Bukan mudah untuk menerima hakikat insan tersayang pergi buat selamanya. Ia satu pengalaman yang sangat perit untuk dihadapi. Orang kata walaupun tak lama bersama, memori indah akan sentiasa dikenang lagi-lagi apabila mempunyai anak.

Seperti yang dikongsikan oleh seorang suami, Azlan Adnan, kehilangan isteri tercinta dipercayai berpunca daripada sakit kepala dan dalam keadaannya belum bersedia disamping dua anak kecil benar-benar menduga hatinya.

“Ibu Dah Sleep Kat Kubur.” Sebulan Awak Pergi, Anak-Anak Sentiasa RinduMelalui perkongsiannya di facebook, setelah sebulan pemergian isteri tercinta ternyata perasaan rindu itu tak pernah padam. Apa yang menyedihkan apabila melihat video anak kecil yang melawat kubur arwah ibunya tanpa memahami apa sebenarnya yang terjadi. Bayangkan rindu yang tiada penghujungnya. Sedihnya..

Ibu dah sleep kat kubur

Anak-anak mungkin tak tahu. Cara mana nak sampai kan pada babah, yang depa rindu ibu. Yang anak anak tahu. Ibu dah ‘sleep’ kat kubur. Dalam jam 10:25mlm, 20/1/2020. Ibu masih terbaring tidur sama mcm pagi td. Bergerak, bernafas mcm mana pagi td. Tidur mcm biasa. Bergerak berpusing kiri kanan. Tidur nyenyak cuma tak boleh sedar dari jam 3.30 petang sampai la malam. Setiap kali babah jengah ibu. Air liur, ibu tak boleh kemam. Jadi babah lap perlahan2 bagi ibu nampak bersih. Tapi jam ni, lepas babah terlambat jengah ibu air makin banyak kat mulut ibu.

Ads

Babah lap dan itu kali pertama dan juga kali terakhir babah cium pipi ibu, peluk ibu sambil bisik;

“Anak-anak kita masih kecik lagi sayang. Bangun la…”. Air mata sebelah kanan ibu tiba-tiba kluar. Babah terus lapkan Air mata ibu sambil kemas kan tisu2 yg melekat di pipi ibu. Babah duduk bertenang sekejap di kerusi sebelah ibu. Dalam beberapa saat, babah rasa pelik kenapa ibu tak bernafas mcm biasa. Babah panik.

“Ibu Dah Sleep Kat Kubur.” Sebulan Awak Pergi, Anak-Anak Sentiasa Rindu

Ads

Allah pinjamkan ibu sekejap je

Rasa nafas ibu di hidung.. Tak ada. Rasa nadi ibu di pergelangan tgn.. Tak ada. Babah menjerit panggil jururawat. Jururawat terus berlari masuk bilik utk tengok ibu. Babah turun ke bawah. Babah tak boleh terima, Dan babah tahu ibu mmg dah tak ada. Ammar.. Rania 1 day, kalau terbaca ni semula. Babah cuma nak korang berdua tahu walaupun hanya Abg Ammar saja dapat rasa moment hari ibu pergi.. Harap Ammar & Rania faham kenapa ibu “pergi tinggalkan kita”.

Bukan ibu tak sayang. Tapi Allah pinjam kan ibu untuk kita. Sekejap je. Ammar cuma sempat 2 tahun 2 bulan. Rania cuma sempat ibu dukung 4 bulan saja. Babah beruntung sikit dengan kamu berdua. Sempat 4 tahun 2 bulan. Tak lama macam mana anak-anak lain. Tak lama macam mana babah & nenek.

“Ibu Dah Sleep Kat Kubur.” Sebulan Awak Pergi, Anak-Anak Sentiasa Rindu

Tapi percayalah. Ibu sedang tunggu kita kt sana. Jangan lupa ibu

Ads

Ingat pesan babah. Bila abah pun dah tak ada. Rajin2 jengah kubur bila rindu. Kalau teringat, terus tadah tangan “Doa”. Minta Allah tautkan rindu kita dalam mimpi. Minta kita semua semula bersama 1 keluarga. Genap awak pergi sebulan hari ni. Macam mana lagi setahun akan datang? Harap Allah berikan kekuatan & kesihatan berpanjangan buat kita 3 beranak.

“Ibu Dah Sleep Kat Kubur.” Sebulan Awak Pergi, Anak-Anak Sentiasa Rindu

Perkahwinan bukan cari persamaan. Bukan cari apa yang kita suka. Atau kita boleh lari dengan apa yg kita tak suka. Persamaan belum tentu membahagiakan. Perbezaan itulah tanda “saling melengkapi”. Jika kita saling memahami. Terima kasih sbb sama-sama telan Pahit Manis Maung bersama abang. Sampai hari ni abang rasa macam mimpi. Mimpi yang panjang sangat. Mengharap mimpi ni jgnlah jadi kenyataan. Nordiana Bidin (Dee Ana). Wanita sempurna dalam hidup kami sampai akhir hayat. Ingat pesan abah. JANGAN LUPA IBU.

Sumber: Azlan Adnan

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI