Baru-baru ini tular kes penceraian seorang yang dikenali dengan isterinya. Sebelum itu, dia dikatakan telah bernikah seorang lagi ketika isteri pertamanya sedang sarat hamil. Kisah ini mengundang pelbagai reaksi netizen dan rata-rata menyalahkan lelaki terbabit. Rumah tangga harmoni dan kekal bahagia menjadi impian setiap pasangan yang berkahwin. Jika ada ujiannya, maka Allah SWT sedang menguji pasangan tersebut.

Ustaz Ebit Lew di dalam perkongsiannya di laman Facebook sempat menitipkan pesanan buat para suami. Ustaz Ebit menasihatkan agar jangan dibina mahligai bahagia atas tangisan air mata isteri yang kita nikahi dan cintai serta tangisan anak-anak.

Artikel Menarik: [Suami Isteri Sama-Sama Angau, Macam Zaman Bercinta. Amalkan Doa Ini]

Sedih pilu menangis sangat bila banyak terjadi kisah suami muda-muda lagi ceraikan isteri ada setengahnya isterinya sedang mengandung untuk berkahwin lain. Ada kisah begini yang saya cuba bantu masa masa program keluargasunnah.

Kalaulah kita diuji ibu bapa kita bercerai…
Cuba bayangkan kita diuji mak ayah kita bercerai kini. Apa perasaan kita. Jika kita dah tua ini rasa begitu. Bagaimana satu hari nanti anak yang tak tahu apa-apa itu nak faham.

Hadiah paling mahal ibubapa kepada anaknya ialah didikan agama dan contoh kasih sayang keduanya.

“Isteri Amanah Allah SWT. Bukan Suka Kita Jaga, Tak Suka Diceraikan.” – Ustaz Ebit.

Saya berdoa Allah selamatkan rumahtangga begini dan juga rumahtangga kita semua. Janganlah bina mahligai bahagia atas tangisan air mata isteri yang kita nikahi dan cintai serta tangisan anak-anak.

Artikel Menarik: [Tak Salah Suami Isteri Gaduh, Jadi Lebih Harmoni. Syaratnya, Jangan Maki!]

Kasihan lihat anak dari keluarga bercerai-berai
Selalu dakwah anak muda di jalanan dan wajah anak sedih di sekolah-sekolah. Maaf sangat, selalu bila saya jumpa dari keluarga yang bercerai berai. Saya menangis kasihan mereka. Peluk jer mereka menangis. Baru tanya khabar mereka dah menangis. Walau anak kecil.

Buat yang telah diuji teruskanlah kuat yer. Kita ada Allah. Jadikanlah musibah itu buat kita dekat dengan Allah. Percaya Allah sayang dan Allah pasti bantu.

Semoga Allah selamatkan kita semua dari hati yang mati. Hidupkan jiwa kami semua dengan takwa. Doakan yang baik jer untuk semua.

IKLAN

Isteri ini amanah Allah, bukan suka kita jaga, tak suka ceraikan
Satu jer nak cakap untuk ingatan diri sendiri dan semua. Isteri ini amanah Allah. Untuk kita pimpin dan bimbing masuk syurga. Bukan kita suka kita jaga. Tak suka ceraikan.

Nikah itu amanah. Lainlah beliau ada lelaki lain. Kita mulia dan manusia sebaik-baik kejadian.. Kita sayang kerana Allah walau banyak kekurangan kita tampung dan bina sama-sama untuk redha Allah.

Lihat isteri.. Kenangkanlah ibu kita.. Kenangkan anak perempuan kita.. Kenangkanlah..

Saya ingat seorang kawan saya baru kahwin jumpa ustaz kami. Ustaz, isteri saya baik, rajin, solehah, semua kerja rumah dia buat, senyum jer.. Sempurna.. Bestkan ustaz?

“Isteri Amanah Allah SWT. Bukan Suka Kita Jaga, Tak Suka Diceraikan.” – Ustaz Ebit.

Ustaz itu menjawab secara berfikir. Isteri kamu ahli syurga insyaAllah..tapi kamu belum lagi. Kamu mungkin masuk neraka..

Kenapa pula ustaz?

IKLAN

Dah semua isteri kamu buat. Kamu buat apa? Dah kahwin terus nak jadi raja. Muda-muda dah malas. Terdiam semuanya.

Bahagia itu bila kita yang memberi. Bukan tuntut hak dari pasangan.. Dalam kata lain saling bantu membantu dan bertolak ansur.

Pernah ada seorang suami jumpa saya. Dia nak ceraikan isterinya. Dalam perjalanan nak bercerai. Masing-masing tak nampak baik satu sama lain.

Allah sayang dia uji kita.

Carilah niat awal kita kahwin. Kita kahwin nak dapat redha Allah. Bimbing dan pimpin masuk syurga. Kahwin bukan untuk dapat apa yang kita nak tapi tunaikan apa yang Allah nak..nikah itu amanah Allah.

Tapi ustaz, isteri saya degil. Malas. Tak pernah nak ambil hati saya. Tak layan saya. Selalu tolak saya. Dia senaraikan buruk isteri dia.

Abang kan ketua keluarga. Ada bawa isteri belajar agama? Ada buat Taklim rumah? Ada solat tahajud sama-sama? Ada doakan isteri setiap malam? Ada baca Al-Quran sama-sama? Ada mengorat pujuk dia dekat dengan Allah.

IKLAN

Wah abang, dulu cantik lawa menawan sexy semualah. Eh, tiba-tiba hari ni baru sedar segala kekurangan pasangan.

Doa pada Allah, dan tanya diri kita sebenarnya apa kita nak dalam hidup kita? Cubalah tanya?

Wanita ini boleh jadi paling lembut dan menyejukkan membahagiakan. Wanita juga boleh jadi paling keras dan teramat menyakitkan.

Suami tak boleh ler jadi macam wanita juga nak menangis dan menjerit tak tentu pasal. Mereka melengkapkan kita. Sebab tu kita lelaki. Sebab tu kita lelaki. Dalam AlQuran kata ‘ArRijal’ Ar Rijal..Ar Rijal..Allah berfirman puji gelaran ‘lelaki’.

“Isteri Amanah Allah SWT. Bukan Suka Kita Jaga, Tak Suka Diceraikan.” – Ustaz Ebit.

Tugas kita bertenang dan pimpin isteri kita kerana Allah sampai syurga.

Artikel Menarik: [Buat Cabaran ‘I Love You’, Suami Isteri Berebut Luah Rasa Cinta]

Selamatkan diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka. Memang lelaki dijadikan ketua maksudnya memimpin. Wanita ialah tunjang utama keluarga. Dakwah dengan kasih sayang dan kelembutan pujuk rayu. Malam menangis di depan Allah.

Al-Quran puji pengorbanan wanita dan Islam sangat menjaga hak wanita. Setiap lelaki dilahirkan dari perut seorang ibu.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI