Siapa sangka bayi yang dilahirkan pramatang ketika kandungan 7 bulan seberat 1.35 kilogram dan melalui detik mencemaskan ketika usianya 3 bulan kini membesar dengan sihat dan aktif.
Betullah orang kata, kuasa Allah tiada siapa dapat menandinginya walaupun pelbagai cabaran dilalui ibu kepada bayi istimewa ini ketika di awal kelahiran dan membesarkannya.
Berkongsi pengalaman melahirkan dan membesarkan anak ketiganya, Putri Siti Noor Zubaidah Idris menjelaskan kelahiran kali ini banyak dugaannya.
Muhammad Aidan Rifai Mohamad Idham dilahirkan pada usia 7 bulan dan disahkan mempunyai G6PD DEFICIENT. Ketika dilahirkan beratnya hanya 1.35 kilogram dan di tahan dalam wad selama 45 hari.
Setelah usianya 3 bulan dan saya mula bekerja, saya mengambil keputusan untuk menghantarnya ke pengasuh. Mungkin juga waktu itu antibodi Aidan tak kuat dia terkena jangkitan batuk.
Ads
Pengalaman yang tak akan dilupakan
Pada 2 Julai lalu tepat jam 12 am, sekali lagi saya diuji. Ketika batuk Aidan mengeluarkan bunyi aneh dan terus tidak bernyawa. Waktu dalam kekalutan itu saya terus tekan di dadanya tapi langsung tiada reaksi.
Cuba lagi sekali lakukan CPR selama 6 minit dan dalam masa sama ahli keluarga hubungi ambulans. Dalam keadaan tenat Aidan di bawa ke hospital dan doktor sahkan dia mengalami jangkitan paru-paru dan batuk kokol 100 hari.
Selama 23 hari pula di tahan di wad. Jika diikutkan sepatutnya hari ke 17 dimasukkan ke wad dah boleh keluar tapi disebabkan terkena sekali lagi jangkitan dari pesakit baru masuk Aidan perlu ditahan lagi.
Kini alhamdulillah selepas keluar dan diberi penjagaan rapi ketika di rumah perkembangannya lebih baik.
Susu ibu kuatkan antibodi anak
Ads
Rahsia yang menguatkan anak sihat selepas peristiwa hitam itu adalah tak putus memberikan susu ibu dan kini setelah 7 bulan beratnya dah 5.7 kilogram.
Kiranya untuk kategori anak pramatang dengan usianya kini dah menunjukkan perkembangan sangat baik. Harap Aidan akan terus kuat dan membesar dengan sihat.
Sumber: Putri Siti Noor Zubaidah Idris
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu mana yang tidak mahu yang terbaik buat anaknya. Namun dalam kita mengejar yang terbaik, ada waktunya kita terlupa diri kita sendiri. Tak perlu jadi terlalu sempurna dalam semua perkara dalam mendidik anak, hanya lakukan semampu yang mungkin saja.
Perkongsian ibu ini, Atul Kiena mengenai burnout ibu memang benar-benar belaka. Berusahalah untuk menguruskan emosi kita sebaik mungkin dalam mendidik anak.
Burnout ibu is real. Bila orang tengok rumah saya kemas, anak saya terurus, pakaian bersih, saya happy senyum-senyum; sedarlah itu apa yang saya pilih untuk tunjukkan sahaja.
Saya dah mula rasa burnout sejak anak pertama lagi. Masa Ammar baby sehingga 2 tahun, dia boleh dikategori sebagai high demand baby.
Ada masa sentiasa berkendong pakai carrier walaupun sedang masak. Sampai saya feedup sangat nak masak dan buat kerja rumah.
Saya planning nak jarakkan kehamilan 2 tahun, tapi asbab Ammar high demand, saya up jadi 3 tahun. 4 tahun kemudian, Amna pun lahir, Ya Allah, dugaannya lebih hebat.
Semua orang yang kenal Amna tahu betapa clinggynya dia. Dari 6 bulan sampai sekarang 2 tahun lebih, dia takut orang. Even dengan neneknya sendiri pun.
Sudahlah Amna super high demand baby, Ammar pun tak kurang nak dapatkan perhatian dan kasih sayang saya. Ada masa dia rajin juga menyakat si adik. Dah menangis-nangis adiknya minta didukung.
Belum masa masing-masing menyepah rumah setiap masa. Ada masa super bersepah dari pintu masuk sampai ke dapur. Bilik tak payah ceritalah. Padahal baru je 10 minit yang lalu rumah dikemaskan.
Nak kemas satu hal, nak laundry satu hal, nak masak satu hal, nak bagi diorang makan satu hal, lepas tu nak tidur pulak. Macam-macam kalau nak list. Letih tak habis-habis kalau duduk rumah jaga anak ni. YTJT.
Bila burnout, macam-macam boleh jadi. Boleh jadi hyper macam dalam video ni. Sama ada nangis sendirian, atau marah anak ; saya pilih untuk nangis sendirian. Sebab bila kita dah mula marah anak, kita akan nangis juga akhirnya mengenang kesilapan dan keterlanjuran. Siapa tak sayang anak kan?
Tapi kita pilih nak kawal yang mana. Tak akan jadi sempurna, tapi sempurnakan di mata kita. Kalau nak rumah bersih, maybe tak sempat lipat baju. Kalau nak bermain dengan anak, maybe tak sempat memasak. Ikut kemampuan kita. Jangan samakan dengan orang lain.
Pilihan ditangan kita. Dalam masa yang sama, mesti mesti mesti share pada pasangan. Biar dia tahu betapa sukarnya kehidupan dirumah dengan anak-anak. Tidak seindah yang dalam media sosial. Bila kita burnout, rumah hura-hara, marah-marah, jarang kita sempat nak rekod dan update.
Dah masuk 6 tahun jadi ibu, saya boleh katakan hidup saya lebih terkawal. Emosi lebih stabil. Saya cuba adjust mana-mana yang kurang. Dan suami saya memang sangat-sangat membantu. Even kalau dia ada dirumah, atau berjalan keluar, 80% urusan anak dia akan ambil alih. Saya siapkan makan, dia suap. Saya siapkan baju, dia mandikan. Saya mengemas, dia beri perhatian.
Sekarang saya cabar diri saya untuk fokus buat bisness dari rumah sambil jaga anak. Sebab banyak je ibu-ibu mampu buat macam-macam dalam satu masa. Alhamdulillah, susah pun saya tetap happy.
Saya doakan semua ibu-ibu mampu menjaga kesihatan mental dan fizikal masing-masing semasa menjaga anak. Sebab ibu yang gembira, InsyaAllah rumah tangga juga gembira.
Keep strong ibu-ibu. Burnout adalah normal, tapi kita cuba kawal dan adjust ya.
“bila anak korang minta makanan tak sihat ataupun terlebih makan, jangan ikut, dia orang tak tahu, dia orang nak makan je, anak kita tak tahu benda ini bermanfaat atau tidak.”
Itulah luahan ikhlas dan tegas daripada seorang bapa yang kini tular di Instagram melalui video yang telah dimuat naik oleh seorang jurulatih kecergasan, @tareqfit91.
Dalam video itu, beliau menyeru ibu bapa untuk muhasabah diri dan sedar bahawa tanggungjawab menjaga kesihatan anak adalah tanggungjawab kita bukan anak.
Jika anak sentiasa minta makanan manis dan jajan, itu atas dasar kita yang beri. Kalau anak tak suka sayur, kita yang tak ajar. Kalau anak melekat dengan skrin dari pagi sampai malam, kita yang tak hadkan.
Bila semua ini berlaku tanpa kawalan, badan anak yang menderita. Dan bila mereka jatuh sakit, kitalah yang akan menanggung segala sesal dan tangisan.
Klip video tersebut mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan netizen. Ramai menyokong mesej Tareq dan menyatakan perkara ini sudah lama patut ditegur.
“Terbaik bang… nasihat yang betul 👏👏👏👏👏”
“Anak dia comel and it is true… kita kena jaga kesihatan anak-anak”
“Kalau tengok video adik ni, terus skip. Sebab kesian kat dia, seolah jadi bahan content mak pak. Kesian kat anak tu… usaha cara hidup sihat. Anak-anak kecil terdedah dengan diabetes sekarang ni 😢”
“At last ada orang yang tegur. Sebab memang tak cute langsung, kesian lagi ada 😢”
“Chubby lain, obese tu lain… tolong la bezakan. Obese tu merosakkan badan. Bayangkan sendi-sendinya yang lembut terpaksa tampung berat berlebihan. Tu belum lagi organ lain yang terpaksa overworked. Budak, apa lah dia tahu 😔”
Teguran ini bukan untuk menghina, tetapi menyedarkan. Netizen bersuara kerana mereka sayangkan anak-anak ini.
Lima langkah penting:
Kawal pengambilan makanan anak – Elak makanan proses, minuman bergula dan jajan harian.
Jadi contoh – Anak tengok cara kita makan dan hidup, bukan apa yang kita cakap.
Libatkan anak dalam aktiviti fizikal – Bawa berjalan, main di taman, bersukan.
Didik dari kecil – Bagi mereka faham beza makanan sihat dan tidak.
Kurangkan skrin, tambah gerak badan – 20 minit bergerak lebih baik dari 2 jam duduk.
Kalau kita sayang anak, kita tak biar mereka sakit baru nak berubah. Kita ubah sekarang walaupun susah, walaupun kena paksa diri. Sebab anak tu amanah, bukan alat content, bukan boneka.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Persiapan fizikal dan mental penting buat ibu bapa yang baru pertama kali bergelar ibu bapa atau yang dah ada anak tapi masih belum mengetahui lagi beberapa info penting. Jangan ingat bab penjagaan bayi ini mudah seperti memandikan dan menidurkannya je tetapi ibu bapa juga perlu prihatin dalam hal sendawakan bayi.
Walaupun nampak mudah hanya tepuk-tepuk belakang, tapi sebenarnya angin yang berlebihan dalam perut bayi boleh mengakibatkan bayi gelisah dan tidak selesa. Jadi adalah penting bagi ibu bapa baru untuk ketahui kaedah terbaik untuk buat bayi rasa selesa dan dapat tidur selesa.
Ok mari kita jadikan posting kali ini ‘straight forward’. Maka saya tanya, apa tujuan anda sendawakan anak?
➡ Adakah bayi sebenarnya mudah kena kembung? TIDAK. Saya ulang: TIDAK. Seawal tahun 1954 Dr Ronald Illingwood, seorang doktor pakar kanak-kanak England membandingkan Xray perut 2 kumpulan bayi iaitu bayi yang di katakan ‘colic’ dan bayi yang bukan ‘colic’ ketika keduanya di puncak tangisan. Hasilnya? Tiada beza jumlah gas dalam perut kedua kumpulan bayi.
Ujian ulangan paling baru dilakukan pada 2014 oleh Dr Cindy Gellner dari Utah untuk mengkaji kaitan sendawa- gumuh – colic (banyak nangis). 1 kumpulan ibu di minta sendawakan bayi mereka selepas setiap penyusuan dan 1 kumpulan lagi tidak sendawakan bayi. Kedua kumpulan ibu di uji selama 3 bulan. Hasilnya? Bayi-bayi kuat meragam adalah hampir sama jumlahnya dari kedua-dua kumpulan.
Kedua kajian ini antara yang mengesahkan fakta bahawa hanya 20% saja bayi yang colic (kuat menangis) kerana kembung. Mereka di gelar ‘abdominal colic baby’. 80% bayi colic lagi BUKAN kerana kembung.Ianya kerana lemahnya adaptasi mereka pada peralihan alam rahim ke alam dunia. Mereka adalah ‘infantile colic baby’
= Maka, SENDAWA BUKAN TUJUAN UNTUK ELAK KEMBUNG. Umumnya, gas dalam badan bayi akan mencari jalan keluarnya sendiri samada melalui sendawa atau kentut.
2. Untuk elak gumuh/muntah susu?
Sendawa atau tidak, faktanya, semua bayi kecil akan tetap gumuh. Susu yang ditelan bayi akan menuruni saluran esofagusnya sebelum masuk ke dalam perut. Sebelum perut, ada satu otot atau gegelung LES (lower esophageal sphincter) yang tugasnya menahan isi perut dari terselinap naik semula ke esophagus seterusnya ke mulut. Buat bayi kecil, otot LES ini belum matang. Maka, selagi otot LES ini belum matang, gumuh akan selalu terjadi terutama jika perut bayi penuh.
= Maka, sendawa BUKAN untuk elak gumuh.
3. Sendawa untuk elak bayi rasa tak selesa?
Ya! Ini kerana gas yang terperangkap dalam perut dan dada bayi akan menyebabkan rasa sebu (penuh) dan tidak selesa, yang akan menyaksikan bayi menangis atau resah sama seperti orang dewasa.
NAMUN, perlu diingat, bukan semua bayi ada banyak gas untuk disendawakan dan bukan semua bayi senang sendawa dengan kuat. Ada bayi yang memang tak banyak gas untuk disendawakan dan ada yang ‘silent burper’ atau sendawa perlahan sekadar helaan angin.
= Maka, sifir asasnya, di saran usah mengenepikan langkah menyendawakan bayi sehingga usia bayi sekitar 6 bulan atau lebih spesifiknya telah boleh duduk kerana kemahiran duduk akan dengan sendirinya membantu proses penyingkiran gas.
TAPI, tak perlulah berlama-lama. Beberapa minit sudah memadai kerana jika benar gas sudah berada di sekitar abdomen bayi, ia tak perlukan masa yang lama untuk keluar apa lagi dengan bantuan ibubapa.
Jika sampai 20-30 minit menepuk bayi dan anak pun ternyata sudah sedap terlena di bahu misalnya, tentulah tak logik jika masih nak terus menepuk dan mahu berharap mendengar bunyi sendawa. NO.
Sudah terang dan jelas bayi dalam keadaan selesa maka sebab itu dia terlena. Maka, anggap sajalah gas sudah tiada dan letak saja bayi ke bawah. Jika bayi tak selesa (masih ada gas) tentulah bayi akan terus resah.
Adakah salah jika ibu mahu terus menepuk bayi dan membiar anak lena di dada selama mana yang ibu mahu? Oh, tentu sekali TIDAK SALAH. Namun jika ibu merungut bayi ambil masa terlalu lama untuk sendawa maka kini ibu patut telah tahu, bukan bayi yang tak nak sendawa, tapi ibu yang terlebih buat?.
Malah, menepuk bayi di dada/bahu ibu hingga lena, setiap kali, adalah salah satu punca mengapa bayi terjaga atau enggan terus lena bila di letak ke bawah kerana bayi sudah biasa kesedapan lena di dada ibu. Sekali lagi, ini JUGA TIDAK SALAH. Tapi jika ibu sudah letih dan mahu bayi tidur sendiri di bawah, maka ibu perlu tahu, bayi boleh buat dan ada caranya.
USWATUN HASANAH MOHD HABIB
KONSULTAN TANGISAN BAYI
THB EDU ASSC. USA
DBL INSTITUTE SYDNEY
THE WONDER WEEKS ACADEMY
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!