Selain kek coklat, kek marble tradisional adalah kek yang tak pernah menghampakan kita. Rasanya ‘legend’ dan tidak pernah menghampakan. Lagi-lagi kalau dibuat sedikit lembap dan berminyak.
Kek Marble Moist Gebu ini cukup istimewa kerana dihasilkan dengan hanya menggunakan lima bahan sahaja. Memahami masalah ibu-ibu di musim PKP ini, Pn Azlina Ina Fans, cikgu masakan di internet yang cukup popular ini berkongsi resipi kek mudah untuk anda. Jom cuba!
Assamualaikum kita sama-sama kongsi pahala ni, kita sama-sama gembirakan hati ibu-ibu yang tekurung tak tau nak buat apa. Kadang resepi ada tapi semua susah-susah. Resepi kali ni pakai senduk boleh, pakai garfu boleh, pakai whisk pun boleh. Nak bakar boleh, nak kukus boleh, nak pakai periuk nasik boleh. Penting resepi ni jimat bahan dan sangat senang.
Bahan-bahan mudah:
1 cawan 1/2 majerin (pakai cawan minum kopi kontot tu je tapi apa-apa cawan sebenar nya tak kisah janji korang guna satu cawan yang sama je untuk semua sukatan ok)
1 cawan susu pekat
4 biji telur greed b (kalau c 5 ye)2 cawan tepung self rising (kalau tak ada pakai tepung gandum tambah 1 sk baking powder dan kalau nak kukus tambah 1 sk soda bikarbonat, jangan lupa ayak)
2 sb serbuk koko (kalau tak ada pakai milo 3 sb, kalau tak ada pakai serbuk kopi halus 1/2 sebab kalau tak ada juga pakai la sirap 1sb jadi jugak marble nya cuma warna lain)
Satukan dalam besen atau bowl. Marjerin dan susu pekat kacau kan atau tak kisah pakai apa janji sebati, tak payah kembang-kembang pun ok.
Tambah satu-satu telur sambil whisk atau kacau sebati je sampai habis 4 biji tadi.
Ok dapat macam ni lebih kurang.
Tambah tepung kacau laju-laju.
Jadi gini. Senangnya.
Bahagi dua bekas, 1 bekas letak serbuk koko tadi kacau.
Loyang saiz 7 ye kalau 8 dia tak tinggi nanti. Tuang adunan macam gambar tu sampai habis.
Atas dia lorek-lorekkan. Panas kan oven.
Bakar suhu 170 masa 45 hingga 50 minit api atas bawah. Bila dah masak terus keluarkan dan terbalikkan atas board atau redai. Kalau kukus 45 mnt ye.
Resipi sedap: Aiskrim Baskin Robbin Buatan Sendiri Guna 3 Bahan Sahaja Serius Sedap
Cantik!
Resipi wajib cuba: Resipi Tepung Pelita Tak Perlu Kukus Guna Sukatan Cawan Je Confirm Sedap Dan Wangi
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI