Seorang kanak-kanak perempuan terpaksa menahan sakit hampir setengah jam apabila lidahnya tersangkut pada corong botol dalam kejadian di Baling, Kedah.
Mangsa berusia 6 tahun itu dibawa ke Hospital Baling bagi mendapatkan rawatan sebelum anggota bomba dan penyelamat dipanggil jam 4.50 petang untuk memberi bantuan.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling digerakkan ke hospital untuk memberi bantuan khidmat khas hospital.
Perjalanan terakhir arwah Ustazah Shadiya Abbas yang dijemput Allah pada pagi 5 April lalu kerana sesak nafas (asma) akhirnya telah disempurnakan dengan baik sekali.
Walaupun ramai yang datang nak menziarahi dan menghantar arwah ke rumah yang kekal abadi namun atas nasihat pihak polis kerana situasi sekarang ini, hanya ahli keluarga terdekat sahaja dibenarkan.
Menerusi apa yang dikongsikan oleh suami arwah Ustazah Shadiya, Ustaz MK Azman beliau memaklumkan jenazah isterinya negatif Covid-19 setelah dua kali ujian dilakukan.
Alhamdulillah jenazah isteri saya negatif covid19 setelah 2 kali buat ujian.”
Melalui coretan hati seorang suami, Ustaz MK Azman selepas selesai urusan pengebumian jenazah, beliau mengucapkan syukur kerana perjalanan terakhir arwah isterinya sangat dipermudahkan.
Alhamdulillah.. Selesailah sudah urusan pengkebumian jenazah buah hati dan bidadari saya petang tadi ( 6 April) jam 4.00 petang di Tanah Perkuburan Puncak Alam. Segalanya dipermudahkan Allah..
Urusan mandikan jenazah mu sayang dilakukan oleh ibumu, adik beradik perempuanmu, anak-anak lelakimu dan anak muridmu yang menawarkan diri untuk berkhidmat untukmu sayang. Abang ambil peluang ini untuk memandikanmu buat kali terakhir. Masih ingat lagi 2 hari sebelum sayang meninggalkan abg, sayang mandikan abg.
Sayang.. Abg imamkan solat untukmu. Sebelum ni sayang berada di belakang sebagai makmum, tapi kali ini sayang di depan abg. Bukan sebagai imam tetapi sebagai jenazah.
Dalam kubur terasa sejuk, seolah-olah lantainya marmar
Sayang.. Sayang bertuah kerana dihadiahkan Allah kubur yang indah dan liang lahad yang cantik. Abang perasan hal itu ketika hendak memasukkan mu dalam liang lahad, dalam hati abg menyebut, cantik sungguh liang lahad ini. Abg bersembang dengan penggali kubur dan petugas pengurusan jenazah, mereka akui kubur itu paling cantik mereka lihat, kata mereka dalam kubur kalau pakai kasut bot pun terasa sejuk, seolah-olah lantainya dari marmar.. Kata mereka, bakal kubur siapakah ini. Ternyata sayang adalah pemiliknya. Semoga sayang berada dalam rahmat Allah.
Moga kita bertemu di alam barzakh, sama-sama masuk syurga
Sayang..damailah engkau di sana, abg redha dengan pemergianmu. Sayang telah sempurna melaksanakan tugas sebagai seorang isteri, ibu, anak, guru dan sahabat. Insyaallah kita bertemu nanti di alam barzakh, padang mahsyar dan sama-sama masuk syurga.
Terima kasih kepada semua yang membantu urusan jenazah, bantu sediakan makanan, memberi sumbangan, berkongsi perasaan dan mendoakan arwah bidadari saya, jika ada dosanya, mohon ampunkan. Jika ada hutang arwah pada kalian, maklumkan pada saya.
Sama-samalah kita baca doa ini اللهم اغفر لها وارحمها وعافها واعف عنها
Kejadian penemuan bayi lelaki di belakang rumah tular apabila bayi tersebut ditinggalkan bersama sekeping NOTA yang dipercayai ditulis oleh ibunya. Ringkasan daripada nota tersebut, ibu bayi itu merupakan ibu tunggal dan terpaksa meninggalkan bayinya kerana tidak mampu untuk menjaganya.
Lelaki berusia 25 tahun menemui bayi yang ditinggalkan atas meja di belakang rumah mereka di FELDA Palong 8, Jempol malam tadi.
Sekeping Nota Bersama Bayi
Akibat terkejut dengan kejadian tersebut, lelaki itu terus memanggil ibunya. Mereka memeriksa bayi tersebut dan didapati masih hidup. Namun mereka dikejutkan lagi dengan NOTA yang ditinggalkan bersama bayi tersebut.
“SAYA minta tolong jagakan budak ini sampai besar. Saya tak mampu jaga sebab saya ibu tunggal. Tolong jangan hantar ke kebajikan/pengasuh. Saya amanahkan kepada keluarga ini untuk jaga anak ini. Saya hanya mampu tengok dari jauh. Nama ‘baby’ ini Farish Azwan.”
Itu nota ditulis pada kertas yang ditinggalkan bersama bayi lelaki ditemui di belakang rumah di FELDA Palong 8 di Jempol, malam tadi.
Bayi Dibawa Ke Hospital Untuk Rawatan
Selepas itu mereka terus menghubungi pihak Polis. Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata, bayi yang masih hidup itu ditemui 10.15 malam oleh penghuni rumah yang keluar untuk mengambil barang di dalam kereta.
Muhd Nur Hishamuddin berkata, bayi itu dibawa ke Hospital Jempol untuk rawatan.
Menurutnya, bayi terbabit akan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan selanjutnya. Beliau berkata, polis sedang giat mengesan ibu kepada bayi itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.
Usaha anak kecil yang sebak melaungkan azan mengharap pertolongan Allah agar bapanya Francis Awih yang terjatuh ke laut dekat Pulau Burong, Sebuyau pada Isnin lepas ditemui. Video tersebut benar-benar meruntun hati sesiapa yang melihat dan menontonnya.
Dalam kejadian Isnin lalu, Francis Awi terjatuh ke dalam laut selepas bot yang dinaikinya bertembung dengan sebuah tongkang dan dia terjatuh ke dalam laut dan gagal ditemui sehingga hari ini.
Memetik Utusan Borneo Online, Pengarah Maritim Sarawak Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Md Yunus berkata, operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) dilancarkan selepas laporan diterima sekitar jam 12 tengah hari Isnin lepas.
“Sejurus menerima laporan tersebut, Maritime Rescue Sub Center (MRSC) Kuching mengatur gerak Bot Kilat 22 ke lokasi kejadian untuk CARILAMAT.
“Pangkalan hadapan CARILAMAT (PHC) ditubuhkan di jeti awam Sebuyau dan MRSC Kuching turut memaklumkan insiden kepada agensi sahabat serta menyalurkan maklumat kepada persatuan nelayan berhampiran,” katanya menerusi satu kenyataan.
Tidak hanya laungan azan dari si anak, banyak perrkongsian video update pencarian mangsi dikongsi oleh sepupunya @Anira Tulyina Daniel di Tik Toknya.
Semalam Anira Tulyina berkongsi satu video memaparkan kakak dan adik mangsa membacakan beberapa ayat al-Quran termasuk surah Al-Ikhlas, An-Nas, Al-Masad & ayat kursi sebagai salah satu usaha mereka sekeluarga memohon pertolongan Allah SWT untuk mencari mangsa yang sudah lebih lima hari hilang.
Selain dari itu Anira mewakili keluarga mangsa turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak MARITIM Malaysia Sarawak dan seluruh pihak yang telah berusaha bertungkus lumus mencari sepupunya yang sehingga kini masih belum ditemui.
Semoga hari-hari terakhir Ramadan ini dapat memberikan berita Bahagia buat keluarga yang diuji ini. Kita doakan semoga mangsa ditemui dengan segera.
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa je yang tak nak hubungan suami isteri sentiasa bahagia, penuh kasih sayang dan rasa dihargai, kan? Setiap pasangan pasti impikan rumahtangga yang penuh...