Ibu-ibu yang baru nak perkenalkan bayi makanan pejal, jangan lupa masukkan ubi keledek dalam menu. Khasiatnya sangat bagus untuk perkembangan organ si manja. Kenapa ia sangat bagus?
1. Ubi keledek bebas gluten (bagus untuk anak-anak yang ada masalah ekzema, asma, leaky gut dan alahan terhadap makanan berasaskan gandum).
2. Kaya dengan karbohidrat tapi rendah lemak dan bebas kolesterol, jadi tak perlu risau kalau anak makan banyak sebab tak menggemukkan.
3. Tinggi vitamin A (beta kerotin) yang baik untuk kesihatan mata bayi.
4. Ia juga sumber multivitamin seperti C,E,K, vitamin B1 hingga B6 dan B9 yang diperlukan untuk perkembangan organ badan bayi.
5. Mengandungi potasiium yang tinggi, kalsium dan serat yang tinggi yang baik untuk proses penghadaman. Jadi bayi tak akan mudah sembelit bila makan keledek.
6. Rasa lemak manisnya mesti akan digemari oleh bayi jika anda perkenalkan ia sebagai puri pertamanya.
7. Mudah dan cepat dimasak sama ada direbus atau gril. Selain itu ia juga murah dan mudah diperolehi.
Jadi, ibu-ibu semua silalah masak ubi keledek untuk si manja. Kalau tak ada idea, ini 5 resipi berasaskan ubi keledek yang anda boleh cuba.
Puri keledek dan kacang putih
Bahan-bahan
Sebiji keledek bersaiz sederhana
Secawan kacang putih mata hitam
Sedikit kulit kayu manis
Cara penyediaan
1.Keledek pula dikupas, dipotong dadu dan kukus sehingga masak.
2.Kacang pula direbus dengan kulit kayu manis sehingga empuk.
3.Kisarkan semua bahan dan puri siap untuk dihidangkan atau dibekukan.
Ads
Puri keledek dan ayam
Bahan-bahan
Sebiji keledek bersaiz sederhana
Secawan isi ayam tanpa tulang
½ ulas bawang putih
Sedikit halia (opsyen)
Cara penyediaan
1.Ayam dibersihkan dan dipotong dadu.
2.Manakala keledek pula dikupas dan dipotong dadu.
3.Kukuskan semua bahan sehingga masak.
4.Kisarkan semua bahan dan puri siap untuk dihidangkan atau dibekukan.
Ads
Puri keledek, salmon dan pis
Bahan-bahan
Sebiji keledek bersaiz sederhana
Secawan kacang pis
½ keping salmon tanpa tulang
Cara penyediaan
1. Keledek dikupas dan didadu.
2. Stimkan keledek dan kacang pis sehingga empuk.
3. Kisarkan dua bahan ini.
4. Sementara itu kukus salmon berasingan.
5. Hancurkan isi salmon dengan garpu dan kemudian gaulkan bersama dengan puri.
6. Siap untuk dihidangkan atau dibekukan.
Ads
Puri keledek, epal dan kacang dal
Bahan-bahan
½ biji keledek
Sebiji epal
1/3 cawan kacang dal
Cara penyediaan
1.Stimkan keledek dan epal.
2.Kacang dal pula direbus hingga empuk.
3.Kisarkan semua bahan dan puri siap untuk dihidangkan atau dibekukan.
Puri keledek dan epal
Bahan-bahan
Sebiji keledek bersaiz sederhana
Sebiji epal
Cara penyediaan
1. Keledek dan epal dikupas dan di dadu.
2. Stimkan sehingga empuk.
3. Puri siap untuk dihidangkan atau dibekukan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanis Zalikha memang dikenali antara selebriti yang suka memasak untuk anaknya Yusuf Iskandar.
Selebriti terkenal ini sering berkongsi pelbagai resipi masakannya di Insta Story miliknya. Kalau siapa yang rajin mengikutnya memang akan pemilik tudung jenama Cakenis ini cukup suka memasak dan suka berkongsi resipi.
Walaupun sibuk dengan pelbagai aktiviti promosi seni dan perniagaaannya ia tidak menghalang ibu muda ini turun ke dapur menyediakan makanan untuk suami dan anak tersayang.
Patutlah Yusuf Iskandar tiada masalah makan, mungkin sebab mummy nya dah biasakan dia makan pelbagai jenis makanan sejak bayi lagi.
Kalau teringin nak makan ayam tandoori bolehlah buat sendiri. Memang sedap, layan pula dengan roti naan memang lengkap padanan tu! Kalau nak makan di kedai makan Mamak, takut tak sempat nak merasa.
Maklumlah nak masuk Ramadan mesti ramai yang akan ke sana selepas solat terawih atau untuk bersahur. Jadi, lebih baik dibuat sendiri. Bolehlah sediakan dahulu ramuannya, nanti cuba buat untuk berbuka puasa nanti.
Mohamad Arymin berkongsi resipi ayam tandoori ini di grup Masakan Berpuaka;
Ayam Tandoori versi Anak Ramai
Ituhari terbuat Ayam Tandoori versi anak ramai. Tapi By right kalau rasa Ayam mahal, kena kurangkan makan ayam. Tiberr…Hahaha 😂. Resepi dan Caranya ada dekat kapsyen setiap gambar di bawah. Selamat mencuba.
– 1 ekor Ayam, AJ potong 10 – 5 ulas bawang putih, dikisar – 1 cm Halia, dikisar – 3 tbsp minyak masak – 6 tsp Yogurt Asli – 2 tsp Serbuk Cili – ½ tsp Garam Masala – 1 tsp Serbuk Ketumbar – ½ tsp Serbuk Lada Hitam – ¼ tsp Serbuk Kunyit – 2 tbsp Jus Limau – 1 tsp Pewarna Merah – ½ tsp Garam – Sedikit maggi cukup rasa – Sedikit Limau Kasturi, jika suka
Caranya:
1. Satukan semua bahan, jadikan pes. Letak perasa mengikut citarasa korang. 2. Masukkan Ayam dan perap sekurangnya 4 jam dalam chiller. 3. Susun Ayam dalam tray dan bakar pada suhu 180°c selama 20-25 minit. 4. Naikkan suhu kepada 200-220°c dan bakar lagi selama 10-15minit. 5. Suhu ni bergantung kepada oven korang yang ada. Boleh tambah lagi masa membakar tu jika ayam belum cukup masak.
Sedap kalau buat ayam tandoori ni, makin lama ia diperap rasanya akan bertambah kick dan isi ayam bertambah lembut. Ayam tandoori ini juga sesuai dimakan kalau sedang berpantang. Bolehlah cuba buat nanti, tak susah sangat kalau tengok pada cara yang dikongsikan oleh ayah ini.
Nasi mentega, nasi beriani dan nasi ayam mungkin sudah menjadi kepakaran kita untuk memasak pada anak-anak dan suami. Apa kata kita ubah kelainan menyiapkan nasi kacang kuda pula untuk keluarga.
Resipi yang diilhamkan dari resipi Indo-Pakistani dengan Mediterrenean ini memang lain dari yang lain. Paling menarik hendak membuatnya cukup mudah, hanya campurkan sahaja semua bahan sekaligus. Senang.
Nasi kacang kuda/ chana pulao:
3 cawan beras (hari ini saya guna beras biasa, beras basmathi lebih cantik dan panjang
3 sudu teh minyak sapi
3 sudu teh garam/ secukup rasa
3 sudu teh biji jintan putih
1 helai daun bey
6 biji buah pelaga
6 sudu makan halia-bawang mesin
½ cawan susu sejat
1 tin 425 g kacang kuda (ambil dengan airnya sekali)
Air secukupnya supaya seinci dari permukaan semua bahan (kaedah yang diajar oleh Faiza)
Kaedah: Saya nak cepat jadi saya masukkan semua ke dalam periuk nasi elektrik, petik suis dan tekan butang ‘masak nasi’
Untuk ayam, saya guna 3 ketul sebelah paha ayam (chicken leg). Dengan menggunakan gunting/ pisau, buat potongan ugut/ acah-acah. Maksudnya potong tapi tak putus.
Saya guna 2 sudu makan za`atar, 1 labu bawang Holland dan 2 hiris lemon untuk perisakan ayam. Za`atar biasanya sudah ada rasa masin. Jika perlu, tambah garam.
Saya masak atas dapur gas menggunakan dulang pembakar yang dalam.
Guna dulang kedua sebagai penutup. Kalau tiada oven boleh juga gunakan kaedah ini. Bila ditutup, wap akan menyeluruh dan ayam masak sehingga tengah dan tiada darah. In shaa Allah. Gunakan api kecil.
Lepas separuh masa (~10 minit), renggangkan penutup. Masak selama ~5 minit lagi.
Buka penutup dan boleh nampak dah pecah minyak (tiada air lagi).
Kalih ayam dan biar bahagian satu lagi garing. Sekali-sekala siram minyak panas (baste) ke atas ayam.
Ayam siap. Garing dan berjus dengan bawang dab lemon garing.
Dengan minyak baki masak ayam, goreng cili muda (hijau) dan hirisan tomato (boleh juga belah dua sahaja jika mahu). Siap apabila melecur begini. Rasa cili dan tomato panggang begini ada sedap yang berbeza berbanding dengan rasa mentah atau rebus.
Semua ini siap dalam masa satu jam bermula dari siang ayam. Jemput cuba.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Semakin ramai pasangan berkahwin kini cenderung memilih gaya hidup 'childfree', iaitu tidak mahu mempunyai anak. Trend ini dilihat membimbangkan.Walaupun keputusan ini dilihat sebagai hak...