Menguruskan anak yang masih kecil dan dalam masa yang sama mempunyai jadual kerja yang padat pastinya urusan di rumah lebih beres apabila mempunyai pembantu. Namun ketiadaan pembantu bukanlah alasan untuk tidak meneruskan rutin harian disamping menjaga anak yang masih kecil dengan baik.

Setelah beberapa minggu tanpa pembantu rumah, usahawan dan juga selebriti, Betty Rahmad dan suami tetap melakukan yang terbaik buat anak mereka Ardiwira meskipun keduanya agak sibuk dengan urusan perniagaan masing-masing.

Lepas Tiada Pembantu, Betty Rahmad, Ardy Ada Rutin Baru. Paling Best Tengok Suami Tolong Jaga Anak & Kemas Rumah!

“My world, My bestfriends, My everything. Alhamdulillah setelah beberapa minggu maidless, dah ada rutin baru dalam hidup kami. And we loving it.

“Nasib baik lah sebelum ni saya bukan lepas tangan sepenuhnya pada helper. Menu makan wira, timetable wira, lauk pauk mummy daddy dan kerja rumah saya dah ajar dan tetapkan. So takde lah gelabah.

Apa yang lebih mengujakan Betty, bukan setakat rutin baru setelah ketiadaan pembantu, malah dia juga seronok melihat sikap suaminya yang turut membantu menjaga anak dan mengemas rumah.

 

Ads

 

View this post on Instagram

 

Sunday lah bukan Saturday 🤣❤️ #ardywira #1year9monthsold

A post shared by Betty Rahmad (@bettyrahmad) on

Baca: “Doakan Saya Jadi Anak Soleh,” Syaheera Kongsi Wajah Ibrahim Jibriel Yang Comel,  Semolek Maksud Namanya!

Dia juga turut memohon doa dari semua agar dapat pembantu baru yang dapat melayan anaknya bermain supaya dirinya dapat kembali fokus pada kerja.

“The best part bila tengok husband tolong jaga anak & kemas rumah. Alhamdulillah syukur dapat partner yang sangat membantu.

Ads

Lepas Tiada Pembantu, Betty Rahmad, Ardy Ada Rutin Baru. Paling Best Tengok Suami Tolong Jaga Anak & Kemas Rumah!

“We’re good its just mummy tak boleh nak focus kerja. Doakan dapat nanny yang boleh layan @ardywira_ main,” tulis Betty.

 

Ads

Betty dan Ardy mendirikan rumah tangga pada 4 Februari 2018. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Ardy Wira.

Baca: Anak Hisap Jari Masa Kecil Normal, Umur 2-4 Tahun Dah Kena Berhenti. Bukan Gigi Je Tak Cantik, Boleh Sebabkan Masalah Lain!

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI