Diam tak diam, anak kesayangan pasangan selebriti, Fazura dan Fattah Amin, Nur Fatima Aisya kini sudah pun genap berusia dua tahun.
Bagi meraikan anak kecil yang cukup petah berkata-kata itu, Fazura dan suami telah meraikan Fatima dalam satu majlis ringkas buat Fatima dan kawan-kawan.
Lain dari kebiasaan anak perempuan yang lebih sukakan figura kartun Barbie, Frozen dan sebagainya, rupanya si cilik Fatima memilih sendiri tema jungle party atau Safari di hari lahirnya itu.
Menurut kata Fazura menerusi Instagramnya, ketika ditanya pada Fatima, anak kecil itu terus memberitahu mahukan zirafah, harimau dan kudang belang untuk majlisnya. Memang anak bijak!
“Bila ditanya apa yang dia mahu untuk hari lahir dia, dia specifically cakap “saya mahu zirafah, harimau, kuda belang..”
“Jadi barulah kami tahu ia mesti pesta bertema safari,” tulis Fazura di Instagramnya.
Ads
Paling menarik, tema dan konsep Safari yang dipilih Fazura dan Fattah juga anak kecil mereka itu sememangnya cukup cantik malah menarik perhatian ramai.
Fazura sendiri tampil dengan dress berona alam kehijauan ditambah dengan Fattah yang segak dengan kemeja T dari corak kulit ular. Manakala Fatima pula tampil dengan gaun hijau dengan campuran warna ungu yang cukup comel.
Ads
Hiasan bertemakan ala Safari itu turut dilengkapi dengan haiwan-haiwan yang disekelilingnya yang dihias cukup cantik dan tersusun.
Malah kanak-kanak dan tetamu turut dihiburkan dengan persembahan silap mata serta beberapa aktiviti menarik sepanjang majlis. Memang meriah.
Ads
Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen rata-rata pengikut pasangan ini turut teruja dengan tema dan sambutan hari lahir Fatima yang penuh sarat dengan aktiviti.
Malah tidak ketinggalan juga yang turut memuji serta menitipkan ucapan hari lahir disertakan dengan doa buat Fatima.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Allah sebaik-baik perancang. Setelah lebih sebulan mengharapkan isteri yang terlantar di ICU kembali sihat, namun tepat jam 1.36 petang (6 September) lalu akhirnya Allah jemput buat selamanya.
Pergi selepas berjuang 32 hari
Selama 32 hari berjuang demi suami, anak dan ahli keluarga, sudah tertulis takdir Siti Faiqah Sulaiman untuk meninggalkan dua anak yang masih kecil dan belum mengerti apa-apa. Benar mati itu pasti tapi ini satu tamparan hebat buat suami arwah, Mohd Zulkifli Mohamad Isa.
Pemergian bidadarinya amat perit memandangkan anak sulung baru nak mencecah usia dua tahun dan anak kedua tak sempat kenal lagi ibunya setelah dilahirkan secara pramatang awal bulan Ogos lalu kerana ibu dijangkiti virus Covid.
Organ dalaman tak dapat berfungsi
Menurut Mohd Zulkifli kepada Pa&Ma, arwah isteri kesayangan, Siti Faiqah meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh. Sebelum ini Pa&Ma pernah menyiarkan kisah arwah yang bertarung nyawa selepas terpaksa melahirkan anak lebih awal kerana keadaan tak stabil selepas positif Covid.
Walaupun doktor dah sahkan arwah bebas Covid sebelum meninggal dunia, namun disebabkan kegagalan organ dalaman yang tak dapat berfungsi dengan baik kesan virus Covid, keadaannya jadi tak stabil.
“Pada 30 Ogos, doktor ada beritahu keadaan isteri nazak. Tiada perubahan positif ditunjukkan. Saya cuba kuatkan hati, bertanya pada doktor sama ada pesakit yang dalam kondisi seperti isteri boleh sihat atau sebaliknya.
“Doktor beritahu ramai yang alami kesan selepas Covid tak boleh survive. Tapi saya yakin selagi Allah tak ambil nyawa isteri, keberangkalian untuk sembuh ada. Pada 1 September iaitu hari ulang tahunnya, doktor buat video call dan kami beri kata-kata semangat padanya. Keadaannya nampak sedikit positif tetapi kemudian kritikal semula,” katanya.
“Seminggu selepas hari kelahiran, arwah pergi..”
Tambah Mohd Zulkifli, seminggu selepas hari kelahiran, Isnin (6 September) pada hari terakhir arwah, sekitar jam 11 pagi, doktor ada buat video call untuk maklumkan isteri sedang nazak. Hampir dua jam video call, sempat minta doktor di Hospital Ampang sambungkan panggilan sebab mahu tunjukkan bayi kami yang berada di sana. Dengan harapan dia dapat lihat buat kali terakhir walaupun keadaannya dah tak stabil.
“Saya juga sempat bisikkan kata semangat, “Awak kena kuat, awak kena lawan” dan dia pun minta saya pun kuat dalam keadaan dia yang semakin lemah itu. Sempatlah saya beritahu yang saya maafkan semua salah silapnya dan saya mohon ampunkan salah saya. Masa itu saya ajarnya mengucap dua kalimah syahadah, walaupun tiada kekuatan,” kongsinya dalam keadaan sebak.
Kongsi Mohd Zulkifli lagi, panggilan terputus sebentar kerana doktor ada kes kecemasan. Bagaimanapun dalam 30-40 minit selepas itu doktor hubungi semula memaklumkan isteri dah menghembuskan nafas terkahir tepat jam 1.36 petang.
“Perasaan waktu tu terasa kosong tambah lagi kami hanya sempat hidup bersama dalam tiga tahun saja. Masih baru lagi namun saya reda ketentuan ilahi. Walaupun rasa macam tak percaya, hidup perlu diteruskan demi menjaga dua amanah yang arwah tinggalkan pada saya.
“Syukur alhamdulillah juga, saya berpeluang memandikan dan menurunkan arwah ke liang lahad. Arwah pergi ni pun dia dah bebas Covid cuma kesan sampingan tu yang menyebabkan dia pergi. Kiranya pelukan terakhir saya adalah semasa menurunkannya ke liang lahad.
Bayi dibenarkan pulang, ambil semangat ibunya
Betullah Allah Itu Maha Adil. Selepas 3 hari arwah pergi, doktor beri berita gembira buat saya, bayi yang dilahirkan arwah dah boleh keluar NICU dan dibenarkan pulang ke rumah.
“Bayi kami menunjukkan perkembangan positif walaupun lahir tak cukup bulan dan paru-paru pun masih belum matang sewaktu awal kelahiran.
Daripada apa yang doktor beritahu, sepanjang berada dalam NICU anak saya dapat capai hingga 2 kilogram dan dari sehari ke sehari semakin sihat. Sebab itulah doktor membenarkannya keluar.
“Kini kedua-dua anak dalam jagaan ibu mertua dan adik ipar sementara saya keluar bekerja dan uruskan beberapa urusan lain lagi. Insya-Allah kami akan jaga sama-sama,” ujarnya.
Mohd Zulkifi juga turut mengucapkan terima kasih atas semangat yang diberikan oleh rakan-rakan Facebooknya tiap kali dia berkongsi mengenai keadaan arwah.
Sehingga sekarang tak putus doa yang dikirimkan buat arwah. Terima kasih banyak-banyak, moga arwah isteri ditempatkan dikalangan orang beriman dan di syurga Allah. Amin.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ibu dan bapa mana yang tidak gembira bila melihat prestasi anak-anaknya yang mampu menguasai pelbagai subjek dengan baik di sekolah. Satu kebanggaan atas usaha selama ini.
Pun begitu untuk menguasi kesemua subjek terutama Matematik dan Bahasa Inggeris khususnya bukan satu hal yang mudah. Ia memerlukan pengorbanan bukan sahaja dari anak bahkan kedua ibu bapa itu sendiri.
Bagi menguasai kedua subjek ini dengan baik, banyak usaha yang perlu dilakukan, namun tip ini boleh ibu bapa aplikasikan bapa anak sejak awal lagi iaitu di ketika anak masih bayi. Cuba praktikkan sebaik mungkin.
Berkomunikasi sejak awal
Melatih anak sejak kecil amat perlu. Maka diketika anak baru pandai bercakap, gunakanlah Bahasa Inggeris dengan perkataan paling mudah untuk anak kita ikuti. Misalnya, menunjukkan benda-benda disekeliling seperti ‘car’, ‘book’ atau ‘ball’.
Kemudian usahakan menambah jumlah perkataan ini dengan membacakan buku cerita dalam Bahasa Inggeris ini kepada anak kecil kita. Biar anak ingat setiap perkataan dengan intonasi yang baik. Jadi bukan hanya jalan cerita yang baik disukai anak bahkan anak mula faham satu persatu.
Gunakan sebagai bahasa utama di rumah
Di rumah pula, bagi mengurangkan kekeliruan pada anak, gunakanlah satu bahasa sahaja iaitu Bahasa Inggeris ketika berkomunikasi di rumah. Gunakan hanya perkataan yang mudah dan senang anak ingat disertakan dengan perbuatan supaya lebih senang anak faham.
Jika kesemua ahli keluarga menggunakan satu bahasa sahaja dengan penguasaan penuh, lama kelamaan anak akan turut mengikutinya.
Program kesukaan berbahasa Inggeris
Tidak dinafikan program-program kesukaan anak kita hampir kesemuanya dalam bahasa Inggeris. Jadi pilihlah program yang tepat dan sesuai serta penggunaan perkataan yang mudah untuk anak.
Antara program yang baik untuk anak adalah Blippe yang sentiasa memperkenalkan pelbagai perkataan mengikut aktiviti yang dilakukan. Di sini anak-anak boleh turut serta belajar.
Kira benda di sekeliling
Bagi menguasai Matematik pula, mulakan langkah mengira apa jua benda yang berada di sekeliling anak. Biar anak mula faham dengan nombor dan biasakan anak melihat nombor-nombor ini.
‘Game’ mengira
Bagi anak yang besar pula, setiap kali keluar makan, mulakan ‘game’ tambah atau darab pada anak. Tanyakan soalan tambah dan darab mudah supaya anak lebih berminat. Beri anak ganjaran anak dengan makanan kesukaan atau mainan kesukaan jika anak dapat menjawab dengan betul.
Hari Bahasa Inggeris & Matematik
Tetapkan satu hari seperti hujung minggu untuk ibu bapa menggunakan hari Bahasa Inggeris atau penguasaan Matematik untuk anak. Cara ini membuatkan anak mudah mengingat malah dapat menarik perhatian anak-anak.
Jangan paksa sebaliknya lakukan aktiviti ini secara santai sebagai bonding bersama anak-anak.
Kumon sebagai pilihan
Jika punya peruntukan lebih, ibu bapa disarankan memilih Kumon sebagai pusat pembelajaran dan perkembangan minda anak selepas sekolah bagi kanak-kanak menguasai dua subjek ini iaitu Matematik dan Bahasa Inggeris.
Kumon Malaysia yang merupakan sebuah pusat perkembangan minda dan pusat pembelajaran yang terkenal ini sememangnya menjadi pilihan ibu bapa untuk anak-anak mereka.
Malah di Kumon, kanak-kanak dilatih dan diajar untuk menguasai subjek Matematik dan Bahasa Inggeris dengan begitu baik mengikut potensi diri masing-masing.
Tidak hairanlah, Kumon diterima ramai malah sehingga kini mempunyai lebih 200 pusat Kumon di seluruh Malaysia dengan menawarkan program Kumon kepada kanak-kanak berusia 4 sehingga 17 tahun.
Kaedah pembelajaran Kumon yang terinspirasi daripada kasih sayang seorang bapa terhadap anaknya ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1958 di Jepun. Kaedah ini memfokuskan kepada cara pembelajaran kanak-kanak mengikut potensi yang ada pada mereka, jauh sekali untuk memaksa anak-anak untuk belajar.
Di Kumon, anak-anak terbukti berjaya menyerlahkan potensi mereka dengan penguasaan dua subjek ini, objectif utama program Matematik Kumon ini adalah untuk membantu para pelajar menyelesaikan masalah Matematik dengan tepat dan pantas.
Malah Program Matematik Kumon menawarkan 20 tahap kertas kerja yang berkesan bermula dari peringkat 6A (Mengenal nombor sehingga 10) sehinggalah ke peringkat O (Pembeza dan Integrasi Lanjutan serta Persamaan & Perbezaan).
Manakala Program Bahasa Inggeris Kumon pula direka untuk membina kemahiran menguasai bahasa tersebut untuk kepentingan akademik dan kejayaan pada masa hadapan. Kebanyakan ibu bapa Kumon mendapati bahawa program ini sangat berkesan untuk membina asas akademik yang kukuh serta memupuk pelajar untuk berdikari.
Keyakinan daripada ibubapa ditambah pula prestasi cemerlang anak-anak, tidak hairanlah Kumon turut dipilih sebagai penerima Anugerah Jenama Pilihan Pa&Ma 2023.
Kumon telah dianugerahkan sebagai Pusat Pendidikan Berprestij Untuk Kanak-Kanak Pilihan Pa&Ma serta Pusat Pembelajaran Inovatif Matematik & Bahasa Inggeris Untuk Kanak-Kanak Pilihan Pa&Ma. Syabas!
Mulakan langkah pertama anda dengan menempah janji temu di Pusat Kumon terdekat anda hari ini dan Ujian Diagnostik untuk anak anda!
P.S. Kini, anak anda boleh mempelajari Kumon secara atas talian menerusi “Kumon Connect’. Akses lembaran kerja dan ikuti pembelajaran anak anda secara digital pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika isteri yang melalui proses pembedahan ketika melahirkan anak terasa akan sakitnya, namun suami yang berada disisi turut sama terkesan.
Melihat isteri dibelah perutnya untuk mengeluarkan ketiga-tiga cahaya mata mereka menjadi detik paling menyentuh hati buat pengacara televisyen, Haziq Husni.
Haziq yang dipilih sebagai penerima Pa&Ma Gala Award, Best Papa Millenial 2023 turut berkongsi detik mengharukan itu. Momen paling bermakna bagi dirinya.
“Saya bertuah sebab dapat masuk dalam operation czer, sebab isteri saya tiga-tiga anak czer.
“Anak pertama tak dapat masuk, alhamdulillah anak nombor dua dan tiga saya dapat masuk dalam labour room. Saya dapat tengok macam mana dia menahan sejuk dan menahan kesakitan untuk melahirkan bayi kami.
“Masa tu saya memang sudah tak fikir apa, memang rasa kasihan sangat dan cuba bayangkan kalau saya ada ditempat isteri.
“Potong tujuh lapisan perut dan jahit, nak sembuh balik bukanlah senang. Banyak perjalanannya lepas itu.
“Apa yang saya rasa, sayang saya semakin bertambah diketika itu. Mungkin lebih dari 3000 peratus untuk isteri saya,” luahnya.
Berhenti jadi penyampai radio jaga isteri pantang
Haziq yang juga seorang bapa yang ceria turut berkongsi tip buat bapa yang bakal melalui tempoh berpantang dengan isteri.
Malah Haziq sendiri nekad untuk berhenti menjadi penyampai radio bagi memberi perhatian kepada anak ketiganya bersama isteri selain turut mempunyai perancangan lain diketika itu.
“Rasanya semua isteri harapkan satu perkara sahaja dari suami, isteri ini tak adalah nakkan benda-benda tapi apa yang isteri mahukan suami berada di sisi sepanjang berpantang.
“Waktu itu saya rasa saya kena ada dengan isteri. Masa anak ketiga saya buat keputusan untuk berhenti dari jadi penyampai radio untuk membantu isteri saya berpantang.
“Itulah pengorbanan saya dan saya fikir itulah waktu terbaik untuk saya lebihkan masa dengan anak-anak sebab saya fikir macam mana isteri saya nak handle lagi dua anak dikala dia berpantang.
Jadi saya rasa itulah satu keputusan dan pengorbanan yang terbaik untuk keluarga saya,” ujar Haziq lagi berkongsi.
Tinggal sebulan sahaja lagi, semua umat Islam bakal memasuki bulan Ramadan yang mulia. Bagi pelakon dan usahawan, Noor Neelofa, Ramadan yang bakal tiba membuatkan dirinya sudah bersedia dari pelbagai hal.