Ibu mana yang tidak bimbang bila melihat perkembangan anaknya. Lagi-lagi bila anak kecil itu sentiasa terganggu waktu tidurnya.
Bagi bekas Ratu Cantik Moscow, Rihana Petra atau nama asalnya Oksana Voevodina turut mendapatkan nasihat pakar bila mana anaknya, Ismail Leon mengalami gangguan waktu tidurnya.
Menurut kata Rihana menerusi perkongsian di Instagramnya, Leon pernah terganggu tidurnya malah menjerit ketika tidur ketika masih kecil.
Dan kini kegelisahan di waktu tidurnya itu kembali menyerangkan.
“Malam tadi gelisah. Leon menjerit semasa tidurnya beberapa kali. Dia pasti bermimpi sesuatu yang buruk.
“Saya bangun awal dan masa bersiap untuk ke lapangan terbang, saya terus memikirkan tentang tidur Leon yang tak lena.
“Ia bermula ketika dia masih kecil dan ia tidak berlaku untuk masa yang lama, tetapi hari ini ia berlaku lagi sekali,” kongsinya di Instagram.
Ads
Ibu penyayang ini mula menyifatkan keadaan yang dialami Leon itu sama seperti dirinya ketika mengandungkan Leon dahulu.
“Saya buat persamaan: bila saya tidak tenang, serta-merta turut jejaskan anak saya. Itulah kaitan emosi.
“Menjerit pada waktu malam adalah akibat kehamilan saya yang sukar. Saya sangat gementar dan saya tak dapat tidur dengan lena.
“Ia akan berlalu dengan usia, sudah tentu. Dalam pada itu, saya berusaha keras dan cuba melakukan yang terbaik untuk meminimumkannya,” tulisnya lagi.
Enggan kegelisahan itu berlarutan, ibu cantik jelita ini terus sahaja mendapatkan pandangan dan nasihat pakar.
Malah pakar turut menasihati agar Leon mendapatkan waktu tidur yang baik dan berkualit. Begitu juga dengan dirinya sendiri.
Ads
“Inilah yang pakar telah mengesyorkan kepada kami:
✔️ Kawal rutin harian. Saya tak sepatutnya tak cukup tidur.
✔️ Elakkan situasi yang tertekan (untuk saya dan Leon) dan terlalu teruja.
✔️ Memastikan persekitaran yang tenang.
“Dan dari saya sendiri, saya akan cuba memupuk cinta yang hebat buat Leon. Semua komunikasi dengan Leo saya bina melalui cinta. Saya tak marah, tapi menerangkan, bukan mengkritik, tetapi membantu.
Ads
“Ini membantu kami membina hubungan yang saling mempercayai dan mengekalkan emosi yang lebih baik,” katanya lagi.
Semoga yang baik-baik sahaja buat Rihanna dan Leon. Semoga terus sihat membesar.
Sejak kepulangan anak bongsu ke rumah, pelawak dan usahawan, Shuib sentiasa berkongsi perkembangan Ayash Affan buat peminatnya dan arwah isteri, Siti Sarah. Ini kerana selepas dilahirkan secara pembedahan bulan lalu sebelum ibunya dijemput ilahi, ramai yang mendoakan Ayash dapat membesar dengan sihat.
Walaupun tanpa kasih sayang seorang ibu, Ayash beruntung kerana ramai yang menitipkan doa dari jauh dan mungkin ini juga membuatkan Ayash kuat walaupun dilahirkan tak cukup bulan.
Beberapa hari dah daddy dengan AYASH, alhamdulillah anak yang sihat, anak yang baik, tak banyak perangai. Nangis pun kadang-kadang je.
Tapi bila nangis tu saja je biarkan nangis lama sikit sebab suara nangis AYASH tu terlalu sedap didengar. Semoga terus sihat dan semoga Allah menjadi anak yang SOLEH. Doakan kami ya.
Sementara itu, di instagram arwah Siti Sarah pula, ada berkongsi mengenai gelagat abang dan kakak yang cukup teruja nak jaga adik. Masing-masing sanggup menunggu di tepi katil walaupun adik tengah tidur.
Punyalah sayang kat adik Ayash, Kakak Dekta tidur jam 1 pagi malam tadi bergilir jaga dengan daddy. Dekta siap cakap nak belajar buatkan susu untuk Ayash nanti. Uwais dan Matin pun tolong Dekta jaga baby Ayash.
Alahaii.. mesti ibu happy tengok anak-anak dia dah pandai nak uruskan adik. Ini pun dia orang terperap je kat bilik teman adik Ayash.
Moga keempat-empat anak arwah Siti Sarah sentiasa menjadi anak soleh solehah dan membesar dengan kasih sayang yang tak putus dari daddy dan seluruh ahli keluarga yang lain. InsyaAllah!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ibu kepada tiga cahaya mata, Datin Lisa Surihani tidak bercadang untuk mendedahkan anak-anaknya kepada industri lakonan memandangkan usia mereka masih muda.
Menerusi laporan Gempak, Lisa memberitahu dia tidak boleh membuat keputusan lagi namun sebagai ibu pastinya dia nak yang terbaik buat anak-anaknya.
“Saya tidak boleh memberi kata putus berkenaan hal itu lagi, terlalu jauh lagi dan mereka masih muda. Saya masih memikirkan zaman kanak-kanak mereka…
“…persekolahan, pendidikan dan juga agama di dalam diri mereka. Saya teringin untuk melihat anak saya berjaya sebagai seorang doktor, peguam dan sebagainya,” ujarnya.
Sebelum ini Lisa Surihani berkongsi rasa teruja apabila kedua-dua anaknya terbabit dalam penggambaran video keselamatan untuk pesawat syarikat penerbangan Malaysia Airlines dan Enfiniti (M) Sdn Bhd, baru-baru ini.
Sebelum menerima tawaran itu, dia terlebih dahulu memikirkan keselesaan anak-anaknya Yahaira Leanne dan Yusof Leonne sebelum menerima pelawaan Puan Seri Tiara Jacquelina.
“Sebenarnya Puan Seri Tiara pada mulanya memanggil suami saya bekerjasama untuk mengarahkan muzik video tersebut, kemudian beliau mempelawa saya untuk turut serta sekali.
“Tanpa memikir panjang saya menerima pelawaan itu dan beliau meminta untuk bawa bersama dua anak saya (Yahaira Leanne & Yusof Leonne) turut serta dalam video tersebut.
“Dan akhirnya saya memutuskan untuk bawa bersama mereka, ini juga merupakan kemunculan kami satu keluarga di dalam muzik video,” katanya.
Pelakon berusia 36 tahun itu berkata, pada mulanya Yahaira dan Yusuf tidak memahami mengenai muzik video tetapi mereka menjadi seronok apabila mendapat penjelasan mengenai penggambaran tersebut.
Seorang wanita berdepan detik cemas lebih tujuh minit apabila kereta dipandunya ditahan seorang lelaki bertatu yang tidak dikenali dalam kejadian berhampiran kawasan perindustrian Kampung Acheh, Sitiawan, 6 petang, semalam.
Apa yang lebih menakutkan, wanita bernama Zalliza berkata, lelaki yang dipercayai warga Myanmar dan berada di bawah pengaruh alkohol itu cuba membuka pintu belakang kereta dipandu yang juga tempat duduk anak lelaki bongsunya berusia dua tahun yang diletakkan dalam kerusi keselamatan bayi.
“Syukur walaupun dalam keadaan cemas dan takut hingga kaki terasa lemah, saya sempat periksa pintu kereta dan terus menguncinya.
“Kalau tidak, tak tahu apa akan jadi kerana lelaki itu cuba buka pintu belakang tempat duduk anak,”.
Menceritakan detik cemas itu, Zalliza berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan ke Kampung Baru di Sitiawan dan menyangka berlaku kemalangan selepas empat kenderaan di depannya tiba-tiba berhenti di jalan berselekoh.
“Saya nampak seorang lelaki berlari dalam hujan dan cuba memanjat pacuan empat roda Toyota Hilux tetapi tak berjaya dan kemudian dia terjatuh sebelum mengetuk cermin sebuah lagi kereta di depan saya.
“Selepas itu dia menahan kereta saya pula dan mengetuk bahagian hadapan kereta sebelum cuba membuka pintu belakang tetapi nasib baik saya sudah menguncinya kerana baru perasan pintu kereta tidak dikunci ketika kejadian itu,”
Menurutnya, di belakang keretanya ada beberapa lagi kenderaan lain dan dia turut melihat lelaki bertatu itu cuba menaiki motosikal seorang lelaki serta berlaku sedikit pergelutan antara mereka.
Katanya, peniaga di kawasan berhampiran memaklumkan lelaki warga asing itu dipercayai baru saja bergaduh dengan rakan senegaranya kerana mabuk dan dikejar individu yang mahu memukulnya.
“Lelaki itu nampak macam takut, seperti mahu menangis dan lari dari sesuatu tetapi saya tidak membantunya kerana lebih mementingkan keselamatan diri dan anak.
“Kejadian itu benar-benar menakutkan sehingga menyebabkan saya demam kerana terkejut,” katanya yang belum membuat laporan polis berkaitan kejadian itu.
Menurut Zalliza, kawasan berkenaan memang ramai warga asing sejak dahulu lagi dan mereka juga sering menimbulkan masalah sehingga mengganggu ketenteraman awam
“Kumpulan warga asing ini suka buat kotor, mabuk serta bergaduh dan pernah sebelum ini ketika mahu ke kedai makan saya nyaris terkena botol kaca dibaling mereka yang sedang bergaduh.
“Saya harap pihak berkenaan dapat memantau aktiviti warga asing di kawasan ini supaya kejadian seperti ini tidak akan berulang lagi,” katanya.
Bagi yang belum mencuba, apa kata anda mencuba hasilkan gambar raya tahun ini menggunakan Ghibli Style yang trending sekarang ini. Paling penting cara hendak...