Malang tidak berbau, disaat kita mengejar masa untuk membuka kunci rumah, ketika itulah kunci terpatah. Jangan panik dan cemas kerana ada caranya untuk mengeluarkan kunci ini dari terperangkap di dalam lubang itu.
Perkongsian tip dari pengguna Tik Tok, @jason_jezi ini anda perlu cuba. Memang senang!
Kalau kunci terpatah di dalam lubang kunci jangan panik. Nak keluarkan macam mana?
Cara keluarkan kunci patah
Hanya gunakan satu gam jenis batang (seperti di dalam gambar).
Ads
Kemudian panaskan dengan pemetik api.
Biarkan gam cair dan kemudian cepat-cepat masukkan ke gam ke dalam lubang kunci yang terpatah.
Ads
Tunggu selama 10 saat sambil menekan gam ke lubang pintu.
Kemudian perlahan-lahan tariklah ia keluar.
Tadaaa, hasilnya!
Ads
Memang berjaya. Jadi tak perlu risau bila kunci terpatah macam ni.
Nak deko rumah tak semestinya perlu keluarkan bajet besar. Asalkan ada idea dan kreatif dah boleh buat ruang dalam rumah nampak cantik dan berseri.
Seperti perkongsian سوهيله سلامت di group kemasrumahwithhani, ideanya make over almari dapur yang usang dan tercabut pintu benar-benar buatkan sesiapa saja melihatnya akan cakap WOW!
Jika orang tak tahu almari itu diubah suai pasti ramai akan ingat ia ditempah khas. Namun sebaliknya semua deko itu menggunakan barang bajet yang dibeli di Shopee, MR DIY dan kedai barangan rumah sahaja.
Apa yang menariknya, almari tersebut bukan dicat tetapi hanya menggunakan wallpaper khas untuk kabinet.
Malah cara pemasangan juga mudah kerana menggunakan hair dryer, cucuk sikit-sikit dengan jarum untuk lubang udara lepas tu panaskan dengan hair dryer dan lap dengan kain secara perlahan-lahan.
Untuk langsir yang dipasang pada almari hanya menggunakan langsir tandas yang dibeli kat DIY. Lepas tu gunting dan guna stapler yang besar.
Manakala untuk kabinet bawah sinki beli di Homepro yang jenis stainless steel.
Rata-rata yang melihat transformasi ini semua kagum dan memuji hasilnya sungguh cantik. Bak kata pepatah, di mana ada kemahuan pasti ada kejayaan. Kaum mak-mak ni sebenarnya kreatif dan hebat!
Jika anda ke panggung wayang pasti anda dapat melihat beberapa pasangan yang membawa bayi ke panggung wayang. Membawa bayi ke tempat tersebut seolah-olah menjadi trend tanpa memikirkan risiko yang bakal berlaku kepada bayi mereka.
Menerusi laman facebook Baby Language mendedahkan risiko jika membawa bayi yang berusia bawah 2 tahun ke panggung wayang.
Trend ibubapa bawa bayi ke panggung wayang: Anda sedar atau tidak, ia merbahaya? Screenshot pertama ialah balasan mesej dari GSC cinema Malaysia kepada saya sendiri. Dua screenshot terakhir adalah pengakuan pekerja panggung wayang luar negara.
**media[76090,76091,76092]**
Keduanya mengesahkan hal yang sama: panggung wayang BUKAN tempat buat anak di bawah 2 tahun.
Faktanya, pendedahan lama (anggaran lebih 2- 8 jam) kepada bunyi melebihi 85db-90db sangat berisiko buat pendengaran ORANG DEWASA apatah lagi buat anak kecil. (sumber: hearinglosthelp.com).
Untuk rekod perbandingan bunyi, penyedut hampagas sekitar 70db, perbualan biasa 60db dan gergaji elektrik ialah 110db. Bunyi wayang? Owhh…sangatlah banyak tingginya dari itu.
Ok pasti ada yang akan berkata, 'Saya biasa je bawa baby gi wayang.Ok je tak de apa' Soalannya, menonton wayang ini aktiviti 'dambaan' siapa? Ibubapa bayi atau bayi?
Tiada manfaat khusus aktiviti menonton wayang kepada anak kecil di bawah 2 tahun kepada perkembangan atau stimulasi pancaindera mereka. Taman permainan, taman rekreasi, 'outdoor nature theme park', pantai, gym kanak-kanak dan mana-mana tempat yang memberi anak peluang mengunakan keseluruhan derianya untuk 'berada' di dalam situasi itu, YA ini aktiviti yang berhak mereka dapatkan.
Duduk menonton wayang? Ini untuk kanak-kanak yang lebih besar dan orang dewasa.
Jika anda benar-benar perlukan 'me time' untuk menonton wayang, tinggalkanlah anak kecil anda sementara waktu kepada penjaga yang di percayai. Ini lebih baik dan selesa bukan saja buat anda, tetapi kepada orang lain juga.
Para suami selalunya terlepas pandang keperluan emosi isteri kerana terlalu sibuk. Jadi, jika anda tidak mampu untuk puji isteri selalu, sekurang-kurangnya janganlah jadi kedekut ye!
Kurang penghargaan dan pujian dari orang sekeliling boleh berikan impak besar kepada diri seseorang. Antaranya boleh menurunkan paras hormon dopamin. Banyak kesan kepada emosi dan fizikal sekiranya apabila hormon dopamin ini menurun.
Antaranya ialah depresi dan pemikiran yang kabur (tidak tajam). Mereka yang mengalami kekurangan dopamin akan mengalami masalah untuk berfikir, memori yang lemah dan reaksi yang lambat. Pendek kata ia menyebabkan kurangnya motivasi dan sukar untuk menyudahkan sesuatu walau pun mudah. Suami-suami perlu tahu hal ini, jika tidak mampu untuk memuji isteri sekurang-kurangnya anda jadi kedekut untuk berbelanja untuk isteri!
Perkongsian Dr Taufiq Razif membincangkan tentang perkara ini. Rupanya apabila suami jarang memuji dan menghargai isteri, hormon dopamin pada isteri berkurangan dan boleh menjadikan mereka kurang bersemangat. Tidak mustahil ia boleh mendorong kepada tekanan perasaan. Berikut ialah perkongsian beliau;
Kenapa Saya Tak Boleh Kedekut Dengan Isteri?
Kelemahan terbesar saya adalah saya terlalu fokus kerja sampai saya terlepas pandang dan KURANG PERASAN dengan apa yang isteri saya dah buat untuk saya dan anak-anak.
Bila saya KURANG PERASAN, KURANG MEMUJI dan KURANG MENGHARGAI sebenarnya saya sedang RAMPAS HORMON DOPAMINE isteri saya.
Padahal hormon dopamine ni sangat la penting untuk naikkan balik semangat dan motivasi dalaman isteri saya!
Hormon dopamine ni akan meningkat kalau saya selalu menghargai dan puji isteri saya kerana benda ni semua adalah ‘social reward’ pada otak isteri saya.
Tapi..
Inilah kelemahan terbesar saya, saya kurang menghargai dan memuji!
Shopping Online Boleh Meningkatkan Dopamine Isteri
Tu la kenapa saya selalu bagi isteri saya ‘shopping’. Paling saya suka sebenarnya kalau isteri saya ‘online shopping’ je sebab perasaan teruja menunggu barang sampai dan membuka bungkusan ( anticipating the reward ) tu la yang akan membuatkan dopamine isteri saya makin cepat meningkat!
Tak percaya cuba korang tengok mimik muka isteri korang masa dia baru buka bungkusan atau parcel yang sampai tu. Berbunga bunga dan berseri wajahnya kan? Tu lah tanda dia sedang BAHAGIA ?
p/s : Ni la cara saya tutup kelemahan saya yang selalu sibuk dan kurang memuji dan menghargai. Apa pun, saya akan tetap cuba baiki diri. Doakan saya!
Seniwati Fauziah Ahmad Daud berkongsi berita duka tentang pemergian adik lelakinya, Fazal Ahmad Daud, yang meninggal dunia akibat komplikasi batu karang dalam hempedu.