Momen memberikan anak ubat memang mencabar. Ada anak yang suka dan pandai menyuapkan ubat sendiri, ada pula yang begitu mencabar dan menolak mentah-mentah.
Inilah yang dilalui oleh pasangan selebriti, Shukri Yahya dan isterinya Tya Adnan yang berdepan cabaran menyuapkan anak kedua mereka yang tidak sihat.
Gelagat anak kedua pasangan ini, Maleeq Miqayl yang tidak mahu makan ubat menarik perhatian ramai.
Menerusi Instagramnya, Tya turut memuat naik video kedua mereka yang berperang untuk menyuapkan anak ubat.
Mana tidaknya, walau puas dipujuk, si comel Maleeq tetap tidak mahu untuk makan ubat sebelum dipegang oleh bapanya.
Namun apa yang menarik perhatian pastinya interaksi dua anak beranak itu yang mencuit hati. Tambah-tambah lagi sisi kebapaan Shukri Yahya yang berusaha memujuk anaknya dengan cara paling baik. Memang cool!
Ads
“Adoi adik hahahahha. Macam ni la setiap kali nak bagi makan ubat dekat si adik @maleeqmiqayl. Berperang jenuh mommy ayah pujuk macam cara,” kongsi Tya di Instagram.
Menurut perkongsian Tya, dia dan Shukri bersyukur kerana anak sulung mereka, Aaira Ameena sejak kecil lagi begitu pandai makan ubat dan langsung tidak mempunyai masalah berbanding anak kedua mereka.
“Waduhh kok susah banget yah. Si kakak alhamdulillah daripada kecik suka makan ubat. Siap minta nak makan ubat pulak.
Ads
“Tu la orang cakap, setiap anak tu tak sama. Macam pe’el. Ni baru dua. Doakan Maleeq cepat cepat sihat k,” kongsinya lagi.
Aksi Maleeq selepas makan ubat lebih menarik perhatian ramai. Nampak kelegaan selepas berperang lama bersama ibu dan ayahnya. Semoga cepat-cepat sembuh!
Terdahulu, Shukri Yahya dan Tya Adnan mendirikan rumah tangga pada 20 November 2015. Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata, Aaira Ameena dan Maleeq Miqayl.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Sejuk hati ibu yang mengandungkan bila mana melihat anak yang rajin tulang membantu ibunya walaupun masih lagi kecil.
Perkongsian pelakon, Puteri Sarah Liyana yang memuat naik video anak sulungnya, Syaikhul Islam yang ringan tulang membantunya mencuci pinggan di dapur menarik perhatian ramai.
Menerusi Instagramnya, Syaikhul yang baru berusia 5 tahun itu memaklumkan mahu membantu ibunya di dapur kerana amat menyayangi ibunya.
“Good morning from Syaikhul Islam anak yang baik, anak yang soleh.
“Keep being you, anak yang rajin tolong mama dan hormat orang tua ❤️❤️❤️,” tulisnya.
Malah kata Puteri Sarah lagi, walau baru berusia lima tahun, namun anak kecilnya itu cukup matang bahkan begitu sayang dan bersifat sentiasa melindungi adik perempuannya, Sumayyah.
“Baru 5 years old tapi matang & sayang dan sentiasa protect adik,” tulisnya lagi.
Video yang dimuat naik ibu cantik manis ini menarik perhatian ramai. Mana tidaknya, aksi comel Syaikhul yang begitu petah berkata-kata ditambah pula dengan ucapan manis buat ibunya buat ramai yang cair.
“Hai gais, so saya wash pinggan. Saya nak jadi rajin sebab saya selalu tolong mak saya cook dan basuh pinggan hari-hari. Sebab saya sayang mama saya. So saya tolong mama sayalah, katanya dengan begitu lancar sekali.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut ibu kepada dua cahaya mata ini terpesona dengan ungkapan manis Syaikhul buat ibunya malah memuji kerajinan anak kecil itu yang ringan tulang membantu ibunya.
Malah Syaikhul, anak sulung pasangan Puteri Sarah dan Syamsul Yusof ini juga langsung tidak kekok ketika mencuci pinggan dan nampak seperti sudah terbiasa melakukannya saban hari.
Syabas Syaikhul. Semoga menjadi anak baik dan sentiasa menjadi pendamping setia malah ringan tulang membantu ibunya.
Shakina Rajendram diberitahu bahawa kehamilannya adalah satu kehilangan dan tiada lagi yang boleh dilakukan untuk menyelamatkan kembar yang dikandungnya, dia dan suaminya warga Kanada enggan berputus asa.
Selama berbulan-bulan selepas itu, mereka melalui masa yang sangat traumatik dan tertekan, tetapi setahun kemudian, anak perempuan dan anak lelakinya bukan sahaja berkembang maju tetapi juga pemegang dua Rekod Dunia .
Mereka secara rasmi adalah kembar paling pramatang dan paling ringan di dunia yang pernah dilahirkan.
Pasangan itu menyambut hari lahir pertama Adiah Laelynn dan Adrial Luka Nadarajah, yang dilahirkan pada 4 Mac 2022 – 126 hari atau lebih awal empat bulan.
Adiah, dilahirkan 23 minit sebelum abangnya, seberat 330g dan Adrial 420g, menjadikan mereka kembar paling ringan yang pernah dilahirkan pada berat gabungan 750g.
Pasangan kembar itu memecahkan rekod dunia sebelumnya iaitu 125 hari yang dibuat oleh Keeley dan Kambry Ewoldt, yang dilahirkan pada 24 Nov 2018, di Amerika Syarikat.
Kami sebenarnya tidak tahu bahawa bayi kami akan dilahirkan terlalu awal. Saya telah menjalani ultrasound selama 20 minggu dua minggu sebelumnya, dan semuanya baik-baik saja. Bayi itu membesar dengan baik, dan tiada komplikasi atau kebimbangan mengenai kehamilan itu,” kata Shakina, 35, kelahiran Seremban, yang berpindah ke Kanada pada 2014.
Shakina teringat bahawa ia benar-benar mengejutkan mereka apabila dia bersalin pada 21 minggu dan lima hari kehamilan.
Kami takut kami akan kehilangan bayi, kerana doktor memberitahu kami bahawa mereka tidak akan bertahan jika mereka dilahirkan seawal itu,” katanya dalam temu bual telefon dari rumahnya di Toronto.
Dia berkata kembar itu keluar ke dunia pada usia kandungan tepat 22 minggu. Ini adalah kehamilan keduanya.
Shakina, penolong profesor di Universiti Toronto, dan suaminya, Kevin Nadarajah, 37, terkejut,
“Tiada kata-kata yang dapat menangkap kesedihan mental dan trauma emosi yang kami alami ketika menerima bayi yang tidak bernyawa,” katanya.
Kevin teringat berjaga pada waktu malam, “muka berlinang air mata, dan berdoa untuk tanda harapan”.
“Walaupun terdapat batasan untuk apa yang boleh dilakukan oleh doktor, kami berdoa untuk keajaiban
Kasih sayang, sokongan dan doa rakan dan keluarga kami dari seluruh dunia membantu kami melalui saat yang paling sukar dan paling gelap. Kami terpaksa berjuang sangat keras untuk nyawa bayi kami, tetapi kami tidak pernah bersendirian dalam perjuangan kami kerana kami sentiasa dikelilingi oleh keluarga dan rakan-rakan yang membantu kami kekal kuat,” kata Kevin, yang bekerja dalam bidang kewangan dan merupakan seorang pemuzik pada waktu malam. dengan saluran YouTubenya sendiri.
Selepas itu, Shakina telah dipindahkan ke Hospital Mount Sinai di Toronto, pakar cuba menyelamatkan semula bayi berusia 22 minggu apabila kebanyakan hospital tidak cuba menyelamatkan bayi yang dilahirkan sebelum 24 minggu.
Namun, pasangan itu dimaklumkan bahawa jika bayi itu dilahirkan walaupun beberapa minit sebelum 22 minggu, mereka tidak akan dihidupkan semula. Mereka juga dihalang daripada menghidupkan semula bayi walaupun mereka berjaya mencapai 22 minggu.
“Kami diberitahu ia akan menjadi ‘hukuman mati’ untuk mereka dan mereka akan mengalami banyak kecacatan, tetapi kami menegaskan bahawa bayi kami diberi peluang untuk hidup,” kata Shakina.
Bayi-bayi itu berada di hospital selama hampir enam bulan, dan terdapat komplikasi termasuk pendarahan otak, sepsis dan pengurusan cecair. Mereka juga mempunyai kulit yang sangat nipis dan telus.
Pasangan itu dinasihatkan berkali-kali untuk mempertimbangkan untuk menarik balik rawatan perubatan, tetapi itu hanya menguatkan tekad mereka untuk menyelamatkan bayi mereka.
Walaupun doktor memberi tumpuan kepada risiko, Shakina dan Kevin sebaliknya memberi tumpuan kepada kemajuan bayi mereka.
Adiah dibenarkan keluar selepas 161 hari dan Adrial selepas 168 hari di unit rawatan rapi neonatal.
Kedua-dua kembar itu kini berada dalam keadaan baik, “bukan hanya bertahan tetapi berkembang maju”, kata ibu bapa mereka yang bangga.
Nenek Mallika, yang kini merupakan dekan di Universiti Antarabangsa Unitar di Selangor dan kolumnis untuk pengeluaran The Star’s Education, tidak dapat pergi ke Toronto untuk kelahiran cucunya.
Dia teringat melihat gambar pertama bayi yang baru lahir sebagai “sangat menyayat hati”.
“Ia hanya sebesar tapak tangan, dengan semua tiub dan jarum mengalir melaluinya.
“Tetapi seperti ibu bapa mereka, bayi-bayi itu pejuang dan masih terus berjuang. Apa yang mengagumkan saya ialah kekuatan, keberanian dan ketabahan ibu bapa mereka, serta keimanan dan keengganan mereka untuk berputus asa.”
Mallika akhirnya dapat melakukan perjalanan jauh ke Kanada pada Disember tahun lalu.
Fikiran pertama yang bermain di fikirannya ketika dia melihat cucu-cucunya ialah “betapa kuat dan cantik mereka dan betapa mereka mahu hidup”.
Ibu mana yang tidak sayu hati melepaskan anak kecilnya yang sebelum ini sentiasa di bawah jagaan kini melangkah ke alam persekolahan.
Penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza turut merasai kesayuan yang sama bila mana melepaskan anak sulungnya, Siti Aafiyah ke sekolah pagi tadi.
Mahu membiasakan diri dengan persekitaran dan menimba ilmu, si comel Aafiyah yang kini berusia empat tahun sudah pun ke sekolah.
Menerusi Instagramnya, Dato’ Siti pagi tadi, penyanyi kesayangan ramai ini memuat naik sekeping gambar ketika menghantar Aafiyah ke sekolah.
Malah Siti turut berkongsi cerita kisah Aafiyah yang begitu semangat untuk ke sekolah malah bangun awal pagi untuk bersiap.
“Alhamdullillah, Harini first day Aafiyah masuk preschool. Malam semalam Aafiyah tidur awal, bangun tadi ayah kejutkan dia, kata nak masuk sekolah. Dia tak cranky pun.
“Bersiap cantik dan siap pose lagi depan ayah & ibu dengan baju sekolah,” tulis Siti.
Bahkan kata ibu cantik manis ini lagi, Aafiyah bukan sahaja dengan mood yang begitu baik untuk ke sekolah bahkan begitu bersemangat untuk bersama kawan-kawan.
Menurut kata Siti lagi, dia begitu gembira walau dalam rasa sayu melihat anaknya yang kini sudah pun besar untuk melalui dunia baru dalam hidupnya.
“Semangat betul dia nak ke sekolah. Subhanallah, sampai sekolah depan pintu kelas, dia terus masuk tak tengok belakang dah.
“Ayah ibu yang panggil minta salam. Ibu nak nanges tapi tahannnn jek,” kongsinya lagi
Dalam pada itu, Siti turut mendoakan agar perjalanan baru anak kecilnya itu dipermudahkan malah sentiasa terang hati untuk belajar.
“Semoga Allah SWT pelihara anak ibu dan Aafiyah menjadi hamba Allah yang terang hati, diberikan kelancaran dapat menuntut ilmu agama , dunia akhirat dan hamba yang memberi manafaat kepada insan lain .. aamin ya rabb. (Tq teacher Na bantu Aafiyah),” tulis Tok Ti di Instagramnya.
Rakan-rakan selebriti dan pengikut penyanyi kesayangan ramai ini turut sama mendoakan Aafiyah dipermudahkan malah memuji semangat yang ditunjukkan anak kecil itu.
Terdahulu, anak sulung Dato Siti, Siti Aafiyah dilahirkan pada tanggal 19 Mac 2018. Siti dan Datuk K turut sama menyambut kelahiran anak kedua mereka, Muhammad Afwa pada 19 April 2021.
Bersempena dengan Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2024, pertandingan Baby Merangkak Race Pa&Ma X Simpan SSPN telah diadakan di MyTown Shopping Centre, Kuala Lumpur,...