrik, tiada bekalan air, ibarat sebuah pondok kecil sahaja.
“Mereka mandi di sungai berdekatan rumah, suami kak Vernnah, abang Aidil kerja sendiri bantu bantu bersihkan kebun orang, itupun tidak tentu juga, kalau ada orang panggil kerja, adalah pendapatan untuk beli makanan.” katanya berkongsi.
Aktivis kebajikan ini juga turut membantu dengan membelikan lampu solar, kipas solar,tilam dan bantal serta bekalan makanan buat mereka.
“Syukur kita bantu pasangkan lampu solar, kipas solar, berikan tilam, bantal dan beri bekalan makanan buat mereka, kalau mereka mahu keluar ke kedai beli barang makanan memang jauh.
“Rasa sedih sangat bila nampak rumah mereka kosong sahaja, hanya ada baju baju, tilam dan bantal memang tiada, mereka tidur di atas papan sahaja setiap hari, belajar pun kadang tidak dapat belajar kalau malam sebab tiada lampu,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, pasangan suami isteri tersebut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Adrian yang sanggup datang memberikan pertolongan walaupun kediaman mereka jauh daripada orang ramai.
Perkongsian di Instagram milik pengasas HijabistaHub, atas nama Wanielena, mencuri perhatian warganet apabila memuat naik beberapa keping gambar dan video model menggayakan koleksi busana nikah serta kahwin terbaru.
Apa yang lebih mencuri tumpuan, model yang memperagakan busana indah itu bukan calang-calang orang, sebaliknya penyanyi popular Amira Othman, yang cukup dikenali dengan lagu Dalam Sujudku dan Bila Nak Kahwin.
Video yang dikongsikan itu berulang kali ditonton semula oleh netizen yang rata-rata terpesona melihat penampilan Amira dalam persalinan serba putih dengan solekan manis dan gaya anggun bagaikan pengantin sebenar. Ada yang berseloroh, “Nanti kahwin makeup sweet macam ni lah!”
Tidak kurang juga yang mula ‘membaca’ tanda, seolah-olah Amira memberi bayangan dirinya bakal menamatkan zaman bujang pada usia 32 tahun. Malah ramai yang mengimbas kembali pengakuannya sebelum ini, bahawa dia pernah menyasarkan usia 26 tahun dan 30 tahun untuk berkahwin. Namun, kata Amira, kini dia lebih tenang dan bersabar, percaya bahawa soal jodoh adalah aturan terbaik daripada Tuhan.
Sedikit gosip lama turut kembali disebut warganet Amira pernah dikaitkan dengan aktor terkenal Fattah Amin, tetapi kedua-duanya pernah tampil menjelaskan bahawa hubungan itu hanyalah urusan kerja semata-mata.
Apa pun, peminat lebih selesa melihat sisi positif penyanyi ini yang sentiasa mesra dengan keluarga, sekaligus mendoakan agar pintu jodohnya dipermudahkan.
Dalam kehidupan berumah tangga perulah saling melengkapi. Hargai pasangan dan buatkan diri mereka terasa disayangi. Untuk keharmonian rumah tangga, perlu ada kebersamaan antara pasangan.
Seperti yang dikongsikan oleh Muhammad Yusof di dalam penulisannya, resipi bahagia dalam perkahwinan mudah. Kata kuncinya ialah ‘bersama’. Macam mana tu?
Ikuti perkongsian menarik ini, semoga memberi manfaat kepada kita semua.
Saya follow semua media sosial Ustaz Ebit Lew. Begitu juga dengan pasangan Youtuber, Sugu Pavithra. Punyalah sweet mereka ni suami isteri. Masak bersama, makan bersama, rasa masakan sama-sama. Banyak yang kita boleh belajar daripada 2 pasangan romantis ni.
Resepi bahagia dalam perkahwinan ni simple je sebenarnya. Kata kuncinya ialah ‘bersama’. Bukan nafsi-nafsi. Bukan sorang-sorang. Bukan..
Istilah suami isteri ‘bersama’ ni macamana ye? Kalau ikut dia mudah je sebenarnya. Isteri ada dalam hidup suami, suami ada dalam hidup isteri.
Contohnya bila habis solat ataupun time suami nak pergi kerja, isteri salamlah tangan suami, then suami balaslah kiss kat dahi isteri. Bahagia oo suami rasa. Yang isteri akan rasa dihargai. Kan nampak kebersamaan kan, kat situ?
Bila isteri keletang kelentung kat dapur, suami datanglah menyapa tanya isteri buat apa tu walaupun dah tahu mestilah isteri tengah masak(takkan tukar minyak hitam motor kot). Bila suami cuba bantu kupas bawang holland sebijik dua pun isteri dah senyum lebar dah rasanya. Kan, nampak kebersamaan kan kat situ?
Bila isteri dah penat basuh baju, suami tolong lah sidai. Biarlah tebal telinga kena perli dengan jiran sebelah ‘sidai baju ye bang?’, tapi kat dalam rumah berbunga-bunga hati isteri bila suami dia tolong sidai baju. Tapi bab lipat baju tak payah suruh suami, nanti jadi roti kirai pulak jadinya. Nak mudah suami isteri main kutu, beli je mesin lipat baju. Setel masalah.
Time isteri tengah berehat main henset, sekali sekala suami buatlah air kopi dalgona ke, air teh o ke, maggi cup ke, bagi kat isteri. Lepas tu picit la manja sikit. Mesti senyum lebar isteri kalau laki dia buat gini. Yelah, dah tiap masa suami order je teh o aislah, kopi o lah kat bini. Sekali sekala suamilah pulak buat kat bini. Awal-awal memang pelik. ‘Suami aku ni buang tabiat ke apa?’ tapi kan ni kebersamaan yang kita nak cari antara pasangan kita kan? Takkan isteri je hari-hari yang kena bancuh air suami, ye tak?
Masa bercinta bukan main, kalau boleh makan nak satu pinggan, satu cawan kongsi straw. Bila dah kahwin suami geli pulak nak kongsi cawan dengan bini. Patutnya kita cuba throwback amalan-amalan romantik yang kita dah practise masa bercinta tu, kan? Ini tak bila kahwin terus lupa ingatan.
Mula-mula kahwin bila keluar baju mesti sama. Baju, kain tudung mesti matching dengan baju suami. Pantang keluar je pegang tangan bukan main. Dah 5, 6 tahun kawin, suami biar isteri jalan sorang-sorang, dia lepak dalam kereta main henset. Ya, konsep baju matching suami isteri dan pegang tangan ni sepatutnya amalan sepanjang zaman sebab ni antara ‘kebersamaan’ yang paling mudah untuk suami isteri amalkan.
Contoh-contoh mudah inilah yang buat pasangan suami isteri itu bahagia. Tak caya cuba tengok apa yang pasangan Ustaz Ebit dan pasangan Sugu Pavithra ini buat dalam video mereka. Mana yang baik/positif tu kita ambillah sebagai pengajaran hidup, betul tak?
Satu lagi last sebelum habis, dalam sebuah ikatan perkahwinan, suami isteri memang kena berkerjasama.
Diingatkan suami-suami supaya jangan sesekali cuba buat isteri anda stress dan tertekan. Sekali lagi, suami tolong jangan buat isteri anda stress dan tertekan. Tolong ya suami-suami..
Suami please kalau boleh janganlah letakkan semua kerja rumah di atas bahu isteri semata. Cuba buat sama-sama, barulah isteri tak terbeban dan stress sebab dia sorang kena buat semua kerja dalam rumah meanwhile si suami just goyang kaki tengok TV. Mana istilah kebersamaan tu kalau dah semua kerja rumah isteri yang kena buat, kan?
Sebab tu pada semua parent yang ada anak lelaki, ajar mereka biasakan buat kerja rumah dari awal agar takde nanti dalam kepala mereka bila dah besar isteri ni ‘hamba abdi’ yang kena buat semua kerja dalam rumah. Didikan ini sangat penting kerana ia menentukan macamana pola pemikiran anak-anak lelaki 20 tahun akan datang. Ajar juga mereka supaya menghormati kaum wanita.
Ok, buat semua suami, sentiasalah bersama-masa isteri ya? Serius saya cakap ni. Sebenarnya jauh dilubuk hati, isteri anda sangat memerlukan masa bersama anda. Kalau boleh 24 jam dia nak berkepit dengan awak wahai suami. Lepas kahwin isteri hilang dah semua kawan rapat dia sebab isteri sentiasa merasakan yang ‘suami adalah rakan paling rapat dunia akhirat yang mereka ada’.
Bila salah sorang dah takde, kenangan bersama pasangan inilah yang akan jadi kenangan yang paling indah buat suami atau buat isteri. Hadam sampai lumat apa yang cuba saya sampaikan ni wahai suami, wahai isteri!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.