Perginya tanpa disangka sama sekali! Itulah yang berlaku kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun apabila maut dipercayai terjatuh dari tingkat 16 di sebuah kondominium di Batu Caves, Gombak pagi Rabu (17 November).
BACA [Bapa Keluar Beli Barang, Anak 4 Tahun Maut Jatuh Dari Tingkat 29 Kondominium]
Mangsa baru bangun tidur
Ibu saudara kanak-kanak itu Fauziah Hanum Cik Ros, 36, berkata, kejadian berlaku pada kira-kira jam 10.30 pagi apabila tiba-tiba beliau sedar mengenai kehilangan anak saudaranya itu selepas didapati tiada di biliknya.
“Semasa kejadian, saya sedang mandi dan dia (anak saudara) baru sahaja bangun tidur kerana dia tidur lewat semalam, namun sebaik sahaja saya siap mandi, saya tidak nampak kelibat dia (anak saudara) di rumah.
“Saya terus telefon Bella (ibu kanak-kanak itu) yang berada di luar semasa kejadian,” katanya kepada pemberita di ketika ditemui di lokasi kejadian.
Anak yang aktif
Katanya, beliau mendapat tahu bahawa anak saudaranya itu berada di tingkat dua kondominium itu selepas dihubungi oleh Bella, yang dimaklumkan orang ramai bahawa ada kanak-kanak dikesan di tempat berkenaan.
Fauziah berkata, anak saudaranya itu merupakan seorang yang aktif dan mempunyai seorang adik lelaki berusia empat tahun yang ketika kejadian turut berada di rumah.
BACA JUGA [Tujuh Anak Rebah, Mulut Berbuih & Berdarah Selepas Makan Cendawan Beracun]
Sementara itu teman lelaki Bella yang hanya mahu dikenali sebagai ‘Am’ berusia 20-an berkata, dia sepatutnya melangsungkan pernikahan dengan Bella Jumaat ini.
Am berkata, beliau sedang tidur di rumahnya di Ampang semasa mendapat panggilan telefon daripada bakal isterinya itu yang memberitahu bahawa anaknya hilang.
Kredit: Bernama
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Makluman Risiko Culik” Sebuah Sekolah Di Kelantan Keluarkan Surat Peringatan Untuk Ibu Bapa
Sebuah sekolah di Kelantan mengeluarkan surat peringatan kepada ibu bapa berkait dengan risiko culik dalam kalangan murid.
Menurut perkongsian daripada Sinar Harian, Surat yang dikeluarkan pada Ahad itu memaklumkan peringatan itu dikeluarkan susulan sejak kebelakangan ini sering berlaku kejadian culik dalam kalangan murid sekolah.
“Sehubungan dengan itu, pihak sekolah berharap ibu bapa atau penjaga dapat mengambil tindakan sepatutnya.
“Menghantar dan mengambil anak-anak mengikut ketetapan waktu, sentiasa memberi ingatan dan pesanan kepada anak-anak serta selalu bekerjasama dengan pihak sekolah untuk menangani sesuatu kes yang berlaku,” kata kenyataan tersebut.
Sementara itu seorang bapa yang enggan dikenali mengakui terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh sekolah terbabit.
Katanya, situasi itu menimbul ketakutan dalam kalangan ibu bapa termasuk anak-anak.
Dia berkata, disebabkan surat peringatan itu tular, kecoh di WhatsApp sehingga menimbulkan perdebatan dalam kalangan ibu bapa.
“Setakat ini, kami belum mendengar sebarang kes melibatkan penculikan kanak-kanak selain daripada peniaga kosmetik di Tumpat.
“Pada saya, peringatan itu perlu tetapi harus disampaikan dalam bentuk berhemah terutama kepada ibu bapa supaya dapat memberikan penerangan jelas kepada anak-anak.
“Bila penerangan tidak jelas, saya bimbang timbul masalah sehingga boleh menjejaskan semangat anak-anak untuk ke sekolah,” katanya.
Sinar Harian pada Khamis lalu melaporkan polis Kelantan menyiasat dua kes tular melibatkan dakwaan cubaan culik dua murid di sebuah sekolah di daerah Gua Musang pada Isnin dan Selasa.
Kredit: Sinar Harian
Anak dah boleh merangkak laju? Ayuh mama papa yang ada baby comel-comel tu, inilah masanya untuk sertai Baby Merangkak Race!. Daftar sekarang di link ini: https://toko.ideaktiv.com/product/simpan-sspnxpama-baby-merangkak-race/
Jom, kongsikan foto comel si manja anda bertemakan Jungle Cuties di SINI! Ada hadiah menarik menanti.(https://www.majalahpama.my/pencarian-bayi-pilihan-pama/)
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ibu Anak 3 Sudah 5 Bulan Ditahan Di Singapura! Terpaksa Tinggalkan Anak Sampai Bengkak Susu
Ibu kepada 3 orang anak, Puan Sabrina menceritakan detik cemas apabila ditahan di Singapura selama hampir 5 bulan. Beliau juga terpaksa berpisah dengan anaknya yang masih menyusu badan kerana tiba-tiba ditahan oleh pihak berkuasa singapura. Ikuti perkongsian beliau.
Ditahan atas kesalahan perniagaan
As Salam semua.. sy sabrina. Terlebih dahulu sab nk ucapkan jutaan Terima Kasih di atas segala sokongan dan nasihat dari semua walaupun sab ada yg kenal atau tidak. Sab dengan rendah hati ingin memohon doa semua dan bantuan apa yg anda boleh berikan pada Sab.
Sab merupakan seorang rakyat Malaysia yg kini ditahan di Singapore atas kesalahan perniagaan dari 1 Jun 2018 hingga kini. Di sini Sab share macam mana sab lalui perkara ni. Sab berniaga di big box dah hampir 2 minggu di sana. Sab share booth bersama 2-3 org yang lain utk menampung kos sewa booth.
Hari Rabu 30/5 semasa berbuka, Sab dpt call dr suami kawan Sab mengatakan barang2 Sab telah diambil oleh polis dan kawan Sab ditahan di balai polis. Sab berada di jb ketika itu. Pada hari khamis 31/5 sab masuk ke singapore untuk berjumpa dengan kawan dan bertanya bagaimana keadaannya dan perlu ke Sab buat apa2 atau tindakan tentang perkara ni.
Dia just inform Alhamdulillah xde pe2 yang perlu di risaukan cuma barang mmg xdpt balik je. So Sab ckp xpe la mungkin xde rezeki ttg barang2 tu dan Sab bgtau gak Alhamdulillah dia xkena apa2 hukuman. Pasa hari Jumaat 1/6 Sab masuk semula ke singapore lebih kurang pukul 3 ptg , mmg lewat sbb hari tu kerana anak yg kecik xsihat & xnak berengang dgn Sab.
Sebelum masuk kawan Sab asyik mesej n call tny bila nk dtg ke big box utk ambil semua barang2 Sab untuk di bawa pulang. Pada mulanye pelik juga kenapa sab kena ambil barang2 sedangkan yg tinggal kat sana cume display item (rak, baju dan kasut yg xde kaitan). Sab smpai je di kastam singapore kawan mesej & tny lagi bila nk smpai sbb katanya managment mall dah bising suruh ambil brg2 sab.
Lebih kurang pukul 4 ptg sab smpai di big box, sab baru jejakkan kaki ke booth trus sab didatangi oleh 2 org pegawai polis ICA seorang lelaki & seorang perempuan. Mereka bgtau sab kena ikut mereka utk kes siasatan, mereka bgtau xnk gari sab sbb xnk malukn sab. Kemudian mereka minta passport & ic sab. Mereka check kereta sab, tp di kereta xde apa2 barang mereka jumpa , kemudian mereka bawa sab ke singapore expo utk check booth sab kat sana ada lagi barang atau apa2. Tp xde apa2 bukti atau barang yg mereka cari di sana.
Dalam kereta mereka bgtau sab kena ikut mereka ke balai utk di soal siasat dan bgtau sab mmg xbleh balik ke malaysia hingga kes siasatan selesai nanti.. sab kena duduk di singapore lebih kurang 1-3 bulan paling cepat. Hanya Allah je yg tau perasaan sab ketika itu, sab fikir anak2 je dalam kepala ni. sbb yg kecik menyusu badan xpernah sab tinggalkn lebih 1 hari..ni pula nk tinggalkan berbulan dan fikir kat mana sab nk tinggal.
Sab smpai balai lebih kurang pukul 6 ptg & trus sab di soal siasat. Dalam soal siasat sab bgtau dgn mereka sab bawa masuk barang2 semua declare melalui kastam dan bayar tax, sab bgtau mereka kalau xboleh mesti x dibenarkan utk di bawa masuk..kemudian dah 2 minggu sab berniaga di big box, pihak organizer dan pihak mall xde dtg tegur atau warning jangan jual.
Sab bgtau mereka juga sab xtahu undang2 kat singapore mcmne. sab nmpk org lain jual so ingat biasa xde pe2. ketika soal siasat polis sendiri cakap kawan awk xde bgtau apa2 ke at least kalau sab tak pergi ke big box atau tak masuk singapore selepas hari kejadian rampasan barang mmg sab xkena apa2, sbb mereka xde details sab sehingga hari tangkapan tu.
Polis bagitau kawan sab yg beri maklumat sab akan dtg big box pada hari tangkapan dan sab ada booth lain di singapore expo. Polis terpaksa tahan sab sebab tugas dia, tp dia pon ckp at least kawan u bgtau xpayah dtg lagi. semasa di tahan sab boleh keluar tp kena ada penjamin rakyat singapore.. husband puas call & mesej cari penjamin tapi ye la sab mana kenal rapat dgn org kat singapore setakat kawan2 biasa saje.. lama juga cari tp sorang pon xnak & xmampu nk jamin sab..
Polis ada call rakan kongsi booth minta dia ikat jamin sab, dia xnk jamin smpaikn polis tu ckp is this call friend.. akhir sekali polis ckp sab ble kuar atas jaminan polis tp sab kena lalui proses gari masuk lokap semua..YA Allah seumur hidup mmg xpernah lalui bila kena gari, duduk dalam lokap smpaikan masa nk duduk lokap xble berhijab dia suruh buka.. Allahuakbar nk xnk mmg kena ikut arahan mereka sab takut sgt masa tu..semasa di tahan, suami sab sendiri jumpa merayu pegawai polis tu minta ditukarkan tempat dengan sab sbb fikirkn anak2..tp polis xbagi..lebih kurang pukul 1 pagi sab dpt keluar dr balai selepas lalui semua proses tu..
Ya Allah masa lepas keluar dr situ xtau macam mana nk bgtau family sab yg xble blk jb sbb ayah sab sakit jantung, sab bgtau adik minta adik bgtau perlahan2 ayah n minta mak tgkkan ank yg kecik dulu.. sab ada 3 org ank smuanya prempuan yg sulung 9tahun, kedua 5thn dan yg kecik 1tahun lebih(menyusu badan) ..selepas keluar, sab xtau arah tuju nk kemana.
Alhamdulillah sab call seorang kakak kenalan dari malaysia kebetulan dia ada di singapore & berjumpa dgn dia.. sab trus terang sab bukan dr keluarga yg senang.. sab & husband berniaga sama2.. tujuaan mmg nk cari rezeki.. umpama apa kita berniaga tu, itulah rezeki kami sekeluarga. Dalam poket kami cash sgd mmg xbyk, fikirkan nk ke mana & buat apa.. Alhamdulillah seorang hamba Allah tolong sab hulurkn bantuan utk sab stay di hotel budget..
Hari Sabtu sab cuba usaha berniaga di expo tapi masa malam lepas berbuka sab mula sakit(bengkak susu)..Dlm kol 2 pagi husband balik jb amik ank yg kecik, lagi 2 org menangis nk ikut tp nk buat macam mana.. Alhamdullilah syukur sangat2 pagi tu dlm kol 7lbh dapat jumpa anak dan menyusukan dia, hati ni xterluah bersyukur sgt sbb dapat lagi menyusukn dia.
Cuba minta bantuan
Kemudian pd hari isnin sab cuba berusaha pergi ke kedutaan malaysia, minta bantuan dan minta pandangan apa yg perlu sab lakukan serta bantuan tempat tinggal jika ada.tapi hampa mereka kata mereka xble tolong, mereka hanya mampu callkan polis tersebut utk percepatkan kes sahaja. Tentang tempat tinggal mereka suggest backpckers sahaja. Sejak dr hari tu sab cuba cari rumah atau bilik yg murah utk disewakan.
Tidak dibenarkan pulang
Tp rata2 yg nk sewakan bilik xnk ada kanak2.. paling tdk couple je boleh.. sbb tu keadaan jadi susah tentang tempat tinggal. Nak sewa rumah masih xmampu.. paling murah ada yg nak bagi sewa $1500. Hari demi hari Alhamdulillah ada kawan membantu, ada yg bg tumpang letak barang utk dijualkan asalkn ada juga hasil pencarian utk tampung hotel kat sini.. sab setakat ni mampu byr hari2 je dekat hotel.. apa yg ada itulah yg sab bayar.. makan utk berbuka.
Alhamdulillah hari2 ada yg sedekahkan.. syukur Alhamdulillah dpt kawan2 sama ada kenal atau x yg sudi membantu sab.. sab xminta apa sab minta doa dr semua. 14hb Jun 11 pagi sab kena dtang balai polis semula, pada masa tu mmg berharap dpt blk passport tp hampa sgt katanya xboleh.. Ya Allah esk raya anak2 lagi dua kat jb, jauh dr keluarga kat mana nak pergi, nak duduk? .. YA Allah sebak sgt bila terkenang macamni. Alhamdulillah sekali lagi ada hamba Allah beri tumpang tinggal di rumahnya, tapi kita ni menumpang ada ank lagi xlama juga sab dpt tumpang dan sab terpaksa pindah duduk di hotel semula.
Alhamdulillah suami sentiasa meneman sab dan ank kecil ni, hampir 1bln lebih sab duduk di hotel kesemua saving dan apa yg ada terpaksa pakai, masa duduk di hotel kami terpaksa ikat perut, apa yg ada makan pon berkongsi 3 suami, anak. Ada ketika sab dapat bantuan makanan dari kawan dr malaysia yg dtg ke singapore, alhamdulillah. Hari demi hari tunggu masih tiada jawapannya. Sab da xmampu duduk di hotel lagi, sab cuba duduk di sebuah tempat yg ni, Alhamdulillah tuan rumah benarkan bawa ank bersama tinggal dengan kadar sebulan sewanya $600 itu tidak termasuk elektrik.
Sab xmampu bayar sewa lagi sekarang, ni pun atas belas kasihan tuan rumah sab dpt membayar ansur2.. Apa ada sab bayar.Selama sab di singapore sab tidak dibenarkan bekerja mahupun berniaga. Di tambah pula sekarang sab terpaksa berpisah dengan anak yg kecil. Kerana sab terpaksa kerap ke balai.. Pihak polis tidak benarkn sab bawa dia ke sana. YA ALLAH.. Sab da mula berjauhan & bercerai susu buat sementara ni.. Family sab(ayah dan mak, adik sab) membantu jaga mereka bertiga tapi tau kan..ayah n mak sab bukan la kuat n sihat sgt risau anak2 dekat sana. Kadangkala anak lagi 2 org datang berjumpa dengan sab.
Pada 20/8 suami dan anak2 pulang ke jb kerana ada urusan yg perlu diselesaikan.. Kebetulan 22/8 aidil adha sab teringin juga makan makanan mak mertua dan ayah.. Suami masuk ke singapore dgn menaiki bas akan tetapi suami pula di tahan di kastam, katanya dia sudah melebihi had tempoh masuk ke singapore dlm masa 3 bln. Suami merayu katanya dapat hantar makanan dan malam balik pun dia xbenarkan.. Lagi sekali Ya Allah dugaan aidil adha sab sorang2 kat sgpore, perut kosong menunggu suami hingga ke petang sbb lama juga suami di tahan.
Akhirnya suami di hantar balik ke jb semula.. Pada masa tu sab beralaskan perut makan maggie je pd aidiladha.. Kesunyian rindu anak2 masih xboleh dibendung lagi.. Ank sab yg sulung xsihat & bbrpe kali terpaksa ke klinik kerana asthma.. Yg no. 2 asyik demam.. Ank yg kecil mak bgtau langsung xde selera nk mkn atau minum susu..apa yg sab buat slalu dr jauh ni hanya video call ngan anak2.. Ibu mana yg kuat bila tau keadaan anak2 mcmtu.. Sab cukup terseksa dengan keadaan mcmni.. Kadang kala tidak boleh nak tipu diri, setiap kali anak tanya bila mama nak balik..
Tapi bila solat sab berdoa harap di beri kekuatan tabah tempuh dugaan ni. Pihak keluarga ada cuba meminta bantuan pihak adun dan pihak adun telah melanjutkan sehingga ke Kementerian Luar Ngeri tentang kes sab. Tetapi hampa, apabila tny update mereka maklumkan maaf tiada bantuan yg boleh diberikan. Sab cuba lagi menghubungi pihak embassy malaysia di singapore, jawapannya tetap sama tiada apa yg boleh dibantu. Pasrah dengan jawapan semua tu. Bila Sab keseorangan di sini sab pula mula demam2, kurang selera makan.. Badan xsedap je.. Hati ni berkata sab mengandung ke, sab minta tlg rakan belikn pregnt test.. Ya Allah… Allah berikan sab rezeki..sab mengandung.. Sab menyusu badan ank, jadinya period mmg xteratur..sab xtau..Berapa bulan pun tak pastu, nak ke klinik di sini tapi tak mampu.
Pada 24/10 hukuman akan dijatuhkan
Tapi…. Dalam keadaan yg sab tau ni.. Sab dimaklumkan nak kena naik ke mahkamah.. Pd26/9 sab telah dihadapkn ke mahkamah.. Mulanya sab akan dijatuhkn hukuman tp sab mohon hakim dilanjutkn jatuh hukum sebab sab perlukan suami dan sab nk jumpa anak2 dulu.. Hati ni xtahan sgt.. Sedih.. Sebak..seolah macam nak rebah je. Alhamdullilah hakim beri masa sehingga 24/10 hukuman akan dijatuhkan. Tetapi nanti 24/10 hakim akan jatuhkn hukuman pada sab, sab akan dikenakan denda. Jika sab x mampu utk bayar sab akan terus diheret masuk ke penjara. DEMI ALLAH.. Sab buntu, hanya berserah kepada Allah.
Sab sekarang menghitung hari 24/10 akan tetapi sab ingin memohon semua doakan sab kuat, doakan sab tidak dikenakan apa2, dilembutkan hati hakim memberi sab peluang, tetapi dalam masa yg sama sab ingin memohon juga sekiranya ada dpt membantu sab mengumpul dana sekiranya sab boleh membayar charge yg dikenakan..sab berharap sgt kalian dapat membantu sab.Sab tidak mampu mencari peguam atau sebagainya, jika antara dapat membantu sy agar sy dapat pulang, sy memohon, merayu… Sab nk balik ke Malaysia, nak bersama anak2 dan keluarga.. Ditambah sab dalam keadaan sarat mengandung ni.. Perut sab makin membesar.. Ya Allah.. Aku memohon pada mu membantu ku.. Doakan sy kuat ye.. jika anda nak hubungi sy boleh whatsapp +6593766462
#barangdibawamasuksecarasahdeclare&bayartax
#disabitkanataskesalahanmenjualbarangtiruan
#cubamintabantuantapitiada
No accc maybank :151017013660 (zul iskandar awaldin)
Yg mengharap – sabrina
Sumber: Facebook Sabrina zul
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Coklat ‘Berhantu’ Bagi Kanak-Kanak. Tak Dapat Mesti Mengamuk! Ketahui Sebab US Haramkan Penjualannya
Coklat ini dikatakan cukup berhantu bagi ‘kanak-kanak’ setiap kali masuk ke kedai atau pasar raya yang meletakkannya di bahagian kaunter hadapan. Walaupun harganya diibaratkan tak masuk akal dengan apa yang dapat, ibu bapa tiada pilihan jika anak mengamuk, menangis dan siap berguling bila kemahuan dihalang.
Disebabkan nak jaga air muka, akhirnya ibu bapa terpaksa juga ikut kemahuan anak dan terpaksa rela membayarnya kan?
Baru-baru ini juga ada ibu bapa yang berkongsi pandangannya dalam Facebook yang menyatakan seelok-eloknya janganlah meletakkan coklat ni di hadapan kaunter bayaran kerana tak semestinya kemahuan anak boleh diikut oleh mak ayah, tambah lagi yang berpendapatan sederhana. Post ini telah viral dan banyak netizen yang menyokong pandangan tersebut.
Ok berbalik kepada isu ini, Public Health Malaysia telah berkongsikan beberapa sebab mengapa coklat ini sebenarnya tak sesuai untuk anak walaupun buat anak gembira.
Mengapakah Coklat Ini Diharamkan di Amerika Syarikat?
Coklat yang cukup popular di kalangan kanak-kanak ini sebenarnya pernah diharamkan penjualan di Amerika Syarikat.
Mengapa?
‘Kinder Surprise’ dihasilkan oleh sebuah pengeluar coklat terkemuka yang berasal dari Itali, Ferraro. Produk popular ini didatangkan dalam bentuk telur dan di dalamnya terdapat 2 bahagian iaitu bahagian coklat di luar dan bahagian mainan di dalam.
Coklat ini diharamkan penjualannya di Amerika kerana ia bertentangan dengan peraturan yang melarang sebarang objek yang “tidak bernutrisi” diletakkan di dalam makanan kecuali jika ia memiliki fungsi yang berguna.
Walaupun ia diharamkan penjualannya di US, coklat tersebut boleh dibeli di negara jiran seperti Canada dan Mexico. Ramai yang cuba menyeludup masuk coklat ini ke US dan akhirnya menerima padah! Sejak 2011, pihak kastam telah berjaya merampas kira kira 60 ribu coklat ini dan pesalah boleh di denda sehingga USD 2500 bagi setiap biji coklat!
Akhirnya pada Mei 2017, coklat ini akhirnya diberi lampu hijau setelah pengeluar coklat bersetuju untuk mengasingkan coklat dan mainan dan ia di pasarkan sebagai “Kinder Joy”.
Risiko Tercekik
Pada 2012, FDA mengeluarkan satu lagi amaran mengenai risiko tercekik dan kematian bagi objek asing yang di letakkan di dalam makanan.
“Amaran- produk ini mengandungi bahagian yang boleh menyebabkan kanak kanak tercekik dan tidak sesuai untuk kanak kanak berusia 3 tahun ke bawah”
Di UK, seorang kanak kanak berusia 3 tahun, Jennifer Ashton, maut akibat tercekit figura Pink Panther yang terdapat di dalam coklat Kinder Joy. Kes yang sama di Perancis, seorang kanak kanak berusia 3 tahun maut akibat tercekik mainan dari coklat tersebut dan telah disahkan maut akibat saluran pernafasan tersumbat.
Susulan dari kes tersebut, 3 keluarga yang telah kematian anak akibat tercekit mainan telah berkempen agar coklat tersebut diharamkan di pasaran EU. Pihak syarikat menyatakan bahawa ia merupakan satu kemalangan yang tidak dapat di duga. Akhirnya, keputusan pihak Kementerian Perdagangan UK berpihak kepada syarikat coklat.
Selain di US, coklat ini juga di haramkan penjualannya di Chile. Ia berikutan satu undang undang khas yang telah digubal pada tahun 2013 yang melarang sebarang bentuk iklan yang menggunakan hadiah seperti mainan untuk sebagai tarikan kepada pembeli khususnya kanak kanak.
Kemudian pada tahun 2016, satu undang-undang Pelabelan Makanan baru memaksa pengeluar makanan untuk memasukkan label memberi AMARAN kepada pengguna mengenai sebarang makanan yang tinggi dalam gula, lemak tepu, sodium, dan kalori.
Mimpi Ngeri Di Kaunter Bayaran
Di Malaysia, coklat ini bagaikan ‘mimpi ngeri’ yang sering menghantui ibu bapa apabila tiba di kaunter bayaran. Baru baru ini telah tular satu status di media sosial yang merayu agar coklat ini tidak di letakkan di kaunter bayaran di pasaraya.
Untuk makluman, bukan sahaja coklat Kinder Joy, segala jenis coklat, minuman ringan dan rokok sememangnya dengan sengaja dipamerkan dan di letakkan berhampiran kaunter bayaran untuk menarik minat pembeli.
Produk-produk ini bukan sahaja merabakkan dompet ibu bapa tetapi apa yang lebih penting adalah memberi kesan buruk kepada kesihatan kanak kanak.
Menyedari akan ancaman ini, atas desakan masyarakat, beberapa pasaraya utama di negara luar seperti Tesco (UK) , Woolworths (Afrika Selatan) telah mengambil keputusan untuk melarang jualan coklat dan makanan tidak sihat di rak kaunter bayaran. Rak rak tersebut telah isi dengan buah buahan dan makanan yang lebih berkhasiat.
Kesimpulan
Artikel ini BUKAN ditulis untuk memboikot produk Kinder Joy tetapi untuk memberi kesedaran kepada masyarkat mengenai 2 isu iaitu;
– Bahaya objek/ mainan yang diletakkan bersama makanan.
– Pemasaran produk makanan tidak sihat di kaunter pembayaran
Jika di perhatikan, kesedaran masyarakat luar mengenai kepentingan pemakanan sihat dan selamat telah semakin meningkat. Dengan sokongan dan desakan masyarakat, pelbagai polisi baru di perkenalkan khusus untuk menepis pemasaran produk makanan yang tidak sihat kepada pengguna.
“ala…sendiri yang pilih, tiada siapa paksa untuk makan”
Ya, memang ia merupakan satu pilihan individu untuk makan atau tidak, tetapi pengguna dan masyarakat perlu dilindungi dari pemasaran industri makanan yang sentiasa mempengaruhi masyarakat untuk membuat pilihan makanan yang tidak sihat, kaya lemak, tinggi garam dan gula.
Malaysia bagaimana?
Sumber: Public Health Malaysia
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI