Menjadi seorang ibu tidaklah mudah. Kadang-kadang akan hilang sabar dek kerana keletihan dan banyak tekanan yang dirasai. Tak kisahlah sama ada ibu bekerja mahupun suri rumah, kedua-duanya akan melalui perkara yang sama.
Banyak sangat buat kerja, mulalah rasa stres. Terlalu penat sehingga jatuh air mata, ingatlah kita manusia biasa. Menangis dan stres adalah perkara normal yang kita rasai.
Kebanyakan ibu lebih suka memendam perasaan, ia sebenarnya tak bagus untuk emosi mereka. Sebenarnya tak salah untuk memberitahu apa yang kita supaya orang lain lebih peka dengan keadaan kita.
Penulis keibubapaan, Wawa Shauqi ada berkongsi tentang hal ini. Ikuti penjelasan beliau ini;
Jadi mak ni, ada waktu yang saya akui, saya lost balance.
Nak jadi mak, nak jadi isteri, nak jadi life planner, nak cope dengan kepenatan mengandung. Semua nak pikul dalam satu masa.
Beberapa minggu lepas, saya burn out. Kepala rasa tepu sangat. Tak terpikul dah rasa.
Malam tu saya menangis teruk. Kebetulan, husband pula sibuk mengurus hal hantar ambil abah dari Pahang ke IJN, balik ke Pahang.
Saya tinggal semua kerja rumah dan menangis di bilik. Datang Aqlan si 6 tahun tu memujuk. Macam anak kecik, saya terus peluk dia. Bahu saya digosok-gosok lembut.
Beberapa minit lepas tu, lega sikit rasa. Agak-agak dah reda, Aqlan tanya saya.
“Mama ok?”
“Mama overwhelmed. Mama stres. Rasa tak larat dah nak kerja.” Kata saya. Tak segan dah tunjuk muka huduh, berselaput air mata.
“Kalau mama tak larat, mama rehatlah dulu. Mama ajar Aqlan. Nanti boleh Aqlan tolong mama sikit-sikit.”
Katanya.
Dengan anak saya yang ni, memang saya sejenis telus je cerita hal ehwal perasaan. Dah macam kaunselor saya buat dia.
Bila dia pulak datang mengadu, saya pulak jadi kaunselor dia.
“Mama kena buat apa ye Aqlan? Mama kena berenti kerja ke? Mama kena usaha lagi?”
Saya cuba menguji dia.
“Ikut mama la. Mama nak berenti boleh. Tapi Aqlan suka mama usaha lagi.”
Katanya dengan tenang. Sambil tangan menepuk-nepuk belakang saya.
Waktu awal-awal jadi mak dulu, saya skeptikal juga. Takut sangat, bila kita mudah zahirkan air mata depan anak, anak pun ikut fragile.
Tapi, pandangan saya berubah, bila dengar sendiri dari nasihat psikologis.
“It’s healthy. As long as we model healthy coping strategy.”
Baca Juga:
Tak Sangka Boleh Ajar Anak Guna Mainan Rosak, Speech Therapist Ini Kongsi Caranya
Tak Puas Hati Kena Paksa Mandi, Adik Ni Bagi Muncung Panjang Pada Ibunya. Comel!
Teliti & Tulisan Cantik, Usia 4 Tahun Anak Dazrin Kamarudin Pandai Mengeja. Bijaknya!
Meluahkan tak sama dengan mengeluh. Bila kita mengeluh, anak pun belajar mengeluh. Tapi meluahkan emosi yang dihadapi, ia berbeza.
Maknanya,
1) Lebih baik kita telus dan terbuka dalam meluahkan kita punya masalah dan perasaan. Berbanding kita sorok dan tidakkan perasaan sendiri.
2) Bila kita lebih terbuka, dan validate perasaan sendiri, anak pun lebih terbuka dengan masalah yang dia hadapi. Dari situ datangnya rasa selesa untuk mereka datang berkongsi. Dan jadikan kita tempat nak merujuk.
3) Sebaliknya, bila kita sorok masalah, dan tidakkan kesedihan yang kita lalui, anak cenderung untuk ikut sorok masalah dan perasaan sendiri. Itu lebih berbahaya dan meningkatkan risiko depres dalam diam.
4) Kajian dari Journal of Psychology pernah memetik, mak ayah yang selindungkan stres dan masalah yang dihadapi, interaksi di antara anak-anak lebih dingin. Dan hubungan sihat antara anak-anak dan parents susah terjalin.
5) Apa yang terbaik adalah, kita terus terang pada anak. Dan tunjukkan cara kita handle rasa stress tu.
6) Antara ‘coping strategy’ yang boleh kita modelkan pada anak adalah :
🟡 Selesa luahkan perasaan pada anak
🟡 Positive self talk : “Insya Allah, mama akan usaha lagi.”
🟡 Bertaawuz
🟡 Berdoa minta petunjuk Allah
🟡 Deep breathing
🟡 Peluk untuk dapatkan support
🟡 Tulis list strategi/ solusi, macam mana nak selesaikan masalah tu.
Awal tu memang tak yakin. Takut anak pun ikut fragile dan tisu macam kita.
Sebaliknya saya nampak anak saya ni lebih pandai ekspresikan apa yang dia rasa. Syukur alhamdulillah.
Especially Aqlan. Sebab dia lebih banyak dapat kesempatan berbicara secara terbuka bab emosi dengan saya.
Dia tak sempurna. Kuat merengek juga. Kalau marah tu, keluar juga suara singa
Tapi alhamdulillah, dia mampu terbuka ekspresikan apa yang dia rasa. Dia tak kekok nak minta tolong untuk cope emosi yang dia rasa susah nak cope. Dan masya Allah, dia boleh namakan emosi kompleks yang dia lalui.
It’s hard. But possible.
Semoga anak-anak kita jadi anak-anak yang beruntung. Sebab ada mak ayah sendiri sebagai tempat yang selamat untuk mereka tuju. Dan bahu untuk anak bersandar bila rasa perlu.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)