Selepas empat dekad menerajui syarikat, pengasas Kumpulan Media Karangkraf, Dato’ Hussamuddin Bin Haji Yaacub mengumumkan persaraan sebagai Pengerusi dan Penerbit berkuat kuasa 1 November 2022.
Turut mengumumkan peletakan jawatan berkuat kuasa pada tarikh yang sama, ialah Timbalan Pengerusi, Datuk Muhammad Nasir Bin Haji Hamzah.
Susulan daripada perletakan jawatan tersebut, kedua-dua mereka, Dato’ Hussamuddin dan Datuk Muhammad Nasir masing-masing akan berperanan sebagai Penasihat dan Penasihat Bersama syarikat.
Kedua-duanya juga akan melepaskan jawatan dalam Lembaga Pengarah dan syarikat akan melantik lima Ahli Lembaga yang baharu.
Ads
Mereka adalah Pn Firdaus Binti Hussamuddin, En Akmal Eirfan Bin Mohamed Fauzi, Pn Farah Binti Hussamuddin, En Azizi Bin Fikry dan En Izzat Izhar Bin Muhammad Nasir.
Kekosongan yang ditinggalkan oleh Dato’ Hussamuddin akan diisi oleh Puan Firdaus Binti Hussamuddin yang akan menggantikan beliau sebagai Pengerusi Kumpulan yang baharu. Sebelum ini, Firdaus adalah Ketua Pegawai Eksekutif untuk Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd.
“Sejak empat dekad lalu, Karangkraf telah berkembang dengan kukuh. Syarikat telah berjaya bertahan dalam gelombang digital yang melanda dunia sejak 2013 yang menggoncangkan banyak industri media terutama media cetak,” kata Dato’ Hussamuddin.
“Kini, saya rasa sudah tiba masanya untuk kami berundur dan menyerahkan baton kepada generasi yang lebih muda kerana generasi mereka boleh membawa syarikat ke tahap yang lebih tinggi,” tambahnya.
Ads
Sehubungan dengan penyerahan itu, Kumpulan Media Karangkraf juga ingin mengumumkan beberapa perubahan struktur dalam syarikat yang juga akan berkuat kuasa pada 1 November 2022.
Di peringkat Kumpulan, Encik Akmal Eirfan Mohamed Fauzi akan dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Kumpulan (Korporat, Kewangan dan Pengurusan Risiko). Beliau sebelum ini adalah Ketua Pegawai Eksekutif untuk Ultimate Print Sdn Bhd.
Bagi tiga bahagian perniagaan utama Kumpulan, perubahan adalah seperti berikut:
Ads
Puan Farah Binti Hussamuddin akan dilantik sebagai Pengarah Eksekutif/Penerbit/CEO Divisi Media yang merangkumi Sinar Harian, Sinar Daily. dan semua aset media milik Karangkraf, Beliau sebelum ini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Sinar Karangkraf Sdn Bhd.
En Azizi Bin Fikry akan dilantik sebagai Pengarah Eksekutif/CEO Bahagian Percetakan dan Pembuatan, yang merangkumi Ultimate Print Sdn Bhd dan Karangkraf Medicare Sdn Bhd. Beliau sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Pegawai Operasi Ultimate Print Sdn Bhd.
Puan Firdaus Hussamuddin juga akan dilantik sebagai Pengarah Eksekutif/CEO/Penerbit Kumpulan Buku dan Penerbitan Al-Quran, yang merangkumi Karya Bestari, Grup Buku Karangkraf dan anak syarikatnya. Beliau akan dibantu oleh En Izzat Izhar Bin Muhammad Nasir yang akan dilantik sebagai Pengarah Eksekutif/Ketua Pegawai Operasi bahagian.
Karangkraf bermula pada tahun 1978, sebagai sebuah perniagaan penerbitan kecil di lot kedai dengan mencetak terbitan pertamanya iaitu Mingguan Kanak Kanak. Hari ini, syarikat tersebut telah berkembang menjadi salah satu penerbitan, percetakan dan gergasi media di negara ini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perniagaan crepe wanita ini mencipta fenomena apabila mendapat sambutan hangat bukan sahaja dari pelanggan sebelah Utara bahkan seluruh Malaysia. Rata-rata memuji keenakan crepe dan manisan lain yang dijual di kedainya.
Bahkan Khalieda Yusra atau mesra disapa sebagai Kieda ini juga sangat dikenali melalui perkongsian video di akaun TikTok miliknya.
Bukan sahaja perkongsian tentang bisnes, tetapi kehidupannya sebagai seorang isteri dan ibu turut mendapat perhatian warganet. Terbaharu, Kieda ada memuatnaik dua buah video yang menunjukkan anak-anaknya makan tomato mentah.
Sedangkan orang dewasa pun kurang gemar makan tomato, tetapi anak-anak Kieda dengan bersahaja menikmati sayur tersebut. Nampk menyelerakan umpama makan buah epal! Di dalam video tersebut anak sulungnya, Muhammad Aqeef Fayyadh meminta tomato dari Kieda.
Memenuhi permintaan si anak, Kieda lantas membersihkan serta memotong dua biji tomato. Bukan sahaja anak sulung tetapi anak kedua Kieda iaitu Muhammad Hadif Fairel juga sangat meminati buah tomato.
Meraih tontonan yang tinggi, ramai yang memuji anak-anak Kieda yang sukakan tomato. Ada juga yang berpendapat kulit mereka cantik kerana tabiat memakan sayur itu.
Lihat komen warganet;
Anak-anak yang suka makan sayur ni pastinya sudah dididik sejak mereka kecil. Bukan semua orang boleh terima rasa masam tomato, tapi bila tengok dua beradik ni makan memang berselera betul. Terus rasa nak cari tomato makan mentah macam ni!
Bayi perempuan kembar siam berkongsi hati bakal jalani pembedahan pemisahan. Bayi kembar siam berusia 16 bulan dari Filipina, dijadualkan menjalani pembedahan pemisahan menerusi program dilaksanakan Arab Saudi yang diselaraskan oleh Kementerian Kesihatan, lapor agensi media Arab Saudi.
Arab News melaporkan, Akhizah dan Ayeesha Yusoph yang tiba dari Manila itu dilahirkan di Panabo City di wilayah Davao del Norte di pulau selatan Mindanao pada Disember 2022.
Pasangan bayi perempuan yang berkongsi hati itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid terus dibawa ke Hospital Kanak-Kanak Khusus Raja Abdullah proses penilaian sebelum pembedahan pemisahan dilakukan.
Penyelia Saudi Pusat Bantuan dan Kemanusiaan King Salman (KSrelief), Abdullah Al-Rabeeah, mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan Kerajaan Arab Saudi atas sokongan mereka terhadap Program Kembar Siam Arab Saudi.
Program yang diterajui oleh Al-Rabeeah itu sudah melakukan pembedahan terhadap lebih 130 kanak-kanak dari 25 negara sejak 1990.
Katanya, program itu amat signifikan dan menandakan peristiwa penting dalam bidang perubatan, selaras dengan matlamat Wawasan Saudi 2030 untuk meningkatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan.
Sementara itu, ibu bapa Akhizah dan Ayeesha menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada Raja Salman dan Putera Mahkota Mohammed bin Salman atas sambutan dan layanan mesra yang diberikan sebaik tiba di Arab Saudi.
Ibu pasangan bayi berkenaan, Hashima Yusoph berkata, dia mengetahui bayinya kembar siam ketika kandungan berusia tujuh bulan.
“Ketika itu, saya melakukan ultra sound (imbasan bunyi) dan sangat terkejut apabila dimaklumkan bayi saya kembar siam.
“Ketika itu saya hanya fikir macam mana saya boleh menjaga mereka, adakah saya boleh menjadi ibu terbaik untuk mereka,” katanya kepada Arab News.
Dia kemudian berusaha mencari jalan untuk memastikan kedua-dua bayinya menjalani kehidupan seperti biasa.
Hashima bernasib baik apabila dipertemukan dengan KSrelief ketika bayinya berusia lima bulan.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Tinggal lagi empat bulan sahaja, tahun 2022 bakal melabuhkan tirainya. Bagi mak ayah yang anaknya bakal melangkah ke sekolah pastinya persiapan dilakukan lebih awal supaya tidak berlakunya persiapan di akhir waktu.
Paling mendebarkan tahun hadapan, dua perbelanjaan bakal bertembung iaitu pembukaan sesi sekolah baru dan bulan Ramadan serta persiapan Hari Raya yang jatuh pada bulan Mac dan April.
Perkongsian Nor Faizah yang berkongsi kalendar tahun 2023 ini mak ayah perlu ambil berat. Bagi mengelakkan perbelanjaan yang banyak pada satu masa, disyorkan untuk melakukan persiapan awal. Barulah tak terkejut nanti.
Puasa bulan 3. Naik sekolah bulan 3, makanya tahun depan tailor kena susun jadual bagi molek la ya.
Bukan tailor ja, mak ayah pun kena bijak berbelanja sebab dalam bulan berturutan ada 2 perbelanjaan besar. Susun jadual perbelanjaan bagi elok ya.
Kalau boleh hujung tahun prepare siap-siap baju sekolah, kasut sekolah, buku skolah atau hujung tahun prepare siap-siap baju raya duit raya, duit balik kampung.
Tailor pun kena atuq jadual bagi molek. Sat gi tempahan raya kelaut tempahan baju sekolah tenggelam.
Hampa yang nak jahit baju sekolah tu tempah awai-awai. Jangan sat gi kata maaflah kami ambik baju sekolah dulu bayaq kendian. Jangan dok buat muka kesianlah.
Sebab kesian jugak kat kami kalau kerja penat-penat tak dapat gaji. Tailor, pakat belajaq dari kesilapan la na.
Dan yang penting jahit bagi ikhlaslah kot mana pun. Jangan dok main asal boleh ja, jahitan macam budak baru belajaq. Upah mahai tahap pro.