Susu kultur adalah antara contoh makanan yang mengandungi probiotik atau dipanggil bakteria baik. Bakteria baik ini berfungsi meningkatkan persekitaran sihat di dalam sistem penghadaman. Puan Nurbaidurah Bazid, Pegawai Dietetik berkongsi bilakah susu kultur sesuai diberikan kepada kanak-kanak.
Bilakah susu kultur ini boleh diberikan?
Menjawab pertanyaan ini, terdapat beberapa kajian mengenai susu kultur atau probiotik di kalangan kanak-kanak bermula satu tahun dan ke atas. Kebanyakan kajian menunjukkan kesan yang positif khususnya bagi mengatasi atau mengurangkan penyakit atau gejala yang berkaitan dengan usus atau sistem penghadaman.
Namun, tidak banyak kajian yang dijalankan kepada bayi yang berusia bawah satu tahun. Maka saranan saya, susu kultur ini boleh diberikan pada seawal usia satu tahun tetapi perlu dikawal dan jangan berlebihan. Saranan saya mengikut kajian-kajian yang terdapat kini, hadkan pengambilan susu kultur pada kadar 65ml sehari, atau bersamaan 1 botol kecil sehari.
Seterusnya, apakah alternatif lain yang juga mengandungi probiotik atau bakteria baik ini?
Antaranya ialah kefir dan makanan yang ditapai seperti tempe. Suka untuk saya kongsi di sini, selain bakteria baik (probiotik), ada satu faktor lain yang menyumbang meningkatkan lagi kesihatan sistem penghadaman iaitu prebiotik. Ia adalah hasil daripada makanan yang tidak terhadam dalam sistem penghadaman, yang memberi manfaat menyokong pertumbuhan bakteria baik. Fungsinya sama seperti makanan kepada bakteria baik.
Antara contoh makanan yang mengandungi prebiotik adalah madu, bawang merah, asparagus, pisang dan oat. Maka, selain kita mengambil bakteria baik, makanan untuk bakteria baik ini juga penting bagi memastikan ketahanan bakteria baik yang berada di dalam sistem penghadaman.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bubur nasi anak bukan sahaja perlu sedap rasanya tapi boleh bertahan lama. Tidak dapat dinafikan menyediakan bubur nasi anak saban hari memang mencabar lebih-lebih lagi bagi ibu bekerja.
Apa kata kita cuba cara yang dikongsikan oleh ibu ini pula. Memang pantas. Macam mana nak buat? Jom ikuti perkongsian resipi Puan Nor Aminah Shuib.
Hi mommies. Just nak share cara saya masak bubur untuk baby saya umur 6 bulan lebih. Saya buat bubur basic tanpa letak apa-apa dan blend halus. Sekali masak tu untuk 3 kali makan.
Tak perlu frozenkan. Saya simpan dalam chiller ja sebab pernah baca boleh tahan 48 jam. Rasa bubur pun kekal fresh ja macam baru masak.
Untuk perasakan bubur tu saya akan gilir-gilir letak bahan berlainan setiap hari supaya baby tak jemu. Bahan-bahan tu saya frozenkan.
Senang nanti panaskan ja dengan bubur kosong tu. Kadang-kadang saya tambah serbuk ikan bilis or serbuk cheese ke untuk sedapkan lagi. Evoo pun saya letak jugak dalam bubur lepas dah panaskan tu.
Bahan-bahan tu kalau ada masa saya nak pelbagaikan lagi. Cuma sayur hijau tak sesuai untuk frozenkan.
Nak bagi pada pengasuh pun senang. Pengasuh cuma perlu panaskan. Alhamdulillah setakat ni baby suka makan dan berat baby pun ok.
Ni cara saya buat sebagai ibu yang bekerja dan tak ada banyak masa sangat. Mungkin cara saya ni bukan yang terbaik tapi bagi saya cara ni sangat memudahkan. Syabas semua mommies dalam ni yang sentiasa berusaha buat yng terbaik untuk baby masing-masing.
Nota: Cara yang dikongsikan oleh ibu ini memang sangat membantu ibu-ibu yang bekerjaya. Cepat, mudah dan praktikal.
Tidur tak nyenyak, bermain tak selesa, semuanya kerana gara-gara asma yang menyerang anak kecil kita. Malah ada diantara anak-anak kita yang terpaksa bergantung kepada pemakaian inhaler bagi melancarkan pernafasan mereka.
Menurut perkongsian Dr Mazliana Mazlan, menjaga pemakanan anak disamping meningkatkan imuniti tubuhnya dapat membantu anak sembuh dalam masa setahun.
Kuncinya adalah dengan mengelakkan beberapa perkara dan makanan-makanan tertentu. Jom ikuti panduan yang dikongsikan oleh beliau.
Tips anak sembuh asthma sepenuhnya dalam setahun.
Kalau buat semua tips ni, perubahan kita boleh nampak dalam masa sebulan je, insyaAllah. Anak saya hampir didiagnos asthma. Doktor pakar dah bagi inhaler untuk guna di rumah.
Saya strict dengan makanan anak dalam tempoh 6 bulan, untuk pastikan anak betul sembuh dari asthma. Dan masih teruskan dengan pemakanan macam ni sampai setahun.
Dah tak ada episod batuk malam lepas 1 bulan buat semua ni. Dah tak ada cerita batuk berpanjangan lebih seminggu. Dah tak ada kisah pergi klinik jam 3 pagi untuk neb. Dah tak ada drama tak tidur malam risau tengok anak dada berlekuk dan wheezing. Alhamdulillah, Allah lorongkan jalan dan izin menjadi.
Saya pulangkan inhaler pada doktor, sebab anak tak pernah guna sepanjang doktor prescribe. Nak anak sembuh sepenuhnya dari asthma, tak perlukan modal yang banyak pun sebenarnya. Cuma modal dari segi masa dan effort ibu ayah je, ini yang kena sangat-sangat tinggi.
Ada banyak kaedah rawatan untuk sembuh dari asthma. Yang saya share, ini yang saya buat. Dan alhamdulillah Allah izin menjadi untuk anak saya sembuh sepenuhnya dari asthma.
1. Stop terus semua makanan tinggi proses. Makanan dalam pek, dalam tin, yang tahan sampai 2 – 3 tahun, saya stop beli. Tinggi proses, tinggi pengawet dan aditif.
2. Banyak bagi real food. Stok buah sebagai snek kat rumah masa tu. Cari buah yang anak tak batuk bila makan. Makan nasi sebagai makanan utama.
Buah naga, epal, jambu, nasi, keledek, carrot, brokoli, ikan, ayam. Banyak je makanan anak boleh makan sebenarnya kan.
3. Tak ada roti dan susu di rumah. Saya pastikan tak ada langsung dua makanan favourite anak-anak yang ini. Tak akan sesekali beli roti di kedai, buat sendiri kat rumah pun tak.
Cekodok, cucur bilis, apa-apa yang perlu guna gandum, pun saya stop kejap dari anak. Mee, spageti, pasta, semua ada gandum, saya stop jugak bagi anak. Atau ganti versi gluten free.
4. Banyak masak sendiri di rumah. MSG tak dapat elak bila anak makan di luar. Bahan makanan yang trigger anak batuk, saya tak dapat kawal bila makan di luar. Jadi saya cuba masak setiap hari walau menu hanyalah ikan goreng dan sup sayur.
5. Tidur kualiti. Pastikan anak tidur sebelum 10 malam. Tidur bantu kuatkan sistem imun anak.
6. Grounding Setiap hari bawak anak keluar main di luar rumah. Jijak tanah atau rumput tanpa kasut.
7. Sunning Tak ada hari berlalu tanpa bawa anak keluar untuk rasa cahaya matahari. Sunning kuatkan imuniti, baiki emosi anak. Sangat penting bila anak kerap tak sihat.
8. Bagi supplement dalam bentuk real food. Saya banyak cari supplement dalam bentuk makanan, tanpa gula dan tidak toksik. Sihatnya tubuh badan anak, bermula dari usus yang sihat, jadi beri makanan yang baik-baik pada anak asthma.
Antara yang saya pernah guna; – Minyak zaitun tinggi antioksida – Minyak kelapa bersifat antiradang – Air kelapa air detox sihat untuk anak – Baobab powder sumber vitamin C – Habbatussauda’ ibu kepada semua ubat – Almanna baiki usus – Madu bersifat antiradang – Magnesium flakes untuk imuniti – Essential oils yang support paru-paru
Kalau buat semua ni ubat kena makan ke?
Saya cadangkan, korang terus je rawatan dengan doktor yang merawat seperti biasa. Cuma, tambah 7 tips yang saya share, supaya anak bukan je terkawal dengan asthma, tapi terus sembuh sepenuhnya, tak perlu bergantung lagi dengan inhaler, insyaAllah.
Korang boleh try k, kalau dah buntu sangat macam mana nak urus anak asthma.
Bila anak makin membesar, semua benda dia nak buat sendiri. Ibu jangan halang atau cepat marah kerana itu memang perkara normal yang bagus untuk perkembangan anak.
Tahukah ibu ayah, si kecil yang cuba buat sendiri semua perkara akan lebih cepat bijak, berdikari dan matang. Ini kerana ia belajar merangsang otak serta perkembangan motoriknya.
Ada ibu yang ‘tak kuasa’ tengok rumah bersepah kalau anak kecil sibuk nak makan sendiri. Akibat malas nak berkemas, dia lebih rela menyuap anak makan sehingga menjadi kebiasaan sampai besar.
Memang elok kalau anak makan disuap ibu sebab katanya bagus untuk ‘bonding’ anak-beranak tapi dari aspek perkembangan motorik anak ia mungkin sesuatu yang tidak baik.
Sebenarnya bila mendedahkan anak sejak usia kecil lagi untuk makan sendiri, ia dapat melatih kemampuan motorik mereka. Selain itu kaedah ini juga dapat dijadikan salah satu cara meningkatkan keyakinan diri anak.
Sebelum mengajar si kecil makan sendiri, pastikan ibu tahu bila masa sesuai untuk ajar anak. Syarat pentingnya anak mesti sudah boleh mengawal lehernya dengan baik. Jangan ajar anak makan sendiri sekiranya dia belum dapat mengawal leher sendiri kerana ia boleh membuatkan anak tercekik. Selain itu anak juga mesti sudah diperkenalkan dengan makanan pejal yang mula diberi pada usia 6 bulan.
Tunjuk contoh cara makan
Bayi anda belajar daripada contoh yang ditunjukkan kepadanya. Oleh kerana si kecil cepat meniru dan mengikut perbuatan orang dewasa maka tunjuk cara makan yang betul ya! Mulakan dengan cara mengambil makanan, memasukkannya ke dalam mulut dan mengunyahnya. Sesekali ajak anak makan bersama. Momen tersebut akan menjadi momen yang baik kepada si kecil untuk belajar makan dengan betul.
Finger food bantu proses belajar makan lebih mudah
Memberi anak finger food atau makanan jejari yang mudah dipegang dan disuap menggunakan tangan anak sendiri juga cara mudah mengajarnya makan. Antara contoh finger food yang anda boleh bagi anak adalah lobak merah, brokoli yang direbus biskut dan macam-macam lagi. Namun, elakkan daripada memberi si kecil makanan yang boleh menyebabkan dia tercekik seperti anggur, kismis, kekacang dan sebagainya.
Keselamatan mesti diutamakan
Jangan anggap kalau anak sudah boleh makan sendiri maka anda boleh biarkan mereka makan tanpa diperhatikan. Mereka tetap si kecil yang tak pandai mengawal diri lagi. Mungkin ada anak yang akan makan lebih baik jika ibu tidak duduk di sebelahnya.
Oleh itu anda mungkin boleh memberikan waktu kepada si kecil untuk makan sendiri tetapi tetapi mengawasinya dari jauh sambil membuat aktiviti lain. Ini bertujuan supaya anda dapat segera bertindak sekiranya si kecil tersedak dan sebagainya.
Mengajar si kecil makan sendiri bukan semudah yang disangka. Ibu ayah kena banyak bersabar sebab akan berlaku kekecohan, makanan tertumpah, berterabur dan macam-macam hal lagi.
Jangan cepat melenting dan marahkan anak. Ibu juga jangan cepat hilang sabar melihat anak lambat makan dan segera memberikan bantuan sebab geram tengok makanan lebih banyak bersepah berbanding yang masuk ke dalam mulut si kecil.
Itu perkara normal sebab mereka kan tengah proses belajar. Yang penting, sediakan tempat makan yang akan memudahkan proses anda mengemasnya nanti.
Ingat ya ibu, melatih anak belajar makan sendiri juga satu kemahiran penting untuk mendidik mereka menjadi anak yang berkeyakinan diri dan berdikari. Bukankah kebanyakan anak yang berdikari itu otaknya lebih bijak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!