Betapa sayangnya kita pada anak, dalam lagi kasih sayang seorang atuk kepada cucunya. Kasih yang tak berbelah bagi.
Perkongsian seorang ibu, Nurul Farrahin yang berkongsi kisah anaknya yang dijaga seketika oleh bapanya menarik perhatian ramai.
Mana tidaknya, anak kecilnya yang baru berusia 11 bulan itu dilihat duduk dalam peti simpanan ikan sejuk beku di belakang kedai makan milik bapanya, Samri Bodot, 55 tahun.
Video yang dikongsikan akaun Tik Tok @aldariyahusna itu menarik perhatian ramai.
“Puas mama cari anak mana kat mana.
“Atok dia boleh letak dalam tong ikan,” tulisnya menerusi video yang dikongsikan.
Ads
Menurut kata ibunya, anaknya, Aldariya Husna menjadi cucu kesayangan ayahnya kerana dia merupakan cucu sulung bagi keluarga ini.
Malah katanya lagi, keduanya bukan sahaja cukup akrab bahkan anak kecilnya itu sudah terbiasa dengan ikan segar dan seperti tidak takut bila ikan diletakkan di sebelahnya.
“Ayah saya memang suka manjakan Husna.
Ads
“Saya terkejut nampak Husna dalam tu sebab risau ada bahagian yang tajam tapi rupanya ayah dah siang itu tu dan letakkan husna dalam pelapik.
“Husna pun dah terbiasa, cucu dia tu dah tak takut,” katanya berkongsi.
Kehilangan insan tersayang pastinya memberi kesan kepada kita. Rasa rindu yang tidak berkesudahan ketika mengenang segala memori ketika bersama akan membuatkan kita menjadi sedih.
Bukan mudah untuk melupakan terutamanya jika anak yang masih kecil kehilangan ibu atau ayah. Mungkin sedikit sukar untuk memahami situasi jadi sering teringat dan terkenangkan insan yang telah ‘pergi’.
Seperti yang dikongsikan oleh pemilik akaun TikTok @omokgendut18, kelihatan seorang kanak-kanak sedang melihat sesuatu di handphone sehingga mengalirkan air mata.
Tidak berkata apa-apa, dia hanya senyap dan matanya fokus melihat di skrin handphone. Kemudian air matanya mengalir menunjukkan betapa dia sedang merindukan seseorang.
“Mokkk.. Kamu rindu ayah ke? Dikkk… Kamu rindu ayah ke?”.
Tidak menjawab soalan yang diajukan, dia hanya mengangkat mukanya sambil menangis. Menurut kapsyen pada video, dia sedang menonton video arwah ayahnya.
Memang jelas sekali kerinduan adik ini terhadap ayahnya. Pasti banyak kenangan mereka sekeluarga yang menjadi pengubat rindu sekiranya mereka teringat pada arwah.
Antara komen yang ditinggalkan warganet;
Semoga mereka sekeluarga tabah menjalani ujian berat ini. Bukan mudah melalui saat-saat kehilangan insan tersayang, pasti sentiasa merindui. Menurut perkongsian ibunya, adik ini sudah mulai faham mengapa ayahnya tidak akan pulang. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham ayah adik ini.
Pengacara berbakat besar, Dayah Bakar, sering berkongsi tentang perkembangan baharu dirinya dan keluarga. Dia juga suka merakam momen indah bersama anaknya, Achbar Muhammad Fahri yang kini sedang membesar dan banyak membuat gelagat comel.
Sejak kecil lagi Fahri adalah seorang bayi yang sangat easy going dan peramah, sama seperti ibunya. Dia juga seorang anak yang ceria dan bijak. Semakin Fahri besar, banyak lagi perangai comel yang dia buat!
Terbaharu di Instagram Dayah, dia berkongsi satu video yang menunjukkan Fahri membuat gaya suara mengejut orang bangun sahur. Video tersebut telah disertakan dengan kapsyen lucu dari ibunya;
“Reminder sahur untuk semua. Sila save audio ini untuk kejutkan anda untuk sahur-sahur yang mendatang.”
Memang lucu betul gaya Fahri, sudahlah muncung panjang! Memang geram dibuatnya melihata telatah Fahri yang cheeky. Jika diamati, sebutan Fahri adalah ‘Shakhurr’ dan bukannya sahur.
Menerusi ruangan komen, ada juga yang menyamakan cara Fahri sama seperti video yang sedang tular dari content cretor, Mimi Peri.
Kalau macam ni punya comel cara kejut, memang tak bangun sahurlah jawabnya. Awak ni makin bijaklah Fahri! Semoga terus membesar dengan baik, menjadi anak yang soleh dan bijak pandai serta dapat membanggakan orang tuamu kelak.
Petua mudah bersalin, makan plantah mee lor, doktor ini jelaskan risikonya. Ibu-ibu yang sedang hamil jika terbaca satu petua mudah bersalin viral yang syorkan makan plantah (iaitu makanan jenis marjerin) dan mee lor (minuman jenis malt) malah makan telur mentah 2 biji, silalah berhati-hati.
Petua Mudah Bersalin, Makan Plantah & Mee Lor
Menurut Dr Hafiz Sulaiman setiap petua itu mesti ada asas dan faham asbab petua serta risikonya. Bimbang ramai mak-mak hamil mendapat sumber maklumat yang salah, Dr Hafiz tampil dengan satu posting yang menjelaskan kebenarannya.
“Astaghfirullah, sesak nafas terbaca petua mudah bersalin viral. Saya biasanya mengelak komen benda viral atau isu semasa. Risau ada yang tersinggung.
“Kali ni saya bukan apa, tapi kesian dan rasa berdosa kalau tak tegur apa yang saya belajar.Kita sama-sama betulkan dan belajar dari kesilapan.”
Kenapa Perlu Elakkan Telur Mentah
Bahaya tu puan. Risiko pada ibu, risiko pada bayi dalam kandungan malah saraf bayi boleh terencat. Penglihatannya boleh jadi cacat!
Mengandung memberi stres kepada badan. Meningkatkan kortisol (hormon steroid). Ya, imuniti badan akan menurun. Steroid berlebihan kurangkan imuniti badan.
Telur mentah berisiko dijangkiti kuman Salmonella dan ibu berisiko keracunan makanan kerana kuman ini. Demam, muntah, sakit perut, cirit birit dan renjatan merupakan antara kesan keracunan kuman Salmonella.
Doktor Ini Jelaskan Risikonya
Mee Lor Tinggi Gula
Saya tidak tahu mengapa bersalin selalu orang syorkan makanan proses seperti mee lor (sejenis minuman malt yang ada di pasaran). Ia tinggi gula fructose proses dan juga mengandungi maltodextrin. Yang meningkatkan gula darah ke langit.
Gula fruktosa ni toksik ya jika berlebihan. Menurut pakar hormon kanak-kanak, kesan berlebihan gula fruktosa ni sama seperti kesan arak kecuali tidak mabukkan. Kesan berlebihan gula ini dikaitkan dengan saraf, merosakkan hati (hati berlemak), meningkatkan asid urik, meningkatkan lemak jahat oxLDL penyebab sakit jantung serta menyebabkan obesiti.
Tak ada bukti pun Mee lor yang diambil masa bersalin cepatkan kelahiran. Buat masa ini, ia layak dikelaskan sebagai MITOS.
Plantah?
Lemak durjana yang mula diharamkan di US bermula tahun 2015 dan berkuatkuasa sepenuhnya pada tahun 2018 terkandung pada bahan masakan kegemaran ramai ini.
Apa bahaya lemak trans ini?
Rujukan : Weston A. Price Foundation
1) Risiko penyakit jantung. Denmark menyaksikan penurunan kes sakit jantung lebih 50% hanya dengan menurunkan kadar lemak trans daripada 6 gram kepada 1 gram
2) Risiko kanser
3) Risiko kencing manis
4) Gangguan imuniti
5) Gangguan kesuburan dan organ pembiakan.
6) Jika menyusu, lemak trans boleh mencemari susu dan menggangu perkembangan saraf serta merencatkan penglihatan.
7) Trans fat mengurangkan berat badan fetus dan merencatkan perkembangan otak dan saraf kandungan.
Ambil maklum ya ibu-ibu kajian penting oleh Berghaus et al. 1998, 2001: Paras darah kandungan trans fat bayi sama dengan paras trans fat ibu. Apa maknanya?
Trans fat MERENTASI uri ibu dan menjadi “makanan” bayi maksud saya RACUN pada kandungan.
Betul Ke Berkesan Petua Tu?
Saya hanya boleh speculate mengikut pemahaman sains saya.
Gula tinggi Mee Lorr, trans fat Plantah dan telur mentah tinggi histamin mungkin meningkatkan keradangan..
Malah menurut pakar nutrisi Dr Loren Cordein. PhD, sejenis enzim, lysozyme yang terkandung dalam telur mentah menyebabkan sindrom “leaky gut” dan mungkin menyebabkan keradangan bagi mereka yang alah.
Keradangan mungkin meningkatkan aktiviti kontraksi rahim. Tapi berbaloi kah gerakkan rahim dengan mengambil makanan menakutkan seperti lemak trans itu?
Mengapa tak pilih alternatif yang lebih selamat? Jika low risk pregnancy, boleh cuba alternatif lebih selamat. Saya kongsi dalam post saya yang seterusnya insha Allah.
Dalami lah ilmu pemakanan untuk bersalin. Supaya kita tak terikut-ikut tanpa tahu sebab dan risiko kepada kesihatan kandungan dan kesihatan ibu mengandung sendiri. Kalau ada petua pelik nanti viral sebab taktik marketing pun, siapa tahu?
Semoga perkongsian ini bermanfaat. Saya harap mana yang dah buat tak tersinggung. Kita belajar daripada kesilapan