Pengorbanan seorang ibu untuk melahirkan anaknya tidak dapat dibalas dengan segala kemewahan dunia. Ketika bersalin, ibu langsung tidak memikirkan tentang diri sendiri, apa yang penting anaknya selamat dilahirkan. Bukan semua ibu dapat bersalin normal, ada yang perlu menjalani pembedahan di atas faktor-faktor tertentu.
Melalui perkongsiannya di Facebook, Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Kesihatan Wanita & Kehamilan ada bercerita tentang komplikasi pembedahan c-section ini. Ia adalah komplikasi serius tetapi jarang berlaku.
Komplikasi SERIUS pembedahan c-section yang JARANG-JARANG berlaku :
– Buang rahim secara kecemasan ( emergency hysterectomy) – 7 wanita dalam setiap 1000 kelahiran
-Kemasukkan ke dalam wad ICU – 9 wanita dalam 1000 kelahiran
-Darah beku di kaki, boleh menyumbat salur darah 16 wanita dalam 10000
-Kecederaan pada pundi kencing – 1 dalam 1000
-Kecederaan pada salur ureter 3 dalam 10000
Ads
-Kematian ibu – 1 dalam 12000
-Meningkatkan risko mendapat uri bawah dan uri lekat – 8 dalam 1000
Komplikasi pembedahan c-section yang berlaku agak KERAP :
-Sakit pada bahagian bawah perut dalam beberapa bulan pertama selepas caesar – 9 dalam 100
-Meningkatkan risiko untuk menjalan pembedahan caeserean sekali lagi dalam ikhitiar mencuba bersalin biasa untuk kehamilan berikutnya – 1 dalam 4 wanita
-Kemasukkan semula ke hospital – 5 dalam 100
Ads
-Pendarahan – 5 dalam 1000
-Jangkitan kuman – 6 dalam 100
-Kecederaan luka pada bayi – 2 dalam 100 kelahiran
Bukan untuk menakutkan pesakit, tapi itulah hakikat sebenar seseorang pesakit perlu tahu sebelum beliau menandatangani borang persetujuan pembedahan, setelah diperjelaskan oleh doktor yang merawat ketika itu. Maka setelah mengetahui kemungkinan yang boleh berlaku yang berkaitan pembedahan c-section, bukan sahaja pesakit, doktor yang membedah pun turut sama bersedia untuk menghadapi pelbagai komplikasi yang boleh timbul ini.
Namun demikian, jika pembedahan c-section ini PERLU DILAKUKAN, maka janganlah berdegil atau enggan bersetuju dengan doktor kerana pembedahan perlu dijalankan ketika itu sama ada untuk menyelamatkan nyawa ibu atau bayi. Ya, komplikasi tetap ada, pasukan pembedahan akan bersedia dan berhati-hati untuk semuanya.
Perlu diingatkan, dengan bertambahnya bilangan pembedahan c-section, risiko untuk mendapat uri bawah dan uri lekat untuk kehamilan berikutnya menjadi lebih tinggi. Risiko untuk pesakit dibuang rahimnya – mungkin akibat pendarahan melampau yang boleh meragut nyawa atau disebabkan uri lekat juga MENINGKAT.
Nak operate orang ni bukan macam nak operate perut ikan. Potong-potong pastu jahit macam biasa. Sedangkan yang ada 1 pembedahan caesar pun, bila operate sekali lagi berpeluh-peluh ketiak nak memisahkan organ-organ penting yang melekat pada rahim ataupun dinding abdomen. Apetah lagi 2,3,4,5 dan 11 pembedahan caesaer ! Kusss semangat !
Ya memang kehamilan rezeki Allah bagi, tapi kita mampu merancang berapa besar family yang kita mahukan. Tak guna kalau anaknya ramai, pembedahan c-section berulang-ulang kali, ibu mengalami komplikasi dari pembedahan c-section untuk sepanjang hayat ibu itu.
Jika doktor membenarkan lagi untuk seseorang wanita itu untuk hamil sekali lagi, selepas beberapa pembedahan c-section saya pasti beliau telah bercerita panjang lebarrrr mengenai apa yg telah saya nyatakan seperti di atas.
Fikir dulu sebelum buat apa-apa statement, lebih-lebih lagi jika anda adalah public figure yang mempunyai jutaan followers. Mereka boleh salah anggap dengan membaca statement anda, dan menyebabkan doktor-doktor yang merawat pesakit pening nak menjelaskan pada pesakit.
Perut isteri bukan seperti perut ikan yang boleh dibedah dan dijahit semula sebanyak 11 kali. 🔪
Setiap proses kelahiran baik secara normal atau melalui pembedahan ada risikonya sendiri. Penting untuk si ibu bersedia dari segi mental dan fizikal ketika tarikh bersalin semakin hampir. Semoga segala urusan untuk bersalin dipermudahkan dan kedua-dua ibu juga bayi selamat tanpa sebarang masalah serius.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bayangkan perasaan seorang ibu bila tiba-tiba nampak kesan darah di baju anak selepas menyusu tanpa menyedari punca yang sebenarnya. Lagi bertambah risau, kejadian ini berlaku awal pagi ketika bangun menyusukan anak.
Pengalaman yang dilalui oleh Puan Nurul Ashikin ini adalah pertama kali berlaku dan benar-benar buatkan diri rasa takut dan bimbang mengenai kesihatan anak. Nasiblah apabila dirujuk ke hospital keadaan anak semuanya ok dan bukanlah sesuatu yang serius.
Cerita 3 hari lepas…
3.30am selesai menyusukan anak, saya tak sempat nak sendawakan dia sebabnya tak tahan untuk buang air. Selepas buang air, saya terkejut tengok anak muntah darah sekali susu.
Ayahnya pula ingat warna baju anak luntur sebab kebetulan pakai baju ada warna merah. Ibu mulalah fikir bukan-bukan. Tapi anak saya memang relax je tak ada menangis ke merengek ke. Dia gelak-gelak lagi ada laa.
Saya dan suami hilang ngantuk dah masa ni, blur semacam pun ade juga masa kemas barang-barang baby. Kami pun bergegas terus ke HKL.
Hampir 1 jam doktor ajukan bermacam soalan dan buat pemeriksaan pada anak saya then doktor pun decide untuk ambil darah anak dengan tujuan untuk tahu samaada ada pembekuan darah dalam badan atau tak. Sepanjang menunggu keputusan darah keluar, anak di masukkan dalam wad kecemasan.
Setelah 2 jam result darah pun keluar, alhamdulillah result menunjukkan tak ada apa-apa, normal. Doktor syak darah tu berkemungkinan dari breast saya yang luka. Bila check baru perasan luka. Sebab sebelum ni macam ada spot putih je kat tengah puting tu. Patutlah pedih semacam je bila boboy ni hisap susu.
Doktor pun sarankan supaya breast ibu rehat selama 3 hari. Pam susu dan jika ada darah keluar sekali dengan susu, susu tu perlu dibuang. Suami pulak duk risaukan anak terminum darah saya.Hehehe. Doktor bagitahu tak ada apa, darah tu umpama macam ada luka (ulser) dalam mulut je (tak memudaratkan pada bayi) saya pun bagitahu suami “jangan risau, anak kita tak jadi dracula pun” (nada bergurau)
Apa-apa pun, ini pengalaman baru buat saya untuk anak ke-2 ni selepas 10 tahun memang mencabar betul. Lain sangat dari abangnya dulu. Mungkin masa tu saya muda.. oh tidak! Sekarang pun muda lagi ye. Mama-mama mesti ada juga detik-detik cemas yang macam tu jugak kan. Semoga, anak-anak kita sentiasa dalam lindungan dan jagaan Allah SWT Insya’Allah… Aamiin.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa sangka bayi yang dilahirkan pramatang ketika kandungan 7 bulan seberat 1.35 kilogram dan melalui detik mencemaskan ketika usianya 3 bulan kini membesar dengan sihat dan aktif.
Betullah orang kata, kuasa Allah tiada siapa dapat menandinginya walaupun pelbagai cabaran dilalui ibu kepada bayi istimewa ini ketika di awal kelahiran dan membesarkannya.
Berkongsi pengalaman melahirkan dan membesarkan anak ketiganya, Putri Siti Noor Zubaidah Idris menjelaskan kelahiran kali ini banyak dugaannya.
Muhammad Aidan Rifai Mohamad Idham dilahirkan pada usia 7 bulan dan disahkan mempunyai G6PD DEFICIENT. Ketika dilahirkan beratnya hanya 1.35 kilogram dan di tahan dalam wad selama 45 hari.
Setelah usianya 3 bulan dan saya mula bekerja, saya mengambil keputusan untuk menghantarnya ke pengasuh. Mungkin juga waktu itu antibodi Aidan tak kuat dia terkena jangkitan batuk.
Pengalaman yang tak akan dilupakan
Pada 2 Julai lalu tepat jam 12 am, sekali lagi saya diuji. Ketika batuk Aidan mengeluarkan bunyi aneh dan terus tidak bernyawa. Waktu dalam kekalutan itu saya terus tekan di dadanya tapi langsung tiada reaksi.
Cuba lagi sekali lakukan CPR selama 6 minit dan dalam masa sama ahli keluarga hubungi ambulans. Dalam keadaan tenat Aidan di bawa ke hospital dan doktor sahkan dia mengalami jangkitan paru-paru dan batuk kokol 100 hari.
Selama 23 hari pula di tahan di wad. Jika diikutkan sepatutnya hari ke 17 dimasukkan ke wad dah boleh keluar tapi disebabkan terkena sekali lagi jangkitan dari pesakit baru masuk Aidan perlu ditahan lagi.
Kini alhamdulillah selepas keluar dan diberi penjagaan rapi ketika di rumah perkembangannya lebih baik.
Susu ibu kuatkan antibodi anak
Rahsia yang menguatkan anak sihat selepas peristiwa hitam itu adalah tak putus memberikan susu ibu dan kini setelah 7 bulan beratnya dah 5.7 kilogram.
Kiranya untuk kategori anak pramatang dengan usianya kini dah menunjukkan perkembangan sangat baik. Harap Aidan akan terus kuat dan membesar dengan sihat.
Sumber: Putri Siti Noor Zubaidah Idris
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai ibu terutama yang menyusu badan risau susu badan berkurang ketika berpuasa. “Dahlah cepat lapar dan selalu haus, larat ke aku nak puasa nanti?” Ini antara yang selalu jadi persoalan.
Percaya tak sebenarnya kehadiran Ramadan memberi peluang untuk ibu tingkatkan penghasilan susu dengan berzikir.
Menurut Kaunselor Laktasi, Nad Masrom ibu-ibu yang berpuasa dan menyusui anaknya sebenarnya bukan sahaja mendidik dirinya untuk bersabar dengan ujian berpuasa, tetapi mendidik jiwa yang lain juga.
Siapa lagi kalau bukan anak mereka yang disusukan dengan susu ibu.
Ramadan adalah waktu paling tepat untuk melatih kesabaran.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.