Ketahui Perwatakan Anak Ikut Waktu Lahir. Tak Sangka, Ada Yang Betul!

Share

Setiap anak mempunyai karakter tersendiri. Kita boleh perhatikan perbezaan perwatakan mereka. Tak pernah kita menyangka waktu kelahiran anak sebenarnya mempengaruhi keperibadian mereka.

Menurut kajian astrologi menunjukkan waktu anak lahir sebenarnya mempunyai kaitan dengan perwatakan mereka. Jom, lihat sama-sama!

Lahir jam 5-7 pagi:
Anak yang lahir ketika waktu ini mempunyai perwatakan yang lembut, sukakan kebersihan dan menjaga penampilan. Mereka juga sangat peramah dan rendah diri.

Anak yang lahir pada waktu subuh biasanya mempunyai akhlak yang sopan dan sesuai menjadi ahli psikologi kerana mempunyai karakter yang sangat memahami serta suka membantu orang lain dan murah hati.

Lahir jam 7-9 pagi:
Mereka sangat bercita-cita tinggi, nekad tetapi agak kurang sabar. Pun begitu, anak yang lahir waktu ini mempunyai komitmen yang kuat, seorang yang jujur serta harga diri yang tinggi. Mereka akan berusaha dengan keras untuk mendapatkan apa yang diingini.

Baca Juga:

Makan Tomato Macam Jajan. Patutlah Kulit Anak-Anak Kieda Crepe Cantik Betul!

Tak Puas Hati Kena Paksa Mandi, Adik Ni Bagi Muncung Panjang Pada Ibunya. Comel!

Teliti & Tulisan Cantik, Usia 4 Tahun Anak Dazrin Kamarudin Pandai Mengeja. Bijaknya!

Lahir jam 9-11 pagi:
Sangat menjaga penampilan dan mempunyai perwatakan yang tenang, ceria dan sangat pandai berkata-kata. Juga seorang yang bijak dan selalu menjaga perasaan orang lain.

Sumber foto: www.freepik.com

Sukakan persaingan dan sangat suka jika dapat mengungguli sesuatu yang diusahakan serta bijak merancang strategi.

Lahir jam 11 pagi:
Anak yang lahir dalam lingkungan waktu ini biasanya berminat dengan sukan dan mempunyai kekuatan fizikal. Suka mengembara dan murah hati.

Selain itu juga, mereka sangat suka mengambil berat tentang orang lain seperti ahli keluarga dan rakan-rakan dan sentiasa berusaha untuk kebahagiaan insan yang disayangi.

Lahir jam 12 tengah hari-1 petang:
Anak yang sangat bertenaga dan aktif. Penuh rasa ingin tahu dan suka bermain. Mereka juga mempunyai kemampuan untuk mengajar orang lain dan sangat bertanggungjawab. Mereka juga tahu apa yang ingin mereka usahakan dalam hidup.

Sumber foto: www.freepik.com

Lahir jam 2-5 petang:
Sangat bersopan-santun dan lemah lembut. Mereka suka berfikir dan akan melawan sekiranya ada yang cuba menyakiti mereka. Namun di sebalik sikap suka melawan, mereka sebenarnya sangat tenang.

Tidak sukakan kekerasan tetapi sangat tekad untuk mencapai apa yang diingininya.

Lahir jam 5 petang-7 malam:
Bersikap terbuka tetapi agak kurang sabar dan cenderung untuk melawan. Namun, mereka juga sangat bijak dan berani. Bijak merancang dan mampu bertahan dalam situasi yang sukar.

Mudah membiasakan diri dengan keadaan sekeliling dan mempunyai dedikasi yang tinggi terhadap apa jua yang diusahakan serta boleh dipercayai. Suka bergurau tetapi akan tegas dalam hal-hal tertentu.

Lahir jam 8-10 malam:
Suka memantu orang lain dan sentiasa berbuat baik dengan semua orang. Seorang yang mementingkan kesempurnaan dan tidak suka melakukan kesalahan.

Sumber foto: www.freepik.com

Lahir jam 10-12 tengah malam:
Mempunyai perwatakan yang periang dan sangat kreatif. Tidak suka mengalah dalam apa jua yang diusahakan.

Lahir jam 12 tengah malam – 4 pagi:
Anak-anak yang lahir pada waktu ini sangat kreatif dan penuh imaginasi. Namun, mereka sedikit sensitif.

Lahir jam 12 tengah malam-2 pagi:
Anak yang lahir waktu ini sangat suka berkawan dan sangat dipercayai orang sekeliling. Suka berkongsi ilmu dan sangat mementingkan keluarga.

Lahir jam 2-4 pagi:
Suka berkomunikasi dan membina hubungan yang baik dengan semua orang. Penuh rasa ingin tahu dan sangat pandai menjaga diri.

Setiap ramalan karakter yang disebutkan adalah berdasarkan hasil kajian astrologi. Tak semestinya dipercayai 100% tetapi boleh dijadikan panduan, mungkin ada yang sama dengan perwatakan anak-anak anda.

Sumber: APA CERITA

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera di sini https://toko.ideaktiv.com/product/gathering-mama-hamil-menawan-pama-x-numom/

Published by
Emy H