Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, wajarlah untuk kita semua tahu tentang perkara ini terlebih dahulu. Buat anda yang mungkin belum tahu, flos gigi adalah perbuatan mencuci kawasan di antara celah-celah gigi menggunakan flos – sejenis tali atau jaring halus yang boleh memasuki kawasan celah gigi.
Kebiasaannya, proses mencuci kawasan celah gigi ini dilakukan selepas memberus gigi untuk melengkapkan kitaran atau aturan mencuci mulut. Namun inilah yang menjadi masalahnya kerana individu cenderung menganggap bahawa memberus gigi sahaja sudah lebih daripada cukup.
TIDAK, ini kerana memberus tanpa memflos tidak akan mengeluarkan plak yang tersepit di kawasan celah gigi. Dengan flos, maka segala kotoran tersembunyi dapat dibuang lantas menghindarkan masalah mulut berbau.
Siapa perlu flos gigi?
Ads
Hakikatnya, persoalan ini tidak perlu timbul kerana semua orang perlu tahu maksud flos gigi dan melakukannya demi kesihatan oral yang lebih baik. Di sebalik kenyataan ini, mungkin terdapat beberapa golongan yang wajar menitikberatkan soal ini iaitu pemakai pendakap gigi.
Ini kerana pengguna pendakap gigi adalah lebih disarankan untuk memflos gigi ekoran besi yang dipakai pada gigi itu akan menyukarkan atau menyulitkan proses memberus gigi.
Ia seterusnya akan menyebabkan lebih banyak plak berkumpul pada kawasan celah gigi dan juga celah besi yang digunakan untuk merapatkan atau meratakan susunan gigi itu.
Selain itu, ada satu lagi golongan yang ditekankan iaitu kanak-kanak atau bayi.
Persoalannya, bila ibu bapa boleh mula membantu si kecil melakukannya?
Umur berapa si kecil boleh mula melakukannya?
Menurut kajian yang dijalankan oleh Stanford Children’s Health, ibu bapa perlu mula memflos gigi anak apabila si kecil sudah mempunyai 2 batang gigi.
Ini adalah sekitar usia 2 ke 3 tahun di mana proses pertumbuhan gigi susu biasa berlaku. Sebelum 2 batang gigi si kecil anda tumbuh, maka flos gigi masih belum diperlukan.
Kebiasaannya, ibu bapa perlu membantu mereka memflos gigi dari usia 2 ke 3 tahun sehingga 8 ke 10 tahun sebelum mereka boleh melakukannya secara sendiri.
Ads
Namun, ini sudah pasti menjadi satu cabaran buat ibu bapa bukan?
Bagaimana ibu bapa boleh membantu si kecil?
Pertama sekali, ibu bapa perlu sentiasa menemani anak anda di dalam bilik air dan membantu gosokkan gigi mereka lebih-lebih lagi golongan bayi.
Berikut merupakan langkah yang wajar ibu bapa ikuti:
-Gunakan berus gigi kecil dan lembut yang boleh anda masukkan ke dalam satu jari sahaja.
-Gunakan ubat gigi khas untuk bayi yang tidak mempunyai kandungan menghakis terlalu kuat.
-Gosokkan gigi mereka dengan perlahan dan menyeluruh di bahagian depan, tepi dan belakang gigi.
Ads
-Bilaskan gigi yang telah dicuci dengan menggunakan air bersuhu sederhana.
-Floskan gigi si kecil dengan menggunakan flos yang halus di antara celah gigi.
-Bilaskan gigi sekali lagi untuk membuang kotoran yang berjaya dicungkil.
berus gigi bayi
Bagaimana jika berlaku pendarahan pada mulut mereka?
Sedang ibu bapa asyik membantu si kecil memberus dan memflos gigi, tiba-tiba kalian perasan bahawa keluar darah daripada mulut mereka.
Apa yang perlu dibuat? Yang paling penting, jangan panik!
Ini kerana pendarahan ketika pertama kali flos gigi anak terutamanya yang masih kecil adalah normal. Pendarahan tersebut juga mungkin boleh berlaku kepada orang dewasa yang memflos gigi buat pertama kalinya.
Hari demi hari, pendarahan ini akan berhenti dengan sendiri ketika memflos gigi anak kerana gusi mereka sudah menjadi lebih kuat dan sihat.
Sekiranya pendarahan ini berlaku dengan sangat teruk dan tidak berhenti setelah beberapa hari atau minggu, segera berjumpa doktor gigi untuk rawatan lanjutan.
Akhir kata, jangan lambat sangat untuk mula flos gigi anak ya? Mulakan dari hari ini juga!
Sumber: Hello Doktor
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila anak sudah mula belajar dan menginjak ke alam persekolahan, banyak yang terpaksa anak fokus terutama dalam mengingat pelbagai pelajaran di sekolah.
Selain kismis, kurma dan kekacang, antara makanan yang baik untuk perkembangan otak anak adalah pengambilan saffron. Tak perlu banyak, cukup hanya sehelai dua untuk bekalan dalam air anak ke sekolah.
Menurut perkongsian Penulis Keibubapaan, Pn Hanis Athirah Rusli, saffron adalah suplement semulajadi yang mengandungi pelbagai jenis khasiat termasuklah vitamin dan banyak lagi.
Salah satu supplement semulajadi yang bagus untuk otak anak ialah saffron ni.
Kena ada kat rumah, sebagai supplement semulajadi untuk otak anak kita mudah belajar dan cepat ingat sesuatu.
Boleh bagi anak minum 1 cawan, waktu pagi sebelum anak pergi sekolah atau sebelum anak belajar.
Saffron ni ternyata bagus untuk; – Memori anak – Stabilkan mood anak – Bersifat antiradang – Tinggi antioksida
Saffron ni, kita guna sikit je, tapi khasiatnya masyaAllah sangat banyak untuk anak-anak. Antara kandungan vitamin dan mineral dalam saffron;
– Vitamin C – Iron – Magnesium – Vitamin B – Pottasium
Cara minum air saffron. 1. Ambil 3 helai saffron, masukkan dalam 1.5 liter air. 2. Masukkan dalam peti sejuk, atau boleh letak di suhu bilik. 3. Bagi anak minum setiap hari, bila-bila waktu pun boleh, sebelum anak pergi sekolah pun boleh.
Mudah kan. Air ni, akan bertukar jadi warna kuning tau. Air dengan pewarna semulajadi untuk anak.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Baru sahaja berharap kelahiran anak keduanya sama seperti anak sulungnya, Eidrees, pelakon Anzalna Nasir bersyukur bila mana selamat bersalin pada 20 Mei yang lalu.
Bersalin 11 hari lebih awal dari tarikh due, Anzalna bagaimana pun amat bersyukur kerana semuanya dipermudahkan malah di hari Jumaat penuh berkah, anak kedua kesayangannya kini selamat dilahirkan dengan sihat.
Melalui Instagramnya, Anzalna berkongsi cerita malah pada mulanya, dia juga tidak menyangka akan bersalin lebih awal dari jangkaan.
“Ingatkan Raya Aidil Fitri sahaja mengejut this year, rupanya anak kami pun keluar mengejut,” tulisnya berkongsi.
Kata Anzalna lagi, tarikh sebenar dia bakal bersalin sepatutnya pada 31 Mei namun dipermudahkan segalanya pada hari akhir pemeriksaan bulanannya.
“Sepatunya due date 31/5 dan last check up on the 20/5 tetapi tiba-tiba…hari check up dia nak keluar terus!
“Alhamdulillah syukur lahirlah anak kami pada hari Jumaat yang penuh berkah. Sebenarnya panjang lagi cerita tapi I pendek kan.. to be continued,” tulisnya berkongsi.
Menerusi entri itu, Anzalna turut memuat naik video pendek kakaknya, Diana Nasir yang turut memangku anak kecilnya sambil diperhatikan suami.
Tanpa berkongsi jantina bayi keduanya itu, Anzalna kini masih berada di hospital dan meneruskan rutin berpantangnya.
Malah menerusi Insta Storynya, ibu cantik jelita ini juga memuat naik rutin menyusunya dan amat bersyukur kerana sekali lagi dapat menyusu buat bayi keduanya itu.
Tak lupa juga Fad turut memberikan ucapan penghargaan buat isteri tercinta yang baru sahaja melahirkan anak keempat mereka.
“Assalammualaikum,salam subuh semua..syukur Alhamdulillah,syukur ke hadrat Ilahi,tarikh hari ini 20/10/2020 jam 4:41pagi,isteri saya selamat melahirkan baby boy. Welcome baby mummy and daddy, IBRAHIM JIBRIEL BIN MOHAMAD FADZLIE..
“Terima kasih semua yang mendoakan kami, thank you so much my love @syaheeraarahman ,I LOVE U SO MUCH.
Menjenguk ke ruangan komen, hantaran tersebut dihujani dengan ucapan tahniah daripada rakan-rakan selebriti dan juga peminat.
Terdahulu sebelum itu, Fad ada memuat naik sekeping gambar dirinya dan isteri yang sudah berada di hospital.
Dalam entri tersebut, Fad memohon doa supaya dipermudahkan urusan isterinya bersalin. Dia juga memohon orang ramai untuk turut mendoakan isterinya selamat bersalin.
“Ya Allah Kau mudahkan,jangan Kau susahkan,Ya Allah Kau akhirkan dengan kebaikan”doakan isteri saya mudah dan selamat bersalin ye semua,” tulisnya.
Fad dan Syahirah telah mendirikan rumah tangga pada 14 Mac 2015. Mereka telah dikurniakan anak kembar lelaki Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayya serta seorang anak perempuan, Nur Aminah Mishall.
Tahniah buat Fad dan isteri. Semoga dengan kehadiran Ibrahim Jibriel akan menambahkan lagi kebahagiaan keluarga mereka.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Julung-julung kali di adakan, sempena bulan Ramadan penuh mulia ini Pa&Ma dan Bintang Kecil tampil mencari kelainan yang mengadakan pertandingan Khalifah Cilik yang berlangsung pada Sabtu lalu.