Proses melahirkan anak, berpantang dan membesarkan anak sebenarnya bukan alasan untuk mak-mak tampil kurang bergaya setiap hari.
Penampilan usahawan dan instafamous, Syafiqah Aina selepas selamat melahirkan anak keduanya pada Julai menarik perhatian ramai.
Mana tidaknya, selepas kembali bekerja, penampilan isteri kepada Hafiz Mahamad ini bukan sahaja langsing dan cantik berseri bahkan gayanya persis anak dara. Begitu kongsi pengikut Aina di Instagramnya.
Melalui Instagramnya, ibu kepada dua cahaya mata ini turut memuat naik beberapa keping gambar terbarunya selepas berpantang. Memang cantik!
Kongsi Aina menerusi video itu, inilah masa untuk dia kembali cantik bergaya selepas tempoh hamil yang panjang serta berpantang selama 44 hari.
“Selepas 9 bulan mengandung, 44 hari berpantang, now its time to come back,” tulisnya berkongsi.
Ads
Pun begitu kata Aina lagi, tempoh lama itu ditambah dengan menjaga anak kecil bukanlah penghalang untuk ibu muda hari ini bergaya.
Beri semangat pada ibu lepas pantang
Malah kongsi ibu muda itu lagi, inilah masa yang sesuai untuk ibu kembali yakin dengan diri sendiri dan tampil cantik bergaya semahunya.
Tampil memberi semangat kepada wanita di luar sana, kata Aina lagi, jika kita mampu menguruskan semua perkara dan menjaga anak sebaiknya, merias diri dan tampil bergaya untuk diri sendiri pastinya bukanlah satu alasan.
Ads
“Lepas ada anak, langsung tak ada masa nak fikir pasal diri sendiri.
“Mommies, you’re amazing! Kena tahu tu. Kita mampu buat banyak benda dalam satu masa. Kita uruskan rumah, jaga anak, sediakan susu, makan & keperluan anak, sambil bekerja pun kita boleh buat semua tu, takkan nak bersiap untuk diri sendiri kita tak boleh buat kan?
“It’s the time to come back! Bahagi sikit masa untuk diri sendiri & love yourself before others ok.
“Fill yourself up so that you can give more to others,” begitu kongsi Aina memberikan semangat untuk ibu-ibu.
Kalau dah nak jadi tak kira anak kecil atau besar. Begitulah yang di alami oleh seorang ibu ini apabila anak lelakinya yang berusia dua tahun tercekik buah tembikai.
Menurut Nurul Anisah Abdul Rahman ketika anaknya tiba-tiba tercekik buah tembikai masa tengah makan, hanya Allah yang tahu perasaan ketika itu.
Pertama kali pengalaman anak sendiri tercekik buah tembikai. Muka dia tiba-tiba merah suara keluar tak keluar. Terus buat heimlich maneuver.
Dekat 10 saat buat masih tak keluar. Dia dah muntah-muntah tapi tembikai tu masih tak keluar! Umi dah gelabah. Tokwan cuba korek tapi tak dapat. Masa tu teringat tak boleh gelabah nanti lagi teruk!
Standby nak pergi klinik tapi tangan tak henti ketuk-ketuk belakang dia sambil buat trust dekat bawah dada. Muka dia makin merah. Macam-macam andaian bermain dekat kepala ni.
Akhirnya alhamdulillah terkeluar seketul isi tembikai. Tak besar mana tapi budak-budak memang tak pandai muntah sendiri. Alhamdulillah ya Allah.
Sesungguhnya aku tak ada daya langsung, sepandai mana pun praktik ilmu tapi kalau Allah tak izinkan tiada yang boleh selamat.
Masih trauma. Ada hikmah disebalik setiap detik tadi. Jangan lepas pandang anak walaupun sesaat dua. Benda nak jadi sekejap saja.
Dan sungguh, manusia tiada daya walaupun usaha, kalau tiada keizinan Tuhan tak mungkin keajaiban terjadi.
Harap perkongsian ini dapat dijadikan peringatan bersama ibu bapa untuk sentiasa memantau anak-anak.
Bahaya ke penyakit Influenza ni? Sama tak SELESEMA dengan VIRUS INFLUENZA? Siapa berisiko? Boleh bawa maut tak? Ini antara soalan yang sering diajukan.
Menurut Dr Abdul Rahim, sejak akhir-akhir ramai sungguh pesakit datang untuk buat pemeriksaan sama ada untuk diri sendiri atau anak-anak kerana mereka bimbang dijangkiti VIRUS INFLUENZA. Khabar OUTBREAK ni buat ramai kelam kabut. Jangan panik. Doktor nasihat anda faham dulu penyakit ni, baru ambil tindakan sewajarnya.
Apa tu penyakit Influenza?
Ia jangkitan VIRUS INFLUENZA terhadap hidung, tekak dan paru-paru. Virus ni mudah berjangkit terutama anda yang lemah antibodi seperti kanak-kanak, wanita hamil, warga emas & yang penyakit kronik. Tapi kita yg SIHAT pun tak dikecualikan. Take care!! Rawatan awal terbaik. Klu dpt komplikasinya, seperti pneumonia (jangkitan paru-paru), sinusitis & infeksi telinga. Ia boleh burukkan penyakit sedia ada seperti asma, kegagalan jantung atau kencing manis. Komplikasi ni boleh membawa maut. JANGAN AMBIL LEWA je!
Ilmu yang MESTI anda tahu
Doktor nak bagi tahu semua yang VIRUS akibatkan anak-anak kita dijangkiti SELESEMA BIASA TAK SAMA dengan VIRUS yang akibatkan INFLUENZA!!
Kalau anda alami selesema biasa, virus selesema serang saluran penafasan dan selalunya hidung anda berhingus, bersin & tersumbat serta sakit korongkong. Ia tak bahaya & berlaku bila-bila masa & sembuh sendirinya selewat-lewatnya dalam seminggu.
Tpi klu uoll alami jangkitan VIRUS INFLUENZA, uoll dpt simptom-simptom seperti di atas tapi berlaku dengan cepat & lebih dahsyat!! Influenza ni berlaku BERMUSIM je.
Macam mana nak tahu anak anda INFLUENZA
1. Demam melebihi 37.8°C ( Normal 37°C ke 37.2°C.)
2. Batuk berkahak/tak, berhingus, hidung tersumbat. Batuk boleh lebih daripada seminggu.
3. Sakit kepala dan sakit otot.
4. Cirit-birit atau muntah-muntah
5. Anak letih dan tak aktif. Berasa letih dan mengalami demam
Macam mana ia merebak?
Kanak-kanak yang dijangkiti virus influenza akan memindah virus tu dalam titisan yang dibersin atau batuk keluar ke udara lalu di sedut atau disentuh titisan dipermukaan tercemar kepada anak anda dalam tempoh 24 jam. Awas ya!
Bagaimana anda nak melindungi si kecil daripada Influenza
1. Cara terbaik untuk anak anda ialah beri anak anda Vaksinasi Influenza bila umur 6 bulan ke atas. Ingat, Vaksin Influenza hanya beri perlindungan kepada kita selama 1 tahun saja. Vaksin ni TAK melindungi selesema yang biasa sebab VIRUSnya TAK sama.
2. Ubat antiviral diberi untk merawat virus influenza kepada kanak-kanak atau anda yang sakit teruk atau masuk hospital. Ia mempercepatkan untuk sembuh & elak komplikasi.
3. Jauhkan anak anda daripada kanak-kanak yang ada selesema/influenza.
4. Jauhkan diri daripada tempat keramaian.
Elak bersentuhan dengan orang yang dijangkiti demam atau selesema.
5. Tutup mulut hidung dengan mask.
6. Rajin cuci tangan dengan sabun.
7. Bagi air cukup elak dehidrasi & makan makanan seimbang.
Nota
1. Kebanyakan kanak-kanak yang hidap influenza akan sakit dalam seminggu, kemudian sembuh dengan sendirinya.
2. Tapi TAKE ACTION & jumpa doktor anda segera kalau anak anda:
• Demam panas tinggi & berlarutan
• Selesema berlarutan, pekat & sukar atau sesak bernafas.
• Sukar tidur, hilang selera, keliru & restless.
• Tak aktif
3. Jenis VIRUS INFLUENZA yang patut anda tau:
• Jenis A: Boleh jangkiti manusia & haiwan, merebak dengan pantas. Efeknya teruk & bahayakan nyawa.
• Jenis A (H1N1): Boleh jangkiti manusia & haiwan. Berbahayakan kita juga.
• Jenis B: Boleh jangkiti manusia. Efek tak teruk tapi ada bahayanya.
• Jenis C: Boleh jangkiti manusia. Efek ringan je.
Kita semua tahu mengenai kebaikan penyusuan susu ibu sama ada pada anak mahupun ibu itu sendiri. Tetapi tahukah anda, susu badan juga boleh mengurangkan risiko obesiti pada si manja?
Kebaikan penyusuan susu ibu
Penyusuan susu ibu sememangnya memberikan banyak faedah. Sebelum ini pun, sudah ada yang mengatakan kaitan susu badan dengan peranannya mencegah masalah kegemukan dalam kalangan kanak-kanak.
Cuma, bukti yang diperolehi tidak begitu jelas dan agak kabur. Pun begitu, berdasarkan penyelidikan terkini mengesahkan, penyusuan secara eksklusif kepada anak yang terdedah dengan risiko obesiti secara genetik boleh memberikan kesan yang baik.
Ini terutamanya apabila melibatkan aspek nilai indeks jisim badan (BMI) ketika dewasa kelak. Melalui kajian yang dijalankan menunjukkan, penyusuan susu ibu secara terus atau langsung daripada payudara kepada bayi dapat mengurangkan risiko obesiti pada tahap terendah.
Penyusuan itu perlulah dilakukan untuk tempoh 3 bulan pertama kehidupan si kecil.
Kajian mengenai susu badan & risiko obesiti
Kajian tentang manfaat susu badan dalam menurunkan masalah kegemukan ini melibatkan sekumpulan 5,266 bayi yang mempunyai risiko genetik mengalami obesiti yang tinggi.
Risiko obesiti
Dalam penyelidikan tersebut mendapati bayi yang mendapat penyusuan susu ibu secara eksklusif untuk tempoh 5 bulan pertama kehidupan mempunyai pengaruh besar dalam mengurangkan BMI.
Malangnya, kebaikan susu badan ini hanya dapat dinikmati oleh bayi yang diberikan penyusuan secara eksklusif untuk tempoh 3 bulan pertama kehidupan.
Manakala, bayi yang diberikan penyusuan campuran – susu formula dan susu ibu – tidak mendapat manfaat perlindungan yang sama.
Masalah kegemukan kanak-kanak
Obesiti, walaupun dialami pada zaman kanak-kanak, tetap boleh menyebabkan keadaan yang mengancam nyawa seperti masalah diabetes atau penyakit jantung.
Kebanyakan pakar bersetuju bahawa pemberian makanan yang diproses, peningkatan jumlah masa yang dihabiskan untuk bermain permainan video atau menonton TV dan isu kegemukan dalam kalangan ibu bapa sebagai antara penyebab utama obesiti kanak-kanak.
Pun begitu, salah satu penyebab utama kegemukan kanak-kanak adalah faktor genetik kanak-kanak. Menurut pakar pemakanan pediatrik, seorang bayi boleh mempunyai kecenderungan untuk berdepan masalah obesiti disebabkan faktor genetik.
Ini terutamanya jika terdapat ahli keluarga terdekat seperti ibu, ayah, adik-beradik atau datuk nenek berdepan masalah kegemukan atau mengalami isu dengan pengurusan berat badan.
Pelbagai inisiatif telah dilakukan untuk membendung risiko obesiti kepada kanak-kanak. Antaranya adalah melalui penyusuan susu ibu yang boleh dilakukan mulai hari pertama kehidupan anak.
Susu ibu juga dipercayai dapat membantu menjaga nilai BMI anak anda walaupun terdapat komponen genetik melibatkan obesiti dalam keluarga.
Tetapi bagaimana penyusuan susu ibu secara eksklusif boleh mengurangkan peratusan risiko obesiti?
Penyusuan susu ibu vs kadar obesiti
Mesti ada dalam kalangan anda yang ingin tahu hubungan antara proses penyusuan secara eksklusif dengan penurunan risiko anak untuk mengalami obesiti, kan?
Mulanya, hubungan antara kedua-dua perkara ini kelihatan agak kabur. Pun begitu, 2 sebab ini dipercayai faktor utama menyebabkan bayi yang diberikan penyusuan susu badan mempunyai kadar BMI lebih rendah ketika dewasa nanti.
Pertamanya, susu badan secara positifnya dipercayai boleh mempengaruhi bakteria usus. Secara asasnya, ia menyokong pertumbuhan bakteria sihat di dalam semua sistem pencernaan tubuh.
Sebahagian bakteria usus ini mempunyai peranan dan tanggungjawab dalam perkara seperti metabolisma tenaga, fungsi gen serta sistem imun.
Mempunyai mikrobioma usus yang sihat – campuran bakteria, virus, dan kulat hidup dalam sistem pencernaan tubuh – dilihat dapat mempengaruhi berat badan seseorang individu ketika meningkat dewasa.
Sebab yang kedua, bagaimana penyusuan susu ibu boleh menjadi penyebab kepada penurunan BMI adalah berkaitan dengan aspek mekanik.
Jika anda boleh mengingati bagaimana penyusuan badan berfungsi, jelas bahawa bayi yang bertanggungjawab terhadap berapa banyak susu yang akan diminum dan bila.
Bayi akan menyusu mengikut keperluan tubuhnya. Lama-kelamaan, jumlah susu yang dihasilkan juga akan bersesuaian dengan permintaan bayi.
Sebaliknya, bayi yang menyusu dengan susu botol, selalunya ibu bapa akan ‘memaksa’ si manja menghabiskan susu dalam botol, walaupun jumlah yang dibancuh melebihi keperluan mereka.
Perbuatan ini secara tidak langsung memberikan maklum balas kepada tubuh bayi bahawa mereka harus terus makan walaupun tidak lapar.
Peranan ibu bapa
Semestinya ibu bapa bertanggungjawab dalam mengatasi masalah obesiti pada kanak-kanak yang berisiko secara genetik.
Berikut adalah 4 perkara dapat anda praktikkan untuk memberi anak permulaan yang terbaik dalam hal kesihatan sepanjang hayat:
Pemakanan seimbang
Jadi contoh terbaik dalam aspek pemakanan sihat. Masukkan banyak buah dan sayuran segar ke dalam diet keluarga anda. Jadikan ia sesuatu yang menyeronokkan dengan memberikan anak peluang memilih beberapa resepi untuk dicuba
Hadkan makanan yang diproses, gula tinggi dan lemak tepu. Pengambilan garam, gula, dan lemak yang tinggi dalam makanan ini selalu menjadi punca peningkatan risiko obesiti pada masa kanak-kanak
Buatkan anak-anak aktif. Libatkan mereka dalam sukan pada usia muda, dan tunjukkan minat terhadap sukan mereka. Lakukan aktiviti bersama keluarga seperti menaiki basikal atau berjalan kaki bersama. Sediakan juga permainan aktiviti fizikal yang menyeronokkan di rumah
Jangan mempermainkan isu berkaitan makanan. Ia tidak boleh dijadikan ganjaran ataupun hukuman
Jika terdapat sebarang pertanyaan, dapatkan rundingan dan nasihat daripada doktor pakar untuk langkah pencegahan yang lebih baik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.